Anda di halaman 1dari 33

SEJARAH DUNIA (1500-1955)

3.1.2 Perkembangan ekonomi 3.1.2.1 Perdagangan dan perniagaan

Kawasan Kajian

Portugal dan
Belanda

Masa Kajian

Abad ke-16-18

Hasil Pembelajaran
Calon seharusnya dapat:

(a) membincangkan perubahan orientasi kegiatan dan kemajuan dalam bidang perdagangan dan perniagaan

Belanda
Portugal

Perdagangan dan Perniagaan di Portugal

Pendahuluan

Sejarah Portugal sebagai sebuah negara Eropah dan negara Atlantik bermula sejak awal Zaman Pertengahan. Pada abad ke-15 dan ke-16, Portugal berubah kepada status kuasa dunia semasa Zaman Penerokaan di Eropah. Portugal berjaya bina sebuah empayar besar di Amerika Selatan, Afrika, Asia, dan Australia.

Faktor perkembangan penjelajahan Portugal sehingga abad ke-16

Faktor 1

Galakan Putera Henry

Putera Henry telah hantar kapten kapal untuk laksanakan misi perdagangan hamba dan telah datangkan keuntungan. Hasilnya, menjelang 1460, Portugis berjaya kuasai rangkaian pelabuhan dari Madeira ke Cape Verda.

Faktor 2 Keadaan politik dan kekuasaan raja Portugal

Keadaan politik dan kekuasaan raja Portugal turut bantu perkembangan perdagangan dan perniagaan pada abad ke-16 berbanding negara-negara Eropah yang lain. Sejarah buktikan raja Portugal dari Dinasti Avis (1383-1577) telah lahirkan pemimpin yang berkaliber dan berikan galakan kepada rakyat Portugal untuk meneroka bidang perdagangan dan perkapalan. Sumbangan pemimpin Portugal ini menyebabkan berlakunya perkembangan yang pesat dalam penjelajahan dan penerokaan.

Faktor 3

Perang Salib

Perang Salib turut bantu perkembangan penjelajahan dan penerokaan Portugal. Perang ini ini lahirkan masyarakat Eropah yang berfikiran terbuka, mempunyai cara pemikiran yang baharu, gaya hidup yang suka meneroka dan belayar. Penaklukan wilayah Islam menyebabkan ilmu pelayaran Islam sampai kepada masyarakat Eropah dan bantu mereka jelajah dunia luar.

Faktor 4

Kemajuan dalam penemuan baharu

Kemajuan dalam penemuan baharu seperti carta pelayaran (peta), kompas dan reka bentuk kapal, turut dorong penerokaan dan penjelajahan. Dalam pembinaan kapal, orang Portugal mempunyai kemahiran bina kapal jenis Caravel seberat 2000 tan. Kapal ini kuat dan mempunyai keupayaan harungi lautan luas.

Faktor 5
Kemunculan tokoh pelayar Portugal yang terulung

Diego Cam berjaya belayar sejauh 1 400 batu sepanjang pantai barat Afrika antara 1482 hingga 1484. Pada 1487, Bartholomew Diaz telah mulakan pelayaran dengan 3 buah kapal dan mengelilingi Tanjung Pengharapan. Pada 1497,Vasco da Gama berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan dan belayar sepanjang pantai timur Afrika hingga ke Malindi. Kejayaan Vasco da Gama membolehkan banyak kapal Portugis belayar ke Timur untuk peroleh lada hitam, sutera, batu permata dan rempahratus.

Perubahan orientasi kegiatan dan kemajuan dalam bidang perdagangan dan perniagaan Portugal di Asia

Perkembangan penjelajahan orang Portugis menyebabkan kepesatan dalam bidang perdagangan, peluasan pengaruh, empayar, dan hubungan. Pada 1504, Francisco de Almeida dilantik sebagai wizurai Portugis. Dia telah mulakan usaha kuasai jalan perdagangan dan hapuskan monopoli perdagangan rempah oleh saudagar Islam.

