Anda di halaman 1dari 5

Anak-anak yang Bergelimpangan

Tema - Cerpen “Anak-anak yang Bergelimpangan” karya Noorjaya bertemakan alam sekitar, iaitu
tentang kemusnahan alam sekitar atau secara khususnya pencemaran sungai. Cerpen ini
memperlihatkan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab menjaga alam sekitar. Mereka lebih
gemar mengaut keuntungan dengan mudah tanpa memikirkan kesan buruk terhadap alam sekitar dan
kehidupan manusia. Sikap sebegini telah membawa kesan negatif kepada semua kehidupan termasuk
ikan dan manusia. Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh telah menuba ikan di Sungai Tengas
menyebabkan air sungai tercemar sehingga semua ikan mati dan anak- anak mereka pening-pening
dan muntah-muntah terminum racun tuba sewaktu mandi di Sungai Tengas.
Persoalan
1.Kepentingan sungai - Sungai merupakan anugerah Allah yang amat penting kepada kehidupan
manusia dan seluruh isi alam ini. Sungai menjadi tempat tinggal dan tempat membiak kepada segala
jenis ikan seperti haruan, puyu, temelian, baung dan sebagainya. Sungai juga sebagai sumber air
kepada manusia dan makhluk lain. Sungai membekalkan sumber air yang penting kepada manusia
untuk meneruskan kehidupan. Sungai membekalkan air untuk kegunaan harian manusia seperti untuk
minuman, membasuh, memasak dan sebagainya. Lantaran itu manusia harus menjaga sungai sebaik
mungkin. Haruan (aku) mengatakan bahawa walaupun Allah menjadikan sungai untuk mereka, tetapi
makhluk Allah yang lain, terutamanya manusia banyak mendapat manfaat daripada sungai. Haruan
sanggup berkongsi dengan sesiapa sahaja asalkan tujuannya baik. Haruan menyatakan bahawa sungai
merupakan sumber air kepada manusia. Sungai juga membekalkan sumber makanan kepada manusia.
Haruan juga mengatakan bahawa sungai juga dikatakan dapat membekalkan sumber makanan yang
penting kepada manusia. Dari sungai manusia memperolehi sumber protin dari ikan yang berkembang
biak di dalamnya. Sungai juga boleh dijadikan tempat oleh manusia untuk menternak ikan. Ikan yang
diternak dalam sungai dapat membekalkan sumber makanan utama kepada manusia. Sungai sebagai
alat perhubungan yang penting kepada manusia. Hal ini dapat dilihat melalui kata-kata Haruan (aku).
Haruan mengatakan bahawa sungai merupakan alat perhubungan yang penting, khususnya kepada
manusia. Contohnya;
Walaupun Allah menjadikan sungai untuk kami, tetapi makhluk Allah yang lain, terutama manusia
banyak mendapat manfaat daripada sungai. Kami tidak sangsi. Kami rela berkongsi dengan sesiapa
sahaja asalkan tujuannya baik. Sungai juga merupakan sumber air kepada manusia dan makhluk lain.
Sungai juga merupakan sumber makanan. Sungai alat perhubungan yang penting. Kami amat
menghargai penggunaannya yang baik. (hlm. 161)

