Anda di halaman 1dari 18

FOLIO SAINS

NAMA:

SYAHIRUL AMIR B. SHUHAIMI


KELAS:

2ALI
NAMA GURU:

CIKGU HAMIZAH
BAND:

B6D4E1
TARIKH:

28 MEI 2013

ISI KANDUNGAN
1 - PENDAHULUAN 2 - PENCEMARAN AIR - Definisi pencemaran air - Jenis bahan cemar air dan sumber masing-masing - Kesan pencemaran air terhadap benda hidup - Cara untuk mengawal pencemaran air :Langkah yang diambil oleh kerajaan :Langkah yang diambil oleh individu - Cara untuk memulihkan dan memelihara air dan kualitinya 3 - PEMBERSIHAN AIR - Kaedah pembersihan air - Sebab pembersihan air 4 - CARA UNTUK MENJIMATKAN AIR - Sebab-sebab air perlu dijimatkan - Bagaimanakah kita membazirkan air - Apakah yang kita perlu lakukan untuk menjimatkan air 5 - PENUTUP

CARA UNTUK MEMULIHARA DAN MEMELIHARA AIR DAN KUALITINYA


Isu penjagaan air menjadi sangat penting sejak kebelakangan ini akibat meruncingnya masalah pencemaran sungai. Pengurusan sungai merupakan usaha memelihara dan memulihara sungai supaya kualitinya tidak terus merosot. Dalam kata lain, pengurusan sungai menyediakan cara bagaimana mengawal dan memandu hubungan manusia dengan komponen alam sekitar ini agar kualiti sungai tersebut dan kepentingan organisma hidup khususnya manusia sentiasa terpelihara. Objektif utama pengurusan sungai ialah untuk memelihara sungai sedia ada untuk kegunaan semasa dan masa hadapan, meminimumkan impak terhadap sungai kesan daripada pelbagai aktiviti pembangunan selain meningkatkan kualiti sungai dan hidupan keseluruhannya. Secara umumnya, pengurusan sumber sungai melibatkan pengurusan dua

komponen utama iaitu dari segi kualiti dan kuantiti. Pengurusan dari segi kuantiti bertujuan supaya jumlah air yang mencukupi dapat dibekalkan kepada pengguna bagi memenuhi pelbagai keperluan. Ia melibatkan usaha memaju, membersih dan mengolah,mengagih dan memulihara kembali sumber sungai. Aktiviti pengurusan sungai melibatkan pelbagai langkah antaranya menguatkuasakan undang-undang mengawal pencemaran sungai, menjalankan usaha memelihara dan memulihara kawasan sungai serta mengawal pembangunan di kawasan berhampiran dan sekitar sungai.

Permintaan air yang semakin meningkat dan kemusnahan kualiti air sungai yang semakin serius membuatkan isu pengurusan sungai dari segi kualitinya semakin penting.Semua ini memerlukan usaha yang berkesan dalam melindungi, memulih dan memperindahkan persekitaran sungai agar dapat menarik minat masyarakat ke arah menghargai dan mencintai sungai. Usaha membangunkan semula tebingan sungai ialah suatu usaha yang telah dilakukan di banyak negara, termasuklah Malaysia.Projek sedemikian dilaksanakan untuk menambah baik kawasan tebingan sungai.

Berkaitan dengan pembangunan tebingan sungai ini, pelbagai langkah telah diusahakan

1. Menjadikan tebingan sungai sebagai tumpuan kegiatan ekonomi. Di tebingan sungai yang telah dimajukan disediakan restoran, kedai runcit dan pelbagai perkhidmatan lain seperti yang dilakukan di Perlis Water Front, San Francisco Waterfront dan Seattle Waterfront di Amerika Syarikat, North Vancouver Waterfront di Kanada dan Auckland Waterfront di New Zealand.

2. Menjadikannya sebagai pusat tarikan pelancongan dengan membina kemudahan dan tarikan untuk pelancong seperti hotel, pusat maklumat, pusat pameran, pusat persidangan,marina, akuarium, pusat samudera, perkhidmatan feri/bot, lorong persiar kaki dan taman.Semua ini bertujuan untuk menggalakkan pelancong supaya tinggal lebih lama dan dengan itu akan memberikan sumbangan yang lebih bermakna kepada kegiatan ekonomi di situ seperti yang dilakukan di Bangkok (Far Eastern Economic Review,

3. Menambah tarikan budaya dan sejarah di tebingan sungai. Berkaitan dengan budaya,di Seattle, teater ialah unsur budaya yang digarap dalam pembangunan tebingan sungai di mana para seniman dan seniwati mengadakan konsert dan pertunjukan kebudayaan setiap tahun manakala di Bridgetown Waterfront pula, sebuah kapal lama yang dibina di Bandar itu ditonjolkan sebagai unsur sejarah dalam projek penambahbaikan tebing sungainya.Melalui langkah ini, penghuni dan pelancong berpeluang menyelami sejarah budaya di tempat berkenaan dan yang lebih penting tindakan tersebut bermatlamat memperkayakan apa yang tebingan sungai dapat hidangkan kepada komuniti dan pelancong.

