Anda di halaman 1dari 89

Watak dan Perwatakan dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

Sultan Muhamad Syah ( Raja Kecil Besar )

LATAR BELAKANG WATAK PERWATAKAN

Nama asal : Raja Kecil Besar 1- Seorang pemerintah yang adil –


mendorong kedatangan pedagang
Anakanda kepada : Raden Tengah ke Melaka (hlm 79-80)
2- Seorang yang baik dan
Berkahwin dengan : i – anak Tun Perpatih menghormati tetamu
Permuka Berjajar 3- Bertanggungjawab terhadap
kemajuan dan kemantapan Melaka
ii- Tun ratna wati 4- Adil
iii- Anak Raja Pekan

Berputerakan : i- Raja Kecil Lambang Raja


Mahkota
ii- Raja Kassim
iii- Raja Ibrahim

1
Sultan Muzaffar Syah ( Raja Kassim )

PERWATAKAN

1- mempunyai perangai yang baik,adil,


pemurah dan saksama terhadap rakyat
2- memperantikkan undang-undang
terhadap menteri supaya tidak
melanggar peraturan
LATAR BELAKANG WATAK 3- sanggup berkorban semata-mata mahu
melihat Melaka terus berada dalam
Nama asal : Raja Kassim keadaan aman
4- bersifat tegas dan tidak mahu tunduk di
Anakanda kepada : Sultan Muhamad bawah pemerintahan Siam
Syah Cthnya : apabila Siam meminta Melaka
menyembah Siam.
Berkahwin dengan : i – anak 5- seorang sultan yang menghormati dan
Bendahara menghargai jasa orang lain
Seri Amar Cthnya : Tun Perak dilantik menjadi
Diraja Raden menteri dan akhirnya sebagai Bendahaa
Anum kerana jasanya kepada Melaka
ii- Tun Kudu 6- Sultan yang mempunyai sikap pilih kasih
Cthnya ; walaupun Seri Wak Raja
Berputerakan : i- Raja Abdullah Bendahara, namun baginda lebih suka
mendengar cakap Seri Nara Diraja
Pernah disingkirkan oleh Raja 7. Banyak meminta nasihat dari Seri Nara
Rekan Diraja Tun Ali
8. Mempunyai sifat Pengasih khususnya
Menyamar menjadi nelayan semasa terhadap keluarga
dalam pelarian 9. Patuh pada janji.
10. Bijak/berpandangan jauh – Melihat
peselisihan faham antara Tun Ali dengan
Tun Perak tidak menguntungkan Melaka
lantaran itu baginda cuba mendamaikan
antara keduanya.

2
Sultan Mansur Syah (Raja Abdullah)

PERWATAKAN
LATAR BELAKANG WATAK
1. seorang yang baik parasnya, adil dan
Nama asal : Raja Abdullah pemurah
2. merupakan sultan yang gemar
Anakanda kepada : Sultan Muzaffar meluaskan jajahan takluknya baginda
Syah 3. seorang sultan yang berdaulat
Cth : bila baginda menyambahkan Raja
Berkahwin dengan : i . Tun Putih China, Raja China mendapat sakit kedal
ii . Puteri Onang akibat tulah Sultan Mansur Syah
Sari 4. seorang sultan yang bertanggunjawab
iii . Raden Galuh terhadap negeri Melaka
Cendera Cth : baginda menyurah laksamana
Kirana Hang Tuah menghalang tindakan
iv . Puteri Hang Semerluki yang cuba memusnahkan
Liu jajahan Melaka
5. mempunyai rasa kemanusian dan
Berputerakan : i- Raden Kelang sanggup membantu rakan atau kalangan
ii- Paduka Hamimat raja di negeri lain
6. berpandangan jauh - mentadbir Melaka
dengan berusaha menjalin perhubungan
dengan kuasa-kuasa besar seperti
China, Majapahit dan Siam.
7. Mempunyai sikap terbuka dan mahu
mengakui kesilapan.
8. Membuat kesilapan besar apabila
terburu-buru menjatuhkan hukuman
bunuh ke atas Hang Tuah
menyebabkan Hang Jebat bangkit
memberontak.
9. Menjalankan dasar perluasan kuasa.
10. Bijak - merajakan Raja Muhamad di
Pahang – peristiwa sepak raja
11. Mementingkan ilmu/cinta akan ilmu –
menggalakkan rakyat menguasai
pelbagai ilmu (hlm 106)- Belajar kitab
Duri’l-mazlum daripada Maulana Abu
Bakar
12. Beriman
13. Berilmu- belajar ilmu agama
14. Tegas/tetap pendirian
15.

3
Sultan Alau’d-Din Riayat Syah ( Raja Ahmad )

PERWATAKAN

LATAR BELAKANG WATAK 1. seorang yang gagah perkasa/berani –


membenteras kecurian
Nama asal : Raja Ahmad 2. sultan yang adil kerana
mengembalikan harta curi yang
dijumpainya
Anakanda kepada : Sultan Mansur Syah
3. sultan yang bertanggungjawab
Berkahwin dengan : i –seorang anak raja terhadap masa depan dan keamanan
ii- Tun Naja Melaka
4. seorang yang bertanggungjawab
Cth : menyuruh pahlawan-pahlawan
Berputera-puterikan : i- Raja Menawar
ii- Raja Zainal baginda membantu menghalang
iii- Raja Hitam tindakan orang Haru yang
iv- Raja Muhamad merosakkan jajahan Melaka
v- Raja Fatimah 5. baginda juga seorang sultan yang
menghormati tetamu
6. tegas pendirian
Cth: menitahkan Laksamana
selesaikan masalah yang terjadi di
Siak setelah Tun Jana Pakibul
membunuh orang tanpa
memberitahu ke Melaka terlebih
dahulu.
7. digambarkan sultan yang berdiplomasi
dan berpandangan jauh.
Cth : menerima pendapat bendahara
paduka Raja agar tidak menyerang
Pahang.

4
Sultan Mahmud Syah ( Raja Mamad )

LATAR BELAKANG WATAK PERWATAKAN

Nama asal : Raja Mamad 1- seorang yang pendendam


2- seorang yang buas nafsu dan
Anakanda kepada : Sultan Alau’d- sukakan perempuan
Din Riayat Syah Cth : membunuh keluarga Tun
Mutahir kerana inginkan Tun
Berkahwin dengan : i –anak Sultan Fatimah yang pada itu telah
Muhamad berkahwin dengan Tun Ali
Syah 3- sultan yang mementingkan diri
ii- Tun Teja 4- bersifat zalim
iii-Tun Cth : semasa memerintah
Fatimah Melaka, melakukan
pembunuhan ke atas Seri Bija
Berputera: i- Raja Ahmad Diraja, Tun Ali Sandang dan
keluarga Tun Mutahir adalah
di luar batas kemanusiaan.
5- mempunyai sikap pilih kasih
6- sultan yang bongkak
Cth : tindakan baginda yang
menghendaki Puteri Gunung
Ledang sebagai permaisuri
baginda kerana baginda
inginkan kelainan daripada
raja-raja Melaka yang lain
7- berguru dengan Maulana
Yusuf yang datang dari Arab
dan menyuruh anakandanya,
Sultan Ahmad mengikut
jejaknya.

5
LATAR BELAKANG WATAK

Gelaran : Bendahara Paduka Raja


Anak kepada ; Seri Wak Raja
Saudara kepada : I- Tun Kudu
ii- Tun Perpatih Putih
Tugas : menjadi penghulu bagi orang-orang di
Kelang.

Bendahara Paduka Raja


PERWATAKAN
(Tun Perak)
Bendahara Paduka Raja
( Tun Perak ) 1. Petah bercakap
Cth : mematahkan tuduhan dan kata-kata
Seri Amerta iaitu Bentera Melaka
2. Bijaksana/ bijak bertindak
Cth : membuat muslihat sehingga tentera
Siam berundur pulang
3. Mempunyai pengaruh besar di Melaka
4. Menjadi penasihat sultan dalam hal-hal
pentadbiran dan pendapat beliau diikuti
sultan
5. Seorang yang rendah diri
6. Taat/setia terhadap sultan tidak berbelah
bagi
7. Memiliki sifat tegas
8. Pandai meramal apa yg berlaku pd masa
hadapan
Cth : meramal Tun Mutahir akan menjadi
Orang Besar suatu ketika nanti tetapi tidak
kekal lama.
9. Pakar strategik
10. Bertanggungjawab
11. Amanah
12. Berilmu
13. Merendah diri/tidak besarkan diri/tidak
bermegah-megah

6
LATAR BELAKANG WATAK

1. Anak kepada Bendahara Seri Nara Diraja


Tun Ali.
2. Berdarah campuran India kerana datuknya,
Mani Purindam berasal dari India.
3. Bapa saudara kepada Sultan Mahmud Syah
4. Anak saudara kepada Tun Perak
5. Pernah memegang jawatan temenggung

Bendahara Seri Maharaja


Tun Mutahir

PERWATAKAN
1. Menitikberatkan kebersihan. (hlm 207)
2. Dihormati oleh pedagang luar dan
musuh (hlm 245)
3. Mempunyai kedudukan yang lebih
tinggi berbanding bendahara-
bendahara yang lain.
4. Tegas dalam melaksanakan tugas.
5. Kebolehan yang luarbiasa dalam
perniagaan
6. Kaya
7. Seorang yang pemurah
8. Taat dan setia kepada raja
9. Degil dan tidak mudah dinasihati
10. Mudah mempercayai orang

7
Watak dan perwatakan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

EN. MUHAMMAD MAHANI

1. Bijak mengurus 1. Hormat – menghormati


Bertindak pantas merebut peluang perniagaan dan
menewaskan lawan secepat mungkin. Mahani amat menghomati kedua-dua ibu
2. Berani bapanya. Dia menerima keputusan ayah
Mengambil risiko / berusaha merebut peluang dan ibunya untuk menerima pinangan
perniagaan tanpa mengira kesusahan yang bakal Rahim. Mahani juga amat menghormati
ditempuhinya. Encik Muhammad semasa berada di
3. Berkarisma pejabat.
Tokoh yang ada daya penarik , proaktif,
karismatik serta tidak menghiraukan apa jua risiko 2. Prihatin
yang perlu dihadapi demi mengisi cita-cita
unggulnya sebagai tokoh perniagaan Melayu yang Mahani sangat prihatin akan nasib
berjaya dan disegani bangsa asing. penduduk kampung Pulai apabila
4. Berwawasan Syarikat Lombong LembahTualang
Beliau tidak mahu bangsanya diperlekehkan oleh hendak dibangunkan – memikirkan nasib
bangsa asing yang diketahuinya masih tertinggal dan kesusahan penduduk.
dalam dunia perniagaan.Kejituan idea dan
pandangannya dalam menangani dunia perniagaan 3. Berbudi bahasa
Firma serba Dagang Internasional.
5. Gigih Mahani memilki budi bahasa yang baik
Meluaskan empayar perniagaannya di mana-mana sehinggakan Cik Puan Tipah berhasrat
sahaja ada peluang sesuai dengan pelaksanaan untuk menjadikan sebagai menantu.
Dasar Ekonomi Baru yang mahukan penyertaan
orang Melayu sebanyak mungkin dalam dunia 4. Kasih sayang
perniagaan.
Mahani bukan sahaja menyayangi ibu dan
6. Bertanggungjawab
bapanya malah dia turut menyayangi
Memberi pendidikan tinggi kepada anaknya dan
Rahim. Walaupun mereka jauh terpisah
meneruskan legasi perniagaan keluarga.
dan jarang berhubung, namun kasih
7. Merendah diri
sayang akhirnya menyatukan mereka
En. Muhammad masih bersikap merendah diri
dengan ikatan pertunangan.
dengan YB Muhd. Yusof dengan mengatakan
penglibatannya dalam dunia perniagaan masih
5. Bersopan santun
lagi seperti dalam hutan rimba.
8. Tenang/sabar Mahani bingkas bangun semasa bermain
En. Muhammad tenang/sabar dalam menghadapi piano untuk bersalam dan mencium
cabaran dalam menguruskan Syarikat Lombong tangan Cik Puan Tipah
Lembah Tualang. Ketenangan dan kesabarannya
jelas apabila dia dapat menerima secara rasional 6. Setia
tuduhan yang dilemparkan kepadanya oleh
pemuda berjubah dan Jamaluddin yang
menuduhnya dengan pelbagai tuduhan yang
menyakitkan hati. 7. Taat kepada perintah Tuhan
9. Simpati
En. Muhammad bersimpati dengan nasib
penduduk Kampung Pulai yang masih lagi miskin
dan dia berjanji untuk memberi pertolongan 8. Rajin
supaya mereka mendapat bantuan dan kemudahan
pindah ke rancangan FELDA.

8
RAHIM LEBAI MAARUP
1. Berpandangan jauh. 1. Sanggup berkorban.
Walaupun Rahim belajar di London dan Sanggup mewakafkan tanah pusakanya untuk
berjaya memperolehi ijazah dalam bidang kepentingan agama Islam.
pengurusan dagang, namun beliau
berhasrat untuk kembali ke tanah air bagi
mencurahkan baktinya, dimana dia
sanggup bekerja dengan Syarikat 2. Bertanggungjawab
Lombong Lembah Tualang asalkan Giat menjalankan gerakan dakwah kepada
ayahnya bersetuju dengan rancangan generasi muda Kampung Tualang
Lebai Maarup berhubung dengan tanah
wakaf di Kampung Pulai.
2. Amanah
Rahim memikul amanah ayahnya dengan 3. Bertaqwa/beriman
sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan Sentiasa mengerjakan soalat berjemaah di surau
yang diimpikan. Sewaktu berada di
London Rahim tidak leka dengan
pengaruh budaya barat. Rahim akhirnya
9erjaya menamatkan pengajiannya
dengan memperolehi Ijazah Sarjanaa 4. Patuh kepada hukum agama
Muda Pengurusan Dagang.
3. Bijaksana
Pendidikan yang diperolehi oleh Rahim
sewaktu beliau belajar di London, telah
menjadikannya seorang yang mempunyai
ilmu pengetahuan yang luas dan 5. Pemaaf
bijaksana. Dengan ilmu pengetahuan yang
dimiliki, beliau mampu berfikir dan
bertindak dalam menyelesaikan sesuatu
masalah. Dengan ilmu yang ada padanya,
maka ia menentang hasrat ayahnya untuk
membuka lombong bijih di Lembah 6. Tabah
Tualang kerana pada pandangannya
kegiatan perlombongan boleh membawa
kesan 9erjaya9 kepada penduduk 9erjaya.
4. Merendah diri
Biarpun memiliki ilmu yang tinggi dan
dalam kalangan keluarga yang berada, 7. Redha
beliau tidak sombong dan bangga diri.
Beliau sanggup mendengar dan menerima
cadangn Sudin serta Lebai Maarup yang
hendak mewakafkan tanah untuk
kepentingan penduduk kampong.
5. Bertanggungjawab
Sikap bertanggungjawab Rahim dapat
dilihat apabila beliau sanggup menentang
cadangan ayahnya untuk menjalankan
kegiatan perlombongan di Kampung
Pulai. Rahim cuba membela nasib
penduduk Kampung Pulai yang mungkin
akan kehilangan tanah jika cadangan En.
Muhammad untuk membuka Syarikat
Lombong Lembah Tualang menjadi
kenyataan.

6. Berani
Rahim berani menyuarakan pendapat dan

9
pandangannya tentang sesuatu perkara
yang dianggapnya tidak wajar. Sikap
Rahim ini dapat dilihat dengan jelas
apabila ia mengkritik dan menentang
sikap ayahnya yang dirasakan lebih
mengutamakan keuntungan semata-mata
berbanding dengan nasib yang akan
menimpa penduduk Kampung Pulai
apabila ayahnya ingin membuka Syarikat
Lombong Lembah Tualang.

7. Gigih
Selepas menamatkan pengajian di
peringkat menengah, En. Muhammad
telah menghantar Rahim belajar di
London dalam bidang pengurusan
dagang. Berkat kegigihan, akhirnya beliau
10erjaya memperolehi ijazah sarjana
muda pengurusan dagang dari sebuah
university terkemuka di London.

10
1.0 PEMBANGUNAN INSAN

Konsep Pembangunan Konsep Insan


Perihal membangun, proses membangun
(mencapai kemajuan, perkembangan dsb.) usaha Makhluk yang dicipta oleh Tuhan yang tidak
atau kegiatan membangunkan (memajukan dan terlepas daripada kealpaan, insan juga
mengembangkan) ditakrifkan sebagai manusia.

(Kamus Dewan edisi keempat


hlm. 93)
Modal insan yang baik pertama, insan yang
bertaqwa yang mengikut ajaran dan perintah-
Nya serta meninggalkan segala yang ditegah.
Pembangunan merupakan proses berbagai-
Kedua, insan yang mempunyai hubungan
bagai dimensi yang melibatkan perubahan
baik sesama manusia tanpa mengira agama,
terhadap struktur masyarakat, sikap, dan
institusi yang juga melibatkan pertumbuhan ketuturunan dan warna kulit.
ekonomi, pengurangan kadar ketidakadilan dan
penghapusan kemiskinan.

Pembangunan juga harus mengizinkan mereka


bergerak meninggalkan keadaan dan suasana
yang sukar dan kurang memuaskan kehidupan
yang dianggap lebih baik dari segi material dan
rohaniah

Kesimpulan Pembangunan Insan

Insan atau modal insan merujuk kepada manusia yang dianggap sebagai aset paling penting dan
berharga yang perlu dibangunkan secara berterusan ke arah melahirkan tenaga kerja yang berkualiti dan
mampu menghasilkan produk yang berkualiti dan meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi dan
negara.

Pembangunan insan juga boleh dilakukan melalui gerakan dakwah yang bertujuan menyeru dan
mengajak manusia kepada ALLAH s.w.t . Ini bertepatan dengan ajaran Islam tentang tanggungjawab
umat ini pada mengerjakan dakwah sebagaimana ALLAH berfirman yang bermaksud: Kamu adalah
sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia , kamu mengajak untuk mengerjakan kebaikan dan
kamu menegah daripada mengerjakan kejahatan.

11
1.1 KEAGAMAAN

Keagamaan merujuk kepada perihal agama/hal-hal yang berkaitan dengan agama sama ada berbentuk
niat, lafaaz, perbuatan, atau sebagainya.

Nilai agama merujuk kepada sifat ketinggian agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad
SAW.

Kehidupan beragama merujuk kepada perihal hidup yang mematuhi ajaran agama, taat agama,
beribadat. Mengikut Zainal Abidin Borhan dalam artikel beliau “Peradaban dan Jati Diri Melayu”
(atas talian), kehidupan beragama bukan sekadar perilaku yang ritualistik sahaja, tetapi menuntut
interaksi yang amat mendalam antara makhluk dengan Khalik. Suatu tuntutn yang habluminallah,yang
menyatu antara yang ritualistik dengan ketaqwaan dan keimanan, juga interaksi perilaku dan tuturkata
yang hablumminannas sesama manusia.

Nilai Islam Kehidupan Beragama

Nota:
Nilai Islam dan kehidupan beragama yang dinyatakan di atas hanya sebahagian daripada konsep.
Pelbagai nilai Islam dan kehidupan beragama boleh diperoleh dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah
Melayu) dan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.

12
1.1.1 Antara nilai agama yang mungkin terdapat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)
dan Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ialah ialah:

Taubat. Amanah
Takut akan Allah (khauf) Sanggup berkorban
Zahid / zuhud. Pemaaf
Sabar. Bertaqwa
Mensyukuri nikmat. dll
Ikhlas.
Tawakkal.
Kasih kepada Allah taala.
Redha akan qada’ (Ketetapan / keputusan) Allah taala.
ingatkan mati.

1.1.2 Antara aspek kehidupan beragama yang mungkin terdapat dalam Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu) dan Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ialah:

Membaca Al Quran Menuntut ilmu agama


Berdakwah Mengajarkan ilmu.
Sambutan dan perayaan Berdoa.
Bersedekah. Berkhatan/berkhatam
Berpuasa, Mengucap
Perkahwinan
Taat guru/memuliakan alim ulama
Menegakkan pemerintahan yang adil
Sembahyang
Meninggalkan dan menunaikan wasiat

1.1.3 Aspek keagamaan berdasarkan watak Maulana Abu Bakar dalam Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu) yang membentuk pembangunan insan.

1. Asas ketuhanan (Ilmu ketuhanan/tasawuf/suluk/tauhid) – sifat-sifat tuhan yakni bahasa zat,


bahasa sifat dan bahasa af’al yang diketahui oleh Maulana Abu Bakar (Berdasarkan kitab Duri’l
mazlum.
2. Belajar agama – Sultan Mansur Syah dan Kadi Yusuf belajar agama daripada Maulana Abu
Bakar.
3. Mengajar agama – Maulana Abu Bakar mengajar agama kepada Sultan Mansur Syah, Kadi
Yusuf dan para pembesar Melaka.
4. Kewalian (wali Allah) – orang yang mempunyai makam yang tinggi (cahaya menerangi tubuh
Maulana Abu Bakar)
5. Berdakwah- Maulana Abu Bakar dari Mekkah ke Melaka
6. Kitab agama – Kitab Duri’l mazlum karangan Abu Ishak guru kepada Maulana Abu Bakar.
7. Persoalan isi syurga dan isi neraka – dibangkitkan oleh Sultan Mansur Syah kepada Maulana
Abu Bakar.