2. Berwaspada atau berhati-hati dalam tindak-tanduk dan perlakuan - Sikap berwaspada atau berhati-
hati perlu dititik beratkan dalam mengharungi kehidupan yang serba mungkin ini. Kita sewajarnya
sentiasa berwaspada khususnya apabila berhadapan dengan situasi buruk dalam kehidupan. Sikap
berwaspada dan berhati-hati ini setidak-tidaknya dapat mengelakkan diri kita daripada ditimpa
kecelakaan atau bala yang tidak disangkakan. Sekiranya kita leka dan tidak peka terhadap sesuatu
perkara atau situasi di sekitar kita, maka kita sebenarnya mendedahkan diri kita kepada kecelakaan
atau bala bencana yang boleh memusnahkan keseluruhan hidup kita. Lantaran itu, kita sewajarnyalah
sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam menguruskan kehidupan kita. Haruan menasihatkan Keli,
Puyu, Kelah, Sebarau, Lampan, Temelian, Baung, Lelaih Belut, Sepat Ronggeng dan semua penghuni
sungai supaya berhat-hati agar tidak menjadi mangsa manusia yang rakus, walaupun Haruan akur
bahawa ajal itu di tangan Allah.
Aku selalu menasihatkan anak buah aku supaya selalu berwaspada - walaupun ajal itu di tangan Allah
- walaupun naluri, tabiat semula jadi setengah daripada jenisku itu berbeza. Aku sendiri ada tabiat
tersendiri suka memakan makanan yang hidup dan bergerak. Manusia mempelajari tabiat kita,
kelemahan kita kerana mereka ada akal. (hlm. 165)
3. Sentiasa bersederhana dalam hidup - Bersederhana dalam setiap aspek kehidupan merupakan kunci
kejayaan hidup manusia di dunia ini. Agama Islam amat menggalakkan umatnya menutamakan sifat
sederhana dalam setiap aspek kehidupan. Sederhana dalam mencari kekayaan, makan minum,
pakaian, malah dalam hal beribadat juga agama Islam amat menekankan aspek kesederhanaan. Islam
melarang umatnya berlebih-lebihan dalam hidup ini, apatah lagi bersikap tamak haloba dalam segala
hal. Sifat bersederhana dalam menjalani kehidupan seharian akan membawa kebahagian, ketenangan
dan kesenangan dalam hidup. Tetapi jika seseorang itu mempunyai sikap tamak dan berlebih- lebihan
dalam kehidupan, ia mungkin mengundang keresahan dalam diri, malah mungkin dicerca dan dihina
oleh masyarakat. Allah SWT juga tidak suka kepada umat manusia yang berlebih-lebihan dan tamak.
Hal ini boleh dilihat apabila Haruan mengingatkan Keli, Puyu, Kelah, Sebarau, Lampan, Temelian,
Baung, Lelaih Belut, Sepat Ronggeng dan semua penghuni sungai supaya jangan terlalu rakus apabila
melihat makanan. Haruan bimbang ianya adalah umpan manusia untuk menangkap mereka.
Contohnya;
“Bolehkah kita ubat tabiat ini?” Sebarau mengemukakan soalan itu pada suatu
petang.
“Tabiat yang baik jangan diubah, yang aku maksudkan tabiat yang tidak baik,” jelas aku dengan nada
lembut.
“Bagaimana nak mengubahnya?” celah Baung.
“Fikir dulu sebelum bertindak. Amalkan cara hidup sederhana.” (hlm. 165)

Sikap tamak dan berlebih-lebihan manusia juga boleh mengundang kemusnahan kepada alam semesta
dengan segala isinya termasuklah ikan dan hidupan lainnya. Hal ini boleh dilihat dalam cerpen
“Anak-anak yang Bergelimpangan” apabila Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh yang meracuni
Sungai Tengas bagaikan berpesta dan golojoh manyauk ikan yang mabuk terkena racun tuba. Mereka
berkira-kira akan jumlah wang yang akan mereka perolehi apabila ikan-ikan tersebut apabila dijual
kelak, tanpa memikirkan kesan yang akan dihadapi oleh pembeli yang membeli ikan yang diracuni.
Contohnya;
Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh bagaikan berpesta. Dengan kegelojohan yang tinggi mereka
menyauk bapa-bapa Sebarau, Temelian, Baung, Tebal Sisik, Lampan termasuk ibu-ibu mereka yang
berperut buncit - belum sempat meluahkan telur. Ibu-ibu ikan itu tercungap-cungap di permukaan air
kerana
mabuk. Ada yang sudah mati terapung terutama aanak-anak ikan. (hlm. 169)
4. Redha atas ketentuan-Nya - Redha adalah sifat rela menerima sesuatu dengan hati yang ikhlas dan
terbuka kerana itu adalah ketentuan Ilahi. Sifat ini akan menjadikan seseorang itu lebih tenang dan
sedar akan duduk perkara yang sebenarnya. Walau bagaimanapun, umat manusia tidak digalakkan
berputus asa dan menyerahkan bulat- bulat kepada ketentuan-Nya tanpa berusaha untuk merubahnya.
Umat manusia disarankan agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajatinya,
kemudian barulah berserah kepada ketentuan dan ketetapan-Nya. Haruan, dalam cerpen “Anak-anak
yang Bergelimpangan” menerima hakikat bahawa ikan tidak boleh mengatasi akal fikiran manusia.
Lantaran itu, Haruan menasihati anak buahnya supaya sentiasa berwaspada dan bersederhana dalam
hidup, kerana manusia mempelajari tabiat ikan, dan ikan tidak mempunyai akal. Haruan seterusnya
menasihati anak buahnya mengamalkan sikap “makan untuk hidup” bukannya “mati kerana makan”
Contohnya;
Tragedi itu memberi khabaran sedih kepada penghuni Sungai Tengas. Apakan daya. Kami tidak boleh
mengatasi akal fikiran manusia. Pun kadang-kadang kita ini “mati kerana makan” - kerana kita tidak
mengamalkan “makan untuk hidup.” Aku selalu menasihatkan anak buah aku supaya selalu
berwaspada - walaupun ajal itu di tangan Allah - walaupun naluri, tabiat semula jadi setengah
daripada jenisku itu berbeza. Aku sendiri ada tabiat tersendiri suka memakan makanan yang hidup
dan bergerak. Manusia mempelajari tabiat kita, kelemahan kita kerana mereka ada akal. (hlm. 165)