4. Tebingan sungai dimajukan sebagai kawasan alam semula jadi dan rekreasi. Di San Antonio, Bronx dan Chicago misalnya, tertumpu kepada pemuliharaan sungai iaitu membersihkan sungai daripada pencemaran, menanam semula pokok-pokok di sekitarnya, penyediaan kemudahan rekreasi dan mengembalikan peranan sungai kepada masyarakat. Antara langkah yang dilakukan ialah membaikpulih penambang dan marina lama supaya dapat digunakan semula; menawarkan kegiatan rekreasi air seperti kayak, kenu, pelayaran dan berperahu selain mengadakan kegiatan penggembaraan ke beberapa tempat semula jadi yang menarik. Segalanya disediakan terutama untuk faedah komuniti dan tidak ketinggalan juga pelancong menikmati alam semula jadi yang sangat berharga ini.

5. Pembangunan kediaman terutama kediaman mewah sebagai sebahagian daripada pembangunan tebingan sungai. Di California Selatan, Ontario dan Batam, pola pembangunan seperti ini jelas kelihatan. Di Vancouver Utara pula, tebingan sungainya dibayangkan sebagai suatu peluang bagi mengadakan pembangunan campuran yang terdiri daripada kediaman, perdagangan dan rekreasi dengan penambahbaikan kesampaian fizikal dan tampak bagi semua penghuni daerah.

Di Malaysia, apa yang penting ialah mengubah minda dan sikap masyarakat terlebih dahulu ke arah mencintai alam sekitar. Ini kerana selagi minda masyarakat tidak berubah selagi itu masalah pencemaran sungai tidak akan dapat diatasi dengan berkesan.Selain itu, langkah lain yang sepatutnya diambil ialah dengan mengawal punca pencemaran sama ada dari kawasan perumahan dan industri lagi sebelum air dibiarkan masuk ke dalam sungai. Ini kerana walau banyak langkah pencegahan seperti alat perangkap sampah yang boleh memerangkap sampah dipasang, namun langkah yang paling berkesan ialah dengan mengenal pasti punca sebenar kepada permasalahan tersebut.

Baik macam mana pun sistem kejuruteraan selagi pendidikan sivik tidak adaselagi itu masalah ini tidak akan selesai (Utusan Malaysia 7 Februari 2007). Sebenarnya, langkah yang dianggap paling berkesan dalam usaha memastikan sungai sentiasa terpelihara ialah dengan menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan pengawasan yang berkesan dan konsisten terhadap setiap kegiatan ekonomi dan harian di kawasan berhampiran sungai.

Satu lagi langkah penting ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan sungai di Malaysia ialah dengan melibatkan masyarakat terhadap apa jua aktiviti berkaitan sungai.Usaha ini telah berjaya memulihkan persekitaran sungai di Amerika Syarikat. Sebagai contoh, pada tahun 1982, masyarakat di Bronx Selatan di Bandar Raya New York telah memulakan Projek pemulihan Sungai Bronx. Sejak sekian lama sungai tersebut menjadi medan pembuangan besi buruk, tetapi masyarakat di situ secara suka rela telah mengeluarkan dari sungai tersebut barangan seperti bangkai kereta lama, tilam, mesin basuh dan peti sejuk; membersihkan lorong pesiar kaki yang telah lama tertimbus oleh lumpur kerana banjir lampau; meletakkan batang kayu di sepanjang tebing sungai bagi memperlahankan hakisan dan membersihkan rumput liar dan memeriksa air dari segi BOD, suhu, halaju dan kualiti air. Kini Sungai Bronx mengalir dengan penuh bertenaga dan menjadi tumpuan masyarakat setempat.

PENDAHULUAN
Hari ini 28 mei 2013,saya memulakan kerja yang diberikan oleh guru saya,cikgu Hamizah.Kerja individu ini bertajuk pencemaran air dan semestinya isinya berkenaan dengan masalah dan jalan penyelesaian berkaitan dengan air.Kerja bertahap enam ini diberikan sebelum cuti pertengahan tahun 2013.