13
1.1.4 Nilai keagamaan yang membawa kepada pembangunan insan berdasarkan novel
Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.

1. Sanggup berkorban – insan yang sanggup berkorban demi/kepentingan agama dipertahankan.


Lebai Maarup sanggup mewakafkan tanah pusakanya untuk kepentingan agama Islam. Tanah pusaka
Lebai Maarup dicadangkan tapak surau untuk penduduk Kampong Tualang.
2. Bertanggungjawab mengembangkan agama Islam – insan yang menjalankan gerakan
dakwah. Lebai Maarup giat menjalankan gerakan dakwah kepada generasi muda Kampung Tualang.
Ramai golongan muda dating ke surau untuk solat berjemaah.
3. Bertaqwa/beriman - insan yang kuat pegangan dan kepatuhan ajaran Islam/melaksanakan
hukum/ajaran Islam. Walaupun sudah kaya/moden masyrakat bandar yang teguh kepada ajaran Islam
seperti datang ke surau sembahyang berjemaah. Tan Sri Syed Aris dan Isteri Syarifah Mu’inah sentiasa
soalat berjemaah di rumahnya.
4. Patuh kepada hukum agama – melaksanakan pembahagian harta pusaka mengikut ajaran
Islam/mengikut hukum faraid. Peguam keluarga Datuk Indera dengan dibantu tuan kadi Wilayah
Tualang diamanahkan untuk membuat pembahagian harta pusaka Datuk Indera secara faraid. Semua
ahli keluarga Encik Muhammad dan Orang Kaya Datuk Indera Mahmud mendapat bahagian masing-
masing mengikut hukum faraid yang ditetapkan.
5. Pemaaf – Insan yang mempunyai nilai keimanan yang tinggi akan memaafkan orang lain.
Lebai Maarup mempunyai tahap keimanan yang agak tinggi apabila beliau memaafkan Mat Akil.

1.1.5 Pembangunan insan dari aspek keagamaan seperti yang tergambar dalam teks
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

1. Asas ketuhanan (Ilmu ketuhanan/tasawuf/suluk/tauhid) – sifat-sifat tuhan yakni bahasa zat,


bahasa sifat dan bahasa af’al yang diketahui oleh Maulana Abu Bakar (Berdasarkan kitab Duri’l
mazlum.
2. Cinta agama/Belajar agama – Sultan Mansur Syah dan Kadi Yusuf belajar agama daripada
Maulana Abu Bakar. Sultan Mahmud Syah belajar agama dengan Maulana Sadar Jahan. Bertanya satu
masalah agama ke Pasai (hlm 247)
3. Mengajar agama – Maulana Abu Bakar mengajar agama kepada Sultan Mansur Syah, Kadi
Yusuf dan para pembesar Melaka.
4. Kewalian (wali Allah) – orang yang mempunyai makam yang tinggi (cahaya menerangi tubuh
Maulana Abu Bakar)
5. Berdakwah- Maulana Abu Bakar dari Mekkah ke Melaka (hlm 56)
6. Kitab agama – Kitab Duri’l mazlum karangan Abu Ishak guru kepada Maulana Abu Bakar.
7. Persoalan isi syurga dan isi neraka – dibangkitkan oleh Sultan Mansur Syah kepada Maulana
Abu Bakar.
8. Tahu hukum hakam/peraturan/undang Islam – Wasiat Sultan Mansur Syah (hlm 170 –dosa dan
pahala, haram dan halal)
9. Solat/kepentingan solat – Membuka Melaka (hlm 71) Kedatangan Islam Ke Melaka- Syed
Abdul Aziz (hlm 73) Pembukaan Pasai – Sheikh Ismail dan Fakir Muhammad
10. Amanah/jujur – Sultan Alau’d-Din Riayat Syah
11. Adil – Sultan Alau’d-Din Riayat Syah, Sultan Mansur
12. Sabar – Sultan Mansur
13. Akhlak terpuji/beriman/bertaqwa/pekerti yang baik/zuhud/merendah diri – Fakir Muhammad,
Sultan Mansur Syah, Sultan Mahmud Syah(Sultan Membuang Kerajaan-hlm 266)
14. Ukhuwah/Silaturrahim/perpaduan – Tun Perak dengan Tun Ali – satu cara mengelak pecah
belah (hlm 92)
15. Baca Al-Quran/belajar Al-Quran – Fakir Muhammad (Mula kedatangan ke Alam Melayu –
hlm 57)
16. Taat kepada pemimpin – selagi tidak bercanggah dengan ajran Islam
17. Memuliakan/menghormati alim ulamak/guru agama

14
1.1.6 Aspek keagamaan berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur sebagai
tonggak pembangunan sahsiah.

Taqwa. Adalah sifat yang paling penting dalam diri orang yang beriman. Takut kepada Allah dan harap
kepada rahmatnya. Takut melakukan dosa kerana akan menyebabkan azab Neraka. Harap pada rahmat
Allah dan dapat masuk syurga. Tuan Guru Sheikh Syed Salim tidak membenarkan Syarifah Naimah
dan syarifah Mu’inah bergaul bebas dengan Syed Aris kerana mereka bukan mahram (hlm. 30).

Redha akan qada’ (Ketetapan / keputusan) Allah taala. Tidak marah-marah kepada orang yang
menganiaya. Sanggup memberikan kemaafan dan terima nasib malang dengan redha. Lebai maarup
redha dengan peristiwa buruk yang menimpanya. Dia menjemput orang kampong ke balairaya untuk
menyatakan sikapnya yang tidak berdendam dan tidak akan melakukan pembalasan terhadap dengan
orang yang memukulnya (Mat Akil).(hlm. 311).

Sabar. Lebai maarup bersabar bila dipukul oleh kawan-kawan Mat Akil. Dia tidak mahu menuntut
keadilan dari pihak berkuasa. Dia mahu kes dia dipukul dimatikan saja, tidak ada umpat mengumpat
dan huru-hara dalam kampung (hlm. 311)..

Bersyukur. Berterima kasih kepada Allah setelah menerima pertolonagan Allah. Sudin bersyukur
kepada Allah kerana dia tidak meninggal dunia setelah dipukul oleh mat Akil (109). En Muhammad
bersyukur kerana Syarikat perlombongan Berjaya ditubuhkan. Dia bersembahyang tahajud dan
berzikir kepada Allah. YB Mohd Yusuf dan En Muhammad bersyukur kepada Allah kerana rancangan
pindahkan penduduk ke FELDA dilihat akan Berjaya (260). Sudin meminta penduduk Kampung Pulai
bersyukur kepada Allah kerana mempunyai pemimpin seperti YB Mohd Yusuf dan En Muhammad
yang baik hati (hlm. 328).

Pemurah dan tidak bakhil. En Muhammad menyumbang 10 ribu ringgit untuk kenduri 3 hari 3 malam
meraikan perlantikan Penghulu Mahmud sebagai Datuk Indera (hlm. 171). Sekali lagi dia
menyumbangkan seekur kambing untuk dikendurikan sempena pengumuman YB Mohd Yusuf dan
pegawai FELDA di masjid (hlm 171). En Muhammad juga mengumumkan untuk member saguhati
kepada penduduk yang tidak bertanah dan menumpang di tanah keluarganya, sekiranya mereka mahu
pindah ke FELDA.

Tawadhu dan menghormati yang lebih tua. Anak saudara En Muhammad yang bernama Muhamad Alif
bin abdul Karim, seorang yang bekerja sebagai pensyarah di Universiti Malaya dan berkelulusan
sarjana ekonomi dari London school of economics, merendahkan dirinya kepada En Muhammad dan
memanggil En Muhammad sebagai Pak Su (hlm. 338).

Amanah. Menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah termasuklah menuntut ilmu agama dan
mengajarkannya. Menjalankan dakwah mengajak manusia bertaqwa kepada Allah. Lebai Maarup
menegaskan dia berusaha untuk berdakwah mengajak manusia kepada Allah. Mengajar budak-budak
mengaji al-Qur’an (hlm 311).

Fatanah / Bijaksana. Menyusun strategi untuk selesaikan masalah. En Muhammad menyusun pelbagai
strategi untuk menjayakan projek perlombongan di Kampun Tualang. Penduduk akan dipindahkan ke
rancangan FELDA. Tanah penduduk akan dibayar dengan harga yang tinggi. Penduduk tidak bertanah
diberikan saguhati. Sudin diambil bekerja dengan Syarikat perlombongan Lembah Tualang. Imam
Saad akan dijadikan Imam di Pekan Kuala. Tuk Empat Dahlan dijadikan penghulu Pekan Tualang.
Imam Pekan Tualang dipindahkan ke Pekan Kuala dan Imam Pekan Kuala diminta bersara awal.
Untuk memujuk Imam Pekan Kuala bersara, Sani diambil bekerja dengan YB Mohd Yusuf.

Mohon kemaafan. Untuk memohon kemaafan dari orang lain adalah berat bagi mereka yang tidak
beriman. Begitu juga untuk memberikan kemaafan kepada orang lain. Mahani memohon maaf dari
Datuk Tan kerana tidak membuat persiapan yang sepatutnya bagi menyambut kedatangan Datuk Tan
ke pejabatnya (hlm. 1).

15
Menuntut ilmu agama dan mengajarkannya. Syed Salim al-Makky belajar ilmu agama di Mekah. Bila
pulang dia pulang menjadi guru agama di istana (hlm. 28) . Tok guru haji Ismail pula menjadi guru
agama yang disegani di Kampung Pulai. Imam Saad dan Pak Salim berguru kepadanya (Hlm 87).
Imam Saad kini menjadi imam dan bertanggungjawab mengajar mengaji kepada budak-udak kampung
(93). Lebai Marup pula belajar ilmu agama di Tanjung karang dan pulang ke kampong Pulai untuk
mengajar ilmu agama di sana pula (hlm 310).

Mendirikan solat. Mendirikan solat fardhu dan juga solat sunat. Lebai Maarup, Imam Saad, Bilal
Endut dan Kemat Jerangkung adalah orang yang rajin mendirikan solat berjemaah termasuklah solat
subuh (hlm. 307). En Muhammad juga rajin mendirikan solat tahajud kepada Allah, contohnya pada
malam penubuhan Syarikat Perlombongan Lembah Tualang (hlm. 260)

Berdoa. Memohon bantuan daripada Allah supaya masalah hidup dapat diselesaikan. Selain berzikir,
En Muhammad juga berdoa kepada Allah supaya cita-citanya untuk melaksanakan projek
perlombongan akan berjaya (hlm. 260).

Sedekah. Menjamu makan termasuk dari amalan sedekah atau menginfaqkan harta yang disukai
Allah. En Muhammad termasuk dalam golongan orang yang suka bersedekah. Dia menyumbang 10
ribu ringgit untuk mengadakan jamuan bagi meraikan perlantikan Penghulu Mahmud sebagai Orang
Kaya Indera (hlm. 171). Dia mengadakan kenduri meraikan pernikahan Sudin dengan gayah di
rumahnya (hlm. 140). Syed Aris juga mengadakan kenduri sempena pertunangan Mahani dengan
Rahim (hlm. 208).

Mewakafkan harta. Memberikan harta untuk kegunaan orang ramai. Imam Saad mewakafkan tanahnya
di Kampung Pulai untuk dibina surau (hlm. 256). Lebai maarup juga mahu mewakafkan tanahnya
seluas 2 ekar kepada syarikat perlombongan Lembah Tualang bagi pembinaan kompleks pekerja
termasuklah pembinaan surau (hlm. 360).

Bertunang, berkahwin dan mengadakan walimatul urus. Dalam Islam majlis pertunagan, perkahwinan
dan jamuan walimatul urus sebaiknya dibuat secara sederhana sahaja. Tidak perlu secara besar-besaran
yang biasanya melibatkan pembaziran. Mahani meminta ibubapanya mengadakan majlis
pertunangannya dengan Rahim dibuat secara sederhana saja, jangan besar-besaran untuk elak
pembaziran (hlm.hlm. 208 ) Majlis perkahwinan Sudin dengan Gayah juga dibuat secara sederhana dan
tidak melibatkan persandingan (hlm. 140).

Menziarahi orang sakit. Melawat orang sakit atau orang yang ditimpa musibah adalah dianjurkan
dalam Islam. Semasa Sudin terlantar di rumah sakit setelah dipukl oleh Mat Akil, YB Mohd Yusuf
telah dating melawatnya (hlm. 105). Sudin pula diminta oleh En Muhammad supaya menziarahi Lebai
maarup di hospital (hlm. 327). En Muhammad sendiri juga telah datang menziarahi Lebai maarup
yang dipukul oleh kawan-kawan Mat Akil (hlm. 341).

Berzikir atau mengingati Allah. Bertasbih, tahmid, tahlil dan takbir kepada Allah . Termasuklah juga
beristighfar dan berselawat kepada rasulullah s.a.w.. En Muhammad bangun bersolat tahajud, berzikir
dan bersyukur kepada Allah pada malam penubuhan Syarikat Perlombongan Lembah Tualang. Dia
merasakan dirinya dekat dengan tuhan. (hlm. 260).

Menunaikan hutang. Setiap hutang wajib dibayar. Memberi hutang dan membayar hutang adalah
merupakan ibadat kerana menolong orang yang berada dalam kesempitan. Sudin telah meminta En
Muhammad memberikan hutang kepada Sani sebanyak 9000 ringgit. En Muhammad minta Sani
mencagarkan geran tanah ataupun mendapatkan jaminan dari YB Mohd Yusuff (hlm. 191). Mat Akil
pula membayar hutang kepada kawannya yang bernama Man tetapi tak cukup 10 ringgit dan dia minta
dihalalkan (hlm. 278).

Berbakti dan menunaikan hak orang tua. Bila ibubapa telah tua dan uzur, anak hendaklah
bertanggungjawab menjaga orang tua itu sebagaimana mereka dulu menjaga kita di waktu kita kecil.
Sudin telah membawa diri kerana kecewa ibubapanya tidak mahu meminang Gayah. Setelah 15 tahun

16
dia kembali semula ke rumah ibubapanya kerana menginsafi bahawa ibubapanya telah tua dan perlu
dibantu (hlm. 94).

Taat kepada ibubapa. Anak tidak boleh derhaka kepada ibubapa. Suruhan mereka hendaklah dipatuhi.
Larangan mereka hendaklah dijauhi. Tidak taat kepada ibubapa menyebabkan anak menjadi derhaka.
Syarifah Mu’inah mematuhi suruhan ayahnya, Syed Salim supaya kahwin dengan abang iparnya
sendiri, Syed Aris selepas kakaknya meninggal dunia. Arahan itu dipatuhi walaupun dia terasa amat
berat (hlm. 29).

Amar makruh Nahi Mungkar. Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tugas ini amat
berat tetapi sangat besar ganjaran pahalanya di sisi Allah. Lebai Maarup meminta penjelasan dari En
Muhammad apakah benar ingin membina hotel di jeram Medang. Pembinaan hotel itu akan
mengundang angkara judi, arak dan zina. Kalau boleh dia tidak mahu semua maksiat itu berlaku di
Kampung Pulai (hlm. 261).

Menolong orang yang kesusahan. Sifat tolong-menolong atau membantu orang yang kesusahan adalah
sifat yang terpuji. Orang yang menerima bantuan akan sentiasa terkenang budi orang yang sanggup
menolong. Pertolongan itu sangat perlu terutama kepada orang miskin dari kalangan kaum keluarga
dan jiran tetangga dekat. En Muhammad berhasrat mahu menolong orang kampungnya yang miskin.
YB Mohd Yusuf juga sentiasa bekerja untuk menolong orang kampung. Mereka berdua berbincang
untuk membantu penduduk yang miskin itu (hlm. 69).

Mencari rezeki yang halal dan baik. Tidak baik mencari rezeki yang tidak halal ataupun dengan cara
yang tidak baik. Pada mulanya Syed Aris tidak membenarkan Mahani menjadi setiausaha tetapi
akhirnya dia membenarkan Mahani menjadi setiausaha tetapi di pejabat En Muhammad sahaja. Dia
bimbang Mahani akan terjebak dalam angkara dosa (hlm. 79).

17
LATIHAN

1. Nilai Islam merupakan tonggak pembangunan sahsiah. Bincangkan pernyataan tersebut dalam
konteks pembangunan insan berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur
[25]

2. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

“sebermula ,maka tersebutlah pada zaman Rasul Allah salla’llahu ‘alaihi wa salam, baginda
bersabda pada segala sahabat: “Pada akhir zaman kelak, ada sebuah negeri di bawah angin, Semudra
namanya; maka apabila kamu dengar khabarnya negeri Semudra itu, maka segeralah kamu pergi ke
negeri itu, bawa isi negeri Semudra itu masuk Islam, kerana dalam negeri itu banyak wali Allah akan
jadi; tetapi ada pula seorang fakir di negeri Mutabari namanya, ialah kamu bawa serta kamu, setelah
berapa lamanya kemudian daripada sabda nabi salla’llahu ‘alaihi wa salam, maka terdengarlah kepada
segala negeri, datang ke Mekah pun kedengaran nama negeri Semudra itu. Syarif di Mekah menyuruh
sebuah kapal membawa segala perkakasan kerajaan seraya disuruhnya singgah ke negeri Mu’tabari;
adapun nama nakhoda kapal Sheikh Ismail itu

(Dipetik daripada A. Samad Ahmad [peny.]


2003. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu
(Edisi Pelajar). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, halaman 55)

(a) Nyatakan hal yang berkaitan Islam sebagaimana yang tergambar dalam petikan di atas.
[5]
(b) Berdasarkan watak fakir dalam petikan di atas, ulaskan kehidupan beragama sebagai tonggak
pembangunan insan.
[20]

Cadangan jawapan

(a) Hal yang berkaitan dengan Islam ialah;


1. Rasul Allah salla”alaihi wa salam - Orang yang dipilih oleh Allah SWT untuk
menyampaikan ajaran Islam
2. Wali Allah - Orang yang diberi kelebihan oleh Allah.
3. Fakir - Seseorang yang tidak mementingkan hal keduniaan. Kehidupannya tertumpu pada
akhirat semata-mata.
4. Mekah - iaitu kota suci umat Islam.
5. Sabda – Pesanan Rasul Allah salla”alaihi wa salam
6. Dakwah – menyebar dan menyampaikan ajaran Islam
7. Sahabat Rasul Allah salla”alaihi wa salam

(b) Kehidupan beragama sebagai tonggak pembangunan insan.


1. Berdakwah/menyebarkan ajaran Islam
Fakir menyebarkan/menyampaikan Islam bukan sahaja di negeri Semundra, malah Fakir
berjaya menyebarkan ajaran Islam di Fansuri,Lamiri dan Haru.
2. Menyuruh membaca al-Quran.
Setiap tempat yang disingahi oleh Fakir Muhammad, maka beliau menyuruh orang membaca
al-Quran
3. Mengislamkan masyarakat.
Fakir telah mengislamkan masyarakat/rakyat di negeri yang disinggahinya seperti negeri
Semundra, Fansuri, Lamiri dan Haru. Beliau juga telah mengislamkan Mereh Silu apabila
sampai ke negeri Semudra.
4. Bersifat merendah diri.
Sultan Muhammad sanggup merendah diri untuk menjadi fakir semata-mata menunaikan
amanat Rasul Allah dan cintanya akan Islam.

18
5. Taat kepada perintah Rasul.
Sharif Mekah dan Fakir Muhammad patuh pada perintah Nabi untuk mengislamkan isi negeri
Semundra..
6. Dedikasi dalam pekerjaan.
Fakir sanggup berkorban masa dan tenaga semata-mata untuk menyebarkan ajaran Islam ke
Alam Melayu. Beliau meninggalkan takhta dan negara untuk mengajar agama di Semundra
sebagai menyahut perintah Rasul.

3. Berdasarkan wasiat Sultan Mansur Syah kepada Raja Ahmad dalam teks Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu), huraikan aspek keagamaan yang terkandung dalam wasiat tersebut yang dapat
dimanfaatkan dalam kehidupan anda.
[25]

Cadangan jawapan

Pengenalan
1. Keagamaan merujuk kepada perihal agama/hal-hal yang berkaitan dengan agama sama ada
berbentuk niat, lafaz, perbuatan, atau sebagainya.
2. Isi yang akan dibincangkan.

B. Isi

1. Kehidupan di dunia tidak akan kekal.


Segala sesuatu yang hidup di dunia ini tidak akan kekal buat selama-lamanya, sama ada ianya
manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan. Semuanya akan mati. Yang kekal hanya Allah jua.

2. Iman yang sempurna/kesempurnaan iman.


Setiap manusia harus beriman terhadap Allah s.w.t dan sentiasa melakukan amal salih.

3. Pekerti yang baik.


Seseorang yang mempunyai budi pekerti yang baik akan dikenang/disebut orang selama-
lamanya. Orang yang mempunyai pekerti yang baik juga akan disenangi dan disayangi oleh
sesesiapa saja.

