Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

JALAN FLETCHER 53200 KUALA LUMPUR

________________________________________________________________________________-

KERTAS KERJA
PROGRAM
‘SPOT CHECK’

__________________________________________________________________________________
PENDAHULUAN

Pemeriksaan ‘SPOT CHECK’ ini bertujuan untuk memastikan semua murid


mematuhi kod etika penampilan dan pakaian sekolah. Pemeriksaan ini melibatkan
semua murid SJKT Jalan Fletcher dan dibantu oleh semua guru disiplin dan
pengawas.

Antara perkara yang diperhatikan semasa pemeriksaan adalah membawa


barang larangan, pemakaian lencana sekolah, pemakaian stoking, murid yang
memakai pakaian kemas, kebersihan kuku, keadaan rambut samada panjang atau
berfesyen dan rambut panjang tetapi tidak berikat atau memakai skaf bagi murid
perempuan.

OBJEKTIF

Antara objektif utama program spot check ialah :


i. Agar dapat memantau tingkah laku murid secara optimum melalui program
berfokus spot check.

ii. Agar dapat memberikan peringatan kepada murid yang tidak menunjukkan
disiplin dengan baik serta dapat membetulkan diri mengikut kehendak
sekolah.

iii. Melahirkan dan membentuk murid yang berdisiplin dan serta peka dengan
peraturan dan undang-undang di sekolah.

iv. Menanam sikap bertanggungjawab kepada murid pengawas sekolah dan


memahami peraturan sekolah.

SASARAN

Semua murid SJKT Jalan Fletcher, Kuala Lumpur.


TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tempoh : 3 kali setahun


Masa : 7.00 – 7.30 pagi
Tempat : Kelas SJKT Jalan Fletcher

JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI : EN CHANDRASEKHARAN A/L RAMAYA


(Guru Besar)

TIMBALAN PENGERUSI : PN.USHA A/P MURUGAYAN


(Gpk Hal Ehwal Murid)

NAIB PENGERUSI 1 : PN. KUNAM A/P MUNIANDY


(Gpk Kurikulum)

NAIB PENGERUSI 2 : EN. PREMKUMAR A/L VEERAPPAN


(Gpk Kokurikulum)

NAIB PENGERUSI 3 : PN.NORZIHA BINTI ZANAL


(Gpk Pendidikan Khas)

PENYELARAS : EN. UTAYARAJAN A/L GOVINDARAJAN


(Ketua Unit Disiplin)

PENOLONG PENYELARAS : PN. KALAICHELVI A/P JAYAMOHAN


(Penyelaras Pengawas Sekolah)

PENUTUP

Kerjasama dan komitmen semua pihak diperlukan dalam menjayakan


program ini agar tercapai objektif yang disasarkan demi kebaikan murid dan sekolah.
Semoga dengan pelaksanaan program ini sedikit sebanyak akan memberi impak
positif serta kesedaran terhadap diri murid-murid tentang peraturan dan undang-
undang sekolah.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Disahkan Oleh,

............................................................. ....................................................... ..............................................................


(UTAYARAJAN A/L GOVINDARAJAN) (USHA A/P MURUGAYAN) (CHANDRASEKHARAN A/L RAMAYA)
KETUA DISIPLIN SEKOLAH, GPK HAL EHWAL MURID, GURU BESAR,
SJKT JALAN FLETCHER, K.L. SJKT JALAN FLETCHER, K.L. SJKT JALAN FLETCHER, K.L.

Anda mungkin juga menyukai