Anda di halaman 1dari 44

PELAJARAN DUA

Kedatangan Kuasa-kuasa Barat


Objektif

1) Membincangkan faktor-faktor kedatangan


kuasa Eropah ke Asia Tenggara
2) Mengkaji perluasan pengaruh Portugis,
Belanda dan Inggeris di Tanah Melayu
3) Menilai sejauh manakah kuasa Barat
mencapai matlamat penjajahan mereka.
Kedatangan Kuasa-kuasa Eropah
 Abad ke-16, kuasa Portugis, Belanda
& Inggeris mainkan peranan penting
dalam tentukan masa depan Negeri
Melayu

 Mulakan 1 rangkaian peristiwa yang


mempengaruhi sejarah Tanah Melayu
 Perpecahan empayar Melaka
 Penubuhan Negeri-negeri Melayu
yang baru
 Pembukaan Pulau Pinang & Singapura
 Pembentukan Negeri-negeri Selat
A. Kedatangan Portugis ke Asia Tenggara
Meneruskan Perang Salib di Timur

 Kuasa Islam menguasai Asia Barat and perang dengan Kuasa Kristian
telah berlanjutan selama beberapa abad.
 Abad ke- 15, Portugis lancarkan pelayaran ke Timur untuk teruskan
Perang Salib

 Didorong oleh harapan berjumpa dengan raja Kristian (Prestor John)


yang akan jadi sekutu mereka di Timur
 Pelayaran Vasca da Gama mengelilingi Tanjung Harapan (1498)
membawa surat kepada Presto John & raja Kristian yang mungkin ada
di Timur
Kedatangan Portugis ke Asia Tenggara
Menguasai perdagangan rempah di Timur

 Orang Islam memonopoli perdagangan di Asia Barat


 Libatkan pembelian rempah (lada hitam, kayu manis, bunga
cengkih & buah pala) dari Timur untuk pasaran Eropah
Kedatangan Portugis ke Asia Tenggara
Menguasai perdagangan rempah di Timur

 Perdagangan barang mewah (sutera, tembikar, gading & permata)


 Dari Asia Barat (Iskandariah & Baghdad), saudagar Venice & Genoa
membawa barangnya ke Eropah

 Harga barang yang tinggi disebabkan monopoli orang Islam &


permusuhan agama
 Portugis bercita-cita mencari jalan baru ke Timur
Kedatangan Portugis ke Asia Tenggara
Penemuan Tanjung Harapan

 1420 – Putera Henry dari Portugal mulakan pelayaran menyusur pantai


barat Afrika & menemui Pulau Tanjung Verde

 1481- diteruskan oleh Raja John II dari Portugal & tubuhkan satu jabatan
negara khas untuk menguruskan penjelajahan seberang laut.

 1492 – Christopher Columbus membuat penjelajahan ke pulau-pulau


Hindia

 1498 – Vasca da Gama berjaya mengelilingi Tanjung Harapan ke India.


Walaupun gagal wujudkan hubungan baik dengan raja tempatan & bawa
balik rempah, pelayaran itu buka jalan baru ke Timur
Kedatangan Portugis ke Asia Tenggara

Memelihara keunggulan Portugis di Lautan Hindi

 1502- membantu Raja Cochin & membina kubu pertama di


Cochin
 Gangguan dalam perdagangan rempah menyebabkan
bekalan berkurangan dan kenaikan harga barang di Venice

 Kedudukan Portugis belum kukuh


 Wizurai Portugis mulai bina kubu-kubu, menyekat
perkapalan Arab, membuat persetiaan dengan raja tempatan
dan kaji kemungkinan ke timur Ceylon
Perlunya menakluk Melaka
 Di India, orang Portugis hadapi tentangan hebat
daripada orang Islam

 Wizurai Portugis_Alfonso de Albuquerque


laksanakan strategi baru perluasan kuasa ke
Timur

 Dengan menakluk petempatan yang strategik &


membina rangkaian kubu-kubu dari Afrika ke
Timur
1. Aden (menguasai Laut Merah)
2. Ormuz (menguasai Teluk Parsi)
3. Goa, sebagai pangkalan tentera
4. Melaka, sebagai pusat perniagaan
Penaklukan Melaka

 Menguasai Melaka bererti menguasai perdagangan rempah.


