Anda di halaman 1dari 10

MESYUARAT PENYELARASAN

KEJOHANAN RAGBI RIMAU


BAWAH 12 TAHUN
MSSD PERAK TENGAH
2023

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

11 MEI 2023
2 : 30 PETANG
BILIK MESYUARAT SK DATO’ SAGOR
KERTAS KERJA
PENGELOLAAN KEJOHANAN RAGBI RIMAU
PERINGKAT MSSD PERAK TENGAH TAHUN 2023
PENGELOLA:

SK DATO’ SAGOR
KAMPONG GAJAH.

1.0 PENDAHULUAN
Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokorikulum yang telah dirancang dalam takwim
Unit Sukan Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah. Bagi tahun 2023, ia dikelolakan oleh SK
Dato’ Sagor. Pertandingan ini disertai oleh pelajar-pelajar sekolah rendah daerah mengikut
kategori umur lelaki 12 tahun.
Pertandingan ini akan diadakan di padang SK Dato’ Sagor. Aktiviti ini diadakan selaras
dengan dasar 1Murid 1Sukan disamping memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara yang
ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi
melalui penyertaan dalam kokorikulum.

2.0 MATLAMAT
Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan
mental setiap peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam setiap
peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang.
Program ini juga dapat memberikan setiap individu merancang strategi bagi memperoleh sebuah
piala kemenangan dan sijil kecemerlangan.
Selain daripada itu, diharapkan juga melalui aktiviti seperti ini pelajar-pelajar yang
berbakat dalam bidang sukan khasnya sukan Ragbi Rimau dapat menunjukkan bakatnya dalam
kejohanan tersebut dan seterusnya dipilih untuk mewakili daerah Perak Tengah ke peringkat
Negeri Perak yang akan diadakan di daerah Larut Matang dan Selama dan ke pertandingan-
pertandingan yang lebih tinggi tahapnya.

3.0 OBJEKTIF
Adalah diharapkan pada akhir kejohanan ini, para peserta dapat:
3.1 Merasai pengalaman, kepuasan dan keseronokan dalam menyertai sesebuah
pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam
sesebuah kumpulan.
3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam
sesebuah pasukan dengan semangat kesukanan.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi
yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

Tarikh pertandingan : 19 Jun 2023


Tempoh pelaksanaan : 1 hari
Tempat : Padang SK Dato’ Sagor

5.0 JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN RAGBI RIMAU MSSD PERAK TENGAH


2023

En. Mohamad Fauzi Bin Manson


Penasihat
Pengarah Pendidikan Negeri Perak
Mohd Fathilah Bin Mohd Noor
Pengerusi
Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah
En. Baharuddin Bin Shaid
Timbalan Pengerusi
Timb. PPD Pembangunan Murid
En. Zainal Anuar Bin Hj. Abdul Rashid
Naib Pengerusi
Guru Besar SK Dato’ Sagor
En. Ahmad Azuwan bin Ahmad
Setiausaha
Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid
Nor Hairul Fakar Bin Ariffin
Bendahari
Penolong Akauntan PPD Perak Tengah

6.0 JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN RAGBI RIMAU MSSD PERAK


TENGAH 2023

En. Zainal Anuar Bin Hj. Abdul Rashid


Pengerusi
Guru Besar SK Dato’ Sagor
En. Mohd Mahathir Bin Mohd Tahir
Tim. Pengerusi
Penolong Kanan Kokurikulum
Pn. Noorsalmi Binti Shaari
N.Pengerusi
Penolong Kanan Pentadbiran
En. Mohd Rizal Bin Rabudin
Setiausaha
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En. Solihin Bin Ahmad Bakary
Penolong Setiausaha
Setiausaha Kejohanan
Pn. Norshazana Binti Zakaria
Bendahari
Pembantu Tadbir Kewangan
En. Jalaluddin Bin Abdullah (PTPS 1)
Pengerusi Teknik Kejohanan
En. Mohd Syamim Bin Arifin (PTPS 2)
7.0 JAWATANKUASA TEKNIKAL KEJOHANAN RAGBI RIMAU MSSD PERAK
TENGAH 2023

En. Jalaluddin Bin Abdullah (PTPS 1)