5. Bijaksana atau berfikir dahulu sebelum bertindak - Akal yang waras dan rasional hendaklah
digunakan sebelum melakukan sesuatu perkara demi kemaslahatan diri dan orang lain. Berfikir dahulu
sebelum bertindak dapat mengelakkan diri kita dan orang lain dari kecelakaan atau kemudaratan yang
tidak diundang, yang akhirnya boleh memusnahkan kehidupan kita. Walau bagaimanapun, jika
sekiranya akal fikiran yang waras dan rasional tidak digunakan sebaiknya apabila berhadapan dengan
sesuatu masalah atau situasi, mungkin musibah akan menimpa kita atau orang lain. Oleh yang
demikan, seseorang yang waras dan rasional akan berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak bagi
mengelakkan susuatu yang tidak baik menimpa diri atau orang lain. Hal ini boleh dilihat apabila
Haruan menjawab pertanyaan Baung dengan mengatakan tabiat yang tidak baik boleh diubah dengan
berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak. Contohnya;
… Dengan segala kekurangan dan ketidakupayaan, kami perlu berfikir menyelesaikan masalah. Jika
tidak kami seolah-olah membiarkan petaka seperti menghancurkan kehidupan kami. (hlm. 162)

Tragedi itu memberi khabaran sedih kepada penghuni Sungai Tengas. Apakan daya. Kami tidak boleh
mengatasi akal fikiran manusia. … Manusia mempelajari tabiat kita, kelemahan kita kerana mereka
ada akal.
“Bolehkah kita ubat tabiat ini?” Sebarau mengemukakan soalan itu pada suatu
petang.
“Tabiat yang baik jangan diubah, yang aku maksudkan tabiat yang tidak baik,” jelas aku dengan nada
lembut.
“Bagaimana nak mengubahnya?” celah Baung.
“Fikir dulu sebelum bertindak. Amalkan cara hidup sederhana.” (hlm. 165)