4. Berlaku adil.
Seseorang raja atau pemerintah yang hebat ialah yang mampu berlaku adil terhadap rakyatnya
atau orang di bawahnya.

5. Amanah.
Seseorang raja ditegah sama sekali mengambil hak milik orang lain sesuka hati. Perbuatan
tersebut akan menyebabkan berlakunya penganiayaan. Allah s.w.t. juga tidak akan
mengampuni orang yang mengambil hak orang lain kecuali dengan izin tuannya.

6. Perihatin.
Raja atau pemerintah mestilah bersedia membantu rakyatnya yang menghadapi kesukaran.
Raja atau pemerintah juga perlu menyiasat setiap dakwaan yang melibatkan rakyatnya dengan
sebaik-baiknya dan seterusnya menghakiminya dengan seadil-adilnya, yakni, tanpa pilih kasih.

Penutup
Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan/saranan/rumusan/pendirian

19
STPM P2/2013

2. Pengarang Saudagar Besar dari Kuala Lumpur memuatkan nilai keagamaan dalam usaha
mendidik insan dalam novelnya. Bincangkan penyataan tersebut. [25]
_________________________________________________________________________________

Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

Nilai bolehlah ditakrifkan sebagai sifat ketinggian yang merangkumi pemikiran, agama dan
sebagainya. Manakala keagamaan pula bermaksud perihal yang berkaitan dengan agama. Di antara
nilai-nilai agama seperti sanggup berkorban, beriman, bertangungjawab dan sebagainya.

Isi [20]
Antara nilai Islam yang mampu mendidik insan berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala
Lumpur ialah sanggup berkorban demi agama/kepentingan agama dipertahankan/wakafkan
harta/sedekah. Kesanggupan berkorban demi agama merupakan kesediaan seseorang individu
melakukan sesuatu dengan rela hati tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Apa yang dilakukan
adalah semata-mata mencari keredhan Allah serta mengharapkan pembalasan dari Allah jua. Sifat ini
akan menjadikan seseorang itu redha atas segala ketentuanNya, sabar, tawakal dan dekat kepada Allah,
tanpa mengharapkan sesuatu ganjaran di dunia ini. Jika seseorang itu mementingkan diri dan harta
dunia dengan meletakkan material lebih penting dari agama sudah tentu dia akan menjadi seorang yang
sangat bakhil.Sifat bakhil merupakan sifat yang amat dimurkai oleh Allah. Lebai Maarup misalnya,
sanggup mewakafkan tanah pusakanya untuk keperluan masyarakat Kampung Pulai mendirikan surau.
Sesungguhnya pengorbanan Lebai Maarup adalah kerana kecintaannya terhadap agama Islam
sebagaimana yang dinyatakannya kepada Encik Muhammad. Pengorbanan yang dilakukan oleh Lebai
Maarup menjadikannya seorang yang penyabar, pemurah, redha dan dekat dengan Allah. Jelaslah
kesanggupan berkorban demi agama mampu membentuk seseorang individu lebih bersifat zuhud tidak
pentingkan diri sendiri.

20
1.2 ILMU

Konsep ilmu

Rahmah Ahmad Osman dalam , Kedudukan Ilmu Dalam Kesusasteraan: Teori & Praktis menyatakan
secra tidak langsung, dapat difahami bahawa ilmu adalah sesuatu yang bertentangan dengan kejahilan
secara mutlak. Apa jua bentuk kejahilan, yang biasanya wujud tanpa asas yang kukuh, fakta yang jelas,
sumber yang boleh dipercayai, akan membuatkan diri jauh dari ilmu lebih-lebih lagi cabang ilmu yang
didapati langsung daripada sumber utama bagi umat Islam iaitu al-Qur’an dan Hadith.

Mengikut Rahmah Osman lagi, konsep ilmu dalam Islam adalah konsep yang menyeluruh dan
bersepadu. Secara dasarnya, keseluruhan konsep ilmu Islam bukan sahaja terhad kepada ilmu yang
diturunkan kepada para Nabi dan Rasul, tetapi juga kepada manusia lainnya melalui beberapa cara
seperti pemahaman wahyu, pemerhatian terhadap alam semesta, pengkajian sejarah, inovasi dan
pengalaman hidup manusia itu sendiri.

Mengikut Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam bukunya Tinjuan Ringkas Peri Ilmu dan
Pandangan Alam, Ilmu adalah suatu gerak daya memperoleh pengetahuan dan merujuk kepada suatu
sifat yang berada pada sesuatu (insan) yang hidup, yang membolehkan diri yang mengetahui itu
mengetahuai yang diketahui.

Jelaslah, ilmu ialah pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem
menurut metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan/merungkaikan gejala/fenomena
tertentu. Ilmu mampu mengangkat kedudukan seseorang individu sama ada darjat, pangkat ataupun
statusnya pada pandangan masyarakat .

21
Ilmu dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) – sekadar contoh

ILMU
BATIN

ILMU
AGAMA

ILMU ILMU
GAJAH TASAWUF
JENIS
ILMU

ILMU ILMU
FIRASAT KEPAHLAWANAN

ILMU
KUDA

ILMU
HIKMAT

22
Ilmu dalam Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur – sekadar contoh

ILMU
PERTANIAN

ILMU
AGAMA

ILMU ILMU
PERLOMBONGAN PERNIAGAAN

JENIS
ILMU

ILMU ILMU
KESETIAUSAHAAN KEPAHLAWANAN

ILMU
PENGURUSAN

23
LATIHAN

1. Ilmu penting dalam kehidupan setiap insan. Dengan menggunakan contoh watak daripada
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) huraikan kepentingan ilmu dalam konteks pembangunan insan di
Melaka.
[25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

1. Konsep ilmu - Ilmu merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin,
dan sebagainya. Ilmu juga merujuk kepada pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun
secara bersistem menurut metod yang tertentu yang dapat digunakan untuk
menerangkan/merungkaikan gejala/fenomena tertentu

2. Isi yang akan dibincangkan

Isi [20]

1. Agama
Sultan Muhammad syah belajar agama dengan Maulana Abdul Aziz, begitu juga dengan
Sultan Mansur Syah belajar ilmu agama dengan Kadi Yusof dan Maulana Abu Bakar.

2. Ilmu gajah
Sultan Mansur Syah menyuruh segala anak tuan-tuan berguru ilmu gajah dengan Maharaja
Dewa Sura.

3. Ilmu kuda
Sultan Mansur Syah menggalakkan rakyatnya mempelajari pelbagai ilmu termasuk ilmu kuda
dengan sanggup membiayainya.

4. Ilmu firasat/nujum/amalan
Bendahara Paduka Raja memerintahkan pahlawan-pahlawannya mengejar Maharaja Dewa
Sura yang melarikan diri. Seri Bija Diraja tidak tergesa-gesa seperti orang lain kerana dengan
ilmu firasat yang ada padanya dia tahu musuhnya itu tidak akan terlepas dari tangannya.

5. Ilmu kepahlawanan
Sultan Mansur Syah menggalakkan rakyatnya mempelajari pelbagai ilmu termasuk ilmu kuda
dengan sanggup membiayainya.

6. Tasawuf
Maulana Abu Bakar telah membawa kitab Duri’l Mazlum karangan Maulana Abu Ishak ke
Melaka. Ianya merupakan kitab tasawuf.

Penutup [2]

Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

24
STPM U 2013

2. Keris Mas melalui novelnya bertajuk Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ada menekankan
pembangunan insan melalui ilmu pengetahuan. Bincangkan bagaimana ilmu pengetahuan diaplikasikan
dalam pembangunan insan.
[25]

Cadangan jawapan:

Pengenalan[3]

1. Ilmu merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan sebagainya.
Ilmunya juga merupakan pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem
menurut metode yang tertentu. Ilmu dapat digunakan untuk menerangkan /merungkaikan
gejala/fenomena tertentu.

2. Menyenaraikan kelima-lima isi penting yang hendak dikemukakan.

Isi [20]

Ilmu perdagangan penting dan dapat diaplikasikan dalam pembangunan insan. Ilmu
perdagangan akan melahirkan ahli perniagaan yang dinamik dan berjaya dalam mengharungi dunia
perdagangan dan perniagaan yang serba mungkin. Ilmu perdagangan juga akan melahirkan seseorang
yang faham dan arif tentang sepak terajang dunia perniagaan. Penguasaan terhadap ilmu perdagangan
juga akan melahirkan seorang ahli perniagaan yang mampu bersaing sama ada diperingkat tempatan
atau antarabangsa yang akhirnya membawa kepada pembangunan insan. Kedangkalan tentang selok
belok perdagangan dan perniagaan akan meletakkan seseorang ahli perniagaan itu dalam kerugian, atau
ketinggalan berbanding dengan orang yang mempunyai ilmu perdangangan. Encik Muhammad
misalnya, mempunyai ilmu perdagangan yang cukup mantap dan luas. Hal ini diakui sendiri oleh
Datuk Tan, yakni rakan kongsi Encik Muhammad. Keyakinan Datuk Tan terhadap Encik Muhammad
menyebabkan Datuk Tan menaruh harapan yang tinggi terhadap keupayaan Encik Muhammad
memenuhi kontrak membekalkan lada hitan ke Jerman. Selain itu juga, Encik Muhammad juga
menyediakan anaknya Rahim dengan ilmu perdagangan. Encik Muhammad telah menghantar Rahim
belajar di England dalam jurusan Pengurusan Dagang. Dengan ilmu yang dimiliki oleh Rahim,
diharapkan Rahim dapat menguruskan Syarikat Lombong Lembah Tualang dengan jayanya. Jelaslah di
sini bahawa ilmu perdagangan mampu menyediakan seseorang itu peluang untuk berjaya dan
membangun.
Ilmu agama penting dalam pembangunan diri insan. Ilmu agama yang diperolehi akan
menjadikan seseorang insan itu lebih bertaqwa, redha, dan berakhlak mulia. Dengan mendalami ilmu
agama juga, seseorang itu akan lebih dekat dengan Allah, tahu akan halal haram sesuatu perkara, dan
sentiasa mengamalkan yang makruf serta menjauhi yang mungkar. Sebaliknya, jika seseorang itu
dalam keadaan jahil/cetek pengetahuan agamanya, maka sudah tentu akan mendorongnya melakukan
sesuatu yang mungkar dan bertentangan dengan hukum tabii manusia. Orang yang jahil juga adalah
orang yang rosak akhlaknya. Ilmu agama yang dimiliki oleh Lebai Maarup dalam novel SBDKL telah
menjadikannya insan yang berakhlak mulia, redha dengan ketentaun Allah dan sentiasa menjaga
hubungan sesama manusia. Akhlak mulia yang terjelma hasil dari ilmu agama yang ada padanya
terserlah apabila Lebai Maarup sanggup mewakafkan tanah pusaka miliknya untuk didirikan surau
demi kemaslahatan penduduk Kg Pulai. Keadaan ini jauh bezanya dengan Mat Akil. Mat Akil tidak
memiliki ilmu agama, lantaran itu didapati Mat Akil bukanlah seorang berakhlak mulia. Ini dapat
dilihat apaabila beliau memberaki katil pengantin-Sudin, memukul Lebai Maarup, menyebarkan fitnah
terhadap Lebai Maarup dan sebagainya. Jelaslah di sini bahawa ilmu agama yang diaplikasikan dalam
kehidupan akan membentuk peribadi yang mulia.

25
1.3 JATI DIRI

Konsep

Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama
yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa. Mengikut Zainal Abidin
Borhan dalam makalahnya Peradaban dan Jati Diri Melayu (atas talian) menyatakan bahawa Jati diri
Melayu itu ada jiwa dan rohnya. Kemelayuan bukan sahaja dilihat dari sudut siratan yang bertali
kepada asal-usul sejarah, bahasa, budaya, agama dan wilayah. Penerokaan selanjutnya ialah
menyelusuri aspek dalaman atau batiniah Melayu.

Setia

Patriotik Berani

Amanah Berwawasan
Jati Diri

Jujur Gigih

Bijaksana Berdikari

Bertanggungjawab

26
LATIHAN

1. Jati diri merupakan tonggak pembangunan sahsiah. Berdasarkan jati diri Sultan Mahmud Syah
dalam Sulalatus Salatin (sejarah Melayu), sejauh manakah jati diri boleh membawa kepada
pembangunan sahsiah.
[25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [ 3 ]

1. Konsep jati diri-Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat,
bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau
bangsa.
2. Latar belakang watak Sultan Mahmud Syah.
3. Isi yang akan dibincangkan

Isi [ 20]

1. Mementingkan pendidikan/ilmu pengetahuan


Contoh :Belajar Maklumat dengan Maulana Yusuf, memberi galakan dan didikan agama
kepada puteranya dan pembesar belajar agama, hantar utusan ke Pasai bertanya masalah
agama.

2. Menghormati guru/merendah diri


Contoh :Sanggup membahasakan diri sebagai fakir Mahmud semata-mata ingin menuntut ilmu
dengan Maulana Yusuf

3. Berwawasan/berpandangan jauh
Contoh :Menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong dan Seri Maharaja menyerang
Kelantan-meluaskan tanah jajahan dan mengukuhkan pemerintahan.
Hubungan diplomatik –hantar Hang Nadim ke Benua Keling, bantu Pahang menentang
Legor,bersahabat dengan Pasai

4. Penyelamat dan pelindung


Contoh :Membantu Pahang menentang Legor

5. Pemurah
Contoh :Memberi anugerah kepada mereka yang berjasa-anugerah persalinan

6. Tabah/gigih
Contoh: Setelah kejatuhan Melaka di tangan Peringgi, Sultan Mahmud Syah masih lagi
berusaha melancarkan serangan ke atas Peringgi di Melaka dengan mengarahkan Hang Nadim,
Sri Udani, Tun Umar dan lain-lainnya merampas semula Melaka di samping

Nota:
Calon dikehendaki menilai sesuatu faktor, perkara, atau hal dalam sesuatu proses atau
fenomena berbanding dengan fak,tor, perkara, atau hal yang lain

Penutup[ 2 ]
Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan/saranan/rumusan/pendirian

27
2. Watak-watak wanita dalam teks Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) ada memperlihatkan jati
diri. Huraikan sifat jati diri yang terdapat pada watak-watak wanita dalam teks Sulalatus Salatin
(sejarah Melayu) yang membawa kepada pembangunan insan. [25]

Cadangan jawapan
Pengenalan [ 3 ]
1. Konsep jati diri-Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat,
bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu
atau bangsa.
2. Latar belakang watak wanita dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) seperti Tun Kudu, Tun
Teja, Tun Fatimah dan sebagainya.
2. Isi yang akan dibincangkan

B. Isi [ 20]
1. Tabah
Tun Fatimah merupakan seorang wanita yang amat tabah. Ketabaahan Tun Fatimah terserlah
apabila beliau terpaksa berhadapan dengan tragedi pembunuhan ayah, suami, adik dan bapa
mertuanya. Kesedihan Tun Fatimah bukan alang kepalang, tetapi beliau tetap tabah
menghadapi pembunuhan keluarga yang cukup tragis.

2. Tidak mementingkan harta dan kedudukan.


Tun Fatimah bukanlah wanita yang mementingkan harta dan kedudukan. Walaupun sudah
menjadi permaisuri Sultan Mahmud Syah, beliau tetap berdukacita mengenang ayah, suami,
adik, dan ayah mertuanya.

3. Bijaksana
Kebijaksanaan Tun Fatimah dapat dilihat apabila beliau sedar Raja Ahmad akan menjadi
penganti Sultan dan anaknya tiada peluang menjadi sultan. Oleh kerana itu, setiap kali hamil,
digugurkan. Tindakannya amat menyedihkan Sultan Mahmud Syah, sehingga baginda
bertanya Tun Fatimah kenapa berbuat demikian. Tun Fatimah mengatakan tiada gunanya ia
beranak kalau anak itu tidak menjadi raja. Akhirnya Sultan Mahmud berjanji jika lahir nanti
anak laki-laki akan dijadikan raja.

4. Sanggup berkorban.
Sifat ini boleh dilihat dalam watak Tun Kudu. Tun Kudu terpaksa berkorban apabila diceraikan
oleh Sultan Muzaffar Syah demi untuk menyelesai perbalahan dua pembesarnya. Tun Kudu
telah dijadikan alat untuk mencapai perdamaian antara Tun Perak dan Seri Nara Diraja Tun
Ali. Sebagai wanita, pengorbanan yang dipaksakan itu amat menyeksa perasaannya, tetapi
tetap tabah menghadapinya.

5. Setia
Walaupun pada peringkat awal Tun Fatimah dilihat amat mendendami Sultan Mahmud Syah,
tetapi akhirnya Tun Fatimah setia dan kekal bersama Sultan Mahmud Syah sehingga ke akhir
hayatnya. Kesetian Tun Fatimah terbukti apabila beliau dikatakan ikut berpindah-randah dari
satu tempat ke satu tempat bersama-sama baginda Sultan sebagai orang pelarian setelah
Melaka dialahkan oleh Peringgi.

6. Tegas
Tun Fatimah digambarkan sebagai wanita yang keras hati dan tegas. Selepas mengharungi
tragedi yang menyedihkan, Tun Fatimah telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah. Beliau
bertindak berani dengan mengugurkan kandungannya apabila mendapati dirinya hamil. Tun
Fatimah bertindak sedemikian berulang kali sebagai manifestasi penentangan dan rasa benci
terhadap Sultan Mahmud Syah. Ketegasan Tun Fatimah akhirnya terlerai apabila Sultan
Mahmud berjanji jika lahir nanti anak laki-laki akan dijadikan raja.

Penutup[ 2 ]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

28
3. Jati diri merupakan asas penting dalam pembangunan insan. Berdasarkan watak Rahim
dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks
pembangunan insan. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [ 3 ]

1. Konsep jati diri-Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat,
bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu
atau bangsa.
2. Latar belakang watak Rahim.
3. Isi yang akan dibincangkan

Isi [ 20]

1. Berpandangan jauh.
Walaupun Rahim belajar di London dan berjaya memperolehi ijazah dalam bidang pengurusan
dagang, namun beliau berhasrat untuk kembali ke tanah air bagi mencurahkan baktinya,
dimana dia sanggup bekerja dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang asalkan ayahnya
bersetuju dengan rancangan Lebai Maarup berhubung dengan tanah wakaf di Kampung Pulai.

2. Amanah
Rahim memikul amanah ayahnya dengan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan yang
diimpikan. Sewaktu berada di London Rahim tidak leka dengan pengaruh budaya barat. Rahim
akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya dengan memperolehi Ijazah Sarjanaa Muda
Pengurusan Dagang.

3. Bijaksana
Pendidikan yang diperolehi oleh Rahim sewaktu beliau belajar di London, telah
menjadikannya seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan bijaksana. Dengan
ilmu pengetahuan yang dimiliki, beliau mampu berfikir dan bertindak dalam menyelesaikan
sesuatu masalah. Dengan ilmu yang ada padanya, maka ia menentang hasrat ayahnya untuk
membuka lombong bijih di Lembah Tualang kerana pada pandangannya kegiatan
perlombongan boleh membawa kesan negatif kepada penduduk kampung.

4. Merendah diri
Biarpun memiliki ilmu yang tinggi dan dalam kalangan keluarga yang berada, beliau tidak
sombong dan bangga diri. Beliau sanggup mendengar dan menerima cadangn Sudin serta
Lebai Maarup yang hendak mewakafkan tanah untuk kepentingan penduduk kampong.

5. Bertanggungjawab
Sikap bertanggungjawab Rahim dapat dilihat apabila beliau sanggup menentang cadangan
ayahnya untuk menjalankan kegiatan perlombongan di Kampung Pulai. Rahim cuba membela
nasib penduduk Kampung Pulai yang mungkin akan kehilangan tanah jika cadangan En.
Muhammad untuk membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang menjadi kenyataan.

6. Berani
Rahim berani menyuarakan pendapat dan pandangannya tentang sesuatu perkara yang
dianggapnya tidak wajar. Sikap Rahim ini dapat dilihat dengan jelas apabila ia mengkritik dan
menentang sikap ayahnya yang dirasakan lebih mengutamakan keuntungan semata-mata
berbanding dengan nasib yang akan menimpa penduduk Kampung Pulai apabila ayahnya ingin
membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang.

29
7. Gigih
Selepas menamatkan pengajian di peringkat menengah, En. Muhammad telah menghantar
Rahim belajar di London dalam bidang pengurusan dagang. Berkat kegigihan, akhirnya beliau
berjaya memperolehi ijazah sarjana muda pengurusan dagang dari sebuah university
terkemuka di London.

C. Penutup[ 2 ]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

30
1.4 KEMANUSIAAN

KONSEP

Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan
kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.

Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan
menjadi individu yang unggul.

1.4.1 Nilai-nilai kemanusiaan merangkumi nilai:

Nota: Nilai kemanusiaan yang dinyatakan di atas hanya sebahagian sahaja . Pelbagai Nilai
kemanusiaan boleh diperoleh dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan novel Saudagar
Besar dari Kuala Lumpur.

31
1.4.2 Antara contoh nilai kemanusiaan yang terdapat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah
Melayu) dan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

NILAI KEMANUSIAAN

SULALATUS SALATIN SAUDAGAR BESAR DARI KL

Setia- Tun Perak setia kepada raja walau Gigih- En. Muhammad memajukan
anaknya dibunuh oleh Raja Muhammad perniagaan

Amanah – Tun Perak menjaga Tun Tahir Bertimbang rasa – Penghulu Mahmud
dan Tun Mutahir setelah kematian ayahnya membenarkan penduduk kampong
dengan penuh amanah menumpang di tanah miliknya.

Bertanggungjawab – Sultan Alau’d-Din


Bersyukur – En Muhammad menunaikan
Ri’ayat menyamar pada waktu malam utk
solat syukur sebagai tanda ia bersyukur
memastikan keamanaan dalam negeri.

Bijaksana – Tun Bijaya Sura cepat menaksir


perbuatan orang Majapahit yang bertujuan
Sopan santun – Mahani bersikap sopan
menghina raja Melaka
santun sewaktu mengunjungi Cik Puan Tipah
di rumahnya (hlm 25)

Insaf – Sultan Maliku’t Tahir menyesal


kerana menjatuhkan hukuman buang negeri
kepada Sultan Malik’l-Mansur dan Amanah – En Muhammad membahagikan
membunuh Sidi Asma Yaumi’d-Din. harta dengan adil mengikut hukum faraid.

Tabah – Tun Perak tidak berkecil hati


apabila haknya menjadi Bendahara Melaka
dinafikan apabila Seri Nara Diraja Tun Ali Redha – Lebai Maarup redha apabila dipukul
dilantik menjadi Bendahara. dengan tidak membuat laporan polis.

Sanggup berkorban – Hang Tuah sanggup


mempertahankan maruah raja Melaka
sewaktu berada di Majapahit Pemurah – Lebai Maarup mewakafkan tanah
miliknya untuk didirikan surau di Kg. Pulai.

Berbakti kepada raja – Tun Perak dan


Hang Tuah menjaga Sultan Mahmud yang
sakit.
Pemaaf – Lebai Maarup memaafkan En
Muhammad yang menghinanya.

Adil - Sultan Mansur Syah menjatuhkan


hukuman ke atas Raja Muhammad kerana
membunuh Tun Besar.

32
LATIHAN

1. Nilai kemanusiaan merupakan asas penting dalam pembangunan insan. Berdasarkan watak
Encik Muhammad dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan pernyataan tersebut
dalam konteks pembangunan diri anda. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

1. Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi
dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.

2. Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan
menjadi individu yang unggul.

3. Isi yang akan dibincangkan

Isi [20]

1. Bijak mengurus
Bertindak pantas merebut peluang perniagaan dan menewaskan lawan secepat mungkin.

2. Berani
Mengambil risiko / berusaha merebut peluang perniagaan tanpa mengira kesusahan yang bakal
ditempuhinya.

3. Berkarisma
Tokoh yang ada daya penarik , proaktif, karismatik serta tidak menghiraukan apa jua risiko
yang perlu dihadapi demi mengisi cita-cita unggulnya sebagai tokoh perniagaan Melayu yang
berjaya dan disegani bangsa asing.

4. Berwawasan
Beliau tidak mahu bangsanya diperlekehkan oleh bangsa asing yang diketahuinya masih
tertinggal dalam dunia perniagaan.Kejituan idea dan pandangannya dalam menangani dunia
perniagaan Firma serba Dagang Internasional.

5. Gigih
Meluaskan empayar perniagaannya di mana-mana sahaja ada peluang sesuai dengan
pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang mahukan penyertaan orang Melayu sebanyak mungkin
dalam dunia perniagaan.

6 Bertanggungjawab
Memberi pendidikan tinggi kepada anaknya dan meneruskan legasi perniagaan keluarga.

Penutup [2 markah]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

33
2. Watak-watak wanita dalam teks Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) ada memperlihatkan nilai
kemanusiaan. Huraikan nilai kemanusiaan yang terdapat pada watak-watak wanita dalam teks
Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) yang membawa kepada pembangunan insan. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [ 3 ]

1. Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi
dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.

2. Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan
menjadi individu yang unggul.

3. Isi yang akan dibincangkan

Isi [ 20]

1. Tabah
Tun Fatimah merupakan seorang wanita yang amat tabah. Ketabaahan Tun Fatimah terserlah
apabila beliau terpaksa berhadapan dengan tragedi pembunuhan ayah, suami, adik dan bapa
mertuanya. Kesedihan Tun Fatimah bukan alang kepalang, tetapi beliau tetap tabah
menghadapi pembunuhan keluarga yang cukup tragis.

2. Tidak mementingkan harta dan kedudukan.


Tun Fatimah bukanlah wanita yang mementingkan harta dan kedudukan. Walaupun sudah
menjadi permaisuri Sultan Mahmud Syah, beliau tetap berdukacita mengenang ayah, suami,
adik, dan ayah mertuanya.

3. Bijaksana
Kebijaksanaan Tun Fatimah dapat dilihat apabila beliau sedar Raja Ahmad akan menjadi
penganti Sultan dan anaknya tiada peluang menjadi sultan. Oleh kerana itu, setiap kali hamil,
digugurkan. Tindakannya amat menyedihkan Sultan Mahmud Syah, sehingga baginda
bertanya Tun Fatimah kenapa berbuat demikian. Tun Fatimah mengatakan tiada gunanya ia
beranak kalau anak itu tidak menjadi raja. Akhirnya Sultan Mahmud berjanji jika lahir nanti
anak laki-laki akan dijadikan raja.

4. Sanggup berkorban.
Sifat ini boleh dilihat dalam watak Tun Kudu. Tun Kudu terpaksa berkorban apabila diceraikan
oleh Sultan Muzaffar Syah demi untuk menyelesai perbalahan dua pembesarnya. Tun Kudu
telah dijadikan alat untuk mencapai perdamaian antara Tun Perak dan Seri Nara Diraja Tun
Ali. Sebagai wanita, pengorbanan yang dipaksakan itu amat menyeksa perasaannya, tetapi
tetap tabah menghadapinya.

5. Setia
Walaupun pada peringkat awal Tun Fatimah dilihat amat mendendami Sultan Mahmud Syah,
tetapi akhirnya Tun Fatimah setia dan kekal bersama Sultan Mahmud Syah sehingga ke akhir
hayatnya. Kesetian Tun Fatimah terbukti apabila beliau dikatakan ikut berpindah-randah dari
satu tempat ke satu tempat bersama-sama baginda Sultan sebagai orang pelarian setelah
Melaka dialahkan oleh Peringgi.

6. Tegas
Tun Fatimah digambarkan sebagai wanita yang keras hati dan tegas. Selepas mengharungi
tragedi yang menyedihkan, Tun Fatimah telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah. Beliau

34
bertindak berani dengan mengugurkan kandungannya apabila mendapati dirinya hamil. Tun
Fatimah bertindak sedemikian berulang kali sebagai manifestasi penentangan dan rasa benci
terhadap Sultan Mahmud Syah. Ketegasan Tun Fatimah akhirnya terlerai apabila Sultan
Mahmud berjanji jika lahir nanti anak laki-laki akan dijadikan raja.

Penutup[ 2 ]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

35
3. Nilai kemanusiaan merupakan asas penting dalam pembangunan insan. Berdasarkan watak
Rahim dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan pernyataan tersebut dalam
konteks pembangunan diri anda sebagai generasi muda. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [ 3 ]
1. Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi
dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.
2. Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan
menjadi individu yang unggul.
3. Isi yang akan dibincangkan

Isi [ 20]
1. Berpandangan jauh.
Walaupun Rahim belajar di London dan berjaya memperolehi ijazah dalam bidang pengurusan
dagang, namun beliau berhasrat untuk kembali ke tanah air bagi mencurahkan baktinya,
dimana dia sanggup bekerja dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang asalkan ayahnya
bersetuju dengan rancangan Lebai Maarup berhubung dengan tanah wakaf di Kampung Pulai.
2. Amanah
Rahim memikul amanah ayahnya dengan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan yang
diimpikan. Sewaktu berada di London Rahim tidak leka dengan pengaruh budaya barat. Rahim
akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya dengan memperolehi Ijazah Sarjanaa Muda
Pengurusan Dagang.
3. Bijaksana
Pendidikan yang diperolehi oleh Rahim sewaktu beliau belajar di London, telah
menjadikannya seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan bijaksana. Dengan
ilmu pengetahuan yang dimiliki, beliau mampu berfikir dan bertindak dalam menyelesaikan
sesuatu masalah. Dengan ilmu yang ada padanya, maka ia menentang hasrat ayahnya untuk
membuka lombong bijih di Lembah Tualang kerana pada pandangannya kegiatan
perlombongan boleh membawa kesan negatif kepada penduduk kampung.
4. Merendah diri
Biarpun memiliki ilmu yang tinggi dan dalam kalangan keluarga yang berada, beliau tidak
sombong dan bangga diri. Beliau sanggup mendengar dan menerima cadangn Sudin serta
Lebai Maarup yang hendak mewakafkan tanah untuk kepentingan penduduk kampong.
5. Bertanggungjawab
Sikap bertanggungjawab Rahim dapat dilihat apabila beliau sanggup menentang cadangan
ayahnya untuk menjalankan kegiatan perlombongan di Kampung Pulai. Rahim cuba membela
nasib penduduk Kampung Pulai yang mungkin akan kehilangan tanah jika cadangan En.
Muhammad untuk membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang menjadi kenyataan.
6. Berani
Rahim berani menyuarakan pendapat dan pandangannya tentang sesuatu perkara yang
dianggapnya tidak wajar. Sikap Rahim ini dapat dilihat dengan jelas apabila ia mengkritik dan
menentang sikap ayahnya yang dirasakan lebih mengutamakan keuntungan semata-mata
berbanding dengan nasib yang akan menimpa penduduk Kampung Pulai apabila ayahnya ingin
membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang.
7. Gigih
Selepas menamatkan pengajian di peringkat menengah, En. Muhammad telah menghantar
Rahim belajar di London dalam bidang pengurusan dagang. Berkat kegigihan, akhirnya beliau
berjaya memperolehi ijazah sarjana muda pengurusan dagang dari sebuah university
terkemuka di London.

Penutup[ 2 ]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

36
3. Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya.
Maka baginda memandang kepada muka anakanda baginda, Raja Mamad, maka titah baginda,
“Hei anakku, adapun engkau hendaklah banyak-banyak sabar, dan ampunmu akan segala hamba
sahayamu, dan baik-baik memelihara akan dia, kerana firman Allah Taala Inna’llahu ma’as sabirin,
yakni bahawa Allah Taala serta pada segala yang sabar. Dan jikalau datang kepada dua pekerjaan,
suatu pekerjaan Allah, dan suatu pekerjaan Dunia, maka dahulukan olehmu pekerjaan Allah daripada
pekerjaan dunia. Hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu kepada hadrat Allah Taala
yang akan memeliharakan kamu, kerana wa man yatawakkal ‘ala’allah. Dan segala anak Melayu
bagaimanapun besar dosanya, jangan olehmu diaifi dia, dan sampai kepada hukum syarak dosanya
derhaka, bunuhlah; kerana segala Melayu itu ketanahanmu, seperti kata Arab Al-‘abdi tinu’l-maulahu,
yang hamba itu tanah tuhannya. Jikalau engkau bunuh ia tiada dengan dosanya, bahawa kerajaanmu
binasa. Hei anakku, hendaklah engkau turut dan engkau ingatkan wasiatku ini, dan kaukerjakan,
supaya berkat diberi Allah subha nahu wa taala.”
(Dipetik daripada A. Samad Ahmad [peny.] 2003.
Sulalatus Salatin Sejarah Melayu (Edisi Pelajar).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman
186 - 187)

“Nilai kemanusiaan dapat membentuk pembangunan insan.” Berdasarkan petikan di atas bincangkan
pernyataan tersebut [25]

Cadangan jawapan
Pengenalan [3]
1. Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi
dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.
2. Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan
menjadi individu yang unggul.
3. Isi yang akan dibincangkan

Isi [20]
1. Sabar
Setelah kejatuhan Melaka di tangan Peringgi, Sultan Mahmud Syah masih lagi berusaha
melancarkan serangan ke atas Peringgi di Melaka dengan mengarahkan Hang Nadim, Sri
Udani, Tun Umar dan lain-lainnya merampas semula Melaka.
2. Pemaaf
Insan yang mempunyai nilai keimanan akan memaafkan kesalahan dan kesilapan orang lain.
Sultan Mahmud Syah tidak memaafkan kesalahan Tun Mutahir, sebaliknya menyimpan
perasaan dendam terhadap Tun Mutahir. Kerana dendam akhirnya Tun Mutahir dibunuh.
3. Bertanggungjawab
Bertanggungjawab terhadap negara, rakyat, keluarga dan anak buah. Tun Perak menjaga Tun
Tahir dan Tun Mutahir dengan baik. Tun Perak juga memastikan Melaka terselamat dari
serangan musuh.
4. Tawakal/Berserah kepada Allah
Berserah kepada Allah setelah berusaha, percaya dengan sepenuh hati kepada Allah semasa
berada dalam kesusahan atau penderitaan. Setelah Melaka diserang oleh Peringgi, Sultan
Mahmud Syah telah berusaha sedaya mungkin untuk mempertahankannya kerana katanya
“istiadat raja-raja itu, negeri alah rajanya mati.” (hlm 280), namun tidak mampu. Akhirnya
Sultan Mahmud Syah hanya berserah kepada Allah agar hulubalang Melayu syahid melawan
Peringgi setelah bagindaa dibawa lari oleh Seri Nara Diraja.
5. Adil
Seseorang raja atau pemerintah yang hebat ialah yang mampu berlaku adil terhadap rakyatnya
atau orang di bawahnya.

Penutup [2 markah]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

37
4. Nilai kemanusiaan merupakan suatu aspek penting untuk pembangunan insan. Bincangkan
pernyataan tersebut berdasarkan watak Encik Muhammad dalam novel Saudagar Besar dari Kuala
Lumpur. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

1. Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi
dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.
2. Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan
menjadi individu yang unggul.
3. Isi yang akan dibincangkan

Isi [20]
1. Bijak
Bertindak pantas merebut peluang perniagaan dan menewaskan lawan secepat mungkin.

2. Berani
Mengambil risiko / berusaha merebut peluang perniagaan tanpa mengira kesusahan yang bakal
ditempuhinya.

3. Berkarisma
Tokoh yang ada daya penarik , proaktif, karismatik serta tidak menghiraukan apa jua risiko
yang perlu dihadapi demi mengisi cita-cita unggulnya sebagai tokoh perniagaan Melayu yang
berjaya dan disegani bangsa asing.

4. Berwawasan
Beliau tidak mahu bangsanya diperlekehkan oleh bangsa asing yang diketahuinya masih
tertinggal dalam dunia perniagaan.Kejituan idea dan pandangannya dalam menangani dunia
perniagaan Firma serba Dagang Internasional.

5. Gigih
Meluaskan empayar perniagaannya di mana-mana sahaja ada peluang sesuai dengan
pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang mahukan penyertaan orang Melayu sebanyak mungkin
dalam dunia perniagaan.

6 Merendah diri
En. Muhammad masih bersikap merendah diri dengan YB Muhd. Yusof dengan mengatakan
penglibatannya dalam dunia perniagaan masih lagi seperti dalam hutan rimba.

7. Tenang/sabar
En. Muhammad tenang/sabar dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan Syarikat
Lombong Lembah Tualang. Ketenangan dan kesabarannya jelas apabila dia dapat menerima
secara rasional tuduhan yang dilemparkan kepadanya oleh pemuda berjubah dan Jamaluddin
yang menuduhnya dengan pelbagai tuduhan yang menyakitkan hati.

8. Simpati
En. Muhammad bersimpati dengan nasib penduduk Kampung Pulai yang masih lagi miskin
dan dia berjanji untuk memberi pertolongan supaya mereka mendapat bantuan dan kemudahan
pindah ke rancangan FELDA.

Penutup [2 markah]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

38
5. Berdasarkan gambaran dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, nilai kemanusiaan yang
terdapat pada watak Mahani dapat dijadikan panduan dalam kehidupan anda. Bincangkan.
[25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [3]
1. Maksud nilai kemanusiaan – perihal manusia atau sifat-sfat manusia baik yang dapat
membangunkan seseorang menjadi individu unggul.
2. Latar belakang watak Mahani
3. Menyenaraikan isi-isi penting.

Isi [20]
1. Hormat – menghormati
Mahani amat menghomati kedua-dua ibu bapanya. Dia menerima keputusan ayah dan ibunya
untuk menerima pinangan Rahim. Mahani juga amat menghormati Encik Muhammad semasa
berada di pejabat.

2. Prihatin
Mahani sangat prihatin akan nasib penduduk kampung Pulai apabila Syarikat Lombong
LembahTualang hendak dibangunkan – memikirkan nasib dan kesusahan penduduk.

3. Berbudi bahasa
Mahani memilki budi bahasa yang baik sehinggakan Cik Puan Tipah berhasrat untuk
menjadikan sebagai menantu.

4. Kasih sayang
Mahani bukan sahaja menyayangi ibu dan bapanya malah dia turut menyayangi Rahim.
Walaupun mereka jauh terpisah dan jarang berhubung, namun kasih sayang akhirnya
menyatukan mereka dengan ikatan pertunangan.

5. Bersopan santun
Mahani bingkas bangun semasa bermain piano untuk bersalam dan mencium tangan Cik Puan
Tipah

6. Setia

7. Taat kepada perintah Tuhan

8. Rajin

Penutup [2m]
Membuat hasil rumusan hasil dari perbincangan di atas.

39
2.0 PEMBANGUNAN MASYARAKAT

2.1 PENDIDIKAN

2.1.1 KONSEP PENDIDIKAN

Pendidikan merujuk kepada perihal mendidik/didikan/latihan/ajaran atau proses membentuk


manusia secara menyeluruh dan seimbang; atau tujuan pendidikan secara umum seperti
memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi, dan rohani manusia ke arah tahap
kesempurnaan.

pendidikan merupakan suatu proses atau kegiatan yang


Frederick J.
diarahkan untuk mengubah kebiasaan (behaviour)
Mc Donald
manusia.

pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk


individu yang berakhlak mulia. tujuan pendidikan ialah
Plato memberikan setiap warganegara peluang untuk
mencapai kebahagiaan hidup.

pendidikan adalah proses membentuk manusia secara


Atan Long menyeluruh dan seimbang.

40
2.1.2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN

Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki
serta menghayati ciri-ciri berikut;

kepentingan pendidikan dalam konteks pembangunan masyarakat kini.

41
2.1.3 KEPENTINGAN PENDIDIKAN BERDASARKAN NOVEL SAUDAGAR
BESAR DARI KUALA LUMPUR DAN SLALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU)

1. Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum/majmuk


-Rahim, Robert dan Mahani belajar di sekolah yang sama
-Seri Rama (India Muslim), Tun Mai Ulat Bulu, Sultan Mahmud Syah belajar agama dengan
Maulana Sadar Jahan (Arab)

2. Membentuk masyarakat yang perihatin


- Pendidikan yang diterima oleh Lebai Maarup dan Rahim menjadikannya anggota masyarakat
yang perihatin terhadap persekitarannya.
- Pendidikan agama yang diperolehi oleh Sultan Mansur Syah, Sultan Alau’d-Din, Tun
Mutahir dll menjadikan mereka pentadbir/pemerintah/anggota masyarakat yang perihatin
terhadap permasalahan rakyat jelata/masyarakat Melaka.

3. Membentuk masyarakat yang berakhlak mulia


- Pendidikan yang di terima oleh Lebai Maarup, Imam Saat, Mahani, Rahim menjadikan
mereka sebagai anggota masyarakat yang mempunyai budi pekerti yang mulia.
- Sultan Muhammad(Fakir Muhammad), Sultan Mansur Syah, Sultan Mahmud Syah (?), Raja
Ahmad dll mempunyai akhlak dan budi pekerti yang tinggi.

4. Melahirkan masyarakat yang berpendidikan agama


- Pendidikan yang diterima oleh Lebai Maarup, Imam Saat (belajar di Tanjung Karang), Murid
Lebai Maarup dan Imam Saat menjadikan mereka anggota masyarakat yang mempunyai
pengetahuan agama yang tinggi.
- Sultan Mansur Syah, pembesar Melaka, Kadi Yusuf (belajar dengan Maulana Abu Bakar
kitab Duri’l-mazlum- hlm 157) – Sultan Mahmud (Belajar Kitab Maklumat dengan Maulana
Yusuf – hlm 201), Sultan Mahmud, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir, Seri Rama, Tun
Mai Ulat Bulu, dan Raja Ahmad (mendapat pendidikan agama dengan Maulana Sadar Jahan),
Sultan Ahmad Syah (belajar tasauf dengan Makhdum Sadar Jahan – hlm 266), Sultan Ahmad
Syah juga belajar ilmu tauhid dengan Makhdum Sadar Jahan (hlm 268), menjadikan mereka
anggota masyarakat/golongan yang berpendidikan agama.