Pada 1505, Alfonso de Albuquerque dilantik sebagai wizurai. Dia telah jadikan Goa sebagai pusat pentadbiran. Dari Goa, Portugal teruskan gerakan ke Asia Tenggara yang terkenal sebagai pusat pengeluaran rempah-ratus. Misi perdagangan ini diketuai oleh Lopez de Lopez de Sequeira yang tiba di Melaka pada 1509.

Komoditi rempah amat berharga dalam perdagangan di Eropah. Oleh itu, Portugal berusaha untuk saingi Venice dalam kuasai perdagangan rempah di Eropah. Venice yang monopoli komoditi berharga ini telah bawa barangan ini dari India dan Arab serta pasarkannya ke seluruh Mediterranean dan Eropah Barat.

Pada abad ke-16, perdagangan rempah dari Timur yang menguntungkan telah berjaya dikuasai oleh Portugal. Portugal mula kuasai jalan laut apabila kuasai laluan Tanjung Pengharapan. Laluan baru ini diperkukuh lagi oleh aktiviti Alfonso de Albuquerque yang ambil tugas sebagai wizurai Portugal di India pada 1508.

Portugal teruskan penguasaan ke pantai timur Afrika. Alfonso de Albuquerque telah perkukuh dan meluaskan laluan selamat tersebut ke arah Timur dengan menawan : a) kawasan Hormuz di muara Teluk Parsi (1514) b) Goa di pantai barat India (1510) c) Melaka (1511) Ekspedisi penawanan ini menemui kejayaan.

Hasilnya, Pulau Bombay diserahkan kepada Portugis pada 1534. Pada 1557, pedagang Portugal wujudkan satu koloni di Pulau Macau. Manakala, Goa di India telah berfungsi sebagai ibu pejabat Portugal di India. Kesannya, wujud rantaian pelabuhan di Lautan Hindi dan Portugal berjaya monopoli perdagangan rempah di Timur.

Perubahan orientasi kegiatan dan kemajuan dalam bidang perdagangan dan perniagaan Portugal di Eropah

Perdagangan dengan negara Eropah juga tingkatkan kuasa perdagangan Portugal. Portugal jalankan perdagangan dengan Belanda. Perdagangan ini bolehkan Belanda nikmati manfaat terus daripada perdagangan Portugal. Kapal Belanda mempunyai monopoli dalam mengangkut kargo yang berharga dari Lisbon ke Eropah Utara. Namun, keadaan berubah pada 1580 apabila Sepanyol, iaitu musuh Belanda menduduki Portugal.

Penaklukan Sepanyol ke atas Portugal dari 1580 hingga 1640 telah menyebabkan kekayaan Portugal beransur kurang selepas abad ke-16. Hal ini menyebabkan Portugal tidak boleh mempunyai dasar luar yang berbeza daripada Sepanyol. Keadaan ini menyebabkan: (a) Sepanyol ambil alih pentadbiran empayar Portugal di bawah kawalan Lisbon dan perubahan politik ini jejaskan kepentingan perdagangan Portugal.

(b) Pada masa yang sama, Belanda tidak dibenarkan berdagang di Timur. Maka, Belanda bertekad untuk bina sebuah empayar perniagaan mereka sendiri. Oleh itu, pada 1595, Belanda putuskan untuk cabar Portugal di laluan selatan. Keputusan ini telah bawa kepada perubahan besar dalam perdagangan di Timur.

Peluasan kuasa Belanda telah menyebabkan Portugal: i. Dihalau dari Melaka pada 1641 dan Sri Lanka pada 1658. ii. Kehilangan Kepulauan Maluku kepada Belanda. Sejak itu, Portugal tidak dapat pulihkan kekuatan perdagangan mereka di Timur.

Kesimpulan
Pada 2 abad yang seterusnya, Portugal semakin kehilangan kekayaan dan status apabila Belanda, British dan Perancis ambil alih perdagangan rempah-ratus dan perdagangan hamba. Mereka takluki pusat perdagangan Portugis yang luas taburannya. Namun begitu, faktor penjelajahan dan penerokaan Portugal telah berikan sumbangan terhadap perkembangan politik, ekonomi dan sosial negaranya.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai