Anda di halaman 1dari 6

CIRI-CIRI KARANGAN

yang menceritakan riwayat hidup sesuatu perkara atau benda. Ganti nama diri pertama saya atau aku digunakan untuk menceritakan tentang perkara atau benda yang ditulis. Sifat-sifat perkara atau benda ini diceritakan seolaholah ia hidup. Ia menceritakan latar belakang dan perjalanan atau pengalaman hidup perkara atau benda yang ditulis
Karangan

PANDUAN MENULIS KARANGAN


LANGKAH 1 1. Fahamkan kehendak soalan 2. Tetapkan perkara atau benda yang anda ingin tulis secara terperinci termasuk sifat-sifatnya. LANGKAH 2 1. Rangka isi seperti tempat kelahiran atau tempat benda itu berada, perjalanan hidup atau pengalaman hidup dan kesudahan hidup sesuatu benda. LANGKAH 3 1. Tulis karangan menggunakan isi-isi dalam peta minda. Pastikan karangan mengikut format autobiografi. LANGKAH 4 1. Semak karangan anda seperti tanda bacaan, imbuhan, ejaan dan struktur ayat.

CONTOH KARANGAN

AKU SEBUAH KERETA PROTON

Aku sebuah kereta. Namaku Saga. Aku dilahirkan di kilang proton di Shah Alam. Tubuh badanku direka khas untuk memenuhi cita rasa pengguna di Malaysia. Setelah siap diproses menjadi sebuah kereta, aku dan rakan-rakan telah ditempatkan di bilik pameran kereta. Sempena pelancaran kereta baru ini, akudan rakan-rakan telah mendapat sambutan hangat daripada para pengungjung. Mereka memandu ujiku dan rakanrakan. Para pengungjung yang datang ke majlis pelancaran kereta itu sangat berpuas hati dengan kehebatan kami. Aku dan rakan-rakan umpama pisang goreng kerana kami telah habis ditempah oleh para pembeli. Seorang guru sekolah bernama Ali telah menjadi tuan aku. Aku berjanji memberi perkhidmatan yang terbaik buat tuanku.

Setiap pagi,akan membawa Ali ke sekolahnya. Dia sangat bangga dengan reka bentuk aku. Rakan-rakan juga sering memujiku. Selain ke sekolah, aku juga membawa isterinya ke pejabat di Putrajaya.
Aku selalu dicuci dan dibersihkan pada hujung minggu. Selepas dikilatkan, aku menjadi seperti baru semula. Ini membuat aku semakin lama semakin disayangi oleh tuanku. Pada suatu hari,tuanku telah terlewat bangun. Dia tergesa-gesa pergi ke sekolah. Dia memanduku dengan laju sekali. Malang tidak berbau aku telah terbabit dalam kemalangan ngeri dengan sebuh lori. Aku rosak teruk dan tuanku meninggal dunia. Aku bukan sahaja sedih akan diriku tetapi meratapi akan nasib tuanku.

Aku sehelai baju

Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350. Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadia bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki. Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku. Ketika badanku disterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.

Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa-gesa mendapatkanku. Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.

Anda mungkin juga menyukai