Anda di halaman 1dari 8

MAJLIS PERSARAAN PUAN HAMIDAH BT ABU HASAN

10.08.2023 (KHAMIS)

CUE ANN.

 
 Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan, PUAN HAMIDAH BT
KETIBAAN
ABU HASAN diiringi Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah dan
YANG
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh.
DIRAIKAN

  Bismillahirahmanirahim..
SALUTASI
  Assalamualaikum W.B.T.

Salam Malaysia Madani, Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat


Bahagia, Menggamit Dunia. Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana
Jebat.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
 

Yang Berusaha,
Encik Cheku Abdul Razak Bin Cheku Ali,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh
 
Yang Dihormati,
Tuan Haji Mohd Izwan bin Othman,
Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah merangkap Yang
Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh

Yang Diraikan,
Puan Hamidah bt Abu Hasan
Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah Anggerik Sekolah
Kebangsaan Sungai Buloh
Yang Dikasihi,
Puan Aslinda bt Md Ali Zana
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Puan Nurul Shatirah bt Zainol Abidin


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Encik Roshaizan bin Md Nor


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Ahli – ahli keluarga Puan Hamidah, para guru dan staf sokongan
sekolah, murid – murid serta hadirin sekalian.

Selamat datang ke Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih


sempena persaraan Puan Hamidah bt Abu Hasan.

Untuk pengetahuan semua, persembahan seni silat gayung


Malaysia itu tadi telah disempurnakan oleh pasukan silat
sekolah.

KATA-KATA Hadirin yang dikasihi,


ALUAN  
PENGACARA Pakat bersama menunggang kuda,
                        Biarpun seketika masanya cuma;
Sisihkan sengketa kiranya ada,
                  Bertemu berpisah  perencanaan-Nya.
 
Anak Cina main gelombang,
                Terlihat jauh di Tanjung Jati,
Puan umpama bunga yang kembang,
                Sentiasa hidup di dalam hati.
 
Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan
pasti mengundang perpisahan. Hadirin, kita berkumpul pada
hari ini adalah untuk meraikan PUAN HAMIDAH BT ABU HASAN
atau lebih mesra disapa sebagai Ummi Hamidah yang bakal
meninggalkan jejak kenangan serta taburan budi yang tidak
terkira di sekolah ini.
 Buat pengetahuan semua, tarikh sebenar persaraan yang diraikan
adalah pada 13 Ogos nanti dan kebetulan pada tarikh itu merupakan
hari Ahad, justeru majlis persaraan ini diawalkan dari tarikh yang
sepatutnya.

Diharapkan sentuhan majlis pada hari ini dapat dijadikan


kenangan di dalam lipatan sejarah kita semua.

Seterusnya dijemput semua tetamu dan hadirin sekalian untuk


berdiri kerana kita akan menyanyikan dua buah lagu rasmi
sekolah iaitu lagu Negaraku dan Lagu Negeri Melaka.
NYANYIAN
Dipersilakan.
NEGARAKU

-Terima kasih di atas nyanyian lagu itu tadi. Hadirin dipersilakan


duduk.

Hadirin yang dihormati,


 
Kalau pergi Tanjung Keramat,
              Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
              Moga majlis mendapat berkat.
 
BACAAN DOA Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan, Al-
  Fadhil Ustaz Mohd Nizam bin Md Zin untuk memimpin bacaan
doa.
Majlis mempersilakan.
 
–       Amin, amin ya Rabbal A’lamin. Majlis merakamkan ucapan
terima kasih.

TAYANGAN Hadirin sekalian,


MONTAJ
Seterusnya bagi mengimbau kenangan nostalgia menggamit
jiwa dan kenangan, ayuh sama- sama kita saksikan montaj dan
persembahan multimedia yang telah disediakan. Dipersilakan.
-Terima kasih di atas tayangan multimedia itu tadi. Demikianlah
tadi sedikit sebanyak kenangan dan memori yang sempat
dirakam oleh lensa kamera di sepanjang lebih kurang 16 tahun
Ummi Hamidah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Sungai
Buloh ini. Semoga ini menjadi antara memori terindah untuk
dikenang.

 Hadirin yang dikasihi,


 
Jangan tertawan alpa duniawi,
              Hanya indah serupa mimpi,
Duhai tuan kesatria dirai,
          Hulurkan madah kata bersakti.
   
UCAPAN YANG Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan
DIRAIKAN Yang Diraikan, Puan Hamidah bt Abu Hasan untuk
menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
 
–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian
Puan Hamidah menyampaikan ucapan sebentar tadi.
 

  Para hadirin sekalian,  


UCAPAN GURU  
BESAR Pergi ke kota beli selasih,
  Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Pihak majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan


mempersilakan, Yang berusaha Encik Cheku Abdul Razak bin
Cheku Ali, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh untuk
tampil menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.
 
–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian
tuan guru besar menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Para hadirin yang dikasihi,

Duduk sekawan si burung unta,


Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.
  