Kepengadilan dan Teknikal
En. Mohd Syamim Bin Arifin (PTPS 2)
Tn. Hj. Ibrahim Bin Hj. Mokhtar
Peralatan dan Padang Permainan
En. Mohd Hanif Bin Baharin
Rekod dan Statistik En. Mohd Hasril Bin Abu Hassan Ashaari

8.0 JAWATANKUASA KERJA KEJOHANAN RAGBI RIMAU MSSD PERAK TENGAH


2023

Siaraya & Fotografi


Buku Program / Brosur
En. Shahrin Bin Abdul Rahim
Pn. Fatin Zafirah Binti Abu Bakar
En. Muhamad Syafiq Bin Rozali
Pengacara Majlis Hadiah
En. Maizatu Akman Bin Ishak Pn. Samaniar Binti Faudzi
Pendaftaran Jamuan dan Minuman
En. Mohd Faizul Bin Hamzah Pn. Rafidah Binti Sahruddin
Khemah
En. Mohd Hanif Bin Baharin
Tn. Hj. Ibrahim Bin Hj. Mokhtar

9.0 FORMAT DAN JADUAL PERTANDINGAN

Format pertandingan adalah seperti yang terkandung dalam lampiran 1.

10.0 BAYARAN PENYERTAAN

10.1 Bayaran penyertaan kejohanan Ragbi 12 tahun MSSD Perak Tengah 2023 dicadangkan
sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) bagi setiap pasukan.
10.2 Bayaran boleh dibuat dengan menggunakan sumber wang Bantuan Sukan Sekolah (BSS),
PIBG atau lain-lain sumber kewangan.
10.3 Bayaran boleh dijelaskan secara tunai ataupun cek menerusi butiran di bawah sebelum 9
Jun 2023.

Nama Guru Besar : Guru Besar SK Dato’ Sagor


Sekolah : SK Dato’ Sagor
Bank : Bank Islam
No. Akaun : 08031010015642
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Pendapatan Amaun Bil Perbelanjaan Amaun


1 Pendaftaran pasukan Rm 1400 1 Saguhati Pengadil Rm 200
2 Sumbangan lain 2 Medal (Rm 6.00 x 105org) Rm 630
3 Sijil (90 keping) -
4 Banner Rm 50
5 Minuman pemain Rm 100
6 Ais Rm 30
7 Pengurusan Padang Rm 100
8 Urusetia/Statistik/PA Sistem Rm 50
9 Ubatan Rm 100
10 Runcit Rm 140
Jumlah Rm 1400 Jumlah Rm 1400

12.0 PENUTUP

Program yang terancang seperti ini dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada semua penggerak
permainan ragbi. Semangat sayangkan sekolah, zon, negeri dan negara serta rasa tanggungjawab
dapat disemai di kalangan mereka yang terlibat. Selain daripada itu, semangat setiakawan dan
toleransi akan dapat dipupuk. Dengan adanya kerjasama dan komitmen yang tinggi di kalangan
penggerak permainan ragbi, program seumpamanya juga dapat dilaksanakan dengan cukup
berkesan. Adalah diharapkan cadangan ini dapat berjalan dengan lancar demi merealisasikan
matlamat kita iaitu untuk melahirkan pemain-pemain yang berkualiti tinggi untuk mewakili
sekolah, daerah, negeri dan negara amnya.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh


Disahkan Oleh,

................................................ ................................................
................................................
Setiausaha Kejohanan Penolong Kanan
Guru Besar
Ragbi Rimau MSSD Kokurikulum
SK Dato’ Sagor
Perak Tengah SK Dato’ Sagor
LAMPIRAN 1 – FORMAT DAN JADUAL PERTANDINGAN

KEJOHANAN RAGBI RIMAU (B12) MSSD PERAK TENGAH 2023

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Kejohanan ini akan dimainkan menurut Undang-Undang Permainan Ragbi Union Lembaga Ragbi
Antarabangsa (IRB), variasi Bawah 19 Tahun terkini yang diterima pakai oleh Kesatuan Ragbi Malaysia
dan Undang-Undang Permainan Ragbi Bawah 12 Tahun MSSM.

