Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: SMK SULTAN MUZAFAR SHAH 1, LAMBOR KANAN, PERAK
Kod Sekolah: AEA8002

Noor Azilawati Binti Ismail


1. Nama Guru
Ajari Hatiku Agar Bersyukur Dan
2. Judul Damai 3. Bidang: Motivasi

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sipnosis

Buku ini memberikan panduan dan bimbingan kepada individu untuk mempeljari cara
mendapatkan ketenangan hati dalam melalui pelbagai cabaran kehidupan. Antara perkara yang
dibincangkan adalah:
1. Setiap manusia melakukan kesalahan dan perlu sentiasa muhasabah untuk memperbaiki
kesilapan tersebut.
2. Kedamaian bukanlah dengaan sentiasa mendapat hal-hal yang baru dan hebat tetapi
kebahagiaan ialah dengan sentiasa menyedari nikmat dan mensyukuri apa yang ada di saat ini.
3. Membangun kesedaran akan setiap fikiran dan perasaan yang hadir adalah satu hal yang
paling penting dalam kehidupan kita. Sebab tanpa kesedaran ini , kita mudah terhipnosis atau
terpukau dengan fikiran-fikiran dan sangkaan yang belum tentu benarnya.
4. Kesedaranlah yang menjadikan kita membuat sesuatu dari hati dengan penuh kasih sayang,
bukan dari fikiran yang nakal dan penuh ketakutan. Dan hal yang dimulakan dari benih kasih
sayang akan membuahkan kasih sayang juga.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


1. Kepentingan sifat memaafkan semua orang disekeliling kita untuk mendapatkan ketenangan
hati
2. Orang yang berilmu akan dapat membuat keputusan dengan baik terhadap sesuatu
permasalahan yang timbul
3. Berlapang dada dan membuka hati akan membantu individu untuk keluar daripada masalah
yang dihadapi .
4. Perlu adakan pelan tindakan yang teratur dan betul supaya individu dapat berubah dari perkara
yang negatif kepada yang lebih positif.
5. Berdoa dan bertawakal kepada Allah setelah melakukan usaha yang terbaik untuk keluar dari
dikelilingi persekitaran negatif samada dalam diri mahupun masyarakat sekeliling.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Guru sebagai pendidik berperanan dalam membantu melahirkan generasi soleh solehah
memalui pembelajaran formal dan tidak formal di sekolah.
2.Peranan guru memberikan tunjuk ajar kepada pelajar untuk menjadi individu yang sentiasa
positif dalam melalui kehidupan sebagai pelajar.
3. Mengimbangi jiwa pelajar supaya sentiasa mensyukuri kehidupan, membina keikhlasan hati,
berdamai dengan kekecewaan.
4. Mendekati pelajar dengan cara yang pelbagai sebagai guru untuk memahami isu tersembunyi
dalam diri pelajar di sekolah yang bergelut dengan pelbagai masalah jiwa
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai