Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN


SK POGOH 2022/2023

TARIKH : Februari 2023


MASA : 8.00 PAGI – 12.30 TENGAHARI
TEMPAT : DEWAN AL FALAH

SEKOLAH KEBANGSAAN POGOH


KAMPONG POGOH 2, 85000, SEGAMAT, JOHOR
1.0 PENGENALAN
Majlis Anugerah Kecemerlangan merupakan program tahunan SK Pogoh. Majlis ini bertujuan
untuk meraikan para pelajar yang menunjukkan peningkatan cemerlang dalam aspek akademik,
sahsiah dan kokurikulum sepanjang sesi persekolahan 2022/2023.

2.0 RASIONAL
2.1 Menjadi perangsang kepada murid-murid supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam
pelajaran.
2.2 Menimbulkan rasa minat dalam kalangan murid-murid untuk terus cemerlang dan
berjaya dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.
2.3 Menjadi perangsang kepada murid-murid yang diraikan agar terus cemerlang dalam
akademik.

3.0 MATLAMAT
3.1 Melahirkan pelajar yang cemerlang, berkualiti dan berwawasan.
3.2 Mempertingkatkan amalan mencintai ilmu dalam diri murid-murid.
3.3 Melahirkan murid-murid yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam akademik,
sahsiah dan kokurikulum.
3.4 Mempertingkatkan kecemerlangan semua mata pelajaran.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Memupuk semangat daya saing yang positif dalam bidang akademik, sahsiah dan
kokurikulum.
4.2 Memperoleh penghargaan atas daya usaha murid dalam mencapai pencapaian yang
cemerlang.
4.3 Memberi motivasi kepada murid-murid yang lain untuk lebih berusaha dan berdaya
saing.

5.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : FEBRUARI 2023

Hari : Rabu

Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengahari

Tempat : Dewan Al Falah SK Pogoh

Sasaran : orang murid SK Pogoh


TENTATIF

MASA PERKARA
7.45 - 8.00 Ketibaan Ibu Bapa / Penjaga dan dif jemputan
pagi
8.00 – 10.00  Nyanyian
pagi o Lagu Negaraku
o Lagu Bangsa Johor
 Bacaan doa
 Ucapan CIkgu Helmyazizul bin Abdul Hamid, Guru Besar SK
Pogoh
 Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG
 Persembahan 1
 Sidang 1
 Penyampaian sijil-sijil penghargaan khas
(Pengawas, PSS, Ketua dan Penolong Ketua Kelas
dan Pembantu SPBT)
 Kehadiran penuh
 Sidang 2
o Konvokesyen Pra Sekolah
o Anugerah Khas Pra Sekolah
 Persembahan 2
 Sidang 3
o Konvokesyen Pendidikan Khas
o Anugerah Khas Pend. Khas

10.00 – 10.30 REHAT


pagi
10.30 pagi  Sidang 4
– o Anugerah Kecemerlangan Kedudukan Kelas
12.30  Persembahan 3
tengahari  Sidang 5
o Anugerah Mata Pelajaran Terbaik
 Persembahan 4
 Sidang 5
o Anugerah Tokoh
 NILAM
 SAHSIAH TERPUJI
 TOKOH KOKURIKULUM TERBAIK
 TOKOH AKADEMIK TERBAIK

 Penutup-Lagu Sekolah
 Bersurai
6.0 AHLI JAWATANKUASA
Penasihat : Pegawai Pelajaran Daerah Segamat
Pengerusi : Cikgu Helmyazizul bin Abdul Hamid (Guru Besar SK Pogoh)
Naib Pengerusi : Cikgu Suhairi bin Zakaria (PK Kokurikulum)
: Cikgu Zamzuri bin Zainol Abidin (PK Pentadbiran)
: Cikgu Azlinda bte Ahmad (PK HEM)
:
Setiausaha : Cikgu Zalila binti Kasman
Naib Setiausaha : CIkgu Fatin Daratul Ain binti Johari
Bendahari : Puan Norishah binti Ab Majid

JAWATANKUASA KERJA

NAMA GURU TUGAS SPESIFIKASI KERJA

Cikgu Munirah binti Muhammad PENGAMBARAN/ BUKU - Menyiapkan buku program


PROGRAM - Mencetak buku program secukupnya
- Mengedarkan buku program

Cikgu Zamzuri bin Zainol Abidin PENYAMBUT TETAMU - Menyambut kedatangan tetamu
Cikgu Azlinda bte Ahmad - Mengiringi tetamu ke dewan
Cikgu Suhairi bin Zakaria

