Anda di halaman 1dari 9

KARANGAN

AUTOBIOGRAFI
CIRI-CIRI KARANGAN
• Karangan yang menceritakan “riwayat hidup” sesuatu perkara
atau benda.
• Ganti nama diri pertama “aku” digunakan untuk menceritakan
tentang perkara atau benda yang ditulis.
• Sifat-sifat perkara atau benda ini diceritakan seolah-olah ia
“hidup”.
• Ia menceritakan latar belakang dan perjalanan atau pengalaman
hidup perkara atau benda yang ditulis
PANDUAN MENULIS KARANGAN
LANGKAH 1
1. Fahamkan kehendak soalan
2. Tetapkan perkara atau benda yang anda ingin tulis secara terperinci termasuk
sifat-sifatnya.

LANGKAH 2
3. Rangka isi seperti tempat kelahiran atau tempat benda itu berada, perjalanan
hidup atau pengalaman hidup dan kesudahan hidup sesuatu benda.

LANGKAH 3
4. Tulis karangan menggunakan isi-isi dalam peta minda. Pastikan karangan
mengikut format autobiografi.

LANGKAH 4
1. Semak karangan anda seperti tanda bacaan, imbuhan, ejaan dan struktur
ayat.
ATURAN MEMBINA
KARANGAN
• tempat asal - nama - dilahirkan di mana - proses
pembuatan - dibungkus
• perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran - di
mana dipamerkan - bertukar milik
• proses penggunaan dengan tuan baru - akhir hayat
• perasaan - sedih atau gembira
LATIHA
N
CONTOH
KARANGA
N
AKU SEBUAH KERETA PROTON

Aku sebuah kereta. Namaku Saga. Aku dilahirkan di kilang proton di  Shah Alam. Tubuh badanku 
direka khas untuk memenuhi cita rasa pengguna di Malaysia. Setelah siap diproses menjadi sebuah
kereta, aku dan rakan-rakan telah ditempatkan di bilik pameran kereta.

Sempena pelancaran kereta baru ini, akudan rakan-rakan telah mendapat sambutan hangat daripada
para pengungjung. Mereka memandu ujiku dan rakan-rakan. Para pengungjung yang datang ke majlis
pelancaran kereta itu sangat berpuas hati dengan kehebatan kami.

Aku dan rakan-rakan umpama pisang goreng kerana kami telah habis ditempah oleh para pembeli.
Seorang guru sekolah bernama Ali  telah menjadi tuan aku. Aku berjanji memberi perkhidmatan yang
terbaik buat tuanku.           

Setiap pagi,akan membawa Ali ke sekolahnya. Dia sangat bangga dengan reka bentuk aku. Rakan-
rakan  juga sering memujiku. Selain ke sekolah, aku juga membawa isterinya ke pejabat di Putrajaya.

Aku selalu dicuci dan dibersihkan pada hujung minggu. Selepas dikilatkan, aku menjadi seperti baru
semula. Ini membuat aku semakin lama semakin disayangi oleh tuanku.

Pada suatu hari,tuanku telah terlewat bangun. Dia tergesa-gesa pergi ke sekolah. Dia memanduku
dengan laju sekali. Malang tidak berbau aku telah terbabit dalam kemalangan ngeri dengan sebuh lori.
Aku rosak teruk dan tuanku meninggal dunia. Aku bukan sahaja sedih akan diriku tetapi meratapi
akan nasib tuanku.
Aku sehelai baju

Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan
pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di
badanku menunjukkan RM 350.

Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadia bernama Linda.
Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat
diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.

Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku
berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.

Ketika badanku disterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga
terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan
keperitan, tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-
kelamaan sebahagian badanku terbakar.

Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa-gesa mendapatkanku. Tetapi sudah
terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni
setia almari usang.

Anda mungkin juga menyukai