Anda di halaman 1dari 13

Dalam kehidupan harian kecelakaan atau kecederaan kepada tubuh badan kerap

berlaku. Bak kata pepatah Melayu yang tida asing lagi, malang tidak berbau. Kecelakaan-
kecelakaan ini mungkin berlaku di jalan raya, tempat kerja, gelanggang permainan, majlis
kenduri-kendara, tempat perhimpunan ramai danjuga kediaman sendiri. Apabila berlaku
kecederaan ini, beberapa langkah perlu dilakukan untuk memberi bantuan atau pertolongan
kepada pemangsa. Kadangkala, pertolongan cemas yang diberi ini akan mencegah
kecederaan daripada menjadi teruk.

Maka pertolongan cemas dapatlah ditakrifkan sebagai satu rawatan awalan yang
diberi kepada pesakit sebagai usaha rawatan pertama di dalam keadaan kecemasan.
Pertolongan cemas ini biasanya dikendalikan di tempat berkalunya kecelakan tersebut. Usaha
rawatan pertama bermaksud bahawa usaha yang kedua dan berikut akan disusuli. Usaha
usaha terkemudian adalah disusuli. Usaha-usaha terkemudian adalah di luar kemampuan
seseorang penolong cemas. Hal ini adalah di bawah tanggungjawab para profesional seperti
doktor dan jururawat. Pertolongan cemas juga perlulah dibezakan dengan rawatan domestik
di mana kecederaan ringan yang berlaku boleh dirawat tanpa keperluan menghantar pesakit
ke hospital dengan alat-alatan yang tersedia ada. Sebaliknya, pertolongan cemas kerapkali
dikendalikan dengan apa sahaja alat-alatan yang sesuai terdapat di tempat kejadian dan
selalunya memerlukan rawatan turutan.

Kursus-kursus pertolongan cemas lazimnya dikelolakan oleh pertubuhan-pertubuhan


sukarela seperti St. John Ambulance dan Bulan Sabit Merah. Pertubuhan-pertubuhan ini
menganugerah sijil kepada calon-calon yang telah tamat kursus dengan jayanya dan
mentauliah mereka sebagai seorang penolong cemas.

Terdapat beberapa beberapa petua pertolongan cemas yang perlu dikendalikan


semasa memberi rawatan bantuan awal. Antaranya ialah :-

Buat penilaian segera mengenaikeseluruhan keadaan kecemasan di kawasan


tersebut.
Atasi punca kecemasan sekiranya masih ada lagi atau pindahkan mangsa daripada
keadaan berbahaya.
Bertindak secara berwaspada dan penuh keyakinan.
Periksa nadi pemangsa.
Periksa pernafasan mangsa.
Kawal semua bentuk pendarahan.
Tentukan keadaan kesedaran mangsa.
Berikan keutamaan kepada kecederaan-kecederaan mengikut keparahan.
Tenangkan mangsa.
Kendalikan mangsa dengan baik.
Tanggalkan pakaian mangsa hanya sekiranya perlu.
Buat persiapan untuk menghantar pesakit ke unit perubatan yang berdekatan.

Rajah 1 menunjukkan peti pertolongan cemas dan barang-barang yang perlu ada dalam
peti tersebut.
BIL PERKARA KEGUNAAN
1. Triangular bandage (kain anduh) Untul mengampu bahagian kecederaan/
kepatahan, membalut luka/ pendarahan yang
didapati ada kepatahan tulang
2. Sterile eye pad Melindung mata yang tercedera/ terkena
bendasing
3. Non-sterile gauze Melakukan pencucian/pembebat luka
Sterile gauze Membuat balutan/memberi tekananpada
perdarahan dan menstabilkankepatahan
4. Elastic bandage/crepe bandage Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk
Roller bandage membalut luka dan jugakecederaan ringan
eg. dislocation(terseliuh)
5. G l o v e - d i s p o s a b l e /nonsterile Melindungi diri dari sebarang cecair
badan/sumber jangkitan
6. Scissor Memotong gauze/bandage
7. Adhesive tape Melekatkan balutan dan pembebat
8. Sterile multi-trauma dressing/ gauze Melakukan pencucian/pembebatan luka.