Cikgu ISTIADAT DAN - Merancang persembahan


Cikgu Rosnaini binti Othman PERSEMBAHAN - Memantau latihan yang dijalankan oleh
Cikgu Halizan binti Abu Samah murid
Cikgu Norhayati bt Jaafar - Menyedia dan melatih murid untuk
persembahan
- Menyediakan rozet untuk dif jemputan

Cikgu Nor Azimah bt Ismail HADIAH - mengira jumlah trofi


Cikgu Zalila binti Kasman Cikgu - menyemak jumlah trofi mengikut
Noraini bint Reboh jumlah
Cikgu Siti Nazirah binti Mustafa penerima
- menyerahkan hadiah kepada dif
semasa majlis

Cikgu Suariani binti Edris SIJIL -Menyediakan sijil untuk penerima


Cikgu Zainora binti Mat Hussin anugerah
-Mendapatkan maklumat lengkap
tentang penerima sijil (nama, kelas dan
anugerah yang diterima) untuk dicetak
pada sijil

Cikgu Mohd NorHakim b Jasmy SISTEM SIARAYA -menyediakan alat siaraya yang
Cikgu Kamarulhiri bin Komeng mencukupi
-memasang LCD sebelum majlis sekiranya
diperlukan
-menyimpan semula alatan selepas majlis
Cikgu Alijah bt Ahmad JAMUAN -menyediakan tempat jamuan
Cikgu Salamah binti Mohamed -menempah makanan mengikut menu
CIkgu Noraini bt Reboh yang ditetapkan
-menghidangkan makanan kepada dif
jemputan
-mengemas tempat jamuan selepas
majlis

Cikgu Fatin Daratul Ain binti JURUACARA -Menyediakan skrip pengacaraan


Johari Mengacarakan majlis sepanjang majlis
berlangsung

Cikgu Noridah binti -membuka dewan dan menyusun kerusi


Mostamam PERSIAPAN DEWAN / -menyediakan sofa untuk dif jemputan
LATAR PENTAS - menutup dan mengemas dewan
selepas majlis
-menghias latar pentas sebelum majlis
-mengemas latar pentas selepas majlis
Cikgu Fatmawati bt Bidin PENGELOLA PENERIMA --menyusun kedudukan murid di dalam
Pn. Norhayati binti Jaafar HADIAH dewan
Pn. Rahijah bt Mohd Arif - menyusun penerima hadiah
Pn. Nooratikah binti Jamail

Pn. Norhayati binti Jaafar -memastikan murid-murid senyap


Pn. Rahijah bt Mohd Arif KAWALAN MURID semasa majlis
Pn. Nooratikah binti Jamail - memastikan penerima hadiah bersedia
semasa nama mereka dipanggil
-mencari wakil murid sekiranya murid
yang terlibat
tidak hadir

-Memastikan dewan dibersihkan


KEBERSIHAN sebelum majlis
bermula(lantai, tingkap dan sawang)dan
selepas majlis tamat

Cikgu Mohd Syapuddin bin Shafiin PEMBACA DOA -mengetuai bacaan doa sebelum majlis
bermula
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Perkara Bilangan Anggaran Perbelanjaan (RM)


1. Jamuan Minum pagi RM 1.50
2. Jamuan Makan tengahari RM3.50
3. Tokoh Murid 4 RM200 RM800
 NILAM
 Sahsiah
 Kokurikulum
 Akademik
4. Anugerah
 Kehadiran
 Matapelajaran
 Kedudukan Kelas
5. Sijil RM250 RM250
JUMLAH RM3000

8.0 SUMBER KEWANGAN


8.1 YAB Puan Saraswati a/p Nallathamby (Ahli Dewan Undangan Negeri Kemelah)

9.0 PENUTUP

Pihak sekolah amat mengharapkan program ini akan dapat dilaksanakan dengan lancar. Segala
kerjasama, komitmen dan sumbangan daripada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung merupakan titik permulaan menuju ke arah kecemerlangan anak-anak didik kita.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………….. ……………………………………..
ZALILA BINTI KASMAN SUHAIRI BIN ZAKARIA
Setiausaha Program Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Pogoh Sekolah Kebangsaan Pogoh

Disahkan oleh,

……………………………………..
HELMYAZIZUL BIN ABDUL HAMID
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pogoh

Anda mungkin juga menyukai