6. Sentiasa bersyukur - Sifat bersyukur merupakan sikap yang terpuji, yakni menerima sesuatu dengan
seadanya. Sikap ini juga menunjukkan seseorang itu tidak sombong dan sentiasa redha diatas segala
ketentuan-Nya. Sikap ini akan melahirkan seorang manusia yang sentiasa mengucapkan rasa terima
kasih atas segala sesuatu yang diterimanya. Alam dan segala isinya merupakan anugerah Allah yang
tidak ternilai harganya kepada manusia dan makhluk-Nya yang lain. Semuanya saling bergantungan
dan saling memerlukan antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu, kita sebagai makhluk yang
diberi akal fikiran yang waras sewajarnyalah menjaga alam ini dengan sebaik-baiknya. Jika kita tidak
mensyukuri dan menghargai anugerah Allah ini, maka sudah tentu kita akan mudah melakukan
kemusnahan terhadap alam ciptaan-Nya ini, kuhususnya sungai. Berdasarkan cerpen “Anak- anak
yang Bergelimpangan”, Haruan mengingatkan Sebarau, Baung, Terbui, Tebal Sisik, Keli, Puyu dan
semua penghuni sungai Tengas dengan satu amaran bahawa, dunia ini tidaklah selamat kecuali
penghuninya mahu menghargai rahmat daripada Allah SWT dengan mengucapkan rasa syukur. Bagi
Haruan, jika tidak bersyukur kehidupan ini sering diancam bahaya. Contohnya;
… Lalu aku ingatkan mereka dengan amaran bahawa, dunia ini tidaklah selamat kecuali penghuninya
mahu menghargai rahmat daripada Allah. Jika tidak bersyukur kehidupan ini sering diancam bahaya.
(hlm. 161)
Selain daripada itu juga, Haruan mengucapkan rasa syukur kerana Sebarau, Baung, Terbui,
Tebal Sisik, Keli, Puyu dan semua anak buahnya mendengar nasihatnya. Contohnya;
Sebarau tunduk diam, Baung pun tunduk, Terbui, Tebal Sisik, Keli, Puyu dan semua anak buah aku
hanya membisu. Barangkali mereka sedang memikirkan kebenaran kataku tadi. Aku bersyukur jika
mereka mahu menerima nasihat aku. Biar alaf baharu ini ikan-ikan pun perlu memikirkan nasib masa
hadapan jenisnya.(hlm. 165)

7.Pencemaran dan kemusnahan alam sekitar - Alam yang kita diami ini adalah anugerah Allah SWT
yang tidak ternilai harganya. Allah SWT menjadikan alam ini suatu tempat yang indah untuk didiami
oleh semua makhluk-Nya termasuklah manusia dan segala kejadian-Nya. Walau bagaimanapun ada
dalam kalangan umat manusia yang tidak menghargai anugerah Allah yang tidak ternilai ini. Ada
dalam kalangan umat manusia sengaja memusnahkan alam ini. Kemusnahan alam yang indah ini
adalah kerana adanya tangan-tangan manusia yang tamak haloba. Manusia yang tamak hanya
mementingkan keuntungan diri semata-mata tanpa mementingkan nilai khazanah alam kepada
kehidupan seluruhnya yang mendiami alam ini. Alam yang indah permai ini sepatutnya dijaga dan
dipelihara agar dapat diwarisi oleh generasi baru sebagai satu khazanah yang bernilai. Hal ini dapat
dilihat apabila ribuan ikan yang mendiami Lagun Rodrigo de Fritas, sebuah pusat pelancongan di Rio
de Janerio, mati bergelimpangan menjadi mangsa pencemaran sungai; akibat sikap manusia yang
tidak bertanggungjawab membuang bahan-bahan buangan industri ke dalam sungai. Bagi Haruan, ini
merupakan satu contoh terdekat pelanggaran hukum hidup oleh manusia. Contohnya;

Peristiwa malang di Lagun Rodrigo de Fritas, sebuah pusat pelancongan di Rio de Janerio, satu
contoh terdekat akan pelanggaran hukum hidup oleh manusia. Ribuan nyawa rakan sejenis kita mati
bergelimpangan. Bertindih bertindan bagaikan sampah-sarap - semata-mata kerana satu kesilapan
manusia yang tidak bertanggungjawab membuang bahan-bahan buangan industri ke dalam sungai.
(hlm. 161-162)

8. Sikap rakus dan tamak manusia - Manusia sememangnya dianugerahkan dengan akal dan nafsu.
Akal dan nafsu yang ada pada manusia menjadikan manusia sebagai makhluk yang sempurna yang
dijadikan Allah SWT. Akal dan iman sepatutnya dapat mengawal nafsu, dan bukannya nafsu yang
mengawal dan memimpin akal dan iman. Jika nafsu yang mengawal hidup manusia, maka akan
lahirlah manusia yang mempunyai sifat buruk seperti sifat tamak haloba. Manusia yang mempunyai
sifat tamak akan meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan sejagat. Sikap ini akan
mengundang mala petaka di atas muka bumi ini. Akan berlakulah kerosakan terhadap alam ini
termasuklah sungai dan seluruh ekosistemnya. Sifat ini sepatutnya dijauhi kerana boleh merosakkan
keharmonian hidup dalam masyarakat. Hal ini dapat dilihat apabila Pak Kasa, Mat Dali dan Awang
Cik Leh yang dikuasai oleh sifat tamak dan haloba sanggup menggunakan racun tuba demi
memperolehi ikan yang banyak. Mereka dengan gelojoh menyauk bapa Sebarau, Temelian, Baung
dan lain-lain yang terkena racun tuba. Mereka juga berkira-kira laba yang akan diperolehi apabila
menjual ikan yang dituba di pasar nanti. Sikap rakus Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh telah
memakan diri apabila anak-anak mereka yang mandi-manda di hilir Sungai Tengas pening-pening dan
muntah-muntah. Walau bagaimanapun mereka bernasib baik kerana anak-anak mereka tidak mati
terkena racun tuba. Contohnya;

