Anda di halaman 1dari 1

Aku sebatang sungai. Aku bernama Sungai Rejang.

Aku ialah sungai


yang paling panjang di Malaysia.
Aku berpunca daripada kawasan tanah tinggi seperti gunung dan
bukit. Perut aku terkandung air dan khazanah. Jadi, aku sumber alam
semula jadi yang amat penting kepada manusia.

Aku merupakan pembekal air yang utama kepada manusia. Selain itu,
aku dijadikan tempat untuk berkelah dan bersuka-ria pada hujung
minggu. Di dalam peritku juga merupakan tempat manusia mencari
rezeki. Ada ikan, ketam, udang dan bermacam-macam hidupan.
Nelayan bebas menangkap rezeki. Aku bangga dapat berbakti kapada
nelayan.
Kini aku selalu sakit-sakit. Perutku menjadi tempat longgokan dan
pembuang sampah-sarap. Air yang mengalir kotor dan menjijikkan.
Semua ini angkara perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.
Dalam perutku juga mengandungi sisa toksik dan bahan buangan dari
kilang.

Dahulu air dalam perutku sangat jernih tetapi sekarang airku


berwarna hitam pekat. Semua hidupan yang dahulunya sering
menghiburkan aku sudah tiada lagi.

Aku sudah tidak tahan lagi menghadapi semua penderitaan ini. Aku
sedih kerana sikap tidak bertanggungjawab manusia menyebabkan
aku semakin nazak.

Anda mungkin juga menyukai