2. KELAYAKAN PEMAIN
2.1. Peserta-peserta yang dilahirkan pada 1 Januari tahun Pertandingan dan ke bawah sahaja yang boleh
didaftarkan untuk kejohanan ini. (Umur 12 tahun dan ke bawah pada 1 Januari tahun yang
berkenaan).
2.2. Semua peserta mestilah pelajar-pelajar yang didaftarkan dalam Jadual Kedatangan Sekolah
(bonafide) yang bergabung dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak.
2.3. Hanya Salinan Kad Pengenalan atau Surat Beranak yang telah disahkan diterima pakai sebagai
bukti umur. Pengurus Pasukan hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan/ Surat Beranak jika
diminta oleh pihak pengelola pertandingan pada bila-bila masa. Seseorang peserta yang hilang kad
pengenalan mestilah mempunyai surat pengesahan dengan gambar dari Pihak Pendaftaran Negara
(Borang JPN 1/11).

3. BILANGAN PEMAIN
Setiap pasukan boleh mendaftar 12 orang pemain termasuk simpanan dan 3 orang pegawai.

4. PENDAFTARAN PEMAIN
Pengurus pasukan hendaklah mendaftarkan senarai pemain lengkap menggunakan Borang R01 dan R02
bersama-sama salinan kad pengenalan atau salinan surat beranak yang telah disahkan semasa mesyuarat
Pengurus Pasukan. Sebarang tambahan atau pertukaran tidak diterima selepas pendaftaran.

5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Pusingan Pertama
5.1.1 Pasukan-pasukan dibahagikan kepada DUA kumpulan A, dan B. Pertandingan akan dijalankan
secara liga.
5.1.2 Johan dan Naib Johan dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti
berikut :
Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam liga kumpulan tersebut dengan cabutan undian.
5.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik
berikutnya hendaklah dipertimbangkan.
5.2 Pusingan Kedua
5.2.1 Pemenang 1 dan Pemenang 2 setiap kumpulan akan bertanding di pusingan separuh akhir Cup /
Plate
5.2.2 Pasukan yang mendapat kedudukan ketiga dan keempat dalam kumpulan akan ditempatkan
dalam satu liga kumpulan secara undian semula untuk kategori Bowl, Shield dan Spoon.
6. KEDUDUKAN DALAM LIGA
6.1. Untuk pertandingan sistem liga, mata berikut akan diberikan:
Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
6.2. Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang kumpulan akan
ditentukan mengikut sistem berikut:
6.2.1. Pasukan yang mendapat lebih perbezaan skor jaringan dikira pemenang;
6.2.2. Jika masih seri, pasukan yang mendapat 'skor' yang terbanyak dikira pemenang;
6.2.3. jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah ‘super try’ (7 mata) terbanyak dikira
pemenang;
6.2.4. Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah ‘try’ terbanyak dikira menang;
6.2.5. Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira pemenang;
6.2.6. Jika masih seri juga, lambungan syiling tiga kali akan dijalankan.

7. MASA PERLAWANAN
7.1. Masa untuk sesuatu perlawanan dalam pusingan pertama, peringkat separuh akhir dan peringkat
akhir ialah tujuh minit – 2 minit rehat – tujuh minit ( 7 – 2 – 7). Manakala bagi liga kumpulan dalam
pusingan kedua ialah sepuluh minit (10 minit) sehala.
7.2. Jika sesuatu perlawanan terpaksa dihentikan kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan dan
perlawanan itu telahpun dijalankan melebihi 14 minit, maka keputusan pada masa perlawanan itu
diberhentikan akan diambil kira.
7.3. Dalam semua perlawanan suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir dan menentukan tempat
Ketiga dan Keempat, jika berlaku seri selepas tamat sesuatu perlawanan, masa tambahan 5 minit
sehala akan dijalankan.
7.4. Jika masih seri, pasukan yang mendapat ‘try’ dahulu pada masa tambahan dikira pemenang.
7.5. Jika masih seri juga, lambungan syiling tiga kali akan dijalankan.

