Anda di halaman 1dari 1

Pada masa kini, dunia mengahadapi krisis bekalan air bersih.

Hal ini demikian kerana masalah pencemaran air yang berlaku. Pencemaran yang berlaku telah mengakibatkan kawasan tadahan air musnah dan sungai serta tasik tercemar. Keadaan ini memberi kesan yang bukan sedikit kepada manusia dan hidupan yang lain. Salah satu punca air yang utama yang perlu dikekalkan dalam keadaan bersih ialah sungai. Isi karangan: 1. Sungai sebagai sumber air kepada manusia dan haiwan - manusia menggunakan air untuk pelbagai tujuan seperti untuk sumber minuman, dan kegunaan domestik- mencuci, memasak dan mencuci. 2. Sebagai sumber bekalan - sungai merupakan habitat haiwan akuatik seperti ikan, udang dan ketam yang membekalkan sumber protein. - hidupan akuatik ini merupakan sumber protein alternatif bagi manusia sekiranya sumber protein dari laut sukar diperoleh. 3. Sungai boleh dijadikan tempat untuk beriadah - tempat berkelah - aktiviti memancing - pusat rekreasi aktiviti bersampan, berkayak dan lain-lain 4. Sungai mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan - resort didirikan - gerai-gerai dibina - rumah persinggahan Kesimpulan: Kepentingan sungai kepada manusia memang sudah dikenal pasti sejak zaman-berzaman. Pada masa dahulu sungai dijadikan jalan perhubungan antara satu tempat ke satu tempat yang lain. Pekan-pekan dan kota terbina di sepanjang sungai. Fungsi sungai itu masih kekal sehingga sekarang. Oleh itu sungai perlu dijaga dan dipelihara. Kempen Cintai Sungai dan Program Sungai angkat perlu diteruskan dan diperkasakan semula demi kepentingan manusia dan mengekalkan kawasan bekalan air bersih.

Anda mungkin juga menyukai