9. Alcohol prep pads Mencuci sebarang bendasing/kekotoran pada


luka sebelum membalut.
10. Cotton buds Mencuci luka pada kawasan sukar
11. Acriflavine (ubat kuning) Untuk antiseptic
12. Dettol (boleh diganti dengan Normal Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka
Saline solution 0.9%) luar
13. LMS solution (minyak kuda) Melegakan kesakitan otot

Rajah 2 menunjukkan bahan-bahan yang perlu ada dalam peti pertolongan cemas dan
kegunaannya.
Tajuk yang kami pilih ialah patah. Kerangka badan kita terdiri daripada tulang. Tulang
adalah sejenis jaringan ikat, diperkuat dengan kalsium dan tulang sel. Tulang memiliki pusat
yang agak lembut, yang disebut sumsum dan dimana sel-sel darah ditumbuh. Oleh hal yang
demikian kejadian patah ini sering berlaku pada tulang badan. Patah merupakan satu
kecederaan atau keretakan pada tulang bahagian badan yang disebabkan oleh daya
hentaman langsung atau tidak langsung pada sesuatu bahagian anggota badan dan terputus
kesinambungan tulang pada bahagian tersebut. Hal ini menyebabkan kesakitan yang teruk,
hilangnya fungsi, kadang kala pendarahan dan cedera di sekitar lokasi dan juga mengganggu
struktur dan kekuatan tulang. Patah adalah berbeza mengikut bentuk,saiz dan keterukkan.
Patah boleh jadi tidak merbahaya sekiranya kecil tetapi boleh mengancam nyawa dan
kehidupan seseorang sekiranya berlaku pada bahagian leher dan pelvis. Patah tulang boleh
juga berlaku akibat barah tulang atau osteoperosis. Kemalangan jalanraya adalah punca yang
paling banyak menyebabkan kepatahan atau keretakan tulang.

Kepatahan tulang ini diakibatkan oleh hentaman secara langsung dan hentaman tidak
langsung. Hentaman secara langsung ialah tulang retak atau patah di bahagian di mana
tekanan berlaku manakala hentaman tidak langsung pula tulang patah atau retak di bahagian
tempat yang jauh dari tempat tekanan berlaku.

Gambar 1 menunjukkan hentaman


secara langsung.

Gambar 2 menunjukkan hentaman


secara tidak langsung.
Patah ini terbahagi kepada dua kelas iaitu patah terbuka dan patah tertutup. Patah
terbuka ialah patah keseluruhan tulang dan kulit atau otot terkoyak atau tendon terputus.
Tulang yang patah akan keluar menembusi kulit dan menyebabkan luka dan pendarahan
yang banyak. Kepatahan terbuka ini mudah dikenalpasti dimana tulang dapat dilihat dengan
jelas pada permukaan kulit. Patah yang melibatkan pendarahan yang terdedah di bahagian
kulit menyebabkan seseorang itu mudah mendapat jangkitan.

Gambar 3 menunjukkan patah terbuka.


Patah tertutup pula tulang yang patah tidak keluar dan boleh menyebabkan pendarahan
dalaman. Kulit sekeliling tulang yang patah tidak rosak manakala terdapat calar-balar dan
bengkak. Kepatahan ini terdapat kecederaan dalaman tisu-tisu sekeliling tulang. Patah
tertutup sukar dikenal pasti kerana tulang terletak di dalam kulit. Oleh itu, kepatahan tersebut
boleh dikenalpasti melalui beberapa tanda. Antaranya ialah :-
Rasa sakit
pada
bahagian
yang cedera.

Pengeseran
Bengkak atau
tulang apabila
lebam.
digerakkan.

Pendek atau
berubah
Hilang upaya
daripada
bentuk asal.

Rajah 3 menunjukkan tanda-tanda yang mendorong untuk mengenalpasti kepatahan tertutup.

Gambar 4 menunjukkan patah tertutup.

Selain itu, terdapat pelbagai jenis ke patahan tulang. Antaranya ialah patah tebu, patah
remuk, patah melintang, patah terpusing, patah menyerong dan patah lesung. Patah tebu
ialah kepatahan separa di mana tulang patah dan bengkok seperti pokok kayu dilentur. Darah
tidak akan mengalir keluar. Kebiasaanya kepatahan ini berlaku kepada kanak-kanak kerana
tulang mereka sangat lembut.
Gambar 5 menunjukkan patah tebu.

