Anda di halaman 1dari 7

Dokumen Rasmi

MPP SMKA Inanam


Tatacara Pengendalian Kelas Persediaan Malam

1. Semua pengawas bertugas menjaga kelas persediaan menunggu


di pintu pagar sekolah.
2. Selepas 8.30pm, pintu pagar ditutup, semua pengawas pergi ke
kelas masing-masing.
3. Pengawas memberi salam, mengetuai bacaan doa. Semua
pelajar berdiri.
4. Pengawas mengingatkan pelajar adab belajar semasa kelas
persediaan malam dan mengambil kehadiran pelajar.
5. Pelajar memulakan sesi belajar.
6. Pengawas memastikan pelajar belajar secara individu,
memastikan keadaan terkawal sekiranya terdapat perbincangan,
tiada pelajar tidur dan tiada pelajar keluar tanpa kebenaran.
7. Lima minit sebelum masa kelas persediaan tamat, pengawas
bertugas mengarahkan pelajar membersihkan kelas.
8. Pengawas mengetuai bacaan doa penutup.
9. Semua pengawas menunggu di korridor tengah sehingga semua
pelajar keluar dari bangunan sekolah.
10. Semua pengawas bertugas menjadi pelajar terakhir berada di
kawasan sekolah, mengunci pagar sekolah dan balik ke asrama
secara berkumpulan.
Dokumen Rasmi
MPP SMKA Inanam

Tatacara Pengendalian Majlis Rasmi

1. Pengawas memastikan dewan bersedia untuk majlis, pengawas


bertugas harian hendaklah bersama pelajar yang menyediakan
dewan.
2. Pastikan ada kerusi khas untuk semua pengawas duduk.
3. Semua AJK tertinggi pengawas hendaklah duduk sebaris di
barisan hadapan di belakang barisan guru / orang kenamaan.
4. Sekiranya majlis dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar, sediakan
kertas konsep majlis, tentatif, senarai semak persediaan, teks
ucapan pengerusi majlis.
5. Pastikan raptai majlis diadakan terutamanya untuk juruacara dan
majlis penyampaian hadiah.
6. Sebelum majlis bermula taklimat disiplin semasa majlis perlu
dibuat.
7. Pengawas berbaris di hadapan dewan memastikan pelajar masuk
dalam keadaan tertib dan pakaian yang kemas.
8. Pengawas masuk selepas orang kenamaan/ orang yang diraikan
masuk
9. Pengawas duduk di hujung setiap barisan, menjaga pelajar yang
duduk sebaris dengannya.
10. Pengawas yang lain duduk sebaris di barisan depan dan
belakang barisan pelajar.
11.Pengawas hendaklah membuat rondaan dari semasa ke semasa
untuk memastikan pelajar berada dalam keadaan yang tertib
sepanjang majlis berlangsung.
12.Sekiranya tiada pembahagian tugas, pengawas bertugas harian
bertanggungjawab untuk membuat rondaan.
13.Selepas majlis selesai sepenuhnya, Pengawas berbaris
menunggu orang kenamaan keluar.
14.Pengawas memastikan dewan dikemaskan semula (sekurang-
kurangnya kerusi pelajar) selepas majlis selesai.
15. Pengawas berbaris di pintu dewan memastikan pelajar keluar
dengan tertib.
Dokumen Rasmi
MPP SMKA Inanam

Tatacara Pengendalian Kes Disiplin Pelajar (Kes-kes kecil)

1. Pengawas menangkap/ mendapati pelajar melakukan kesalahan,


teguran lisan dibuat.
2. Pengawas mecatatkan kesalahan pelajar dalam buku catatan
harian pengawas.
3. Pengawas merekodkan kesalahan dalam buku log laporan salah
laku mengikut tingkatan
4. Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas mengambil tindakan
susulan terhadap pelajar. Teguran lisan dan bertulis perlu
dilakukan, dan tandatangan pelajar yang telah meneria teguran
lisan atau bertulis perlu didapatkan.
5. Setelah pelajar melakukan 3 kesalahan kecil, borang salah laku
akan diberi.
6. Berdasarkan borang salah laku tersebut, pelajar yang disahkan
melakukan 3 kesalahan kecil akan diberikan surat
makluman pertama yang akan di hantar kepada ibu bapa.
7. Pelajar yang melakukan 3 kesalahan kecil ini akan dihantar
namanya kepada kaunselor sekolah untuk menjalani sesi
kaunseling.
8. Pelajar yang berterusan melakukan kesalahan kecil sebanyak 5
kali, atau 2 kesalahan seterusnya setelah diberi surat makluman
pertama, akan diberi borang salah laku yang kedua.
9. Borang salah laku yang kedua ini akan menyebabkannya
menerima surat makluman kedua yang akan dihantar kepada
ibu bapa.
10. Seterusnya pelajar ini akan diproses oleh Ketua Guru Disiplin
mengikut sistem SSDM dan akan direkodkan sebagai satu
kesalahan kecil yang berdaftar kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia
11. Pelajar yang menerima surat makluman kedua ini akan juga
menerima kaunseling dan nasihat daripada kaunselor, 3 orang
ustaz/ ustazah dan 3 orang warden.
Dokumen Rasmi
MPP SMKA Inanam
12. Selepas itu, sekiranya pelajar terbabit melakukan dua lagi
kesalahan kecil, beliau akan menerima borang salah laku yang
ketiga.
13. Borang salah laku yang ketiga ini akan menyebabkannya
menerima surat makluman ketiga yang juga akan dihantar
kepada ibu bapa.
14. Selain daripda itu, pelajar ini akan diproses oleh Ketua Guru
Disiplin mengikut sistem SSDM dan akan direkodkan sebagai
satu kesalahan kecil (kedua) yang berdaftar kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia
15. Sekiranya beliau terus melakukan kesalahan kecil, pelajar ini
akan terus diproses oleh Ketua Guru Disiplin dan direkod sebagai
kesalahan seterusnya dalam SSDM.
16. Pelajar yang melakukan kesalahan seterusnya selepas menerima
3 surat makluman akan dikenakan tindakan SURAT PERJANJIAN
PERTAMA.
17. Kesalahan kecil yang seterusnya akan diproses oleh lembaga
disiplin asrama yang akan menentukan tindakan seterusnya.

