Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEK KEB KANTAN PERMAI Kod Sekolah: BBA 4046

1. Nama Guru
ROSMAWATI BINTI IBRAHIM
3. Bidang: PENGETAHUAN
2. Judul BENARKAH MISKIN ITU REDHA
PROFESIONALISME
KAYA ITU BERSYUKUR?
4. Nama Penulis ADIL AKHYAR 5. Mukasurat: 196

6. Tempat Pembentangan
TIADA
7. Sinopsis

Buku ini membawa pembaca berfikir tentang kedudukan sebenar konsep miskin dan kaya.
Pelbagai pendapat dan cetusan pemikiran dewasa kini mewujudkan pro dan kontra terhadap nilai
sebenar miskin dan kaya. Sememangnya kesemua mereka adalah benar kecuali segolongan
mereka yang begitu bersangka buruk terhadap status ini malah menyalahkan keadaan,
sedangkan mereka hanya melihat dari sudut masing-masing yang jelas berbeza untuk menelah
situasi yang berlawanan.

Secara umumnya pembaca akan dibawa secara jalan ilmiah, bukan dengan berprasangka.
Seperti yang dicetuskan oleh penulis, “sejarah membuktikan bahawa kemiskinan dan kekayaan
wujud beriringan pada zaman Rasulullah. Jika kemiskinan diertikan pembangunan, kenapa
Rasulullah membiarkan keadaan masyarakat ketika itu ada yang miskin dan ada yang kaya?.
Persoalan ini sangat menarik untuk diteliti dan dikaji secara ilmiah, kerana masyarakat yang
dibina oleh Rasulullah adalah model terbaik masyarakat yang perlu diikuti. Tentu ada rahsia di
sebalik sikap Rasulullah itu. Sikap itulah yang kita perlu teladani.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Nilai pengetahuan yang saya perolehi daripada buku ini ialah mengenai perbezaan standard
antara kaya dan miskin. Pengajaran di dalam buku ini boleh diterapkan dalam PDPc harian
dengan membuat perbezaan antara murid yang susah dan senang. Perbezaan sikap dan
perangai antara mereka. Dengan itu saya boleh lebih memahami murid-murid di dalam kelas.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Dengan ilmu yang diperolehi daripada buku ini, saya dapat memahami dengan lebih mendalam
karenah dan sikap murid di dalam kelas yang mempunyai pelbagai latar belakang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ........................................................
(ROSMAWATI BT IBRAHIM ) ( )

Anda mungkin juga menyukai