Seterusnya, patah remuk adalah kepatahan tulang yang menjadi serpihan kecil akibat dari
impak yang sangat kuat.

Gambar 6 menunjukkan patah remuk.


Patah melintang adalah kepatahan yang mendatar atau merentas disebabkan oleh aktiviti
yang sangat lasak seperti mendaki gunung, perkhemahan, meredah hutan dan sebagainya.

Gambar 7 menunjukkan patah melintang.

Kepatahan yang disebabkan dari daya putaran yang kuat dan menghasilkan kepatahna dan
menghasilkan kepatahan seperti spring ialah patah terpusing.

Gambar 8 menunjukkan patah terpusing.

Patah menyerong ialah kepatahan yang bersudut tajam yang


disebabkan daripada hentakan kuat secara tiba-ti]ba.
Gambar 9 menunjukkan patah menyerong.

Patah lesung terjadi akibat daripada terjatuh dari tempat yang tinggi dan terpecah dari
pelbagai sudut seperti dari atas pokok, bangunan, tangga dan sebagainya. Tulang yang patah
akan cucuk-mencucuk antara satu sama lain.

Gambar 10 menunjukkan patah lesung.


Sekiranya salah satu atau lebih simptom dan tanda sepertimana di bawah berlaku, maka
sewajarnyalah kita mengesyaki kepatahan atau keretakan tulang. Antaranya ialah :-

Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi, ligamen atau otot.


Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah.
Ketidakupayaan untuk menggerakkan anggota yang tercedera.
Merasa kebas, parestesia atau anestesia atau hilang denyutan nadi pada anggota
yang tercedera.
Bunyi atau geselan hujung tulang yang tidak normal.
Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang, sendi, ligamen atau otot.
Bentuk, kedudukan atau pergerakan tulang atau sendi yang tidak normal.

Pesakit yang mengalami kecederaan mungkin dari tempat kejadian perlu di alihkan ke
tempat yang lebih selamat.Pindahkan pesakit secara berhati-hati dalam keadaan dimana
mengalihkan pesakit tidak menyebabkan kecederaan yang lebih teruk. Sekiranya pesakit
tidak sedarkan diri anggap leher juga patah, periksa dan pastikan tidak menggerakkan
bahagian leher sewaktu memindahkan pesakit.

Sebelum pesakit dibawa ke hospital, pastikan rawatan kecemasan telah diberikan di


tempat kejadian mengikut tahap kesedaran pesakit.Orang awam yang ada kemahiran tentang
pertolongan cemas hendaklah memberi pertolongan kepada pesakit sebelum ketibaan
pasukan perubatan.

Tempat yang mengalami kepatahan mestilah di pasangkan alat sokongan "splint"


untuk mengurangkan pergerakan dan mengurangkan kesakitan. Alat sokongan "splint" boleh
menggunakan sebahagian badan pesakit seperti sebelah kaki untuk menyokong kaki sebelah
yang patah dengan menggandingkan kedua belah kaki dan ikat dengan tujuan mengurangkan
pergerakkan. "Splint" boleh di buat dari apa-apa bahan yang sesuai seperti surat khabar,
papan atau lain-lain benda yang keras yang boleh menampung tulang yang patah. Segera
bawa pesakit ke hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan perubatan
selanjutnya.

Orang yang memberi rawatan kepada pemangsa haruslah sentiasa mengingati


beberapa protokol dalam ingatannya. Antaranya ialah:-

Jangan gerakkan mangsa kecuali kepatahan telah distabilkan.


Jangan gerakkan mangsa yang patah pinnul. tulang pelvis. dan peha.
Jangan gerakkan mangsa yang berkemungkinan mempunyai kecederaan
spinal.
Jangan cuba untuk meluruskan tulang yang bengkok.
Jangan memberikan makanan dan minuman.

Tulang
leher

Tulang Tulang
rusuk belakang
Kepatahan
yang
mengancam
nyawa.

Tulang Tulang
paha pinggul

Rajah 4 menunjukkan beberapa jenis kepatahan yang mengancam nyawa.

Kayu
Anduh

Medic
Fracture
oxygen Immobilizer
set Peralatan
Kecemasan untuk
Pengendalian
Patah.

Single/double
Bandages folding
stretcher

Rajah 5 menunjukkan peralatan kecemasan untuk pengendalian patah.


Saya bersama dengan ahli kumpulan saya telah membuat suatu dokumentasi yang
berasaskan tajuk patah. Kami mencipta dua buah video yang mempunyai situasi yang
berbeza tetapi berkaitan dengan tajuk patah. Situasi video pertama ialah kepatahan tangan
manakala situasi video kedua pula kepatahan kaki.

Situasi video pertama diakibatkan oleh kecuaian dan sikap remeh dua orang remaja
menyebebkan kepatahan tangan bagi salah seoarangnya. Dua orang remaja telah bergaduh
untuk menonton sebuah video dalam telefon bimbit. Dalam pergaduhan ini pula, salah
seorang remaja telah menolak kawannya ke tanah. Ia telah mengakibatkan tangan remaja
tersebut patah. Oleh itu, kawannya telah menjerit untuk meminta pertolongan. Malang tidak
berbau, seorang pemuda telah menghulurkan bantuan kepada mereka. Pemuda tersebut
menerima aduan bahawa mangsa tersebut tidak boleh menggerakkan tangan dan rasanya
kesakitan yang teruk. Dengan ini, pemuda tersebut memutuskan bahawa tangan mangsa
telah patah. Oleh itu, dia memberikan rawatan awal dengan menggunakan beberapa bahan
pertolongan cemas.

Permulaanya, pemuda dan remaja tersebut memimpin mangsa ke suatu tempat yang
selesa dan mudah untuk diberi rawatan. Pemuda tersebut memberikan kata-kata yang
semangat untuk memberikan semangat kepada pemangsa tersebut. Selain itu, pemuda telah
meletakkan alas kotak pada pergelangan tangan untuk mengelakkan sebarang pergerakan
serta menampung tangan. Seterusnya dia telah membalut tangan dengan kain kasa iaitu
pembalut bergulung. Selepas bergulung dia telah menggunakan pin semat pada hujung
lipatan tersebut. Selepas itu, mereka telah membawa dia ke hospital yang berdekatan untuk
rawatan yang berlanjutan.

Situasi video kedua pula ialah dua orang budak telah bermain kejar-kejar di padang
sekolah pada masa rehat. Pada masa tersebut salah seorang budak telah terjatuh lalu kakinya
patah dan terdapat calar balar pada lututnya. Kawan budak tersebut telah mengajak guru
untuk memberikan bantuan. Guru telah menyoalkan tentang kejadiannya dan menerima
laporan daripada mangsa tersebut bahawa kakinya terlalu sakit dan tidak boleh bergerak
langsung. Guru tersebut pula mengarah budak tersebut untuk membawa peti pertolongan
cemas dari bilik rawatan. Seterusnya, guru telah membersihkan luka tersebut dengan
antiseptik untuk mengawal pendarahan serta membasmi kuman. Lantaran itu, guru telah
meletakkan sekeping alas kotak sebagai tuap untuk mengawal pergerakan kaki. Selepas itu,
guru telah membalutkan kakinya dengan kain kasa. Selanjutnya, guru dan budak tersebut
telah memimpin mangsa ke bilik rawatan untuk memberi rawatan yang lanjut.
Isu keselamatan diri anak-anak termasuk golongan remaja memerlukan usaha
pelbagai pihak dalam mewujudkan suasana persekitaran yang selamat. Ancaman
keselamatan di luar rumah boleh berlaku di mana-mana atau pada bila-masa.
Ancaman tersebut bukan sahaja boleh berlaku dalam bentuk jenayah tetapi
kemalangan. Apa yang penting, masing-masing perlu berhati-hati pada setiap masa
agar risiko perkara negatif dapat dikurangkan.

http://e-kesihatanmalaysia.blogspot.my/2012/01/patah-tulang.html

http://www.slideshare.net/tokey_sport/patah-dan-terkehel?next_slideshow=2
http://www.slideshare.net/KhairulTaib/bab-5-luka-patah
http://www.myhealth.gov.my/patah-tulang/

Anda mungkin juga menyukai