Tatacara Pengendalian Kes Disiplin Pelajar (Kes-kes khas


asrama SMKA Inanam)

Kes-kes khas asrama SMKA Inanam:


• Masbuk solat wajib
• Ponteng aktiviti asrama
• Engkar arahan warden/ guru
• Pecah amanah
• Pakaian yang tidak mencerminkan imej SMKA
• Sikap dan perlakuan yang tidak mencerminkan imej SMKA

1. Pengawas/ warden menangkap/ mendapati pelajar melakukan


kesalahan.
2. Borang salah laku diberi
3. Pengawas/ warden memberikan mecatatkan kesalahan pelajar
dalam buku laporan harian.
Dokumen Rasmi
MPP SMKA Inanam
4. Ketua Warden mengeluarkan surat makluman dan amaran
mengikut peringkat terkini pelajar dalam ranking kesalahan.

Tatacara Pengendalian Pelajar Balik Bermalam

1. Semua AJK tertinggi MPP dan MPP bertugas harian bergilir-gilir


berada di pintu pagar asrama sebaik sahaja selepas solat
Jumaat. Pastikan sekurang-kurangnya 3 orang MPP berada di
pintu pagar asrama sepanjang masa.
2. Pelajar yang masuk ke asrama dari dewan makan atau masjid
tidak dibenarkan keluar melainkan dengan kebenaran pengawas
bertugas.
3. Pelajar membersihkan bilik dan ampaian, membawa beg pakaian
turun.
4. Pelajar berkumpul di bahagian bawah asrama.
Dokumen Rasmi
MPP SMKA Inanam
5. MPP memeriksa ampaian dan bilik. Bilik yang belum bersih akan
dipanggil untuk pembersihan lanjutan.
6. Pelajar tidak dibenarkan balik selagi masih terdapat pakaian
pelajar bergantung di ampaian.
7. Pelajar mula meninggalkan asrama, semua pelajar mesti menulis
pada catatan keluar / balik bermalam MPP yang terdapat di pintu
asrama..
8. Had masa untuk balik bermalam bagi pelajar dan MPP ialah pada
jam 6 petang.
9. AJK tertinggi dan MPP bertugas harian hendaklah menjadi
kumpulan pelajar yang terakhir meninggalkan asrama untuk
bermalam pada hari tersebut
10. MPP bertugas yang hendak balik/ keluar awal hendaklah
memaklumkan terlebih dahulu kepada Ketua MPP dan
memaklumkan MPP yang akan menggantikan tempatnya.
11.Sekiranya MPP bertugas harian tidak bertugas mengawal pelajar
balik bermalam, atau gagal mencari pengganti, surat tunjuk
sebab perlu diberi kepada Ketua MPP dan Ketua Warden.

Tatacara Pengendalian Pelajar Kembali ke asrama dari Balik


Bermalam
Dokumen Rasmi
MPP SMKA Inanam
1. Semua AJK tertinggi MPP dan MPP bertugas harian kembali lebih
awal daripada pelajar lain
2. Sekurang-kurangnya 2 orang MPP berada di pintu pagar asrama
sepanjang masa pelajar kembali bermula jam 2 petang – 6.30
petang.
3. Pelajar yang masuk ke asrama hendaklah menulis nama dalam
buku daftar bermalam asrama.
4. MPP memastikan pelajar berpakaian kemas sebelum dibenarkan
masuk.
5. MPP dikehendaki memeriksa barang yang dibawa masuk apabila
diberi arahan.
6. Pelajar yang lewat hendaklah dikira sebagai pelajar yang
melakukan kesalahan kecil dan direkodkan, walaupun telah
mendapat kebenaran.
7. Had masa untuk kembali ke asrama daripada balik bermalam
bagi pelajar dan MPP ialah pada jam 6 petang.
8. MPP bertugas yang tidak dapat bertugas hendaklah
memaklumkan terlebih dahulu kepada Ketua MPP dan
memaklumkan MPP yang akan menggantikan tempatnya.
9. Sekiranya MPP bertugas harian tidak bertugas mengawal pelajar
balik bermalam, atau gagal mencari pengganti, surat tunjuk
sebab perlu diberi kepada Ketua MPP dan Ketua Warden.

Anda mungkin juga menyukai