Berakhirnya perdagangan rempah orang Islam di Laut
Mediteranean.
 Percubaan awal untuk memulakan hubungan aman dengan
Melaka
 1509 – angkatan Diego Lopes de Sequeira yang sampai ke
Melaka diserang oleh Bendahara Tun Mutahir yang dihasut
oleh saudagar yang anti-Portugis
Penaklukan Melaka

 20 April 1511 - Angkatan Albuquerque belayar ke Melaka dengan 18


kapal, 800 askar Portugis & 600 tentera Malabar
 1 Julai 1511 – sampai ke Melaka

 Tujuan 1) rundingkan pembebasan orang tawanan Portugis dan


2) kebenaran membina sebuah kubu di Melaka, tetapi gagal
 Albuquerque menyerang dan menawan Melaka
Sejauh manakah orang Portugis
mencapai matlamat perdagangan &
pengembangan agama Kristian di
Melaka?
Cita-cita Portugis di Melaka tidaklah tercapai
kerana
1) cara mereka melaksanakan dasar mereka dan
2) tindak balas kuasa Melayu terhadap orang
Portugis
Kegagalan dasar perluasan agama
 Tujuan agama menduduki tempat
kedua selepas tujuan perdagangan
 Dirikan gereja St.Paul

 Pihak berkuasa gereja tidak jalankan


disiplin yang keras
 Aktiviti mubaligh berada pada tahap
yang rendah

 Budaya barat dan agama Kristian hanya


datangkan kesan atas Tanah Melayu
dengan kedatangan Inggeris
 Kepulauan Melayu masih merupakan
rantau orang-orang Islam
Kegagalan dasar perdagangan

Di Melaka
 Amalkan dasar monopoli – pedagang Arab & Gujerat hanya boleh
beropesi dengan “surat izin” Portugis.

 Wizurai Portugis merampas semua harta pemilik kapal yang tidak


mempunyai surat izin dari Melaka

 Kenakan cukai yang tinggi: 10 % atas barangan China, 8% atas


barangan Benggala

 Portugis buat silap dengan berikan keistimewaan berniaga kepada


pegawai Portugis
 Kapten Portugis jual dengan harga yang tinggi
Kegagalan dasar perdagangan

Di Melaka
 Penaklukan Melaka tidak menambahkan jumlah perdagangan
rempah ke Eropah
 Hanya lada hitam yang dikehendaki di Eropah dan ini telah
disaingi dengan lada hitam dari pantai Malabar

 Portugis hanya kuasai perdagangan intra-Asia berpusat di


Melaka
 Perniagaan di Melaka menguntungkan tetapi keuntungan itu
diperolehi oleh persendirian & bukan Raja Portugal
Kegagalan dasar perdagangan
Di Kepulauan Rempah

 Juga ingin menguasai punca


perdagangan rempah di Timur
 1511 – mulakan hubungan
persahabatan dengan Maluku dan
pulau Banda.
 Berjaya tandatangan perjanjian
dengan raja tempatan & menutup
pulau rempah kepada Turki & Venice
 Wujudkan hubungan perdagangan
dengan pelabuhan di Sumatera
Kegagalan dasar perdagangan

Acheh

 Ditentang oleh orang Acheh.  Tidak berjaya menguasai


 Acheh mengusir Portugis dari kepulauan rempah.
Sumatera & ingin takluk  Terpaksa meninggalkan kota yang
Melaka dibinanya di Maluku kerana ada
 Acheh, kuasa Islam yang tentangan penduduk tempatan
memusuhi Portugis. terhadap aktiviti mubaligh
 1537-1582, Acheh menyerang Kristian.
Melaka sebanyak 5 kali
 Terdapat saingan pedagang Jawa.
 Portugis gagal menguasai Selat
Sunda.
Kegagalan dasar perdagangan

Masalah kewangan

 Kegiatan Portugis di Timur tidak menguntungkan


 Merupakan satu beban kepada Raja Portugal yang banyak
berhutang dan pinjam wang daripada saudara Jerman
 Tidak dapat menarik diri dari Timur
 Akibat masalah kewangan di Timur, Portugis cuba
mempertahankan pangkalan mereka di Timur
Penentangan Melayu terhadap pemerintahan
Portugis
Pedagang-pedagang

 Orang Jawa- membantu Sultan Mahmud &


memberontak menentang Portugis
 Pedagang Islam meninggalkan Melaka
kerana permusuhan umum
 Pedagang bukan Islam memulaukan Melaka
untuk elakkan sistem monopoli. Mulai
mengunjungi pelabuhan Acheh & Bantam
Penentangan Melayu terhadap pemerintahan
Portugis
Sultan Melaka
 Penentangan Sultan Mahmud
menawan semula Melaka

 1515-1524, Sultan menyerang


Melaka 5 kali.