PENCEMARAN AIR
Definisi pencemaran air. Pencemaran air adalah air di sungai,laut,tasik ataupun sebaliknya yang tercemar disebabkan sesuatu bahan yang tercemar.Pencemaran air juga boleh memberi kesan negatif kepada benda hidup terutamanya kepada ikan ataupun hidupan air.Kematian atau kepupusan yang akan berlaku jikalau pencemaran air ini berlaku.Manusia juga boleh mati akibat daripada air yang tercemar,kotor berminyak dan sebaliknya. Jenis bahan cemar air dan sumber masing-masing - Pencemaran air berlaku disebabakan oleh yang tertera dibawah:

Sumber: Pelupusan toksik kedalam sungai yang menyebabkan ikan mati.

Sumber: Sampah yang dibuang ke laut yang menyababkan hidupan air memakannya dan terus mati.

Sumber: Pusat petroleum yang cuai menyababkan ketumpahan minyak di laut.

Cara untuk mengawal pencemaran air

-KERAJAAN-Kerajaan haruslah memastikan tiada pembuangan sisa kilang kedalam sungai bagi setiap kilang. -Memastikan tiada lagi pusat minyak mahupun kapal minyak yang bocor di atas laut. -Membuat kempen untuk membersihkan sungai,tasik,pantai dan sebagainya.

-INDIVIDU-Menyertai kempen yang diadakan oleh kerajaan. -Tidak membuang sampah ke dalam sungai. -Mengikut peraturan yang diberikan oleh kerajaan. -Bersikap prihatin.

PEMBERSIHAN AIR
Kaedah pembersihan air -LOJI RAWATAN AIRIanya terdapat 10 buah loji rawatan air di Malaysia iaitu di Air Batu Kitang,Gombak,Air Beaufort,Benam river Headworks,Kota Kinabalu,Labuan,Semenyih,Salak Tinggi dan di Limbahau.Air yang tercemar akan memasuki logi itu,lantas air itu di alirkan sambil dirawat dengan mesin yang berada di situ.Apabila melalui semua proses,air yang tercemar tadi akan kembali bersih dan dialirkan keluar terus ke sungai.

Air harus dikitar semula supaya jimat dan berguna kepada ramai orang.Jikalau tidak air yang tercemar akan tercemar selamanya.

CARA UNTUK MENJIMATKAN AIR


Mengapakah kita perlu menjimatkan air? - Air juga perlu dijimatkan agar dapat disimpan untuk generasi yang akan dating.Jika kita jimatkan air,kita juga boleh jimatkan duit juga kerana bil air sekarang sudah naik mendadak.Air sangat penting bagi manusia untuk terus hidup,air juga membantu proses untuk melancarkan pemikiran yang bagus.Proses fotosintesis yang dilakukan oleh pokok juga memerlukan air yang mencukupi untuk menghasilkan buah,jika tiada air pokok akan layu dan mati jugak.

Apakah yang dapat kita lakukan untuk menjimatkan air?

1 Guna air secukupnya untuk mandi. 2 Sekurang-kurangnya segelas air untuk memberus gigi. 3 Jangan bermain air ketika mandi. 4 Menutupnya apabila dibiarkan terbuka,terutamanya di tempat berwudhuk

Bagaimanakah kita membazirkan air? 1 Bermain air ketika mandi. 2 Tidak menutup paip air selepas berwudhuk. 3 Menyiram pokok secara berlebih-lebihan. 4 Menggunakan air untuk mengejutkan orang yang tertidur. 5 Menggunakan air dalam kuantiti yang melapau untuk membasuh tangan.

PENUTUP
Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja PBS tahap yang keenam ini dengan baik, kemas dan sempurna serta menepati syarat walaupun menghadapi cabaran untuk melaksanakannya. Namun demikian, saya dapat melakukan tugasan ini dengan sempurna dengan bantuan dan kerjasama daripada beberapa orang. Saya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Hamizah, selaku cikgu sains 2 Ali kerana memberi kerja ini kepada saya pada cuti pertengahan tahun yang pendek ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakak saya kerana

banyak menolong dalam membuat kerja ini. Terima kasih kepada ayah dan ibu yang memberikan dorongan dan semangat kepada saya semasa melakukan kajian ini. Selain itu, ucapan terina kasih saya tujukan kepada rakan-rakan sekelas yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan juga idea yang bernas. Harap cikgu menerimanya kerana ada sedikit kecacatan iaitu ketidak betulan dalam urutan nya.Ianya tidak merosakkan tajuk pun.

