Anda di halaman 1dari 2

25/1/2022

Harapan penyajak dalam sajak Di Titian Kemerdekaan :


1. Mengharapkan agar jasa pejuang kemerdekaan dikenang ataupun diingati.
- Kita hendaklah mengenang jasa para pejuang terdahulu yg telah banyak berusaha
menentang penjajah demi kesenangan dan kemerdekaan tanah air tercinta. Tanpa
pejuang2 ini sudah pasti ngr kita masih lagi dibelenggu oleh penjajah (kontra). Oleh itu,
diharapkan kita mengenang dan menghargai jasa pejuang terdahulu yg membolehkan kita
hidup dalam keadaan selesa pada hari ini. Contohnya,
Telah gemilah sumpah kerelaan
Membelai bangsa sepanjang usia

2. Menumpahkan taat setia kpd ngr tercinta


- Setiap warga ngr tanpa mengira fahaman atau kaum perlu menumpahkan taat setia yg
tidak berbelah bahagi kpd ngr tercinta. Sekiranya sikap ini kita dapat tanamkan dalam diri
sudah tentu akan dapat mengekalkan kemerdekaan yang kita kecapi selama ini hasil
daripada perjuangan dan pengorbanan pejuang terdahulu. Contohnya,
Kemerdekaan, di sini bumi beningmu dipijak
Di sini langit jernihmu dijunjung
Cinta kasih tiadakan retak

3. Mensyukuri nikmat kemerdekaan supaya hidup menjadi lebih aman


- Setiap warga ngr diharapkan agar sentiasa menunjukkan rasa syukur dgn nikmat
kemerdekaan dan kebebasan yang kita miliki selama ini. Kesyukuran ini dapat kita
tunjukkan dgn menghargai erti kemerdekaan, menjaga nama baik negara dan sentiassa
berusaha untuk memajukan ngr. Sekiranya kita sentiasa mensyukuri nikmat kemerdekaan
maka kita akan mendepani sebuah kehidupan yg bahagia dan harmoni. Contohnya,
Seluhur suara seteguh cita
Menjunjung bakti mahkota kedaulatan
4. Harapan penyajak agar mempertahankan kedaulatan dan maruah negara
- Setiap warga negara sewajarnya mempertahankan tanah air tercinta ini daripada dijajah
semula kerana kemerdekaan yang dimiliki ini sangat mahal harganya. Harga sebuah
kemerdekaan dibayar dgn darah dan air mata. Kita juga harus mempertahankan
kedaulatan dan maruah ngr dari tercemar. Sekiranya kita leka dgn nikmat hidup ini dan
tidak berusaha untuk mempertahankan kemerdekaan ngr ini pasti suatu hari nanti tanah
air ini akan dijajah semula. Contohnya,
Kemerdekaan, di sini bumi beningmu dipijak
Di sini langit jernihmu dijunjung
5. Mengharapkan agar setiap rakyat mempunyai semangat patriotism yang tinggi
- Semangat patriotism dalam konteks ini ialah perasaan dan sikap yang menunjukkan cinta
mendalam terhadap bangsa dan ngr. Sbg bukti terhadap kecintaa terhadap negara, setiap
warganegara perlu menanam azam dan tekad untuk sentiasa menabur bukti serta jasa
demi menjamin kemakmuran, maruah dan kedaulatan ngr yg tercinta. Ini terbukti apabila
setiap kali sambutam kemerdekaan akan timbil kecintaan yg mendalam terhadap ngr dan
terbit rasa ingin mengekalkan kemerdekaan itu di hati anak bangsa. Tanpa semangat
patriotism ini menyebabkan tidak ada semangat untuk mempertahankan ngr dan tidak
menghiraukan apa jua perkara yang menggangu kententeraman ngr. Contohnya,
Setiap menjelang kemerdekaan ini
Bergemalah di hati anak peribumi

6. Mengharapkan timbul rasa bangga dalam diri setiap warganegara dgn kemerdekaan
ngr
- Setiap warganegara perlu ada sikap bangga akan kemerdekaan yang dicapai oleh negara.
Rasa bangga ini akan melahirkan individu yang sayang dan akan pertahankan negara
daripada sebarnag ancaman musuh serta membangkitkan semangat untuk mengekalkan
kemerdekaan negara. Sekiranya tidak ada rasa bangga atas kemerdekaan negara sudah
tentu tidak lahir rasa cinta akan negara setia tidak ada rasa tanggungjawab
mempertahankan negara menyebabkan nikmat kemerdekaan tidak dapt dikecapi oleh
generasi akan datang.
Telah datang angin kemerdekaan
Melambai tanah air berlagu Sentosa

7. Mengharapkan agar setiap warganegara mempunyai jati diri yg tinggi


- Jati diri teguh adalah menjadi kekuatan untuk menjadikan negara maju dan aman serta
rasa ingin mengekalkan kedaulatan negara. Setiap warganegara yg mempunyai jati diri
akan memikul tanggungjawab untuk sentiasa menjaga nama baik dan maruah negara agar
kemerdekaan dapat dikekalkan dan dinikmati oleh generasi akan datang. Sekiranya
warganegara tidak ada jati diri menyebabkan mereka tidak ada rasa tanggungjawab
terhadap negara sama ada untuk memajukan negara ataupun mengekalkan keamanan
yang telah dicapai hasilperjuangan terdahulu.
Tanah air tercinta hamparan setia
Kamilah kini pewaris kemerdekaan

8. Mengharapkan lahirnya sikap bertanggungjawab terhadap negara


- Sikap tanggungungjawab terhadap ngr adalah penting untuk memastikan kemerdekaan
negara akan dapat dikekalkan dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Sebagai
pewaris kemerdekaan bertanggungjawab untuk menjaga maruah dan nama baik negara.
Seterunya sentiasa mmpunyai semangat nasionalisme yang tinggi memastikan negara
dalam keadaan aman damai bebas daripada sebarang ancaman musuh. Sekiranya tidak
ada sikap tanggungjawab dalam diri warganegara sudah tentu negara akan menjadi lemah,
tidak stabil dan berkemungkinan kemerdekaan tidak dapat dikekalkan. Contohnya,
Kamilah kini pewaris kemerdekaan
Seluhur suara seteguh cita
Menjunjung bakti mahkota kedaulatan

Anda mungkin juga menyukai