 Sungguhpun gagal, baginda


mengganggu perdagangan
Portugis di Melaka & sebabkan
portugis keluarkan tenaga & wang
untuk gerakan tentera.
Persaingan Belanda-Portugis
 Belanda datang ke Timur
melalui Tanjung Harapan
untuk menguasai
perdagangan rempah
 Belanda kukuhkan
kedudukan di Betawi dan
ingin tamatkan persaingan
Portugis di Melaka
Penaklukan Melaka oleh Belanda

 1602 - mulai menyerang & mengepung Melaka


 1633 - mulakan sekatan 7 tahun
 1636 - tidak ada langsung perdagangan yang sampai
ke Melaka
 1639 - Belanda membuat perjanjian dengan Sultan
Johor dalam membantu serangan darat
 1640 - menyerang Portugis di Melaka
 1641 - jatuhlah Melaka selepas 130 tahun di bawah
Portugis
B. Kuasa Belanda di Asia Tenggara
Suatu kuasa laut yang sedang berkembang

 Terlibat dengan perdagangan Hindia Timur


 Berdagang dengan Mediterranean , Afrika Barat,
Brazil & Hindia barat
 Mempunyai modal, pengalaman berniaga, ilmu
pelayaran & kelengkapan pelayaran untuk ke Timur
 Cuba cari laluan ke China
Kuasa Belanda di Asia Tenggara

Perang Menentang Sepanyol


 Penjajahan oleh Sepanyol menyegerakan peluasan kuasa
Belanda ke Timur
 Belanda jadi kaya dengan membahagikan rempah ke
Eropah yang dibawa oleh Portugis ke Lisbon

 1594, raja Portugal menutup pelabuhan Lisbon kepada


orang Belanda

 Untuk lemahkan kuasa ekonomi Belanda dalam


pemberontakan menentang Sepanyol
 Belanda berazam pergi terus ke Timur bagi dapatkan
rempah
Laluan Perdagangan Rempah
Kuasa Belanda di Asia Tenggara
Penubuhan V.O.C

 Bercita-cita menghalau keluar Sepanyol, Portugis dan Inggeris di Timur


 Memonopoli perdagangan rempah
 1602- Satukan semua syarikat di bawah “Vereenigde Oostindische
Compagnie” V.O.C .
 Diberikan hak berniaga, menjajah, berperang, berdamai, membuat
persetiaan, & membina kota
 Disokong dengan modal 605 juta guilders
Kuasa Belanda di Asia Tenggara
Persaingan kuasa lain

 Lancarkan serangan menentang Portugis dan menawan kota-


kota Portugis di Timur
 Portugis masih kuat di Melaka, Sepanyol di Manila
menentang orang Belanda
 Acheh – kuasa yang berkembang & bercita-cita menguasai
Kepulauan Melayu
 Kedatangan Inggeris berikan persaingan baru
Persaingan Inggeris-Belanda
 1609-Belanda merupakan kuasa Eropah yang terkuat di Timur
 Diberikan hak monopoli untuk berdagang kerana membantu
pemerintah tempatan hapuskan musuhnya
 Mempunyai loji di Bantam, Makasar, Acheh, Nagasaki & Siam

 Dasar monopoli ini bercanggah dengan konsep “perdagangan bebas”


Inggeris

 Belanda- hak monopoli perdagangan berdasarkan persetiaan yang


dibuat dengan raja tempatan & Inggeris tidak berhak menuntut
sebahagiannya
Empayar Belanda
Persaingan Inggeris-Belanda

 Inggeris terus menentang hak monopoli Belanda di Kepulauan


rempah
 1619-Belanda menjajah Djakarta (Batavia) sebagai pengkalan
gerakan Belanda

 1622 – Inggeris mula menutup loji-loji mereka yang tidak


menguntungkan

 Inggeris teruskan perniagaan untuk pecahkan monopoli walaupun


tidak dapat tandingi sistem monopoli Belanda
 Selepas dihalau dari Bantam, British asaskan loji di Bencoolen di
Sumatera Barat
Belanda di Melaka
 Sejak 1606, Belanda cuba menakluki
Melaka
 Persetiaan Mei 1606 and September 1606
– Sultan Alauddin setuju bantu Belanda
menakluk Melaka

 Belanda mahukan penguasaan ke atas


Melaka & akan berikan wilayah sekitarnya
kepada Sultan Johor

 1640- bersatu dengan Johor menyerang


Melaka
 1641 – kapten Portugis menyerah kalah
kepada Komander Belanda
Dasar Belanda di Tanah Melayu

 Pastikan monopoli Belanda atas perdagangan di Kepulauan Melayu-Indonesia. Melaka menjadi


kota Belanda untuk mengawal negeri-negeri yang kaya dengan bijih timah

 1639- perjanjian dengan negeri pengeluar timah (Perak, Kedah, & Ujong Salang) untuk berikan hak
monopoli (hak membeli semua timah).