Tandatangan Pelajar

Tandatangan Guru

__________________ Syahirul Amir b. Shuhaimi 28 Mei 2013

___________________ Cikgu Hamizah

Penjagaan hutan, pemuliharaan air


Oleh Amlir Ayat

TIDAK termaktub di dalam akta, tidak terlulus di Parlimen dan hakimnya tidak berkerusi namun undang-undang alam tidak pernah terabai menghukum pengabainya penuh keadilan. Tiada undang-undang atau hukum di sepanjang zaman semantap undang-undang alam. Ia, dan hukumannya, tidak pernah pudar dek usia. Dan satu hukum alam yang amat kritikal ialah air adalah sumber kehidupan paling asas. "Jika kita berbuat dosa kepada Tuhan dan meminta ampun kepada-Nya, Dia akan sentiasa mengampuni kita. Jika kita berbuat salah kepada manusia dan meminta maaf daripadanya, dia mungkin memaafkan kita. Tapi jika kita berbuat salah kepada kepada alam, dia tidak akan memaafkan kita." Begitulah kata-kata seorang peladang di sebuah negara di Amerika Selatan yang kehilangan harta benda dalam tragedi tanah runtuh dan banjir lumpur akibat penarahan hutan yang melampau yang mengetepikan peranan hutan sebagai kawasan tadahan air. Tiada air, tiada kehidupan. Airlah, kira-kira 3.8 bilion tahun lalu, unsur terawal wujud di bumi. Kemudian, wujudlah udara, aneka flora dan fauna, dan seterusnya manusia. Kesemuanya bergantung antara satu sama lain dalam satu jaringan tetapi ditunjangi air sebagai akar kehidupan. Tidak ada unsur alam yang kemandiriannya tidak berkait dengan air. Jika kita dapat melaksanakan segala langkah yang mungkin untuk memulihara air, semua sumber alam akan turut terpulihara. Ingin selamatkan bumi? Memulihara harimau? Melindungi cendawan? Gajah? Mengurangkan pemanasan bumi? Selamatkan air, kualiti dan kuantitinya. Setiap usaha ke arah pembangunan mampan (pemuliharaan) harus memberikan tumpuan kepada kemampanan air. Untuk memperolehi sumber air yang bersih dan cukup, umpamanya, hutan perlulah diolah secara mampan kerana kemampanan hutan bererti bekalan air yang bersih dan cukup. Segala kegiatan yang boleh merosakkan kualiti dan kuantiti air seperti penebangan hutan yang tidak terkawal yang menjejaskan ekologinya akan memusnahkan kemampanan sungai, sumber air utama. Penggunaan hutan secara mampan mensyaratkan pemuliharaan kepelbagaian biologi dari sekecilkecil bakteria hingga ke gajah. Ini adalah kerana setiap haiwan ini memiliki tempat dan fungsinya yang tersendiri di dalam kesinambungan hutan. Pendekatan ini boleh mengurangkan konflik di antara pelbagai usaha pemuliharaan yang menumpukan kepada pelbagai sumber alam. Umpamanya, ada yang mengutamakan sesuatu spesies atau kumpulan flora atau fauna, ekosistem atau unsur (seperti cuaca dan perubahannya).

Hal ini adalah wajar selagi ia tidak bercanggah antara satu sama lain. Dan salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk meminimumkan konflik ini adalah dengan melihat kualiti dan kuantiti air sebagai tumpuan utama yang membayangi usaha-usaha tersebut. Jika tidak, usaha-usaha ini akan sentiasa menghadapi kerumitan malah kegagalan, seperti mana yang berlaku dalam beberapa projek pemuliharaan sama ada oleh kerajaan atau NGO. Seorang teman, juga seorang pakar ekonomi dan kewangan, pernah menyarankan sewaktu di sebuah persidangan ekonomi dan kemampanan di Sepanyol menyusul sebuah pembentangan mengenai krisis air dan ekonomi: "Terdapat terlalu banyak konflik bukan saja di antara keghairahan tidak terkawal untuk maju di sudut ekonomi dan usaha-usaha ke arah menghentikan kemelesetan alam tapi juga konflik dalam usaha- usaha penjagaan alam sekitar itu sendiri. Alangkah bagusnya jika kesemua inisiatif ini mengambil kira secara serius sesuatu unsur utama yang ketara, amat perlu dan mudah dilihat, sebagai asas pemuliharaan apa jua unsur alam". Bagi penulis, airlah unsur itu. Penulis ialah Jurutera Perunding

Pemeliharaan bermaksud perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan, manakala pemuliharaan adalah perihal proses, usaha, perbuatan memulihara sesuatu

KESIMPULAN Sungai merupakan sumber air yang penting kepada manusia. Permintaan air yang kian meningkat dan kemusnahan kualiti air sungai yang semakin serius merupakan dua isu utama pada masa ini. Secara umum, sistem semulajadi mampu membersih air sungai yang tercemar, namun, kadar pencemaran yang kian meningkat akibat aktiviti manusia telah membuatkan proses pembersihan semula jadi ini tidak lagi mampu untuk

membersihkan air. Justeru, isu pencemaran alam sekitar umumnya dan pencemaran sungai khususnya mesti diberi perhatian yang serius dan dikawal ke tahap yang paling minimum.

Anda mungkin juga menyukai