Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

JALAN FLETCHER 53200 KUALA LUMPUR

________________________________________________________________________________-

KERTAS KERJA
PROGRAM KEHADIRAN 100%
JOM KE SEKOLAH
“COME SCHOOL ; WIN PRIZE”

__________________________________________________________________________________
PENDAHULUAN

Program Kehadiran 100% “COME SCHOOL; WIN PRIZE”, merupakan


program yang julung kali diadakan secara rasmi di SJKT Jalan Fletcher, yang mana
program ini akan berjalan sepanjang tahun. Antara masalah utama yang mengekang
kemajuan pencapaian akademik dan keberkesanan PDPC di sekolah ini adalah
masalah ketidakhadiran pelajar ke sekolah dan masalah ponteng sekolah.
Menyedari hakikat ini, maka pihak pentadbir sekolah telah merangka dan
merancang program ini sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah ini.
Matlamat utama program ini adalah untuk menggalakkan kehadiran pelajar ke
sekolah dan mengelakkan gejala ponteng sekolah dengan memberikan insentif
berbentuk ganjaran kepada murid yang mmpunyai peratus kehadiran 100% pada
setiap bulan. Program ini akan berjalan sepanjang tahun dan melibatkan semua
murid SJKT Jalan Fletcher, Kuala Lumpur. Diharap dengan berjalannya program ini,
semua murid SJKT Jalan Fletcher akan lebih bermotivasi untuk hadir ke sekolah
seterusnya menjayakan proses PDPC dan dapat meningkatkan lagi prestasi
akademik sekolah dalam penilaian peperiksaan.

OBJEKTIF
 Meningkatkan kehadiran murid SJKT Jalan Fletcher, Kuala Lumpur.
 Mengurangkan gejala ponteng sekolah dan meningkatkan motivasi murid
untuk hadir ke sekolah.
 Memupuk minat murid untuk hadir ke sekolah.
 Meningkatkan KPI kehadiran dan akademik pelajar.

SASARAN

Semua murid SJKT Jalan Fletcher bermula murid Tahun 1 hingga Tahun 6.

TEMPAT

SJKT Jalan Fletcher, Kuala Lumpur.

PELAKSANAAN PROGRAM
Sepanjang tahun 2020, bermula Januari hingga November.
JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : En.Chandrasekharan A/L Ramaya


(Guru Besar, SJKT Jalan Fletcher)

Timbalan Pengerusi : Pn. Usaha A/P Murugayan


(GPK Hal Ehwal Murid, SJKT Jalan Fletcher)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Kunam A/P Muniandy


(GPK Kurikulum, SJKT Jalan Fletcher)

Naib Pengerusi 2 : En. Premkumar A/L Veerappan


(GPK Kokurikulum, SJKT Jalan Fletcher)

Naib Pengerusi 3 : Pn. Norziha Binti Zanal


(GPK Pend.Khas, SJKT Jalan Fletcher)
Penyelaras : En. Utayarajan A/L Govindarajan
(Guru Disiplin)
Penolong penyelaras : Pn. Kalaichelvi A/P Jayamohan
Ahli Jawatankuasa Pn. Ganga Selvi A/P Subramaniam (Penyelaras Tahun 1)
Pn. Rinadevi A/P Nakapan (Penyelaras Tahun 2)
Cik Yamini A/P Thiagarajan (Penyelaras Tahun 3)
Pn. Premila A/P Rengasamy (Penyelaras Tahun 4)
Pn. Archanah A/P Gopalan (Penyelaras Tahun 5)
Pn. Tiruppawai A/P Govindarasu (Penyelaras Tahun 6)
(Semua Guru Kelas)

ANGGARAN KEWANGAN
Sumber Kewangan

 Peruntukan Kewangan Bimbingan dan Kaunseling SJKT Jalan Fletcher, KL.

Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perkara Perbelanjaan Jumlah


1 Hadiah Kehadiran RM 2 X 170 RM 340.00
100%
Setiap Bulan
2 Banner (Promosi RM 60 RM 60.00
Hadiah)

JUMLAH RM 400.00
SENARAI NAMA MURID KEHADIRAN 100% (SETIAP BULAN)

 Sila rujuk lampiran 1

PENUTUP

Secara keseluruhannya, diharapkan agar program ini akan terus berjalan


dengan lancar dan murid akan memberikan respon yang menggalakkan. Objektif
program untuk meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah juga diharapkan
akan tercapai jika semua murid dapat bersama menjayakan proses PDPC,
seterusnya meningka tkan pencapaian akademik mereka, khususnya dalam
peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Disahkan Oleh,

............................................................. ....................................................... ..............................................................


(UTAYARAJAN A/L GOVINDARAJAN) (USHA A/P MURUGAYAN (CHANDRASEKHARAN A/L RAMAYA)
KETUA DISIPLIN SEKOLAH, GPK HAL EHWAL MURID, GURU BESAR,
SJKT JALAN FLETCHER, K.L. SJKT JALAN FLETCHER, K.L. SJKT JALAN FLETCHER, K.L.

Anda mungkin juga menyukai