 Persetiaan monopoli sukar dilaksanakan. Kerana Bugis menegakkan kuasanya di Johor & Selangor
& Bugis membawa keluar bijih timah ke Riau untuk dieksport semula

 Perang saudara di Kedah & Perak mengganggu perdagangan


 Usaha perdagangan Belanda tidak berjaya disebabkan saingan Bugis
Dasar Belanda di Tanah Melayu

 1795 – akibat Perang Napoleon di Eropah, Belanda


dikuasai oleh Perancis.

 Raja Belanda (William of Orange) larikan diri ke England


membuat perjanjian “surat-surat Kew”.

 Setuju serahkan semua kepunyaan Belanda di Timur


kepada Inggeris dari jatuh ke tangan Perancis.

 1795, Inggeris menduduki Melaka, mempengaruhi


perkembangan empayar Johor dan Singapura.
C. Kedatangan Inggeris

Perdagangan dengan Hindia Timur

 Pengembara Inggeris pernah sampai ke Burma, Siam &


Melaka yakinkan saudagar di London bahawa
perdagangan di Timur menguntungkan
 Pengembara mengeliling dunia dan membawa balik
rempah ke England
C. Kedatangan Inggeris

Penubuhan S.H.T.I
 1600- Syarikat Hindia Timur Inggeris perolehi piagam diraja
untuk monopoli perdagangan di negara-negara antara Afrika &
Amerika
 1603- Berjaya tubuhkan sebuah loji di Bantam
 Dihalang oleh kuasa Belanda daripada tubuhkan loji di
Ambon/kepulauan rempah
Kepentingan perdagangan dengan
China
Perlukan sebuah pelabuhan
 Pasaran untuk barangan dari China
(teh, sutera, tembikar) wujud di
Eropah
 SHTI menikmati monopoli
perdagangan dengan China mahu
perluaskan perdagangan

 SHTI perlukan sebuah pelabuhan


tempat singgah di Kepulauan Melayu
 Untuk menunggu pertukaran angin
monsun untuk membawa mereka ke
China/India
Kepentingan perdagangan dengan
China
Halangan SHTI
 Selat Melaka dikawal
Belanda, Selat Sunda
dikawal Belanda,
Bencoolen terlalu jauh,
Riau jatuh ke tangan
Belanda
 SHTI dikenakan cukai
pelabuhan yang tinggi
Kepentingan perdagangan dengan
China
Mengumpul hasil dagangan Selat
 Pedagang China tidak minat
untuk menukarkan barang
mereka dengan bulu dari Britain
 Lebih berminat dengan hasil-
hasil Selat (bijih timah, lada
hitam & perak)
 Pengaliran perak keluar dari
Britain tidak diingini & terdapat
kesukaran untuk perolehi Perak
dari Amerika
Persaingan Inggeris-Perancis

 Satu-satunya pengkalan laut Kepentingan ketenteraan


SHTI terletak di Bombay
 Perang Rebut Takhta
 Akibat daripada peperangan Austria (1754-58),
di Eropah, perlu sebuah  perang Tujuh Tahun (1756-
pangkalan laut ke Timur India 63),
 Perang Kemerdekaan
 Ketiadaan pengkalan yang Amerika (1775-83),
strategik sebabkan  Perang Inggeris-Belanda
keunggulan tentera Perancis
(1780-84).
terserlah dalam perang
Faktor Tempatan

Pemberontakan di Kedah
 Ketidakstabilan politik Kedah semasa pemerintahan Sultan
Muhammad Jiwa
 Atas isu perlantikan putera Mahkota
 1770-pemberontakan dalaman orang Kedah dengan bantuan
askar upahan Bugis dan ancaman luar dari Siam
 Sultan Kedah terkejut apabilan orang Bugis & pemberontak
menawan Kuala Kedah dan menduduki Alor Setar, bandar
diraja Kedah
Faktor Tempatan
 Mac 1771- Mohon bantuan dari
1) Gabenor Madras untuk kembalikan
kedudukannya dan menghalau orang
Bugis&
2) Persatuan Saudagar-saudagar
Madras (Jourdain, Sulivan &De Souza)
di Acheh

 Kerajaan Madras menolak


permintaan tersebut

 April 1771 - Firma Madras hantarkan


Francis Light dengan 2 kapal perang,
30 askar
Kesan Penjajahan Kuasa-kuasa Barat

 Mengapakah orang Portugis datang ke Asia


Tenggara pada abad ke-16?
 Mengapakah ekspedisi ke Hindia Timur penting
untuk orang Belanda datang ke Asia Tenggara?
 Apakah tujuan perdagangan dan strategik yang
menyebabkan SHTI berusaha mencari sebuah
pengkalan di Kepulauan Melayu?

Anda mungkin juga menyukai