Anda di halaman 1dari 16

This site is hosted by

ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Fungsi dan Keberkesanan Panitia Mata Pelajaran


Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran
Di Dalam Kelas Oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah
Penyediaan Rancangan Harian
Penyediaan Rancangan Tahunan
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

Panitia Mata Pelajaran


Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986
Panitia Mata Pelajaran
Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir
Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, salah satu
perkara yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan
panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolahsekolah yang telah menubuhkan panitia mata pelajaran dan dapat berfungsi
dengan baik dan ada pula sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panitia
mata pelajaran itu berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan
bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak
sekolah, atas dasar atau arahan manakah, panitia mata pelajaran ini perlu
ditubuhkan.

2.

Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk

memberitahu pihak sekolah tentang perlunya penubuhan panitia mata pelajaran,


supaya dengan ini, perhubungan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihakpihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi.
3.

Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah

adalah dikehendaki menubuh atau memperkemaskan panitia mata pelajaran


supaya keberkesanan pengajaran-pengajaran di sekolah dapat ditingkatkan

3.1 Latarbelakang

Kebanyakan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat


mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan
rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar. Guru tidak raguragu lagi mempunyai eranan yang penting dalam menentukan sama ada
matlamat pencapaian akademik pelajar di sekolah tercapai atau tidak.
Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru yang terlibat atau
mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama, menggembelingkan tenaga
mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan / atau tugas-tugas mengajar
sebagai pendidik.

Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu

dan
berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi
kecekepan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru yang mengajar
sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan
usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan
ikhtisas seumpama ini, guru
yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada
masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga
masalah
yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.
3.2 Struktur dan Organisasi

3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang


dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di
sesebuah sekolah.
(Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu
menubuh pelbagai panitia mata pelajaran.)
3.2.3 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru
kanan yang dilantik sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar atau Pengetua
Sekolah
3.2.3 Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara otomatis menjadi
ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran
masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi penghubung

di antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah.


3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam
perjumpaan-perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah
kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar
atau Pengetua atau Penolong Kanannya, sama ada untuk untuk mendapat
penyelesaian atau untuk makluman

3.2.5 Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum


ditubuhkan, ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung
dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan masalah-masalah atau
isu-isu yang sedang dihadapi dan mengesyorkan segala cadangan atau
permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan
pembelajaran.

3.3 Tujuan Panitia Mata Pelajaran


Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk panitia mata
pelajaran:
3.3.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran
dan
pembelajaran
3.3.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi

mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan


kecenderungan para pelajar
terhadap pembelajaran
3.3.3 Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan
sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau
berasaskan kepada
prestasi / target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.
3.3.4 Mewujudkan semangat kerjasama di antara mata pelajaran dengan
persatuan kelab akademik

3.4 Peranan Panitia

Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia,
sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas.
3.4.1 Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk
kegunaan ahli-ahli panitia;
3.4.2 Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam
tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam
sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan;

3.4.3 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks

untuk
digunakan oleh pelajar berdasarkan kesesuaian buku itu dari segi kehendak
sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka.
3.4.4 Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan
tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan
kegunaan guru untuk
dibekalkan di pusat sumber sekolah;
3.4.5 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan
sekolah ) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu,
menubuhkan bank soalan;
3.4.6 Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam
tiap-tiap peperiksaan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir
tahun) dan
mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran
dan pembelajaran;
3.4.7 Mengadakan mesyauarat panitia secara berkala sekurangkurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan secara 'ad-hoc' bila
dan jika perlu;
3.4.8 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia
(secara formal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalahmasalah atau
isu-isu yang berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah

mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah atau isu tersebut;


3.4.9 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi
setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain;
3.4.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di
sekolah dan menjalin hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai
matlamat pengajaran dan pembelajaran;
3.4.11 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran
dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan;
3.4.12 Bekerjsama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam
usaha ke arah memajukan pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran
tertentu;
3.4.13 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan
minit
mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;
3.4.14 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan
mesyuarat surat menyurat dan rekod-rekod yang berkenaan.

Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran


Di Dalam Kelas Oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987
Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran

Tugas dan fungsi Pengetua/Guru Besar sebagai pemimpin profesionalisme,


pengurus dan pentadbir hari ini adalah berbagai-bagai. Sebagai pemimpin
profesionalisme di sekolahnya, tanggungjawab utama seorang
Pengetua/Guru Besar ialah untuk memastikan kejayaan pelaksanaan
kurikulum di sekolahnya. Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses
dan aktiviti pengajaran-pembelajaran oleh guru-guru dan keberkesanan
pelaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan rapi dan
sistematis dari pihak Pengetua/Guru Besar sekolah itu. Ini termasuklah
penyeliaan pengajaran-pembelajaran terhadap guru di dalam kelas yang
sepatutnya menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas dan
tanggungjawab Pengetua/Guru Besar. Oleh itu dan dengan tujuan
mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran di
sekolah, Pengetua/Guru Besar hendaklah diperingatkan bahawa penyeliaan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah merupakan tugas yang
amat penting

2. Berikut adalah syor garis panduan bagi melaksanakan tugas penyeliaan di


dalam kelas:

2.1 Rasional
2.1.1 Pelaksanaan kurikulum adalah unsur TERAS fungsi institusi
persekolahan. Dengan itu perhatian yang lebih hendaklah diberikan kepada
penyeliaan pengajaran-pembelajaran.
2.1.2 Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolah, Pengetua/Guru

Besar adalah pelaksana utama kurikulum di sekolahnya. Oleh itu tugas


penyeliaan pengajaran-pembelajaran adalah merupakan tugas terpenting
yang perlu dititikberatkan
2.1.3 Penyeliaan adalah satu aspek terpenting dalam pentadbiran,
pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Oleh itu penyeliaan tidak boleh
dipisahkan dari peranan Pengetua/Guru Besar sebagai pengurus, pentadbir
dan pemimpin profesionalisme di sekolahnya.

2.2 Tujuan

2.2.1 Mempertingkatkan daya profesionalisme Pengetua/Guru besar


dan guru-guru dalam melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses
pengajaran-pembelajaran sejajar dengan falsafah, matlamat dan objektif
sistem pendidikan negara
2.2.2 Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan sumber
maklumat kepada Pengetua/Guru besar untuk memperbaiki proses
pengajaran-pembelajaran di sekolahnya. Sumber maklumat ini juga boleh
digunakan oleh Pengetua/Guru besar sebagai asas untuk menilai seseorang
guru bagi tujuan tertentu.

2.2.3 Memupuk, memelihara dan memperkukuhkan hubungan


profesionalisme dan Interaksi yang positif antara Pengetua/Guru Besar
dengan guru, guru dengan guru dan antara guru dan murid.
2.2.4 Membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih
berkesan dan membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif.
2.3. Bidang
2.3.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah ditumpukan
kepada 2(dua) bidang:
a. bidang organisasi
b. bidang pengajaran dan pembelajaran
Bidang Organisasi
Di antara ciri-ciri organisasi yang perlu diberi perhatian ialah :
Iklim kelas
Organisasi kelas
Kawalan murid
Komunikasi
Motivasi
Sikap murid
Kebersihan dan perhiasan
Penyeliaan gerakerja
Penilaian prestasi
Profil murid
Panitia pelajaran
Kesemua ciri ini adalah merupakan petunjuk yang boleh

membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Bidang Pengajaran dan Pembelajaran


Di antara ciri-ciri yang perlu diperhatikan ialah:
Rancangan pengajaran
Objektif
Isi kandungan
Persediaan alat/bahan pengajaran dan penggunaannya
Penyampaian isi pelajaran
Teknik bersoaljawab
Interaksi guru murid
Penggunaan masa

2.4 Prinsip Perlaksanaan


2.4.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah
dijalankan oleh Pengetua/Guru Besar ke atas semua guru
2.4.2 Rekod penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah
dicatit dengan ringkas dan tepat
2.4.3 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah dirancang
dengan seimbang dari segi masa, mata pelajaran, tingkatan/tahun dan guru
2.4.4 Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan
Penolong Kanan dan Penyelia Petang. Walau bagaimanapun tanggung

jawab sepenuhnya terletak di tangan Pengetua/Guru Besar


2.4.5 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah
dijalankan secara sistematis dan berlandaskan hubungan profesionalisme
dengan guru-guru dan bukan untuk mencari kesalahan. Dalam usaha
mempertingkatkan prestasi pengajaran-pembelajaran di kelas,
Pengetua/Guru Besar perlu mendapat maklumat yang tertentu. Maklumatmaklumat itu dapat digunakan oleh Pengetua/Guru Besar sebagai asas
perbincangan dengan guru-guru.
Surat Pekeliling ini adalah untuk mengingatkan kembali mengenai
mustahaknya tugas-tugas penyeliaan pengajaran-pembelajaran sebagai
salah satu tugas dan tanggungjawab.