8. PERTUKARAN PEMAIN
Pertukaran pemain dijalankan secara 'rolling subtitution'.

9. ARAHAN KELUAR PADANG

9.1. Pemain atau pemain-pemain yang dihantar keluar padang oleh pengadil “Sin Bin” (kad kuning) akan
berada di luar padang selama 2 minit.
9.2. Pemain atau pemain-pemain yang dihantar keluar padang oleh pengadil (kad merah) tidak
dibenarkan bermain dalam perlawanan berikutnya. Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin/ Juri
Rayuan akan memutuskan tindakan yang akan dikenakan seterusnya.
10. MASA MELAPOR
10.1 Semua pasukan mestilah bersedia 5 minit sebelum masa perlawanan.
10.2 Semua Pengurus Pasukan mesti menghantar senarai pemain 10 minit sebelum masa perlawanan
kepada Pegawai Pertandingan.
10.3 Setiap pasukan mestilah mengandungi sekurang-kurang 5 pemain untuk memulakan perlawanan.
Jika tidak, kemenangan percuma akan diberikan kepada lawannya dengan skor 28 – 0.
10.4 Jika satu pasukan tidak melaporkan diri kepada pengadil 5 minit selepas masa yang ditentukan maka
perlawanan tersebut akan dibatalkan/ kemenangan percuma (walk over) akan diberikan kepada
pasukan yang melaporkan diri dengan mata kemenangan 28-0.

11. BANTAHAN
11.1 Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengelola Pertandingan atau
wakilnya dalam masa 30 (tiga puluh) minit selepas tamatnya perlawanan berkenaan.
11.2 Bermain di bawah bantahan adalah dibenarkan. Jika bantahan berjaya keputusan kemenangan ialah
28 - 0 diberikan kepada pihak yang membuat bantahan.
11.3 Setiap bantahan mestilah disertakan dengan wang tunai sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia:Dua
Ratus Sahaja) dan wang itu tidak akan dikembalikan jika bantahan tidak diterima.

12. JURI RAYUAN


Semua bantahan / rayuan akan diputuskan oleh Juri Rayuan yang terdiri daripada Pengerusi Pengelola atau
wakilnya sebagai Pengerusi, Penyelaras Sukan Ragbi MSSD, Tiga (3) orang Pengurus Pasukan yang
berdaftar dan tidak terlibat dalam Jawatankuasa Bantahan, Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Kejohanan -
Ex-Officio.

13. PENGADIL-PENGADIL
Hanya pengadil yang bertauliah atau berpengalaman yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran
akan dilantik untuk bertugas sebagai pengadil. Sekiranya pengadil luar masih juga diperlukan, maka
kebenaran bertulis daripada Urusetia MSSPk hendaklah dipohon.

14. PENALTI
Jawatankuasa pengelola berhak mengenakan penalti kepada pasukan yang melanggar peraturan-peraturan
yang boleh disabitkan.

15. PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN


Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak mentafsir segala perkara yang tidak disiarkan dalam undang-
undang dan peraturan-peraturan kejohanan ini dan keputusannya.
PEMBAHAGIAN KUMPULAN
KUMPULAN A KUMPULAN B
A1. B1.
A2. B2.
A3. B3.
A4. B4.
JADUAL SKOR DAN MATA
A1 A2 A3 SKOR KENA MATA KED.
A1
A2
A3

JADUAL SKOR DAN MATA


B1 B2 B3 SKOR KENA MATA KED.
B1
B2
B3

JADUAL PERLAWANAN
NO PERINGKAT MASA PASUKAN SKOR
1 Kump. A 0820-0840 A1 vs A2
2 Kump. B 0840-0900 B1 vs B2
3 Kump. A 0900-0920 A2 vs A3
4 Kump. B 0920-0940 B2 vs B3
5 Kump. A 0940-1000 A3 vs A1
6 Kump. B 1000-1020 B3 vs B1
7 ½ Akhir Cup 1030-1050 Johan A vs Naib Johan B
8 ½ Akhir Cup 1050-1110 Johan B vs Naib Johan A
9 Akhir Plate 1110-1130 Ketiga A vs Ketiga B
10 3 & 4 Cup 1130-1150 Kalah 7 vs Kalah 8
11 Akhir Cup 1150-1210 Menang 7 vs Menang 8

Anda mungkin juga menyukai