5. Melahirkan masyarakat yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi


- En. Muhammad (belajar di England – hlm 11), Robert (Ijazah Kejuruteraan Lombong, hlm
16), Rahim (Ijazah Pengurusan Dagang - 193), Mahani (kesetiausahan – hlm 79), Jahid
(sekolah menengah-SPM, hlm 22), Lebai Maarup, Imam Saat dll – memberi mereka peluang
untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Ilmu yang diperolehi melalui pendidikan juga
dapat digunakan untuk memajukan masyarakat/membentuk akhlak masyarakat.
- Sultan Mansur Syah menitahkan segala Anak Tuan-tuan belajar ilmu gajah dengan Maharaja
Dewa Sura. Baginda juga menggalakkan segala Anak Tuan-tuan/rakyat Melaka
belajar/mencari ilmu seperti ilmu kuda, ilmu bermain pelbagai senjata, dan ilmu hulubalang.
Baginda sanggup membiayai/mengeluarkan belanja kepada sesiapa yang belajar ilmu
berkenaan (hlm 106), Ilmu yang diperolehi melalui pendidikan dapat digunakan untuk
memajukan masyarakat/membentuk akhlak masyarakat/merubah status masyarakat.

6. Melahirkan masyarakat yang seimbang dan bersepadu antara dunia dan akhirat
- Rahim belajar di England, tapi dia tetap mempunyai pegangan agama yang kukuh – tidak
terpengaruh dengan budaya barat.

7. Mengubah status sosial masyarakat


- En. Muhammad – usahawan/saudagar yang berjaya-pada peringkat awal menjadi pekerja
tetapi akhirnya menjadi rakan kongsi dan memiliki syarikat sendiri – Syarikat Lombong
Lembah Tualang. Lebai Maarup – dikagumi masyarakat kampung Pulai kerana ketinggian
ilmu agamanya.

42
- Maharaja Dewa Sura asalnya Raja Indera Pura tetapi di tawan/tangkap oleh Seri Bija Diraja
(hlm 96 – 100) akhirnya dibebaskan dan dijadikan gembala gajah kerana mempunyai ilmu
gajah.

8. Melahirkan masyarakat yang berdaya saing.


- En. Muhammad – mampu bersaing dengan bangsa lain dalam perdagangan dan perniagaan.

9. Melahirkan masyarakat yang utuh jati diri.


- Rahim dan Robert tidak mudah terpengaruh dengan budaya barat sewaktu mereka belajar di
England. Begitu juga dengan Lebai Maarup.

- Sultan Mansur Syah, Raja Ahmad, Sultan Ahmad Syah dan Tun Mutahir mempunyai
kekuatan jati diri.

43
LATIHAN

1. “Pendidikan penting untuk membentuk akhlak masyarakat”. Berdasarkan novel Saudagar


Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan masyarakat.
[25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

1. Pendidikan merujuk kepada perihal mendidik/didikan/latihan/ajaran atau proses membentuk


manusia secara menyeluruh dan seimbang; atau tujuan pendidikan secara umum seperti
memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi, dan rohani manusia ke arah tahap kesempurnaan.

2. Akhlak merujuk kepada kebaikan atau ketinggian budi pekerti, kelakuan, dan tabiat

3. Mengemukakan isi yang akan dibincangkan.

Isi [20]

1. Jahat kepada baik – Lebai Maarup pada peringkat awal merupakan seorang yang agak nakal
namun setelah mendapat pendidikan agama Lebai Maarup telah berubah.

2. Jahil kepada berilmu – Sebelum menerima pendidikan agama Lebai Maarup bukanlah seorang
yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, tetapi setelah mendapat pendidikan agama beliau
memiliki ilmu yang tinggi dan mampu berkongsi dengan anggota masyarakat.

3. Tidak berkemahiran menjadi lebih mahir – Mahani belajar kesetiaushaan

4. Tidak cekap menjadi lebih cekap – Mahani belajar kesetiaushaan

5. Pemarah kepada penyabar/penyayang – Imam Saat terhadap Sudin (hlm 101)

6. Bermusuh/berdendam menjadi berbaik-baik – Imam Saat dengan arwah Yaakob ayah Gayah
pernah berdendam kerana tanah. Apabila Sudin dan Gayah kahwin wujud hubungan
kekeluargaan. Pendidikan agama yang diterima oleh Imam Saat telah menjadikannya seorang
yang sedar tentang duduk perkara sebenarnya. (hlm 102 -103)

7. Kurang matang menjadi lebih matang – Rahim dan Robert yang mendapat pendidikan di
England telah mematangkan mereka berdua.

8. Berfikiran sempit kepada berfikiran terbuka – Rahim dan Robert .

Penutup [2 markah]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

44
2. “Pendidikan penting untuk membentuk akhlak masyarakat”. Berdasarkan teks Sulalatus
Salatin (Sejarah Melayu), bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan masyarakat .
[25]
Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

1. Pendidikan merujuk kepada perihal mendidik/didikan/latihan/ajaran atau proses membentuk


manusia secara menyeluruh dan seimbang; atau tujuan pendidikan secara umum seperti
memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi, dan rohani manusia ke arah tahap kesempurnaan.

2. Akhlak merujuk kepada kebaikan atau ketinggian budi pekerti, kelakuan, dan tabiat seseorang
atau masyarakat.

3. Mengemukakan isi yang akan dibincangkan.

Isi [20]
1. Zalim kepada insaf/menyesal - Sultan Mahmud Syah (hlm. 259)

2. Jahil kepada berilmu/zuhud – Fakir Muhammad (hlm 56) Sultan Abdul Jamal (hlm 234)Sultan
Mahmud Syah

3. Pemarah/zalim kepada pengasih – Sultan Mahmud – mengasihani Tun Fatimah (hlm 264)

4. Pedendam kepada menginsafi segala kesilapan - Sultan Mahmud (hlm 259 dan 264) sangat
menyesal kerana membunuh Bendaahara Seri Maharaja. Lantaran itu baginda turun tahta dan
digantikan dengan Raja Ahmad. Setelah turun tahta, baginda ke Kayu Ara di Hulu Melaka

5. Angkuh/membesarkan diri (hlm 251) kepada redha – Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir
(hlm 257)

6. Kurang/cetek ilmu kepada lebih berilmu – Kadi Yusuf belajar dengan Maulana Abu
Bakar.(hlm 158)

7. Angkuh kepada rendah diri – Sultan Mahmud mengelarkan dirinya sebagai fakir Mahmud
sewaktu baginda hendak belajar kitab Maklumat dengan Maulana Yusuf (hlm 202)

8. Gelap hati kepada terang hati – Maulana Abu Bakar menyatakan bahawa Sultan Mansur syah
sangat terang hati/mudah menerima ilmu sewaktu baginda belajar kitab Duri’l-mazlum

Penutup [2 markah]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

45
2.2 SOSIAL
2.2.1 BUDAYA

KONSEP BUDAYA

1. “…rangkuman segala aspek hidup manusia , baik dalam bentuk fikiran, kepercayaan ,
perlakuan ataupun penghasilan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar
anggotanya dan mewarisinya turun-temurun. Dengan perkataan lain kebudayaan termasuklah bentuk
sosial, politik, adat dan istiadat serta ekonomi sesebuah masyarakat.”(Haron Daud, Sejarah Melayu,
satu kajian daripada aspek Pensejarahan Budaya , DBP, 1989, hlm. 8)

2. Kamus Dewan edisi keempat (2007) mendefinisikan budaya sebagai tamadun, peradaban,
kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir ,berkelakuan dan sebagainya). Tegasnya budaya boleh
didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi
sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam , sikap, nilai
dsbnya yang diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa.

2.2.1.1 HUBUNGAN KONSEP BUDAYA DENGAN KONSEP ADAT ISTIADAT

“Adat dan istiadat. Dalam konteks ini adat dan istiadat adalah dua hal yang berbeza. Adat
lebih merupakan undang-undang dan peraturan (larangan) negeri, manakala istiadat lebih
melibatkan kepada upacara seperti perkahwinan, kematian dan pertabalan.”(Haron Daud,
Sejarah Melayu, satu kajian daripada aspek Pensejarahan Budaya , DBP, 1989, hlm. 18)“…dalam
konteks masyarakat Melayu perkataan “adat” dalam penggunaan harian misalnya boleh sahaja
diertikan sebagai cara yang sudah menjadi kebiasaan”(Haron Daud, Sejarah Melayu, satu kajian
daripada aspek Pensejarahan Budaya , DBP, 1989, hlm. 141)

“Mengikut M.B. Hooker…dalam masyarakat Melayu, antaranya adat meliputi budi bahasa
atau tatatertib, perlakuan yang wajar, sesuatu keadaan yang lazim dan undang-undang” (Haron Daud,
Sejarah Melayu, satu kajian daripada aspek Pensejarahan Budaya , DBP, 1989, hlm. 141). Mengikut
Haron Daud lagi, “apabila menyebut adat istiadat, ia membawa dua maksud iaitu ‘berbagai adat’ dan
‘upacara’ termasuk peraturan perlaksanaannya. Sehubungan dengan itu, berbeza dengan undang-
undang, istiadat boleh dikatakan tidak melibatkan hukuman atau denda tertentu.

Dari segi etimologi, perkataan ‘adat’ adalah berasal daripada bahasa Arab, iaitu ‘addah’ yang
membawa maksud ‘kebiasaan’. Apabila dipakai dalam kosa kata Melayu ‘adat’ merujuk kepada ‘satu
cara hidup’ atau ‘cara manusia mengatur kehidupan mereka’. Walaupun begitu, hampir semua
masyarakat Nusantara, sama ada yang menerima pengaruh Islam atau pun tidak, telah memadukan
konsep ini dalam erti yang hampir sama dalam kebudayaan mereka. Dalam masyarakat Melayu tradisi,
konsep adat memancarkan hubungan yang mendalam lagi bermakna antara sesama manusia dan
dengan alam sekitarnya, termasuk alam tabii (nature), alam sosial dan alam ghaib. Setiap perhubungan

46
itu diucapkan sebagai adat, diberi bentuk tegas dan khusus melalui sikap, perbuatan dan acara (Zanial
Kling, 1996:2).

Adat memberi takrif kepada seluruh kompleks hubungan itu sama ada dalam erti kewujudan
sesuatu, menjadi asas ukuran baik-buruk, menjadi peraturan hidup masyarakat, mahupun tata cara
perbuatan individu dan penubuhan serta perjalanaan sesuatu kelompok institusi.(Zainal Abidin Borhan,
2003:1). Mengikut Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (atas talian) adat, peraturan yang
sudah diamalkan turun-temurun dalam sesuatu masyarakat sehingga menjadi hukum yang harus
dipatuhi. Kedatangan Islam ke Alam Melayu membawa konsep ini dengan makna yang lebih luas dan
mendalam sehingga merangkumi keseluruhan cara hidup yang kini ditakrifkan sebagai kebudayaan,
undang-undang, sistem masyarakat, upacara, dan segala kebiasaan yang sering dilakukan, seperti cara
makan atau cara duduk. Adat sebagai kelakuan dan kebiasaan yang betul seperti menghormati orang
yang lebih tua dengan menggunakan istilah panggilan pangkat kelahiran atau kekeluargaan. Adat juga
sebagai segala perlakuan upacara yang seringkali disebut sebagai adat istiadat. Dalam bentuk ini, adat
termasuklah dalam lingkungan bidang kepercayaan dan perlakuan agama, serta magis. Adat dengan
erti susunan masyarakat dan segala lembaga kemasyarakatannya, seperti sistem kekeluargaan, sistem
politik mahupun sistem ekonomi, seperti pemilikan tanah dan pembahagian harta. Institusi
kekeluargaan yang lazim dilaksanakan pelbagai masyarakat ialah adat masyarakat itu. Ada masyarakat
yang biasa mengamalkan sistem kekeluargaan matrilokal dan ada yang neolokal. Demikian juga, ada
masyarakat yang membahagikan harta serta pemilikan harta secara faraid dan ada yang secara sama
rata.
Mengikut Zainal Abidin Borhan dalam makalah beliau Adat Istiadat Dalam Sulalat al-Salatin
(2013:2),.. adat memancarkan kesan hubungan yang amat mendalam lagi bermakna, antara manusia
dengan alam sekeliling, alam tabii, alam ghaib, dan sebagainya. Setiap hubungan diungkapkan sebagai
adat, yang dapat dilihat di dalam perlakuan, sikap, tindakan dan upacara. Adat juga merupakan struktur
yang menghubungkan seluruh kehidupan manusia Melayu yang menegaskan sifat dan ciri
keperibadian, kedudukan dan harakat serta darjat, identiti dan jati diri manusia, peristiwa dan upacara,
tata kelakuan dan tata cara, pendekatan dan kaedah, yang berlaku sepanjang kehidupan manusia.

Mengikut Yusoff Iskandar dan Abd. Rahman Kaeh, dalam Sejarah Melayu: Satu
Perbincangan Kritis Dari Pelbagai Bidang menyatakan bahawa perkataan ‘adat’ adalah istilah yang
dikutip daripada bahasa Arab. Pada asasnya, ‘adat’ bererti ‘kebiasaan’, tetapi kini pengertiannya lebih
luas, merangkumi, ‘semua kesusilaan dan kebiasaan masyarakat disemua lapangan hidup…juga semua
peraturan tingkahlaku apa pun jua…’ Berdasarkan pengertian tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa
‘adat’ merupakan segala peraturan serta hukuman yang diwujudkan di dalam satu-satu sistem
masyarakat yang bertujuan untuk membendung perlaakuan-perlakuan dan memupuk nilai-nilai
kemanusiaan anggota masyarakatnya. Umumnya ‘adat’ adalah peraturan hidup manusia. Mengikut
Yusoff Iskandar dan Abd. Rahman Kaeh lagi, ‘adat istiadat’ pula adalah merupakan kata majmuk

47
kepada perkataan ‘adat’. Sedangkan ‘adat istidat’ ini dapat didifinsikan sebgai ‘sesuatu perlakuan
anggota masyarakat di dalam satu kelompok, wilayah/negeri. Ia lebih merupakan kebiasaan yang
digemari dan diiktiraf oleh masyarakat.’

Akhirnya mengikut pandangan Norhayati Ab. Rahman dalam makalah beliau Adat dan Adat
Istiadat Dalam Sastera Sejarah Sebagai Peneguhan Kepada Ketuanan dan Kekuasaan Raja Melayu
(2009:2) menyatakan bahawa adat istiadat dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama adat
istiadat yang berhubung dengan upacara dalam kitaran kehidupan manusia bermula dari detik awal
kelaahiran sehinggalah ke titik ahkir, iaitu kematian. Setiap tahap dalam kitaran tersebut dilalui atau
disambut dengan pelbagai upacara atau istiadat seperti adat orang bersalin, adat orang muda, adat
orang berlaki bini, adat orang meninggal dan sebagainya. Adat istiadat tersebut dipraktik oleh
golongan rakyat dan golongan raja. Kedua, adat istiadaat yang melambangkan kuasa (authority) yang
hanya dipraktikkan oleh golongan raja atau istana. Misalnya adat istiadat semasa menyambut
kelahiran, atau adat istiadat membaca siri salasilah raja-raja Melayu, adat istiadat perkahwinan, adat
istiadat pertabalan, adat istiadat semasa kemangkatan dan sebagainya. Satu perkara yang amat perlu
disedari bahawa adat itu dinamik. Adat boleh berubah, tetapi setiap perubahan itu hendaklah
dipermuafakatkan. Adat istiadat, hukum adat, adat yang teradat adalah ciptaan manusia, melainkan
hukum Allah. Hukum alam juga berubah, lantaran tabii alam yang semula jadi. (2013:3)

Berdasarkan pandangan dan pendapat sarjana di atas, budaya dan adat istiadat mempunyai
pertalian/hubungan yang sangat rapat dan saling melengkapi antara satu sama lain. Lantaran itu, dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu komunikatif STPM,
guru dan pelajar harus membataskan konsep budaya pada bahagian Pembangunan Masyarakat dalam
ruang lingkup adat istiadat yang merangkumi segala aspek hidup manusia , baik dalam bentuk
fikiran, kepercayaan , perlakuan ataupun penghasilan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh
sebahagian besar anggotanya dan mewarisinya turun-temurun. Ianya juga merangkumi sistem
masyarakat, upacara, dan segala kebiasaan yang sering dilakukan, seperti cara makan atau cara duduk.
Adat sebagai kelakuan dan kebiasaan yang betul seperti menghormati orang yang lebih tua dengan
menggunakan istilah panggilan pangkat kelahiran atau kekeluargaan. Adat juga sebagai segala
perlakuan upacara yang seringkali disebut sebagai adat istiadat. Dalam bentuk ini, adat termasuklah
dalam lingkungan bidang kepercayaan dan perlakuan agama, serta magis.

Adat dengan erti susunan masyarakat dan segala lembaga kemasyarakatannya, seperti sistem
kekeluargaan, sistem politik mahupun sistem ekonomi, seperti pemilikan tanah dan pembahagian harta.
Institusi kekeluargaan yang lazim dilaksanakan pelbagai masyarakat ialah adat masyarakat itu.
Manakala ‘adat’ yang difahami/membawa maksud ‘undang-undang, peraturan dan larangan’ harus
diletakkan pada bahagian Pembangunan Negara berdasarkan Sukatan Pelajaran bagi mata pelajaran
Kesusasteraan Melayu Komunikatif.

48
BUDAYA DALAM SULALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU) dan SAUDAGAR BESAR
DARI KUALA LUMPUR

BUDAYA

SAUDAGAR BESAR DARI KUALA


SULALATUS SALATIN LUMPUR

Perkahwinan -
Pangilan pangkat
kelahiran/kekeluargaan -

Bertindik dan berkhatan - Perkahwinan -

Kematian/pengebumian -

Hormat orang tua -

Pelantikan dan pertabalan raja -

Kunjung mengunjung/ziarah
menziarahi -
Permainan -

Makanan -
Permandian -

Adat menuntut ilmu -


Adat menuntut ilmu -

Menyambut kelahiran bayi -


Berniaga kecil-kecilan dalam kalangan
orang Melayu -

Pakaian -

49
LATIHAN

1. Jelaskan budaya yang terdapat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur yang masih
menjadi amalan masyarakat kini dalam konteks pembangunan masyarakat. Kemukakan contoh yang
sesuai dengan menyatakan halaman berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan novel
Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. [25]

2. Bincangkan kepentingan budaya yang dipaparkan dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah
Melayu) kepada pembangunan masyarakat. Kemukakan contoh yang sesuai dengan menyatakan
halaman berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan novel Saudagar Besar dari Kuala
Lumpur. [25]

50
2.2.2 PERPADUAN

KONSEP PERPADUAN KAUM

1. Elemen merujuk kepada sesuatu yang menjadi bahagian dalam sesuatu keseluruhan unsur
(Kamus Dewan edisi keempat)

2. Perpaduan bermaksud perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll (Kamus Dewan
edisi keempat)

3. Perpaduan rakyat dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu
dan sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah.

4. Elemen perpaduan merujuk kepada sesuatu yang menjadi sebahagian dalam perpaduan antara
kaum

1. Perpaduan juga dapat diertikan sebagai hubungan yang erat bersifat toleransi yang diwujudkan
secara sengaja antara kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan
ikhlas (Rosli b. Abdul Manaf dalam Haron Daud, 1989)

Rumusan daripada konsep perpaduan:

1. Perpaduan masyarakat adalah sifat dan perlakuan yang diamalkan secara bersama dalam
sebuah kelompok manusia yang ramai yang menggambarkan mereka bersatu.

2. Aspek perpaduan perlu dilihat dari sudut masyarakat majmuk

3. Masyarakat majmuk berdasarkan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dilihat dari aspek
keturunan Melayu, keturunan India Muslim, keturunan Arab dan Cina. Sementara dari novel Saudagar
Besar dari Kuala Lumpur pula dilihat daripada masyarakat perpaduan antara Melayu dan Cina.

51
ELEMEN 2 (AKTIVITI)

NOTA : Elemen yang dinyatakan di atas adalah sebahagian sahaja. Terdapat elemen-elemen lain yang boleh
dibincangkan.

52
LATIHAN

1. Perpaduan mampu membangunkan sesebuah masyarakat. Bincang elemen pemantapan


perpaduan di Melaka sebagaimana yang digambarkan dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25]

Cadangan jawapan
Pengenalan [3]
1. Perpaduan bermaksud perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll (Kamus Dewan
edisi keempat)
2. Perpaduan rakyat dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu
dan sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah.
3. Elemen perpaduan merujuk kepada sesuatu yang menjadi sebahagian dalam perpaduan antara
kaum
4. Perpaduan juga dapat diertikan sebagai hubungan yang erat bersifat toleransi yang diwujudkan
secara sengaja antara kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan
ikhlas

Isi [20]
1. Hormat menghormati dalam kalangan masyarakat majmuk.
Masyarakat di Melaka seperti Melayu, Keling (Tamil-Muslim), Cina, Arab, Arab-Parsi dan
sebagaainya hidup dalam keadaan harmoni kerana mereka saling hormat menghormati antara
satu sama lain.
2. Bekerjasama dalam mempertahankan kedaulatan Melaka.
Masyarakat pelbagai kaum telah bersama-sama mempaetahankan kedaulatan Melaka.
Contohnya Saidi Arab yang berkuturunan telah membantu Melaka semasa pemerintahan
Sultan Muzaffah Syah dari serangan Siam dibawah pimpinan Awi Dicu. Begitu juga Mia
Razul yang berkuturunan Tamil-Muslim telah membantu Melaka menentang Haru.
3. Perkongsian kuasa dalam politik/pentadbiran.
Perpaduan dalam kalangan masyarakat boleh terjelma melalui perkongsian kuasa dalam politik
dan pentadbiran. Contohnya terdapat pelbagai etnik/kaum yang bersama-sama mentadbir
Melaka. Mani Purindan keturunan Tamil-Muslim telah didudukkan setara dengan menteri
sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Tun Ali yang bergelar Seri Nara Diraja adalah
anak Mani Purindam telah dilantik menjadi bendahara Melaka. Begitu juga Sultan Muzaffar
Syah (Raja Kassim) yang berkuturanan Tamil-Muslim dilantik menjadi Sultan. Raja Mandeliar
dilantik menjadi syahbandar – Kadi Yussuf keturunan Arab dilantik menjadi kadi.
4. Perkahwinan campur.
Perpaduan dalam kalangan masyarakat di Melaka terjalin melalui perkahwinan antara kaum
Melayu dengan Tamil-Muslim, Arab, Arab-Parsi, Cina dan sebagainya. Melalui perkahwinan
akan lahirlah rasa kasih sayang, hormat-menghormati, tolak ansur dan sebagainya, yang
akhirnya mendorong kepada pemantapan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk.
Contohnya Seri Nara Diraja Tun Ali (Tamil Muslim) telah berkahwin dengan Tun Kudu
(Melayu) telah meredakan perselisihan faham antara Seri Nara Diraja Tun Ali dengan Tun
Perak.
5. Penyebaran dakwah dan Ilmu.
Perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk boleh terjelma melalui aktiviti dakwah dan
penyebaran ilmu dalam kalangan masyarakat majmuk. Contohnya, wujudnya hubungan yang
erat antara orang-orang Arab dengan komuniti lain di Melaka melalui kerja dakwah dan
penyebaran ilmu. Orang-orang Arab ini rata-ratanya terdiri daripada alim ulama dan pedagang
yang secara tidak langsung telah menjalankan aktiviti dakwah dan mengajar ilmu agama dalam
kalangan masyarakat Melaka yang pelbagai kaum itu. Maulana Sadar Jahan misalnya menjadi
guru kepada Tun Mai Ulat Bulu, Seri Rama, dan Sultan Mahmud.

Penutup [2]
Rumusan/ Cadangan/ Ulasan/ Pandangan/ Pendirian dan lain-lain yang berkaitan.

53
2. Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan yang mengikutinya:
“Encik Muhammad beruntung mendapat seorang saudagar berjiwa besar seperti Datuk Tan yang
sentiasa dapat memisahkan antara dagang dengan politik dan perasaan perkauman. Dia mencuba
menyakinkan Tan Sri Syed Aris bahawa sokongan Datuk Tan terhadap projek lada hitamyang
dikemukakannya itu bukanlah sokongan yang sama seperti yang diberikan oleh Tauke Lim. Jika Tan
Sri Syed Aris curiga atas sokongan Tauke Lim itu kerana tujuan memelihara kepentingan saudagar-
saudagar
Cina dalam lapangan lada hitam, maka sokongan Datuk Tan semata-matakerana dia yakin bahawa
projek itu akan menguntungkan syarikat.”
(Dipetik daripada Keris Mas 2006. Saudagar Besar
dari Kuala Lumpur,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, halaman 60-61)

Bedasarkan petikan di atas, bincangkan bagaimana bidang ekonomi berfungsi sebagai elemen
pemantapan perpaduan antara kaum dalam konteks pembangunan sesebuah masyarakat. [25]

Cadangan jawapan

Pendahuluan [3]
Konsep perpaduan
Ringkasan cadangan isi

Isi [20]
1. Perkongsian ekuiti/saham dalam syarikat antara orang Melayu dan Cina. Perpaduan dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum boleh terjelma melalui kegiatan ekonomi yang dijalankan,
khususnya melalui perkongsian saham dalam sesebuah syarikat. Perkongsian saham/ekuiti dalam
syarikat terjelma kerana wujudnya sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Sikap saling
mempercayai antara satu sama lain dalam perniagaaan mampu mewujudkan hubungan kaum yang erat
dan harmoni sifatnya. Persefahaman antara kaum dalam menguruskan perniagaan bukan saja
mendatangkan keuntungan, malah ia juga akan menglahirkan sebuah masyarakat yang harmoni, saling
menyangi, hormat menghormati antara satu sama lain dan sebagainya. Keadaan ini jelas dapat dilihat
dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. En. Muhammad mempunyai 60% saham dalam
syarikat Firma Serba Dagang Internasional. Syarikat Firma Serba Dagang Internasional adalah sebuah
syarikat perkongsian antara Datuk Tan dengan En. Muhammad.

2. “Orang kanan”/individu penting dalam syarikat lada hitam


Cth: rakan kongsi dalam syarikat Firma Serba Dagang Internasional

3. Usahasama dalam perlombongan


Cth: Berpadu tenaga dalam syarikat Lombong Lembah Tualang

4. Sebagai pekerja syarikat


Cth: i) En Muhammad sebagai Pengarah Urusan syarikat Tan Enterprise
ii) Mary pernah bekerja sebagai setiausaha En. Muhammad

5. Kerjasama En Chan (Chan Builders) dengan Datuk Mahmud


Cth: Cadangan pelaksanaan projek perumahan di kampung Pulai

6. Saling percaya menpercayai dalam perniagaan


Datuk Tan percaya dan yakin dengan kemampuan En. Muhammad menguruskan syarikat
mereka.

Penutup: [2]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

54
2.2.3 MOBILITI

KONSEP STRATAFIKASI SOSIAL DAN MOBILITI SOSIAL

Mobiliti sosial mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan stratifikasi sosial. Dengan
wujudnya stratafikasi sosial, maka akan lahirlah mobiliti sosial. Oleh yang demikian untuk memahami
konsep mobiliti sosial dalam konteks Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif, guru dan
pelajar harus mengetahui dan memahami konsep stratafikasi sosial terlebih dahulu. Perbezaan individu
atau kelompok masyarakat telah menyebabkan munculnya satu hieraki yang terdiri dari lapisan atau
strata yang berlainan kedudukannya yang disebut sebagai stratifikasi sosial. Stratifikasi sosial
melibatkan satu sistem nilai yang dikenakan ke atas sesuatu masyarakat dan menghasilkan satu hieraki
sosial yang menegak sifatnya. Setiap hieraki membawa satu nilai yang berbeza antara satu sama lain.
(Sohaimi Abdul aziz, 1992:12).

Dalam kajian sosiologi Barat, stratifikasi sosial yang berasaskan teori Karl Marx amat
memberi penekanan kepada aspek ekonomi atau penguasaan ekonomi untuk membezakan antara satu
kelas sosial dengan kelas sosial yang lain (kelas borjuis – kapitalis dan berkuasa serta mempunyai
punca-punca pengeluaran, dan kelas proletar(marhain) – tidak berada, tiada kuasa, tertindas). Selain
daripada Marx, seorang lagi tokoh yang banyak memperkatakan tentang stratifikasi sosial ialah Weber.
Apa yang membezakan antara Marx dan Weber ialah, Marx memberi penekanan kepada kelas dengan
mengaitkan organisasi ekonomi dan politik, manakala Weber hanya membataskan konsep kelas kepada
ruang lingkup ekonomi sahaja (1992:14). Selain daripada kelas, Weber menjadikan status dan parti
(kuasa) sebagai kayu ukur dalam menentukan sesuatu stratifikasi sosial. Status bagi Weber berada
dalam lingkungan sosial, manakala kelas berada dalam lingkungan ekonomi.

Mengikut Sohaimi Abdul Aziz (1992), beliau menyatakan bahawa konsep status mengikut
Weber ialah penghormatan masyarakat berdasarkan nilai yang dipersetujui bersama. Setiap status
sosial itu dilihat dari segi superiority (yang lebih tinggi) atau inferiority (yang lebih rendah). Justeru
setiap status sosial diberikan penilaian dan disusun dalam satu hieraki. Weber juga menyatakan bahawa
parti (kuasa) juga penentu kepada kedudukan sosial individu atau kelompok masyarakat.Ting Chew
Peh pula menyatakan secara kasar, status sosial boleh dikelompokkan kepada dua jenis, iaitu status
warisan dan status perolehan. Status warisan adalah status yang diperturunkan daripada satu generasi
kepada satu generasi, seperti keturunan, bangsa, ataupun ras. Status perolehan tidak mempunyai kaitan
dengan keturunan seseorang. Ia ditentukan oleh kebolehan, daya usaha, dan pengetahuan seseorang
individu.

Berdasarkan sosiologi Barat, piramid stratafikasi sosial Barat ditentukan oleh kelas dan status
sosial yang membawa nilai kebendaan. Individu atau masyarakat yang berharta dan berprestij
diletakkan dalam strata sosial yang tinggi. Justeru itu, individu atau kelompok masyarakat yang ingin
mengalami mobiliti sosial hanya mendapatkan faktor-faktor yang memancarkan nilai kebendaan,
seperti kekayaan, pekerjaan, dan pendidikan sekular. Sosiologi Islam amat jauh bezanya dengan
sosiologi Barat dalam menentukan stratifikasi sosial individu atau kelompok masyarakat. Asas
penetapan sosiologi Islam dalam menentukan stratifikasi sosial ialah al-Quran (surah Al Hujrat: 13)
dan Sunnah Nabi. Berdasarkan al-Quran dan Sunnah, aspek ketaqwaan individu atau kelompok
masyarakat sebagai kriteria utama bagi menentukan kedudukan individu itu di sisi Allah. Kriteria yang
sama telah digunakan oleh masyarakat Islam dalam menentukan kedudukan sosial individu atau
kelompok masyarakat.( Sohaimi Abdul Aziz, 1992:19)

55
Ali Syari’ati menyatakan manusia tidak dibezakan antara satu sama lain berdasarkan kelas
sosial, dan menurut Alia Syari’ati lagi dalam sosiologi Islam masyarakat atau (al nas) adalah
masyarakat tanpa kelas(1992:19)Ketiadaan kelas sosial dalam sosiologi Islam tidak bermakna bahawa
sosiologi Islam tidak memperlihatkan masyarakat itu berstratifikasi. Sosioligi Islam masih
memperlihatkan yang masyarakat Islam mempunyai stratifikasi sosial, tetapi dengan menggunakan
nilai yang berbeza. Nilai yang digunakan dalam sosiologi Islam sebagai kayu ukur untuk
menentukan stratifikasi sosial ialah ketaqwaan individu atau kelompok masyarakat pada Allah.
Ketaqwaan itu dilihat daripada tingkahlakunya. Individu yang bertaqwa diletakkan dalam lapisan atau
strata yang tinggi tanpa mengira kelas sosialnya sama ada dia kaya, miskin, ataupun seorang hamba.
Yang diambil kira ialah ketaqwaannya pada Allah.(1992:21). Dalam konteks mata pelajaran KMK,
lihat stratifikasi sosial yang gambarkan oleh Haron Daud (1989:53) seperti rajah 1 di bawah sebagai
contoh;

Raj
a

Bangsawan

Rakyat

Hamba

Rajah 1: Lapisan Masyarakat Mengikut Golongan dalam


Sulalatus Salatin(Sejarah Melayu)

56
Rajah 2: Lapisan Masyarakat Mengikut Golongan dalam Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Berdasarkan konsep startafikasi yang dinyatakan di atas, maka di sini akan dinyatakan pula
beberapa panndangan berkaitan mobiliti sosial. Ting Chew Peh menjelaskan mobiliti sosial merupakan
satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang
lain atau satu kedudukan kepada satu kedudukan baru dalam dalam lapisan yang sama. Mobiliti
boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu menegak (vertical) dan mendatar (horizontal). Mobiliti menegak
sama ada ke atas atau ke bawah, melibatkan perubahan status seseorang daripada satu golongan ke
golongan masyarakat yang lain. Manakala mobiliti mendatar hanya melibatkan perubahan
kedudukan seseorang dalam golongan atau kelasnya saja. (Haron Daud, 1989: 62)

Menurut Ting Chew Peh lagi, mobiliti sisial biasanya ditinjau dalam hubungan pekerjaan,
kerana
(i)pekerjaan berkait rapat dengan faktor-faktor penting yang menentukan kedudukan dan status sosial,
seperti pendapatan, pola penggunaan, pekerjaan dan gaya hidup, (ii) pekerjaan merupakan satu
kategori penting untuk membahagikan dan menentukan kedudukan tinggi rendah anggota sesuatu
masyarakat. (1992: 23) Menurut Haron Daud pula, dalam masyarakat Melayu Tradisional mobiliti
sosial berlaku ke atas seseorang individu sama ada melalui perkahwinan, tawanan perang, kekayaan
atau bakti. (1989: 62)

Konsep mobiliti sosial juga merujuk kepada proses seseorang watak/individu berubah atau
bergerak posisi atau kedudukan mereka daripada satu tahap ke tahap yang lain sama ada secara
menurun atau menaik dalam sesebuah masyarakat. Perubahan kedudukan dalam masyarakat ini boleh
jadi berlaku disebabkan oleh perubahan dari segi pendidikan, pangkat, kekayaan, perubahan status
hubungan kekeluargaan, penglibatan dalam politik, kegiatan bermoral dan tidak bermoral, kesalahan
jenayah dan sebagainya.

Seperti yang disarankan oleh al-Quran bahawa individu yang paling mulia di sisi Allah ialah
individu yang bertaqwa. Oleh itu, sosiologi Islam yang bertolak daripada konsep yang sama dalam
menentukan kedudukan sosial seseorang. Ketaqwaan menjadi satu kriteria penting untuk meletakkan

57
individu itu pada kedudukan sosial yang tinggi. Pendidikan keagamaan adalah sesuatu yang
mempunyai prestij dan usaha untuk mencapainya akan dapat mempertingkatkan status social mereka.
Oleh itu golongan yang arif tentang agama Islam seperti para ulama, ahli sufi, tuk guru dan imam
mendapat kedudukan sosial yang tinggi dalam masyarakat Islam kerana mereka dipercayai mempunyai
tahap ketaqwaan yang tinggi. (1992:24)

 Rumusannya mobiliti sosial berlaku ke atas seseorang individu atau kelompok masyarakat
antaranya melalui:

 Mobiliti mendatar berlaku ke atas watak-watak di bawah:

• Tun Perak
• Hang Tuah
• Tun Mutahir
• En. Muhammad
• Datuk Tan dan lain-lain

 Tun Perak (perubahan jawatan/pangkat melalui baktinya terhadap Melaka)

58
 Mobiliti menegak berlaku ke atas watak-watak di bawah:

• Badang
• Tun Fatimah
• Tun Teja
• Raja Mandeliar
• Maulana Yusof
• Kadi Munawar
• Khoja Baba
• Bendahara Tun Ahmad (Pahang) dan lain-lain

 Badang (perubahan kedudukan melalui kekuatan dan baktinya terhadap Singapura)

HULUBALANG

SADIM SANI

HAMBA

• NOTA: Mobiliti dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Saudagar Besar dari Kuala
Lumpur di atas adalah sekadar cadangan. Guru digalakkan menyenarai fakta lain yang wujud
dalam kedua-dua teks.

59
LATIHAN

1. Kedudukan ahli masyarakat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) bukanlah statik kerana
berlakunya mobiliti sosial. Bincangkan mobiliti sosial secara menegak pada watak-watak yang
berkaitan dalam konteks pembangunan masyarakat pada zaman tersebut. [25]

2. Mobiliti sosial jelas tergambar dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Berikan ulasan anda
tentang mobiliti sosial sebagaimana yang digambarkan Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) dalam
konteks pembangunan masyarakat. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [3]
1. Mobiliti sosial merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan
sosial kepada lapisan sosial yang lain atau satu kedudukan kepada satu kedudukan baru
dalam dalam lapisan yang sama.
2. Mobiliti boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu menegak (vertical) dan mendatar (horizontal).
Mobiliti menegak sama ada ke atas atau ke bawah, melibatkan perubahan status seseorang
daripada satu golongan ke golongan masyarakat yang lain. Manakala mobiliti mendatar hanya
melibatkan perubahan kedudukan seseorang dalam golongan atau kelasnya saja.
3. Perubahan kedudukan dalam masyarakat ini boleh jadi berlaku disebabkan oleh perubahan dari
segi pendidikan, pangkat, kekayaan, perubahan status hubungan kekeluargaan, penglibatan
dalam politik, kegiatan bermoral dan tidak bermoral, kesalahan jenayah dan sebagainya.
Isi [20]
1. Mobiliti sosial berlaku ke atas seseorang individu sama ada melalui:
- Perkahwinan - Keturunan
- Tawanan perang - Kemahiran
- Pendidikan/Ilmu - Kekayaan
- Bakti/jasa - Jawatan
- Kekuatan fizikal - Pengaruh dll
2. Mobiliti mendatar:
- Tun Perak
- Hang Tuah
- Tun Mutahir
Cth: Tun Perak ( perubahan jawatan/pangkat melalui baktinya terhadap Melaka) daripada
Penghulu Kelang – Bentara – Perdana Menteri – Bendahara Melaka
3. Mobiliti menegak ke atas:
-Tun Teja
-Tun Fatimah
-Badang
-Raja Mandeliar
-Maulana Yusof
-Kadi Munawar
-Khoja Baba
-Bendahara Tun Ahmad – Pahang
4. Mobiliti menegak ke bawah:
-Sultan Malikul Tahir
-Sultan Muhammad Syah
-Maharaja Dewa Sura
-Tun Kudu
-Tun Ali

Penutup [2]
Rumusan/ Cadangan/ Ulasan/ Pandangan/ Pendirian dan lain-lain yang berkaitan.

60
3. Bincang mobiliti sosial dalam konteks pembangunan masyarakat berdasarkan novel Saudagar
Besar dari Kuala Lumpur

MOBILITI HURAIAN CONTOH

Miskin - kaya

Bujang - kahwin

Jahil – alim

Kurang ilmu – berilmu

Tidak berakhlak –
berakhlak

Tidak berpengalaman
– berpengelaman

Mundur – maju

61
4. Bincang mobiliti sosial dalam konteks pembangunan masyarakat berdasarkan teks Sulalatus
Salatin (Sejarah Melayu)

MOBILITI HURAIAN CONTOH

Raja - raja

Raja - rakyat

Raja - hamba

Hamba – rakyat -
bangsawan

Bangsawan -
bangsawan

Bangsawan – diraja

Diraja - bangsawan

62
STPM UP2 2016

3. “Dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) terdapat mobiliti sosial untuk pembangunan
masyarakat.”
(a) Jelaskan bentuk mobiliti sosial.
[9]
(b) Bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan masyarakat Melayu.
[16]

Cadangan jawapan

(a) Bentuk mobiliti sosial.

1 Mobiliti mendatar – perubahan status/lapis yang setara – Tun Perak, Tun Mutahir
2 Mobiliti menegak keatas – perubahan status/lapis bawah ke atas Tun Fatimah, Tun
Teja,
Tun Kudu, Badang dll
3 Mobiliti menegak ke bawah – perubahan status/lapis dari atas ke bawah – Tun Kudu,
Maharaja Dewa Sura.

(b) Dalam konteks pembangunan masyarakat.

1 Perpaduan/keharmonian
Diraja – Tun Kudu (menegak ke bawah) diraja – bangsawan

2 Keupayaan/kemahiran aspek pentadbiran


Bangsawan – Tun Mutahir (mendatar) Temenggung – Bendahara
Tun Perak (mendatar) Penghulu Kelang – Bentara – Perdana Menteri –
Bendahara

3 Mengangkat kehidupan rakyat – jasa – pengiktirafan/anugerah


Rakyat – Khoja Baba (menegak ke atas) membantu tentera Melaka menewaskan
Kampar dianugerahkan
gelaran Khoja dan Tun
Saiyid Ahmad (menegak ke atas) - Daripada seorang nakhoda beliau
dijadikan
bentara bergelar
Syah Andika Menteri oleh Sultan Mahmud Syah kerana membantu Tun
Biajid
melarikan Tun Teja

4 Menggunakan peluang yang ada untuk mengubah nasib


Hamba – Badang (menegak ke atas) hamba – bangsawan

5 Meningkatkan taraf kehidupan/perubahan

6 Meningkatkan ilmu/kemahiran

63
4. Jelaskan mobiliti sosial dalam konteks pembangunan masyarakat yang terdapat dalam novel
Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. [25]

Cadangan Jawapan

Pengenalan [3]
1. Mobiliti sosial merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan
sosial kepada lapisan sosial yang lain atau satu kedudukan kepada satu kedudukan baru
dalam dalam lapisan yang sama.
2. Mobiliti boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu menegak (vertical) dan mendatar (horizontal).
Mobiliti menegak sama ada ke atas atau ke bawah, melibatkan perubahan status seseorang
daripada satu golongan ke golongan masyarakat yang lain. Manakala mobiliti mendatar hanya
melibatkan perubahan kedudukan seseorang dalam golongan atau kelasnya saja.
3. Perubahan kedudukan dalam masyarakat ini boleh jadi berlaku disebabkan oleh perubahan dari
segi pendidikan, pangkat, kekayaan, perubahan status hubungan kekeluargaan, penglibatan
dalam politik, kegiatan bermoral dan tidak bermoral, kesalahan jenayah dan sebagainya.

