Anda di halaman 1dari 8

Majlis

Apresiasi Kecemerlangan
Pegawai Teknikal
Kokurikulum dan Sukan
Pejabat Pendidikan
Daerah Kinta Utara 2022

Kertas Kerja

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA


30450 IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN.
KERTAS CADANGAN
MAJLIS APRISIASI KECEMERLANGAN
PEGAWAI TEKNIKAL
KOKURIKULUM DAN SUKAN
TAHUN 2022
Anjuran:
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID, PPD KINTA UTARA

____________________________________________________________________________________

1.0 PENGENALAN
Sesungguhnya, kejayaan sesuatu program atau aktiviti banyak bergantung
kepada jentera penggerak tenaga kerja yang bertungkus lumus
memastikan segala persiapan dan latihan dijalankan dengan teratur dan
sistematik. Bagi pihak Unit Pembangunan Bakat Murid, PPD Kinta Utara
(UPBM), kejayaan demi kejayaan yang ditempa pada tahun 2022 adalah
hasil usaha tenaga kerja yang terdiri daripada guru-guru yang dilantik
sebagai pegawai-pegawai teknikal (PT) dalam bidang Koakademik
Bahasa, STEM, Badan Beruniform dan Sukan. Selain itu, kejayaan
pengurusan UPBM juga di dokong penuh oleh tenaga sokongan daripada
Pegawai Data dan pengerusi Zon SM dan Kelompok SR Daerah Kinta Utara.
Majlis Aprisiasi Kecemerlangan Pegawai Teknikal Kokurikulum dan
Sukan ini diadakan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan
kepada guru-guru terlibat atas usaha dan kerjasama baik yang diberikan
sepanjang tahun 2022. Kecemerlangan dan kejayaan demi kejayaan yang
dicapai oleh Unit Pembangunan Bakat Murid, PPD Kinta Utara dalam
pertandingan-pertandingan Koakademik Bahasa, STEM dan Badan
Beruniform dan Sukan di peringkat negeri dan kebangsaan adalah hasil
usaha para guru pegawai Teknikal dan kumpulan sokongan kokurikulum
yang merupakan tonggak utama kepada perjalanan aktiviti atau
pertandingan yang dijalankan.
Justeru itu, majlis ini diadakan bagi memberikan motivasi kepada
guru pegawai teknikal dan kumpulan sokongan kokurikulum yang telah
berusaha sehabis mungkin dalam memberikan yang terbaik di dalam
bidang masing-masing
.
2.0 MATLAMAT
Matlamat majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan dan
pengiktirafan kepada pegawai-pegawai teknikal Kokurikulum dan Sukan
serta kumpulan pegawai sokongan kokurikulum atas jasa dan usaha mereka
sepanjang tahun 2022.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi penghargaan kepada para pegawai teknikal dan tenaga
sokongan pengurusan kokurikulum yang menunjukkan prestasi yang
cemerlang dalam bidang masing-masing.
3.2 Memupuk motivasi para pegawai teknikal agar berazam ingin maju,
berkeinginan, beriltizam tinggi serta bersaing secara sihat menuju
kejayaan yang lebih besar pada tahun 2023.
3.3 Membina budaya persaudaraan di kalangan para pegawai teknikal yang
cemerlang dan positif.
3.4 Membina dan memupuk semangat kerjasama, berketerampilan dan
muhibah dalam kalangan warga pegawai teknikal di bawah Unit
Pembangunan Bakat Murid, PPD Kinta Utara.