UCAPAN PPD
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan,
ALOR GAJAH
Tuan Haji Mohd Izwan bin Othman, Pegawai Pendidikan Daerah
Alor Gajah untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

 *******************************************************************
– Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
atas kesudian Tuan Haji Mohd Izwan bin Othman
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Sudah teradat si anak lelaki,


Mati berjuang, berundur jangan,
Bukan memberi kata dan puji,
Hanya budi dalam ingatan,

Majlis seterusnya mempersilakan Puan Hamidah bt Abu Hasan


untuk memotong pulut kuning dan kek. Dijemput juga semua
ahli keluarga ke pentas untuk bersama menyempurnakan
POTONG PULUT upacara ini.  
& KEK
Dijemput juga semua tetamu dan hadirin sekalian untuk berdiri
untuk menyanyikan lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’

Terima kasih hadirin dipersilakan duduk.


********************************************************************
-Terima kasih diucapkan kepada Puan Hamidah dan seisi
keluarga di atas penyempurnaan upacara pemotongan pulut
kuning dan kek itu tadi.

PERSEMBAHAN Meneruskan lagi aturcara majlis pada pagi ini, marilah sama-
sama kita saksikan persembahan istimewa dari murid Prasekolah
Anggerik. Dipersilakan.
********************************************************************
PRASEKOLAH Begitulah tadi persembahan istimewa dari murid prasekolah
khas kepada ummi mereka. Semoga persembahan comel dan
keletah mereka ini akan sentiasa bermain- main di mata dan
minda Ummi Hamidah.

Para tetamu yang dihormati,


 
Atur cara majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan
mempersilakan, Encik Mohd Izwan bin Othman, Pegawai
Pendidikan Daerah Alor Gajah untuk menyampaikan watikah
persaraan. Majlis mempersilakan.
PENYAMPAIAN  
WATIKAH Majlis menjemput dengan penuh takzimnya Yang diraikan, Puan
PERSARAAN Hamidah bt Abu Hasan untuk menerima watikah persaraan
OLEH PPDAG daripada Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah.
Dipersilakan.
 
********************************************************************
–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji
Mohd Izwan bin Othman di atas penyampaian watikah
persaraan itu tadi.

PENYAMPAIAN Majlis kini diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata


CENDERAMATA tanda kenang- kenangan dari warga SKSB.

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan Puan Aslinda bt Md Ali Zana untuk mengiringi
Yang Diraikan Puan Hamidah bt Abu Hasan untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada


para pentadbir dan warga pejabat. Dijemput Tuan Guru Besar,
semua pentadbir, Puan Rosedah dan Puan Norehan.
Seterusnya, dijemput Tuan Haji Mohd Izwan Bin Othman selaku
Yang Dipertua PIBG.

Seterusnya dijemput En. Mohd Mahzuz Bin Abd Samad,


Pengerusi Kelab Guru dan Staf.

Seterusnya ialah cenderamata dari kelas – kelas. Dijemput wakil


8murid Prasekolah Anggerik bersama guru kelas, seterusnya 1
Melur, 2 Mawar, 3 Seroja, 4 Cempaka, 5 Kesidang Dan 6
Kenanga.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata dari


individu. Dipersilakan Puan

Refer text
Puan Normazati bt Yazid

********************************************************************

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan


Puan Hamidah bt Abu Hasan atas kesudian menerima
cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima
kasih di atas kesudian Puan Aslinda bt Md Ali Zana mengiringi
Yang Diraikan.

Seterusnya, marilah kita saksikan sebuah persembahan nyanyian


yang akan disampaikan oleh murid – murid SKSB. Dipersilakan.
PERSEMBAHAN
MURID *******************************************************************

Terima kasih diucapkan di atas persembahan itu tadi.

NYANYIAN Sebagai penutup aturcara pada hari ini, dijemput semua hadirin
LAGU untuk berdiri dan bersama – sama menyanyikan lagu Pelangi
PERPISAHAN Petang.

********************************************************************
Terima kasih diucapkan kepada para hadirin di atas nyanyian
sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Hadirin yang dihormati,


 
Menggamit rindu datang ke mari,
              Waktu bersama duka gembira,
Kenangan lalu memahat memori,
              Taburan budi kilauan kejora.
 
Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa untuk
menggambarkan beratnya hati melepaskan pergi. Namun, yang
tersirat telah pun tersurat. Kami mendoakan semoga Puan
Hamidah bt Abu Hasan akan sentiasa sihat dan menikmati hari-
hari bahagia bersama keluarga tercinta.
PENUTUP  
Selamat bersara Ummi. Segala kenangan akan terpahat menjadi
memori sepanjang zaman.
 
Hadirin sekalian, berakhirlan majlis kita pada hari ini. Pihak majlis
merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada
semua yang terlibat dalam menyempurnakan majlis kita pada
hari ini.
 
Wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t.
 
Dijemput semua tetamu untuk tunggu sebentar untuk acara
bergambar.

Anda mungkin juga menyukai