Isi [20]
1. Mobiliti sosial dari aspek pendidikan/ilmu pengetahuan – En. Muhammad, Lebai Maarup dan
Mahani.
2. Mobiliti sosial dari aspek kerjasama perniagaan/perdagangan – En. Muhammad dengan Datuk
Tan.
3. Mobiliti sosial dari segi pekerjaan – Sudin
4. Mobiliti sosial dari segi jawatan – Penghulu Mahmud – Orang Kaya Indera, Tuk Empat
Dahalan – Penghulu
5. Mobiliti sosial dari segi penglibatan kaum wanita dalam perniagaan – Cik Puan Tipah
6. Mobiliti sosial dari segi politik – YB Mohd Yusoff dari pengusaha kilang papan kepada wakil
rakyat.
7. Mobiliti sosial dari segi keagamaan dan keimanan – Lebai Maarup
8. Mobiliti sosial dari segi perkahwinan – Sudin sebelum berkahwin dengan Gayah merupakan
kaki judi, tetapi selepas berkahwin sikapnya mula berubah.

Nota: Huraian hendaklah dikaitkan dengan pembangunan masyarakat

Penutup [2]
Saranan/cadangan/harapan/rumusan/penilaian

64
2.2.4 SUSUN LAPIS MASYARAKAT

KONSEP SUSUN LAPIS MASYARAKAT

▪ Susun lapis masyarakat merujuk kepada lapisan dalam masyarakat yang juga merujuk kepada
“struktur sosial”

▪ Struktur sosial adalah merujuk kepada sifat organisasi masyarakat yang terbina daripada semua
komponen atau “set sosial” di mana setiap komponen itu berfungsi sehingga membolehkan
masyarakat tersebut terus wujud (Haron Daud; 1989)

▪ Susun lapis juga bermaksud pembahagian sesuatu kepada beberapa peringkat kelas, golongan,
lapisan dsb – susun lapis sosial (Kamus Dewan edisi keempat; 2007)

2.2.4.1 Susun lapis masyarakat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

Susun Lapis masyarakat dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

GOLONGAN DIRAJA GOLONGAN PEMBESAR/BANGSAWAN

1. Raja Mempunyai hubungan yang rapat dengan raja


2. Permaisuri raja 1. Bendahara
3. Anak-anak raja 2. Perdana Menteri
4. Kerabat diraja 3. Penghulu Bendahari
4. Temenggung
5. Laksamana
6. Syahbandar
7. Pembesar-pembesar yang lain
8. Keluarga Mereka yang di atas

65
RAKYAT HAMBA

Golongan Menengah 1. Hamba Raja/budak raja/biduanda


1. Peniaga 2. Hamba berhutang – orang berhutang
2. Pedagang 3. Hamba abdi – kekal sebagai hamba
3. Saudagar sampai bila-bila – termasuk keluarga
4. Ulamak/Tokoh agama kecuali dimerdekakan oleh tuannya
5. Tukang-tukang mahir
6. Biaperi (saudagar/pedagang) – hlm 254
7. Golongan kiwi

Rakyat biasa
1. Buruh
2. Petani
3. Nelayan
4. Tukang

Masyarakat Melayu tradisional sebagai sebuah organisasi masyarakat mempunyai struktur sosialnya
sendiri. Segala ‘set sosial’ – termasuk pola tingkah laku, peranan, sistem kemasyarakatan dan
komponen-komponen yang lain – yang membentuk organisasi itu melibatkan semua golongan
masyarakat. Lapisan yang terdiri daripada golongan diraja, bangsawan atau pembesar, rakyat biasa dan
hamba (Haron Daud, 1989:53). Setiap golongan dalam lapisan sosial ini mempunyai peranan dan
tanggungjawab masing-masing dalam pembangunan masyarakat dan negara.

2.2.4.2 Peranan Setiap Lapisan Sosial dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

GOLONGAN PERANAN

▪ Pemerintah – mempunyai kuasa mutlak


▪ Menjadi lambang perpaduan rakyat
▪ Mengetuai hubungan diplomatik
Raja ▪ Ketua agama dan adat istiadat
▪ Mengetuai angkatan tentera
▪ Melantik pembesar negeri
▪ Ketua Hakim

Bendahara
▪ Penasihat raja
▪ Menteri utama
Bangsawan/pembesar ▪ Ketua turus angkatan perang
▪ Hakim
▪ Pemangku raja
▪ Melantik dan memilih bakal raja/raja

GOLONGAN PERANAN

Penghulu Bendahari
▪ Pemungut hasil/ufti

66
▪ Ketua segala bendahari – penjaga harta dalam
perbendaharaan
▪ Ketua urusetia di istana
▪ Protokol di istana
▪ Ketua segala syahbandar
▪ Menyimpan daftar hamba raja
Bangsawan/pembesar ▪ Memegang kepala usungan sebelah kanan
Temenggung
▪ Ketua polis dan penjara – mengawal keselamatan dalam
negeri
▪ Penguasa Bandar dan kota
▪ Hakim di darat
▪ Mengepalai gajah
Syahbandar
▪ Mengurus pedagang
▪ Bertanggungjawab ke atas pelabuhan dan kuala
▪ Memungut cukai pelabuhan/pedagang
Laksamana
▪ Bertanggungjawab menjaga negeri daripada ancaman luar
baik dari laut atau di darat – mengawal perairan negara
▪ Memikul pedang kerajaan di kelekan balai – istiadat
▪ Apabila raja bergajah Laksamana duduk di belakang gajah
memikul pedang kerajaan
▪ Pengawal peribadi raja
▪ Mengetuai utusan

2.2.4.3 Susun lapis masyarakat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Susun Lapis masyarakat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

67
Struktur Sosial Dalam Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Raja – Duli Yang Maha Mulia Sultan Pembesar/pentadbir


▪ Orang Kaya Indera (Penghulu Mahmud
▪ Pegawai Daerah
▪ Yang Berhormat Wakil Rakyat
▪ Pengerusi JKK

Golongan Menengah Penduduk Kampung


▪ Kumpulan ahli perniagaan elit Melayu – ▪ Imam
En Muhammad, Tan Sri Syed Aris ▪ Guru agama
▪ Kumpulan peniaga dan usahawan Cina- ▪ Kakitangan syarikat/awam
Datuk Tan Chong Seng, Tauke Chan ▪ Peniaga
▪ Pekebun
▪ Bilal
▪ Masyarakat kampong
▪ Dll

LATIHAN

1. Huraikan peranan golongan diraja dalam susun lapis masyarakat Melayu berdasarkan teks
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dalam konteks pembangunan masyarakat. [25]

2. Jelaskan susun lapis masyarakat berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur dan
huraikan peranan setiap lapisan masyarakat tersebut dalam konteks pembangunan masyarakat
kini. [25]

68
2.2.5 CINTA AKAN ALAM SEKITAR

KONSEP CINTA AKAN ALAM SEKITAR

Bermaksud perasaan atau berperasaan sangat sayang atau cintakan (cinta akan) kepada segala yang ada
di langit dan di bumi (bumi, binatang-binatang, tumbuh tumbuhan, sungai, hutan rimba dll) yang
berada di sekeliling kita. (Kamus Dewan edisi keempat; 2007) Perasaan atau berperasaan sangat
sayang atau cintakan alam sekitar:

LATIHAN

1. Cadangkan usaha memupuk rasa cinta akan alam sekitar di Kampung Pulai berdasarkan novel
Saudagar Besar dari Kuala Lumpur
[25]

69
STPM P2 2016

3. “Rasa cinta akan alam sekitar telah wujud dalam masyarakat Melayu tradisional.” Jelaskan
pernyataan tersebut berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)
[25]

Cadangan jawapan

Pendahuluan [3]
Alam sekitar – merupakan segala benda hidup, dan bukan hidup yang wujud secara semulajadi di
permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan,
batu-batan, sungai dan sebagainya, serta fenomena semuljadi yang berlaku.
Menyenaraikan isi yang akan dibincangkan

Isi [20]
▪ Mengkagumi keindahan pantai/pasir yang memutih dipantai – Seri Teri Buana dan
pengikutnya kagum melihat pantai yang memutih dalam perjalanannya ke Singapura/Temasik
▪ Mengkagumi pokok Melaka/tumbuh-tumbuhan – Raja Iskandar Syah bersandar pada pokok
Melaka – merasa kagum lalu menamakan tempat berbenaan sempena pokok Melaka.
▪ Menghargai haiwan/ternakan – Semut Besar – Merah Silu
▪ Menghayati suasana tanah tinggi – Muka bumi/busut – Merah Silu
▪ Mengkagumi keindahan gunung ganang – Gunung Ledang – Tun Mamat kagum dengan flora
dan fauna yang terdapat disepanjang perjalanannya meminang Puteri Gunung Ledang.
▪ Menghargai hasil tani – Wan Empuk dan Wan Malini
▪ Keindahan negara – Inderapura – meendorong Sultan Mansur Syah menyerang dan menakluki
Inderapura
▪ Menghargai hutan

Penutup [2]
Menyatakan harapan/saranan/pandangan/kesimpulan

70
3.0 PEMBANGUNAN NEGARA

3.1 POLITIK

Mengikut Harold Lasswell politik bererti “sesiapa yang beroleh sesuatu (kuasa) mengikut masa dan
caranya”. Berdasarkan pengertian tersebut politik menekankan kepada kepentingan kuasa. Kuasa itu
pula ada kaitan dengan pemerintahan. (Haron Daud, 1989: 87). Mengikut Kamus Dewan, politik
bermaksud segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara
lain. Berdasarkan pernyataan di atas, politik bolehlah dikatakan sebagai orang(pemerintah) atau
organisasi yang berkuasa dalam hal-hal yang berkaitan dengan pemerintahan.

3.1.1 KEPEMIMPINAN

1. Kepemimpinan merujuk kepada keupayaan (kebolehan, pencapaian, dsb) sebagai pemimpin,


daya (tindak-tanduk, kecekapan, dsb) seseorang pemimpin (Kamus Dewan Edisi Keempat; 2007)

2. Gaya merujuk kepada sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri
seseorang.

3. Gaya kepemimpinan merujuk kepada sikap, cara berkelakuan, kebolehan, pencapaian, tindak
tanduk, kecekapan dan sebagainya yang menjadi ciri seseorang itu sebagai pemimpin.

 Cadangan gaya kepemimpinan dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu):

71
 Cadangan gaya kepemimpinan dalam Saudagar Besar dari Kuala Lumpur :

72
LATIHAN

1. Huraikan gaya kepemimpinan Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau’d-Din Ri’ayat Syah
dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dengan mengemukakan contoh yang berkaitan.

KEPEMIMPINAN

Sultan Mansur Syah Sultan Alau’d-Din Ri’ayat


Syah

Bijaksana Perancang yang strategik

Berwawasan Bijak bertindak

Adil dalam pemerintahan Tegas

Berilmu Cekap

Tegas Berani

Bersikap terbuka Adil

Beriman Bertanggungjawab

Bertanggungjawab Amanah

Berwawasan
Berkarisma

73
2. Huraikan gaya kepemimpinan En. Muhammad dan Yang Berhormat Muhd Yusof dalam
novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur dengan mengemukakan contoh yang berkaitan.

KEPEMIMPINAN

En. Muhammad Yang Berhormat


Muhd Yusuf

Berfikiran dinamik Kuat bekerja

Rajin Pandai menarik perhatian

Bertanggungjawab Perihatin

Cekal/tabah Bijak berpolitik

Beriman

Berilmu

Amanah

Berpandangan jauh

Berani

74
3. Pemimpin yang mempunyai sifat keberanian mampu membangunkan negara dalam bidang
ekonomi. Sejauhmanakah sifat keberanian seseorang pemimpin mampu membangunkan sesebuah
negara dalam bidang ekonomi dengan mengambil contoh watak Encik Muhammad dalam novel
Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur [25]

A. Pengenalan [ 3 ]
1. Konsep sifat keberanian
2. Isi perbincangan

B. Isi [ 20 ]
1. Berani meneroka peniagaan ke peringkat antarabangsa.
Contohnya, En.Muhammad berani meneroka peniagaan antarabangsa dengan mengadakan
perjanjian perniagaan dengan syarikat dari Frankfrut, Jerman bagi mengeksport lada hitam.

2. Berani menubuhkan syarikat, agensi atau institusi yang dapat memacu perkembangan
ekonomi negara
Contohnya, En. Muhammad menubuhkan Syarikat Lombong Lembah Tualang bagi
menyambung warisan keluarganya di samping dia melihat ada potensi besar dalam perusahaan
perlombongan di Wilayah Tualang khususnya di Kampung Pulai walaupun beliau berhadapan
dengan halangan.

3. Berani membuat keputusan


Contohnya, En.Muhammad telah menggunakan YB Muhd. Yusof bagi mendapat tempat di
rancangan FELDA bagi penduduk Kampung Pulai. Walaupun En.Muhammad sedia maklum
bahawa penempatan ke rancangan tersebut pasti mendatangkan penentangan daripada mereka
yang sudah selesa, namun beliau sanggup menghadapinya bagi menjayakan misi peniagaan
perlombongan yang dicita-citakannya.

4. Berani meneroka bidang baru yang berdaya saing dalam bidang ekonomi
En.Muhammad berani meneroka peniagaan antarabangsa dengan mengadakan perjanjian
perniagaan dengan syarikat dari Frankfrut, Jerman bagi mengeksport lada hitam, membuka
ladang orkid dsbnya

5. Berani mengambil risiko


Contohnya, En.Muhammad berani mengambil risiko dengan bersetuju membekalkan lada
hitam ke Jerman sebanyak 800-1000 tan dalam tempoh tujuh tahun sedangkan sebelum ini En.
Muhammad melalui syarikatnya, hanya mengeksport 50 tan lada hitam setahun.

6. Berani berkerjasama dalam perniagaan dengan kaum/bangsa lain.


Contohnya, En. Muhammad berkerjasa dengan Dato Tan dan Syarikat Jerman dalam bidang
perniagaan.

C. Penutup[ 2 ]
Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan/saranan/rumusan/pendirian

75
4. Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) , nilaikan kepemimpinan Sultan Mahmud
Syah sebagai pemerintah Kesultanan Melayu Melaka. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [3]
1. Latar belakang Sultan Mahmud Syah
2. Konsep kepemimpinan
3. Isi yang dibincangkan

Isi [20]
Keburukan
1 Mementingkan hawa nafsu/gemar berfoya-foya
Contoh :Hubungan sulit dengan isteri Tun Biajid,melanggan Tun Dewi,peminangan Puteri
Gunung Ledang,keinginan memperisteri Tun Fatimah.
2 Menganiyai rakyat
Contoh: Peminangan Puteri Gunung Ledang
3 Bertindak kejam,terburu-buru kerana mempercayai fitnah
Contoh :Menjatuhkan hukuman bunuh kepada Bendahara Seri Maharaja,Tun Ali dan anggota
keluarga Bendahara.
4 Pilih kasih/diskriminasi
Contoh :Menurut kemahuan pembesar-pembesar yang dikasihinya (Seri Wak Raja, Tun
Umar,Hang Isa Pantas, Hang Hussain Cengang)
5 Cemburu dan iri hati
Contoh :Pembunuhan Raja Zainal
6 Dendam
Contoh :Dendam kepada Seri Bija Diraja atas penolakan pelantikan baginda, dendam ke atas
Tun Mutahir.
7 Pemboros dan suka membazir
Contoh :Memberikan pelbagai hadiah kepada mereka yang disayangi
8 Mementingkan diri sendiri
Contoh :Mengerahkan rakyat memenuhi impian –peminangan Puteri Gunung Ledang.

Kebaikan
1 Mementingkan pendidikan/ilmu pengetahuan
Contoh :Belajar kitab maklumat dengan Maulana Yusuf,memberi galakan dan didikan agama
kepada puteranya dan pembesar belajar agama, hantar utusan ke Pasai bertanya masalah
agama.
2 Menghormati guru/merendah diri
Contoh :Sanggup menggunakan fakir Mahmud semata-mata menuntut ilmu
3 Berwawasan/berpandangan jauh
Contoh :Menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong dan Seri Maharaja menyerang
Kelantan-meluaskan tanah jajahan dan mengukuhkan pemerintahan.
Hubungan diplomatik –hantar Hang Nadim ke Benua Keling, bantu Pahang menentang
Legor,bersahabat dengan Pasai
4 Penyelamat dan pelindung
Contoh :Membantu Pahang menentang Legor
5 Pemurah
Contoh :Memberi anugerah kepada mereka yang berjasa-anugerah persalinan

C. Penutup [2]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan

76
3.1.2 NASIONALISME

1. Merujuk kepada perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang mendalam.(Kamus Dewan
Edisi Keempat, 2007)

2. Ianya juga merujuk kepada perasaan kebangsaan dan semangat cintakan tanah air. Biasanya
bermatlamatkan untuk membebaskan tanah air dari belenggu penjajahan serta berusaha untuk
membentuk satu identiti kebangsaan yang bercirikan politik dan budaya tempatan.

3. Perasaan dan sikap yang menunjukkan cinta yang mendalam terhadap bangsa, negara; di sini
termasuk budaya, bahasa, adat istiadat, pegangan keagamaan, seterusnya jati diri, identiti dan segala
jalur dan warna yang terjalin dalam sejarah ketamadunan bangsa: Bangsa Melayu dan Tamadun
Melayu (Harun Mat Piah “Sulalatus Salatin: Testemen Keperkasaan Nasionalisme Melayu” Kertas
Kerja Seminar 400 tahun Sulalatus Salatin)

4. Nasionalisme merupakan satu fenomena sejagat, yang mengiktiraf hak setiap bangsa didunia
untuk menubuhkan negaranya yang tersendiri, memindahkan kedaulatan kepada rakyat, serta menuntut
kesetiaan ulung individu disalurkan kepada negara-bangsa. (R. Suntharalingam dan Abdul Rahman
Haji Ismail, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, 1985:15)

Unsur Nasionalisme

▪ Sayang akan negara


▪ Sanggup berkorban untuk raja dan negara
▪ Setia kepada raja/pemimpin
▪ Memartabatkan kedaulatan raja dan negara
▪ Sanggup berjuang mempertahankan raja dan negara
▪ Mempertahankan kedaulatan negara
▪ Memelihara keselamatan negara
▪ Memajukan negara
▪ Menghormati raja/pemimpin dll
▪ Berani menentang musuh negara
▪ Berkhidmat dengan penuh tanggungjawab
▪ Patuh kepada undang-undang dan peraturan negara
▪ Menegakkan keadilan
▪ Menjaga nama baik raja dan negara
▪ Memajukan negara

LATIHAN

1. Jelaskan kepentingan nasionalisme kepada pembangunan negara berdasarkan watak-watak


yang menjadi utusan Melaka ke Majapahit, Siam, China, Pasai, dan Brunei dalam Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu) [25]

2. Huraikan kepentingan nasionalisme kepada pembangunan negara berdasarkan watak-watak


Bendahara Melaka dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) [25]

3. Huraikan kepentingan nasionalisme kepada pembangunan negara berdasarkan watak-watak


dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur [25]

4. Bincangkan semangat nasionalisme Tun Perak yang telah berjaya membangunkan negeri
Melaka berdasarkan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25]

77
5. Nasionalisme merupakan asas penting dalam pembangunan sesebuah negara. Berdasarkan
pernyataan tersebut nilaikan nasionalisme yang dipaparkan menerusi watak Encik Muhammad dalam
novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [3]
1. Nasionalisme merujuk kepada perasaan cintakan bangsa dan negara yang mendalam;
pergerakan untuk mencapai kebebasan politik daripada kuasa asing/luar; dan semangat
kebangsaan
2. Perasaan dan sikap yang menunjukkan cinta yang mendalam terhadap bangsa, negar; disini
termasuk budaya, bahasa, adat istiadat, pegangan keagamaan, seterusnya jati diri, identity dan
segala jalur dan warna yang terjalin dalam sejarah ketamadunan bangsa; bangsa Melayu dan
Tamadun Melayu.
3. Latara belakang Encik Muhammad

B. Isi [20]
1. Berbangga dengan tanah tumpah
Bertuah kerana memiliki tanah yang boleh dimajukan dan dibangunkan untuk dapat menjana
sumber ekonomi. Encik Muhammad memaklumkan kepada abangnya yang mereka sangat
bertuah kerana Jeram Medang terletak dalam tanah milik mereka. Dia mencadangkan agar
kawasan tersebut dibangunkan bagi pelancongan yang boleh menjana ekonomi setempat.
(hlm.39)

2. Membangunkan ekonomi penduduk kampung


Sentimen kasih sayang terhadap kampung halaman sendiri telah mendorong Encik Muhammad
berusaha dengan gigih untuk memajukan ekonomi penduduk Kampung Pulai. Menerusi
usahasamanya dengan YB Mohd.Yusof beliau berusaha untuk menempatkan semula penduduk
Kampung Pulai yang rata-rata masih miskin di penempatan Rancangan FELDA.