Penyediaan Rancangan Harian


1. Rancangan harian hendaklah disediakan sehari sebelum
digunakan
2. Rancangan harian hendaklah disediakan berdasarkan
rancangan tahunan. Rancangan tahunan yang dipilih untuk
diajarkan pada minggu tertentu hendaklah mencapai 'hasil
pembelajaran yang dihasratkan' bagi minggu tersebut.
3. Rancangan harian yang disediakan hendaklah mencapai
hasil pembelajaran yang dihasratkan. Ini dilaksanakan
melalui perancangan aktiviti pembelajaran yang menarik,
sesuai dan berkesan.
4. Penyediaan rancangan harian hendaklah ringkas, tepat, jelas
dan padat

5. Rancangan harian hendaklah mengandungi butiran seperti


yang berikut:
Tarikh
Hari
Mata pelajaran
Tahun/tingkatan
Masa
Tajuk/bidang pembelajaran
Aktiviti pembelajaran
Format Rancangan Harian
(Satu muka surat boleh dibahagi dua, jika ruang tidak mencukupi
Tarikh:

Tarikh:

Hari:

Hari:

Mata pelajaran:

Mata pelajaran:

Tahun/Tingkatan:

Tahun/Tingkatan:

Masa:

Masa:

Tajuk/Bidang pembelajaran:

Tajuk/Bidang pembelajaran:

Aktiviti Pembelajaran:

Aktiviti Pembelajaran:

Penyediaan Rancangan Tahunan


1. Rancangan tahunan merupakan perancangan pengajaran
bagi setahun. Rancangan tahunan hendaklah disediakan
pada awal sesi persekolahan
2. Rancangan tahunan bagi sesuatu mata pelajaran hendaklah
disediakan berpandukan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan

3.

4.
5.
6.

7.

Pelajaran, kesesuaian tahap kebolehan murid/pelajar dan


keadaan semasa
Rancangan tahunan hendaklah disediakan mengikut bilangan
minggu yang diperlukan untuk menghabiskan sesuatu tajuk.
Rancangan tahunan ini juga hendaklah mengambil kira
bilangan minggu persekolahan pada setiap tahun
Rancangan tahunan boleh dicetak atau difotostat dengan
jelas dan terang (tidak dicetak berulang-ulang)
Sekiranya rancangan tahunan ini ditulis, hanya pen
berdakwat biru atau hitam sahaja dibenarkan
Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar
atau Pengetua atau wakilnya sebelum digunakan. Jika
disediakan dalam bentuk media elektronik (komputer),
salinannya hendaklah disahkan oleh guru besar atau
pengetua atau wakilnya.
Rancangan tahunan hendaklah ditulis mengikut lajur-lajur
yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut:
Tajuk/bidang pembelajaran
Objektif/kemahiran
Hasil pembelajaran yang dihasratkan
Bilangan minggu
Dan catatan
Format Rancangan Tahunan

Mata Pelajaran:
Minggu

Tajuk/Bidang
Pembelajaran

Objektif/Kemahiran

Hasil
Pembelajaran
Yang
Dihasratkan

Catatan

Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran


SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3/1999
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan
memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256:"
Buku Rekod Mengajar Guru" bertarikh 1 Julai 1963.
2.

Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256

dikuatkuasakan, terdapat amalan di mana maklumat-maklumat


yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah
dimasukkan ke dalam Buku Rekod Mengajar Guru diadakan.
3.

Dengan surat Pekeliling Ikhtisas ini, berkuatkuasa pada tarikh

ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah


mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan
Pelajaran Tahunan, dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian.
Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan
kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip
perancangan yang mutakhir.
(i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran
Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia
(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan
Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya
maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai
objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.

4.

Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan

dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan


teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan
dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki
oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan
dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan
Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan
dapat dikemukakan dengan serta merta apabial dikehendaki oleh
pihak yang diberi kuasa.

Anda mungkin juga menyukai