Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH (2020)


SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA

1.0 PENGENALAN

Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian


Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani
permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis, dalam kawasan
sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

2.0 OBJEKTIF

Di akhir program ini, peserta-peserta akan dapat


2.1 Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak
sekolah dan pihak PPS.

2.2 Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam
kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak
bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.

2.3 Melancarkan Buku Panduan PPS untuk digunapakai oleh sekolah dan PDRM.

3.0 KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)

3.1 Kehadiran PPS melalui program JOM KE SEKOLAH pada awal tahun persekolahan
ini diharapkan akan dapat menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid
yang lebih positif.

4.0KUMPULAN SASARAN

Warga SK Pokok Sena (720 murid) dan 52 guru.

1
5.0 STRATEGI PELAKSANAAN
5.1 Perbincangan dengan Guru Besar.
-penetapan tarikh, tempat dan aktiviti program

5.2 Menyediakan kertas cadangan.

5.3 Menyediakan AJK bertugas serta bidang tugas masing-masing.

5.4 Mengadakan mesyuarat dan taklimat.

5.5 Pelaksanaan program

5.6 Penilaian program

6.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Majlis permuafakatan KPM dan PDRM / Pelancaran Jom Ke Sekolah tahun (2020)
akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

6.1 Tarikh : 17 Februari 2020

6.2 Hari : Isnin

6.3 Masa : 07.00 pagi hingga 09.00 pagi

6.4 Tempat : Dewan SKPS / Tapak Perhimpunan

7.0 ATUR CARA PROGRAM


MASA PERKARA
6.45 pagi  Ketibaan Pegawai Perhubungan Sekolah
 Ketibaan Guru Besar
7.00 pagi  Meraikan kehadiran murid

7.30 pagi  Perhimpunan murid, guru, PIBG dan PDRM


 Nyanyian lagu
 Negaraku
 Malaysia Bersih
 Negeri
 Sekolah
 Bacaan Doa
 Ucapan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)

2
 Ucapan Guru Besar
 Perasmian Majlis permuafakatan KPM dan PDRM:
Program Jom Ke Sekolah 2020 dan Pelancaran Buku
Panduan PPS

9.00 pagi  PdP Seperti biasa di kelas masing-masing.

8.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO

8.1. RISIKO

RISIKO PENYELESAIAN
Tempat program yang dirancang hujan dan Meneruskan program di dewan SKPS.
basah.
Semasa majlis perasmian, PPS yang Majlis akan diteruskan dengan tugas Guru
dijemput tidak dapat hadir kerana ada Besar / PK HEM dalam merasmikan majlis
urusan lain yang tidak dapat dielakkan. pelancaran Jom Ke Sekolah.

8.2. KEKUATAN

8.2.1 Sumber kewangan dari peruntukan PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Pokok
Sena.
8.2.2 Kemudahan pasarana yang ada dan lengkap di SK Pokok Sena.
8.2.3 Kerjasama dari pihak pentadbir dan guru untuk melaksanakan program tersebut.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Sumber Kewangan Jumlah (RM)

1 Dari Sumber PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling RM 50.00

3
JUMLAH BESAR RM 50.00

Bil Perbelanjaan Jumlah (RM)

1 Streamer Pelancaran Jom Ke Sekolah RM 22.00

2. Belon Pelancaran RM 28.00

JUMLAH BESAR RM 50.00

10.0 JAWATANKUASA INDUK

Penaung Abdul Roni Bin Mustafa


Guru Besar, SK Pokok Sena

Syahril Azri Bin Yahya


Penasihat
(Penolong Kanan Pentadbiran)

Pengerusi Emiliza Bt Othman


(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Setiausaha Rosmawati Bt Abdul Ghani


(Guru Bimbingan dan Kaunseling)

Bendahari Salmah Bt Nor


(Kerani Kewangan SK Pokok Sena )

11.0 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Abdul Roni Bin Mustafa (Guru Besar)


Naib Pengerusi : Emiliza Bt Othman (PK HEM)
Setiausaha : Rosmawati Bt Abdul Ghani (Guru Bimbingan dan
Kaunseling)
Bendahari : Salmah Bt Nor
(Kerani Kewangan SK Pokok Sena )

4
Persiapan Tempat : Noorani Bt Mohd Husain
Warda Hayati Bt Ghazali
Pengawas Sekolah, PSS dan PRS

Pengacara Majlis : Siti Ruzaidah Bt Othman

Cenderahati : Azian Bt Ismail

Buku Program :Eka Rusmawaty Bt Sujak

AJK Dokumentasi :Rosmawati Bt Abdul Ghani


Juru Gambar / Persembahan Murid: Siti Basrah Bt Omar
Bacaan Doa : Mohd Poazi Bin Che Nor
Siaraya dan Lagu :Ku Norazman Bin Ku Mohd Yusof
Aluan Kehadiran Murid : Noorshimah Bt Abd Kadir
Mohd Shoberi Bin Morad
Ucapan Perutusan :KPM – Guru Besar
Ketua Polis Negara – PPS
Ketua Pengarah AADK – Anuar Bin Md Din

12.0 PENUTUP

Kehadiran pihak polis pada awal musim persekolahan akan dapat meningkatkan
kerjasama antara pihak sekolah dengan PPS. Secara tidak langsung akan dapat
mempertingkatkan usaha ke arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif
serta dapat meningkatkan kemenjadian murid. Diharapkan Program Jom Ke Sekolah
2020 peringkat Sekolah Kebangsaan Pokok Sena ini dapat berjalan lancar sebagaimana
yang telah dirancang hasil kerjasama semua pihak.

Disediakan oleh:

(ROSMAWATI BT ABDUL GHANI)


Setiausaha
Program Jom Ke Sekolah

5
Disemak oleh:

(EMILIZA BT OTHMAN)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Pokok Sena

Ulasan :

……………………………………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………………………………

Diluluskan oleh:

(ABDUL RONI BIN MUSTAFA)


Guru Besar
SK Pokok Sena

Anda mungkin juga menyukai