3. Menabur bakti
Kecintaan terhadap negara dan lambang-lambang negara akan mendorong seseorang yang
mempunyai semangat nasionalisme untuk menyumbang . Encik Muhammad menyumbang
sepuluh ribu ringgit ringgit bagi membiayai sambutan hari puja usia sultan di Wilayah
Tualang. Sumbangan ini dihulur kerana Encik Muhammad mengerti akan kepentingan
menabur bakti dalam menjelaskan semangat nasionalisme.

4. Kerjasama dalam perniagaan


Bagi membangunkan negara, semangat nasionalisme akan mengukuhkan lagi jalinan
kerjasama khasnya dalam bidang perniagaan. Datuk Tan dan Encik Muhammad yang
menyedari peri pentingnya perkongsian dalam dunia dagang antara orang Melayu dan Cina
telah berusaha mengukuhkan lagi kerjasama antara mereka menerusi Syarikat Lombong
Lembah Tualang

5. Menghormati lambang negara


Nasionalisme adalah sentimen di kalangan penghuni sesuatu wilayah itu menggunakan
lambang-lambang tertentu sebagai tanda menghormati dan menyayangi negara. Encik
Muhammad sanggup membiayai majlis sambutan keberangkatan Sultan ke kampung Pulai
sebagai bukti penghormatannya pada institusi beraja bagi mezahirkan semangat cintakan
negara.

6. Rasa bertanggungjawab membantu


Semangat nasionalisme juga akan memupuk rasa tanggungjawab untuk membantu mereka
yang dalam kesusahan. Encik Muhammad rasa bertanggungjawab membantu penduduk
Kampung Pulai yang akan berpindah ke rancangan Felda dengan menyediakan kemudahan
untuk berpindah .
Penutup [2]: Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

78
3.1.3 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

1. Peraturan merujuk kepada segala yang telah ditetapkan dan tidak melibatkan hukuman iaitu
aturan negeri dan istiadat (upacara). Peraturan dalam masyarakat Melayu tradisional lebih di kenali
sebagai istiadat

2. Undang-undang merujuk kepada suatu peraturan yang digubal dan dipatuhi serta melibatkan
hukuman. Undang-undang dalam masyarakat Melayu tradisional lebih dikenali sebagai adat atau
undang-undang adat. Adat ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu undang-undang dan larangan Diraja.

Peraturan dan
Undang-undang
(istiadat dan adat)
Dalam sulalatus salatin(sejarah melayu)

ISTIADAT ADAT

ATURAN NEGERI ISTIADAT UNDANG-UNDANG LARANGAN DIRAJA

Undang-undang, aturan negeri dan larangan diraja dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

UNDANG-UNDANG LARANGAN DIRAJA


(melibatkan hukuman) (melibatkan hukuman0

1. Derhaka 1. Memakai kain kuning

2. Menggunakan hak raja tanpa 2. Membuat rumah dengan


izin, seperti mengambil gundik bentuk tertentu
raja

3. Merancang untuk merampas 3. Membuat perahu dengan


kuasa kelengkapan tertentu

4. Membunuh tanpa izin raja 4. Memakai perhiasan emas

5. Tidak menghadap raja pada 5. Memakai keris tertentu


hari-hari tertentu

6. Biadap kepada raja atau 6. Menggunakan payung putih


wakilnya dan kuning

7. Mencuri

79
8. Mengambil harta / barang
orang lain yang tercicir

9. Membuat fitnah

10. Mengambil isteri orang

ATURAN NEGERI
(tidak melibatkan hukuman)

1. Negeri kalah raja mati

2. Perlantikan raja mengikut


keturunan.

3. Susunan tempat duduk semasa


menjunjung duli

4. Peraturan menghadap raja

5. Mengarak sejadah ke masjid

6. Peraturan semasa raja berangkat

7. Aturan pengurniaan gelaran

Peraturan dan undang-undang dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

▪ Peraturan di pejabat
▪ Peraturan menjadi saksi di balai polis – saksi kena beri keterangan
▪ Peraturan/syarat kemasukan ke tanah rancangan FELDA
▪ Pelantihan Orang Kaya Wilayah Sungai Tualang
▪ Undang-undang Jenayah – peristiwa Lebai Maarup dipukul oleh Mat Akil
▪ Kesalahan menjalankan aktiviti haram
▪ Kesalahan merosakkan lading orkid
▪ Hukum faraid

80
LATIHAN

1. Dengan memberi contoh yang sesuai, bincangkan peraturan dan undang-undang yang terdapat
dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. [25]

2. Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), sejauh manakah undang-undang penting
dalam pembangunan Melaka. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [3]
1. Undang-undang merupakan suatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat)
oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan.
2. Undang-undang melibatkan hukuman
3. Dalam konteks masyarakat tradisional undang-undang lebih dikenali sebagai adat. Adat
meliputi undang-undang dan larangan-larangan Diraja yang melibatkan hukuman ke atas
pelanggar-pelanggarnya (Haron Daud: 1989)
4. Seperti derhaka, menggunakan hak raja tanpa izin, merancang untuk merampas kuas,.
membunuh tanpa izin raja, dan membuat fitnah.
Isi [20]
1. Derhaka
Penderhakaan boleh dimaksudkan sebagai orang yang tidak mengikut perintah raja atau melakukan
sebarang perbuatan dan tindakan yang menyinggung atau mencabar hak dan kedudukan raja. Hukuman
bagi orang menderhaka ialah bunuh. Undang-undang ini untuk menjamin keutuhan sesebuah kerajaan
atau Negara. Contohnya Sang Rajuna Tapa, Tuan Jana Khatib dan Tun Mutahir dihukum bunuh kerana
dianggap menderhaka dan boleh mengugat kesetabilan Negara.
2. Menggunakan hak raja tanpa izin.
Rakyat dilarang mengguna atau memakai sesuatu kepunyaan raja seperti isteri dan gundik baginda.
Contohnya Tuan Jana Khatib telah dihukum bunuh kerana dianggap telah menderhaka kerana disyaki
cuba menawan isteri Paduka Seri Maharaja.
3. Merancang untuk merampas kuasa.
Undang-undang juga telah menetapkan bahawa rakyat atau pembesar tidak boleh merampas kuasa.
Sesiapa yang cuba merampas kuasa atau cuba menggulingkan raja akan dikenakan hukuman bunuh.
Undang-undang ini adalah untuk menjamin keutuhan sesebuah kerajaan atau Negara. Pelaksanaan
undang-undang ini mendorong rakyat taat dan patuh kepada raja dan dapat mengelakkan berlakunya
rampasan kuasa. Keadaan Negara juga akan menjadi lebih aman dan dapat membangun sebagaimana
yang diharapkan. Bendehara Seri Maharaja telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud
Syah kerana telah difitnah oleh Raja Mendeliar.
4. Membunuh tanpa izin raja.
Perbuatan membunuh tanpa izin dan pengetahuan raja, khususnya raja Melaka adalah menjadi satu
kesalahan yang berat. Hukuman yang dikenakan bagi sesiapa yang membunuh tanpa izin raja akan
dihukum bunuh. Undang-undang ini bertujuan untuk mengekakalkan keamanaan dalam negara.
Pelaksanaan undang-undang ini tergambar pada peristiwa pembunuhan Telanai Terengganu oleh Seri
Akar Raja atas arahan Sultan Muhammad, Pahang. Pembunuhan ini menyebabkan Sultan Alauddin
Riayat Syah murka. Baginda telah menghantar Hang Tuah ke Pahang untuk menyelesaikan masalah
tersebut. Akhirnya sepupu Seri Akar Raja dibunuh sebagai hukuman kerana membunuh Telanai
Terengganu tanpa memberitahu raja Melaka.
5. Membuat fitnah.
Perbuatan memfitnah merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum bunuh jika didapati bersalah.
Membuat fitnah boleh meruntuhkan sesebuah kerajaan atau negara. Ianya juga boleh memporak
perandakan negara. Bendahara Seri Maharaja yang tidak bersalah telah dibunuh kerana telah difitnah
oleh Kitul dan Raja Mandeliar. Akhirnya Kitul dan Raja Mandeliar telah dihukum bunuh kerana telah
memfitnah Bendahara.

Penutup [2]: Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan

81
3.2 EKONOMI

1. Ekonomi merupakan Ilmu berkaitan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan


perkhidmatan (Kamus Dewan Edisi Keempat :2007)
2. Ekonomi menurut Haron Daud (1989), ekonomi merupakan segala kegiatan untuk mendapatkan
hasil bagi keperluan hidup mereka sama ada dalam bentuk makanan atau barangan lain
3. Pertanian merujuk kepada perihal bertani (tanam-tanaman); perusahaan bercucuk tanam

EKONOMI

SARA DIRI PERDAGANGAN

Perhumaan – padi huma Import barangan

Bercucuk tanam Eksport barangan

Berkebun/dusun Percukaian

Perikanan Perkapalan

Penternakan Perkhidmatan

Memungut hasil hutan Melaka sebagai Pelabuhan

Menyadap kelapa

Memburu binatang

82
Aktiviti ekonomi dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan
novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

EKONOMI

Sulalatus Salatin Saudagar Besar dari


(Sejarah Melayu) Kuala Lumpur

Perhumaan – padi huma Lada hitam

Bercucuk tanam Menanaman orkid

Berkebun/dusun Menanam getah

Menagkap ikan Menanam kelapa

Menternak binatang - kerbau Menanam padi

Memungut hasil hutan Mengusahakan dusun

Menyadap kelapa Menangkap ikan

Memburu binatang Berniaga runcit/kedai makan

Berniaga Makanan - kuih Mengeksport dan mengimport

Percukaian Menanam kelapa sawit

Perkhidmatan perkapalan Memungut hasil hutan

Kilang papan

Membina rumah/perumahan

83
STPM P2 2015

6. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan saranan untuk memajukan
ekonomi yang memberi sumbangan kepada pembangunan negara.
[25]

Cadangan jawapan

▪ Memperluaskan kerjasama dalam bidang ekonomi – kerjasama En. Muhammad dan Datuk Tan
dalam perniagaan lada hitam dan perlombongan bijih timah.

▪ Meluaskan pasaran ke luar negara – En Muhammad mengeksport lada hitam selain daripada
Jerman.

▪ Mempelbagaikan/memperbanyakkan jenis (produk) perniagaan – En. Muhammad ada


perancangan untuk mendapatkan tanah untuk kegiatan perlombongan. Beliau juga bercadang
menjadikan Jeram Medang sebagai tempat pelancongan.

▪ Melibatkan lebih banyak jaringan keluarga dalam perniagaan.

▪ Meneroka bidang ekonomi baru.

▪ Melaksanakan kajian atau R&D dalam sektor ekonomi yang berdaya maju.

▪ Menghasilkan produk lain berasaskan sumber/bahan sedia ada.

▪ Menggunakan teknologi terkini dalam aktiviti ekonomi yang diceburi

84
3.2.1 PERTANIAN

Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, perikanan dan
perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan
penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan
pembangunan masyarakat dan negara berkembang maju. Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan
teknik, termasuk cara meluaskan tanah, untuk bercucuk tanam. Penanaman tanaman di tanah suai tani
dan penternakan haiwan di kawasan ragut merupakan asas pertanian.

LATIHAN

1. “Pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang mampu menjana pendapatan sesebuan negara”.
Huraikan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan negara berdasarkan novel Saudagar Besar
dari Kuala Lumpur.
[25]

2. “Pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang mampu menjana pendapatan sesebuan negara”.
Huraikan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan Melaka berdasarkan teks Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu).
[25]

3. Kemukakan cadangan untuk mengembangkan sektor pertanian berdasarkan novel Saudagar


Besar dari Kuala Lumpur dalam konteks pembangunan negara.
[25]

4. Kemukakan cadangan untuk memajukan kegiatan pertanian berdasarkan teks Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu) dalam konteks pembangunan Melaka.
[25]

85
3.2.2 USAHAWAN

1. Orang mengusahakan sesuatu perusahaan, pengusaha (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007)

2. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-


barang industri atau pekerjaan beniaga secara besar-besaran

3. Keusahawanan merujuk kepada (segala-gala) yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan
dan kemahiran usahawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat; 2007)

4. Usahawan : Ialah tenaga atau kualiti manusia yang bertanggungjawab membentuk dan
mengujudkan usaha atau kerja dengan menggunakan faktor pengeluaran seperti tanah, modal dan
buruh serta berkebolehan untuk melakukan perkara seperti :

• Mencari peluang perniagaan


• Mengusahakan perniagaan yang akan membawa kebaikan kepada dirinya dan orang
ramai.
• Dapat memenuhi keperluan orang ramai.
• Sedia membuat pembaharuan untuk meningkatkan daya pengeluaran.
• Mengambil risiko yang telah dipertimbangkan.

Rumusan Konsep:
1. Usahawan akan menjalankan aktiviti keusahawanan iaitu mencari peluang perniagaan,
memberi khidmat dan menyediakan keperluan kepada orang ramai, membuat pembaharuan
serta mencipta sesuatu yang memberi faedah dan mampu mendapat untung.

2. Kegiatan usahawan mampu menyumbang kepada pembangunan negara samada dari sudut
ekonomi, politik dan sosial.

Bidang Keusahawanan yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.

Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) - berdasarkan keperluan masyarakat zaman berkenaan


▪ Perusahaan membuat makanan – membuat kuih
▪ Perusahaan membuat keris – menempa keris dan membuat sarung keris.
▪ Perusahaan membuat pakaian –membuat corak kain, menyulam, menjahit.
▪ Menternak haiwan – memproses ternakan dan menjual daging.
▪ Perniagaan di kalangan penduduk Melaka.

Saudagar Besar dari Kuala Lumpur – berdasarkan isu dan keperluan penduduk yang terdapat dalam
novel
▪ Lombong bijih - menjadikan jongkong timah.
▪ Kebun orkid (4-5 ekar) – membungkus dan memasarkan
▪ Ladang lada hitam – mengilang dahulu hasil lada hitam.
▪ Ladang getah – memproses hasil getah..
▪ Menjual makanan – memproses makanan.

LATIHAN

1. Huraikan lima bidang keusahawanan yang boleh dicadangkan berdasarkan Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu) dalam konteks pembangunan negara. [25]

2. “Keusahawanan penting dalam pembangunan negara”. Bincangkan penyataan tersebut dengan


mengemukakan contoh yang sesuai daripada Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. [25]

86
3.2.3 PERDAGANGAN

1. Perdagangan merujuk kepada perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara
negara-negara)

2. Kegiatan perdagangan mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran
barangan atau jual beli serta pembayaran-pembayaran lain (Haron Daud:1989)

KEGIATAN
PERDAGANGAN

Sulalatus Salatin (Sejarah Saudagar Besar dari Kuala


Melayu) Lumpur

Peranan golongan pemerintah

Melaka sebagai pelabuhan

Pusat perdagangan rempah dll

Melaka tumpuan pedagang

Penglibatan masyarakat

Perkapalan

Percukaian

Perkhidmatan

LATIHAN

1. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur jelaskan kepentingan kegiatan
perdagangan dalam memacu perkembangan negara kini. [25]

2. Kegiatan perdagangan merupakan sektor ekonomi yang penting dalam pembangunan sesebuah
negara. Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), berikan ulasan anda terhadap
kepentingan kegiatan perdagangan dalam konteks pembangunan Melaka. [25]

87
3. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Maka segala dagang bawah dan dagang atas angin sekaliannya datang ke Melaka, terlalulah ramainya
Bandar Melaka pada zaman itu. Maka oleh segala dagang Arab dinamainya Malakat, yakni
perhimpunan segala dagang, dari banyak pelbagai jenis dagang ada di sana:

[Dipetik daripada A. Samad Ahmad (peny.) Sulalatus


Salatin Sejarah Melayu[edisi pelajar], Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka,halaman 80]

(a) Huraikan hasil dagangan yang diperdagangkan di Melaka. [9m]


(b) Jelaskan sumbangan aktiviti perdagangan kepada pertumbuhan ekonomi dalam konteks
pembangunan Melaka. [16m]

Cadangan jawapan

(a) Hasil dagangan

1. Rempah ratus
2. Logam- emas, perak,timah
3. Pakaian/kain
4. Tembikar
5. Sutera
6. Minyak wangi

(b) Sumbangan aktiviti perdagangan

1. Aktiviti perdagangan menyumbang kepada pendapatan Melaka.


Kegiatan ekonomi perdagangan mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses
penukaran barangan atau jual beli serta pembayaran-pembayaran lain .Pendapatan Melaka juga
meningkat hasil daripada kutipan cukai.

2. Dapat memenuhi keperluan hidup sama ada dalam bentuk barangan ataupun
perkhidmatan melalui tukar beli barangan.
Melaka menjadi pusat perdagangan memerlukan barangan yang banyak melalui kegiatan import-dapat
memenuhi keperluan mereka. Contoh pakaian,rempah ratus,minyak wangi dll

3. Melaka muncul sebagai bandar pelabuhan entrepot yang terkenal


Melaka menjadi tempat persinggahan dan tumpuan pedagang-pedagang asing untuk terus berdagang
di Melaka -bandar pertukaran barang-barang dagangan utama dunia.

4. Kerajaan Melaka telah muncul sebagai satu kuasa besar dan kuat di Selat Melaka.
Melaka sebagai sebuah destinasi perdagangan yang berkembang maju.Kemajuan Melaka dalam
perdagangan telah dapat memperkenalkan Melaka kepada negara luar.

5. Aktiviti perdagangan telah menjadikan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam dan
perkembangan ilmu.
Golongan Arab yang datang berniaga di Melaka telah berjaya mengembangkan agama Islam.

6. Meningkatkan kualiti kehidupan dan kemajuan ekonomi masyarakat Melayu.


Perkembangan aktiviti perdagangan dapat menyumbang kepada tahap kualiti kehidupan dan kemajuan
ekonomi masyarakat Melayu pada masa itu yang berada dalam keadaan stabil.

88
4. Aktiviti perdagangan memberi sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi Melaka.
Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks
pembangunan Melaka. [25]

Cadangan jawapan

Pendahuluan [3]

1. Perdagangan merujuk kepada perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara
negara-negara)

2. Kegiatan perdagangan mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran
barangan atau jual beli serta pembayaran-pembayaran lain (Haron Daud:1989)

Isi [20]

1. Kemunculan Melaka sebagai Bandar pelabuhan dagang – Kemakmuran Melaka menjadi


tumpuan pedagang dari seluruh pelusuk dunia. Kebanyakan pedagang terdiri daripada
pedagang Arab dan Gujerat/India. Kedudukan Melaka bertambah penting apabila menjadi
pusat pelabuhan dagang yang mengumpulkan rempah dari kepulauan Melayu. Pada zaman
pemerintahan Raja Kecil Besar/Sultan Muhammad Syah di dapati ramai pedagang Arab
tertumpu di Melaka. (hlm 80)

2. Menjadi tumpuan pedagang asing untuk terus berdagang – Melaka pada masa
pemerintahan Sultan Mansur Syah disifatkan sebagai sebuah pelabuhan kosmopolitan.
Pedagang dari segenap pelusuk dunia bertumpu di Melaka untuk berdagang. Antaranya
termasuklah pedagang dari China, Ryukyu, Arab dan Parsi. Mereka membawa barang dagngan
seperti kain, sutera, dan tembikar untuk didagangkan di Melaka. Kedatangan para pedagang ini
juga adalah untuk mendapatkan barang dagangan seperti rempah, bijih timah, gaharu dan
sebagainya untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

3. Percukaian – Kedatangan para pedagang ke Melaka menguntungkan Melaka kerana selain


dari meningkatkan kegiatan perdagangan, mereka juga dikenakan bayaran pengurusan dan
cukai. Bayaran berkenaan dibuat secara tunai atau pemberian hadiah kepada raja dan
pembesar.

4. Perkapalan – Kegiatan perdagangan amat berkait rapat dengan perkapalan. Melaka sebagai
pelabuhan yang unggul menyediakan perkhidmatan perkapalan kepada pedagang. Pemilik
kapal biasanya menyediakan ruang di atas kapal mereka untuk disewa. Oleh yang demikian
maka wujudlah golongan kiwi, yakni golongan saudagar yang menyewa ruang atau
mempunyai petak khas di atas kapal untuk meletakkan barang-barang dagangan mereka.

5. Peranan golongan pemerintah – golongan pemerintah memainkan peranan yang amat


penting dalam memajukan kegiatan perdagangan di Melaka. Sultan Alau’d-Din Ri’ayat Syah
menjaga keamanan dan keselamatan dalam negeri Melaka demi kemakmuran Melaka yang
menjadi tumpuan para pedagang. Begitu juga pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Syah,
kecekapan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir mentadbir segala dagang memesatkan lagi
perdagangan Melaka. Sikap dan kecekapan Bendahara menjadi sebutan para pedagang. (hlm
206)

6. Penglibatan masyarakat tempatan -

Penutup [2]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

89

Anda mungkin juga menyukai