Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN LEKIR

32020 SITIAWAN PERAK


ABA1017

KERTAS KERJA
PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG
SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PPKI
2021

DISEDIAKAN OLEH:

SETIAUSAHA
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SK LEKIR
2021

NAMA PROGRAM :
PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG (SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PPKI)
TUJUAN DAN MATLAMAT
Sambutan meraikan hari lahir murid-murid SK Lekir merupakan satu program yang terkandung dalam
Amalan Guru Penyayang. Program ini adalah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
memupuk budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah. Memandangkan negara masih berada dalam
era pandemik, program ini akan disambut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sambutan hari
lahir ini akan melibatkan semua murid PPKI. Semoga program sebegini dapat mengeratkan hubungan
sesama murid PPKI dan guru-guru SK Lekir.

RASIONAL PROGRAM

Program ini diharap dapat menghidupkan budaya saling menghargai sesama warga sekolah

OBJEKTIF PROGRAM
1. Menghargai serta menjaga kebajikan setiap warga SK Lekir
2. Memenuhi agenda program Amalan Guru Penyayang
3. Mengeratkan hubungan murid PPKI dengan guru
4. Menimbulkan perasaan dihargai dalam diri murid
5. Memberi peluang kepada semua murid merasai pengalaman menyambut hari ulang tahun

TARIKH
19 November 2021

SUMBER TENAGA
Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Lekir
Guru PPKI

SASARAN
27 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Lekir

TEMPAT
Bilik Darjah PPKI Sekolah Kebangsaan Lekir

JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat : Encik Azman bin Abdul Wahid (Guru Besar)
Pengerusi 1: Puan Nor Asikin binti Ramli (PK Hal Ehwal Murid)
Pengerusi 2: Puan Roshanini binti Azali (PK Pendidikan Khas)
Pengerusi 3: Encik Abdul Hamid bin Abdul Manap (PK Kurikulum)
Pengerusi 4: Encik Saaidin bin Mahmud (PK Kokurikulum)
Setiausaha : Puan Nuurul Ezzah binti Mohd Sobli

Ahli Jawatankuasa
Puan Azira binti Salleh
Puan Jafini binti Abu Bakar
Encik Marzihan bin Mohd Ali
Puan Noorain binti Ghazali
Puan Nooratika binti Maskar
Puan Zakiah binti Ahmad

SUMBER KEWANGAN
Wang PCG Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Kebangsaan Lekir
PELAKSANAAN

Tarikh : 19 November 2021 (Jumaat)


Masa : 8.30 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Bilik darjah PPKI

Tentatif program:
8.30 pagi – 11 pagi :
 Bacaan doa
 Ucapan dan perasmian Program Sambutan Hari Lahir oleh
Guru Besar & Penolong Kanan Pendidikan Khas
 Nyanyian lagu hari jadi
 Penyampaian hadiah kepaa murid PPKI
 Sesi memotong kek hari jadi
 Penutup

KOS

MAKLUMAT ANGGARAN KOS DAN BAHAN KEPERLUAN UNTUK


MELAKSANAKAN PROGRAM

PERKARA PERUNIT BILANGA JUMLAH


N
Hadiah sambutan hari lahir

1. Set Alat Tulis RM6.00 27 RM162.00

JUMLAH RM162.00

PENUTUP
Adalah menjadi harapan program ini akan dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat serta
melahirkan insan yang lebih berkeprihatinan dan mengamalkan amalan baik

MAKLUMAT PENGESAHAN

DISEDIAKAN OLEH :
Nuurul Ezzah binti Mohd Sobli
Setiausaha Unit Bimbingan & Kaunseling
SK Lekir 2021
(TANDA TANGAN DAN COP
JAWATAN)
TARIKH :

A. MAKLUMAT KELULUSAN UNTUK DILENGKAPKAN OLEH GURU BESAR**

: Diluluskan

: Tidak diluluskan

(TANDA TANGAN DAN COP Ulasan Pegawai


JAWATAN) (Jika ada pindaan / tidak diluluskan)
TARIKH :

*potong yang tidak berkenaan


**tandakan (/) di ruangan yang berkenaan

Anda mungkin juga menyukai