4.0 SASARAN

Pegawai Teknikal Jumlah


Bahasa Melayu SR 8
Bahasa Melayu SM 12
Bahasa Inggeris SR 7
Bahasa Inggeris SM 9
STEM SR 10
STEM SM 7
Kesenian SM SR 9
Unit Beruniform NGO 10
Unit Beruniform GO 6
Unit Beruniform & KRS TKRS 2
Unit Beruniform Pertahanan Diri 2
Unit Beruniform Pancaragam 1
Pegawai Teknikal Data Kokurikulum 12
Pegawai PTPS Sukan 40
Pegawai Khas Jumlah
PK Kokurikulum Ketua Zon & Kelompok Dan 20
Penyelaras Hadiah Daerah
Jemputan Jumlah
Tetamu Jemputan PPD 5
Tetamu Jemputan JPN Kokurikulum 5
Tetamu Jemputan JPN Sukan 5
Jumlah 170 orang

5.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 19 Januari 2023


Hari : Khamis
Masa : 2.00 petang
Tempat : MH Hotel, Ipoh

6.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : En Mohamad Hazawawi bin Yusof


Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara

Pengerusi : En Zaherien bin Rahmat


Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid

Setiausaha : En Mohd Roslan bin Mohd Nor


Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid

Bendahari 1 : Pn Siti Nazirah bt M. Nadzri


Pembantu Tadbir

Bendahari 2 : Pn Dharmini a/p Lourderss Mohanadass


Pegawai Teknikal Koa. B. Inggeris SM

Penyelaras : En Ezaim Shah bin Esa


Pegawai Teknikal Koa. B. Inggeris SM

Penolong Penyelaras : Pn Morgiana binti Hamzah


Pegawai Teknikal Koa. B. Inggeris SR

Ex-Officio : Pegawai-pegawai
Sektor Pembangunan Murid, PPD KU

Jawatankuasa : Pegawai Teknikal Koa. B. Inggeris SM


Pegawai Teknikal Koa. B. Inggeris SR
Ketua Zon & Ketua Kelompok
Ketua Pegawai Teknikal Bidang UPBM
7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

RUJUK LAMPIRAN 2

8.0 PERASMI
TN MOHAMAD HAZAWAWI BIN YUSOF
Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara

9.0 ATUR CARA MAJLIS

2.00 petang : Ketibaan Para Jemputan & Penerima Anugerah


2.30 petang : Ucapan aluan pengerusi majlis
Bacaan Doa
Tayangan Video Montaj
Ucapan Perasmi
Penyampaian Hadiah & Anugerah
Jamuan makan
Cabutan Bertuah
Persembahan selingan
5.00 petang : Majlis bersurai

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


RUJUK LAMPIRAN 1

10.0 PENUTUP

Diharapkan majlis yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar


dan jayanya. Semoga segala usaha murni ini dapat memberi manfaat
kepada semua dan mendapat sokongan daripada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

……………………….. …………………………
(EZAIM SHAH BIN ESA) (MOHD ROSLAN BIN MOHD NOR)
Penyelaras Program Penolong PPD Pemb. Bakat Murid
PPD Kinta Utara
LAMPIRAN 1

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERBELANJAAN KOS SUMBER


PERBELANJAAN
1 SEWAAN DEWAN & JAMUAN RM10 200.00 KUTIPAN BAYARAN
170 PEK X RM60.00 & SUMBANGAN
PENAJAAN
2 HADIAH DAN ANUGERAH RM1600.00 SUMBANGAN
40 PLAK KRISTAL X RM40 PENAJAAN
10 HAMPER X RM40

3 CABUTAN BERTUAH BARANGAN SUMBANGAN


100 ITEM BARANGAN/PAKEJ PENAJAAN

4 DOOR GIFT RM2550.00 SUMBANGAN


170 X RM15.00 PENAJAAN

5 PERSEMBAHAN RM375.00 SUMBANGAN


RM75 X 5 ORANG AHLI BAND PENAJAAN

6 HIASAN PENTAS & FOTOBOOTH RM300.00 SUMBANGAN


PENAJAAN
7 BANTING RM180.00 SUMBANGAN
RM30 X 6 BANTING PENAJAAN

8 PENGURUSAN & CETAKAN RM 200.00 SUMBANGAN


PENAJAAN
JUMLAH PERBELANJAAN RM15405.00

Anda mungkin juga menyukai