Di hulu sungai, Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh sibuk mengetuk akar tuba. Getah tuba
berwarna putih susu dikocak ke dalam air. Air sungai yang jernih mengalir dari Gunung Bungsu itu
berubah warna menjadi kelabu. Pak Kasa senyum. Mat Dali senyum. Awang Cik Leh pun senyum.
Selesai kerja mereka meracuni sungai itu nanti mereka akan cepat-cepat ke hilir untuk menyauk ikan
yang mabuk. (hlm. 168)

Di hilir, anak darah daging Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh serta anak-anak jiran yang lain
masih berloncatan riang. (hlm. 168)

Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh bagaikan berpesta. Dengan kegelojohan yang tinggi mereka
menyauk bapa-bapa Sebarau, Temelian, Baung, Tebal Sisik, Lampan termasuk ibu-ibu mereka yang
berperut buncit - belum sempat meluahkan telur. Ibu-ibu ikan itu tercungap-cungap di permukaan air
kerana mabuk. Ada yang sudah mati terapung terutama aanak-anak ikan. (hlm. 169)

Sementara itu Kampung Sungai Tengas menjadi gempar. Enam orang budak menjadi pening-pening
dan muntah-muntah selepas mandi-manda di sungai.

Mereka ialah Husin anak Pak Kasa, Mail anak Mat Dali, Budin anak Awang Cik Leh, Jalil anak Lebai
Kasin, Hasan anak Mat Siak dan Amin anak Haji Arsyad. Keenam-eman budak itu diletakkan di Balai
Lintang. (hlm. 170)

9. Perkongsian hidup - Alam dan segala isinya yang dijadikan oleh Allah SWT adalah untuk dikongsi
bersama. Alam yang dijadikan ini bukan untuk manusia sahaja, malah ia sepatutnya dikongsi besama
dengan makhluk lain yang mendiami alam ini seperti binatang, ikan, serangga, tumbuh-tumbuhan,
dan sebagainya. Perkongsian yang adil akan mewujudkan keseimbangan alam ini. Keseimbangan
alam memberi manfaat yang tidak ternilai kepada seluruh kejadian Allah di muka bumi ini.
Perkongsian ini amat penting dalam kehidupan ini agar masing-masing dapat mengambil bahagian
berdasarkan kedudukan masing- masing. Jika ada dalam kalangan makhluk yang dijadikan Allah di
muka bumi ini, manusia misalnya, yang mementingkan diri sendiri, maka tidak akan wujud keinginan
untuk berkongsi, dan ini akan menyebabkan tidak wujud keseimbangan dalam hidup. Contohnya,
warga ikan, iaitu Haruan, Keli, Puyu dan sebagainya sanggup berkongsi sungai bagi manfaat bersama,
khususnya dengan manusia. Ini kerana semua makhluk akur akan kepentingan air sungai dalam
kehidupan.
Walaupun Allah menjadikan sungai untuk kami, tetapi makhluk Allah yang lain, terutama manusia
banyak mendapat manfaat daripada sungai. Kami tidak sangsi. Kami rela berkongsi dengan sesiapa
sahaja asalkan tujuannya baik. Sungai juga merupakan sumber air kepada manusia dan makhluk lain.
Sungai juga merupakan sumber makanan. Sungai alat perhubungan yang penting. Kami amat
menghargai penggunaannya yang baik. (hlm.161)

Anda mungkin juga menyukai