Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA KLINIK CATUR

( PERATURAN DAN TEKNIK PERMAINAN CATUR )


ATLET MUDA SKPP 2019

PENDAHULUAN
Unit kokurikulum SK Kantan Permai akan mengadakan satu program Klinik Teori
dan Teknik permainan Catur anjuran Kelab Catur SKKP. Program ini diharap akan
membantu memberi pendedahan kepada murid-murid dalam teknik teori dan
praktikal permainan catur dan menguruskan aktiviti pertandingan peringkat
sekolah dan daerah. Program adalah untuk mengukuhkan lagi kemahiran murid
yang sedia ada bagi persediaan untuk menyertai pertandingan Kejohanan Catur
MSSD Hulu Langat.

RASIONAL
1. .Memperkembangkan pertumbuhan intelek, rohani, jasmani dan emosi
murid agar dapat membantu murid menjadi insan yang berdisiplin,berdikari, dan
bernilai murni tinggi.
2. Peningkatan 80% pemain-pemain yang pakar, cekap dan berkebolehan
serta faham peraturan dan teknik-teknik permainan atau pertandingan
catur
3. Melahirkan atlit yang berpotensi di dalam acara permainan catur
disamping mempunyai latar belakang akademik yang tinggi.

OBJEKTIF
1. Menambah dan mengukuhkan lagi pengetahuan, peraturan pertandingan,
teknik permainan catur dengan betul.
2. Kedudukan 20 terbaik di peringkat daerah.
3. Memupuk semangat kerjasama, berkongsi pengetahuan dan ilmu di kalangan
ahli
KUMPULAN SASARAN
Atlet muda Pasukan Catur sekolah.

KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI


1. Ceramah (Teori)

2. Bengkel (Praktikal)

3. Perlawanan persahabatan

PELAKSANAAN
1. Tarikh cadangan : 10 April 2019 (Rabu)
2. Masa : 2.00 petang - 6 .30 petang
3. Lokasi : Pusat Sumber SKKP

SUMBER KEWANGAN
Akaun Kerajaan – Bantuan Persekolahan Lain (Bantuan Kokurikulum Sekolah)

PERBELANJAAN

BIL PERKARA KETERANGAN JUMLAH


1 Bayaran Penceramah RM 150 X 3 Jam RM 450.00
2 Chess Demo Board RM220.00 X 1 unit RM 220.00
3 Chess Clock RM 150.00 X 2 unit RM 300.00
4 Makanan dan Minuman peserta ( RM7 x 20 orang ) RM 140.00
JUMLAH RM 1110.00

AJK PELAKSANA
Penasihat : Pn. Siti Hajar bt Saad
( Guru Besar SKKP )
Pengerusi : En. Jamaludin b Othman
( PK KOkurikulum SKKP )
Pengurus Pasukan: Pn. Nurhafizah bt Zulrahman
Setiausaha : Pn Rosmawati bt Ibrahim
Jurulatih : Pn. T Jamuna A/P K. Thavarajah
Pendaftaran : Cik Femala A/P Vellu
Pn. Norwahidah bt Nordin
Makanan : Pn Haslina btAbu Bakar
Siti Rahayu bt Md Zainal

TENTATIF PROGRAM

1.30 petang : Pendaftaran peserta dan makan tengahari


2.00 – 3.00 petang : Ceramah ’Peraturan Permainan Catur’ oleh Coach
3.00 – 3.30 petang : MINUM PETANG
3.30 - 5.30 petang : Teknik Permainan Catur
 Opening Game
 Medium Game
 Ending Game
5.30 - 6.30 petang : Mini Pertandingan Catur
6.30 petang : BERSURAI

PENUTUP
Diharapkan penganjuran Klinik Permainan Catur oleh Unit Kokurikulum dapat
memberikan pendedahan tentang teknik teori dan praktikal permainan kepada
kumpulan sasaran. Dengan pengetahuan yang diperoleh ini juga diharapkan kita
dapat melahirkan pelajar yang aktif mengambil bahagian dalam program
kokurikulum sekolah di masa hadapan dan sekolah dapat melaksanakan dasar
1MURID 1 SUKAN.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.......................................... .................................................
(PN ROSMAWATI BT IBRAHIM) (EN JAMALUDIN BIN OTHMAN )
Setiausaha Kelab Catur PK Kokurikulum
SK Kantan Permai SK Kantan Permai

Disahkan Oleh,

...................................
(PN SITI HAJAR BT SAAD)
Guru Besar
SK Kantan Permai

Anda mungkin juga menyukai