Anda di halaman 1dari 3

Aku sebuah Basikal

Aku ialah sebuah basikal yang berjenama Dorris. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang
terdapat di Selangor Darul Ehsan. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke sebuah kedai
basikal di Petaling Jaya, Selangor.
Aku dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling Jaya dengan menggunakan lori kecil.
Di sini, aku dipamerkan kepada orang ramai. Ramai pelanggan yang tertarik dengan
kelebihanku tetapi mereka tidak mampu untuk membeliku kerana aku dijual dengan harga
yang mahal, iaitu RM800.
Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang 10 tahun telah membeliku.
Dia membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke rumahnya.Aku telah
diberikan kepada anak lelakinya itu tadi yang bernama Kevin.
Kevin selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar taman permainan
yang berdekatan. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di tepi pantai pada hari minggu. Aku
berasa sangat bangga kerana dapat berkhidmat kepada tuanku. Aku dijaga dengan begitu
baik sekali. Setiap hari, aku dibersihkannya setelah digunakan.
Setelah beberapa tahun kemudian, badan-badanku telah berkarat. Cat di badanku
juga telah tiada. Aku tidak secantik dulu lagi. Kini aku telah ditempatkan di bangsal kereta
ayah kevin. Di sinilah aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku sebagai sebuah basikal.
Aku Seutas Rantai
Aku adalah seutas rantai. Aku dibuat daripada emas. Badanku sangat cantik dan
berkilat. Kemudian, aku diletakkan di dalam cermin kaca. Di situ aku menemui kawankawanku yang lain. Para pengujung selalu melihat-lihat aku. Aku berasa sungguh bangga.
Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang wanita. Wanita itu mengalungkan aku ke
lehernya. Aku berasa bahawa wanita itu bermegah kerana dapat memiliki aku.
Pada suatu hari, tiba-tiba seorang pemuda menyentapku. Badanku putus dua.
Wanita itu menjerit meminta tolong. Mujurlah ketika itu ada seorang anggota polis di situ.
Dia pun mengejar pemuda itu dan berjaya menangkapnya.
Kini, badanku tidak secantik dulu. Wanita itu menghantar aku ke kedai emas. Dia
menukarkan aku dengan seutas rantai emas yang lain.
Hidup aku tidak segembira dulu. Aku mendengar khabar bahawa aku akan
dileburkan oleh tukang emas. Aku akan diberi wajah baru.

Aku Sekaki Payung


Aku sekaki payung. Namaku Mahkota. Aku diperbuat daripada kain kalis air dan plastik. Kaki
aku seperti tongkat. Badanku berwarna merah.
Aku dilahirkan dari kawasan industri Prai di Pulau Pinang. Setelah aku berumur sebulan,
seorang pekerja menghantar aku ke sebuah pasar raya.
Aku dipamerkan di atas almari kaca. Di situ, aku ternampak juga ada banyak rakan aku
yang pelbagai saiz. Badan rakan-rakan aku berwarna-warni. Ada yang berwarna biru, hijau,
merah dan hitam. Kami selalu berbual-bual tentang harapan kami. Harapan aku ialah
mempunyai tuan sendiri.
Pada suatu hari, ada seorang budak perempuan mengunjung ke sini. Mereka ternampak
aku; tertarik kepada aku; lalu membeli aku dengan harga RM10.00.
Nama tuan aku ialah Atikah. Beliau merupakan murid Tahun 6. Aku digunakan untuk
berlindung semasa cuaca panas atau hujan kerana tuanku selalu berjalan kaki ke sekolah.
Pada suatu hari, ketika tuan aku pulang dari sekolah, kami terdengar jeritan seorang wanita.
Tolong! Tolong! rupa-rupanya, ada seorang pemuda telah merampas tas tangan seorang
wanita. Tuanku segera menggunakan aku untuk mencangkuk kaki pemuda itu lalu pemuda
itu terjatuh.
Pemuda itu dapat diberkas atas jasa aku. Ada beberapa orang juga membantu menangkap
pemuda itu. Tuanku menelefon pihak polis lalu diserah penuda itu kepada polis. Wanita itu
mengucapkan terima kasih kepada tuanku.
Aku berasa gembira kerana atas tindakan pantas tuanku dapat menangkap pemuda itu. Aku
juga gembira kerana dapat memberikan bantuan kepada tuanku. Aku berharap peristiwa itu
jadi pedoman.

Aku Sebiji Bola


Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di kawasanperindustrian di Pulau
Pinang. Badan aku diperbuat daripada getah.

Semua golongan masyarakat, tidak kira tua atau muda suka akan aku.
Mereka mengisi angin ke dalam perutku. Angin tersebut membuatkan perut
aku kembung. Aku selalu dimainkan di padang dan di kawasan lapang.
Aku diberikan nama Puma. Badanku berwarna hitam dan merah. Setelah aku
dilahirkan, aku dihantar ke kedai sukan di Sungai Petani bersama-sama rakanku yang lain. Di
kedai, aku dipamerkan. Aku dijual denganharga RM399.00. Seorang budak lelaki sangat
berminat kepada akuk.Dia telah meminta kedua-dua ibu bapanya membeli aku. Aku telah
dibeli dan dibawa pulang ke rumah. Nama tuan baharuku ialah Amjad. Dia bersekolah
di Sekolah Kebangsaan Seri Permata.
Setiap petang, aku dibawa ke padang permainan. Di sana,Amjad dan rakan-rakannya
menendang aku ke sana dan ke mari. Badakku terasa sakit apabila ditendang, ditanduk,
dan dilambung. Digawang gol, aku selalu ditangkap oleh penjaga gol.
Lama-kelamaan, perut aku kempis. Kemudian, tuan akumenyimpan aku di dalam
stor. Setelah berbulan-bulang aku berehat didalam stor itu, tiba-tiba suatu hari ibu
bapa tuan aku mengemaskan stor tersebut. Mereka mencampakkan aku ke timbunan
sampah kerana akutidak digunakan lagi.
Nasib aku agak baik kali ini. Aku dikutip oleh sekumpulan budak yang ingin bermain
bola. Mereka menyepak aku walaupun perutku kurang angin. Badan terasa bertambah
sakit. Akhirnya, setelah badanku koyak dan perutku tidak boleh kembung lagi, aku pun
dibuang. Berakhirlah riwayat hidupku sebagai sebiji bola.

Aku Sepasang Kasut


Aku sepasang kasut. Aku dinamakan Pallas. Aku dilahirkan di sebuah kilang di
Petaling Jaya.. Setelah siap dibungkus, aku dan kawan-kawan ku dihantar ke Pahang dengan
sebuah lori.

Apabila sampai di Pahang, aku dan kawan-kawan dihantar pula ke sebuah kedai
menjual kasut yang terkenal diKuantan. Aku dijual dengan harga RM29.90.
Pada suatu hari aku dibeli oleh seorang gadis. Aku berasa gembira kerana
mendapatkan seorang tuan yang baru. Tuan baruku ini seorang yang cermat dan
penyayang. Pada sebelah pagi aku terus dipakai untuk pergi ke sekolah.
Pada suatu hari, tuanku lupa membersihkan badanku. Dia meninggalkan aku di luar.
Setiap hari aku berhujan berpanas sehingga tubuhku rosak dan lama-lama menjadi hancur.
Tuan aku tidak ingat kepada diriku lagi.
Aku dibuang ke dalam tong sampah. Begitulah riwayat hidupku sebagai kasut.
Sesudah rosak, aku dibiarkan sehingga hidupku seperti sekarang ini.
Berkelah Di Tepi Pantai
Pada hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga berkelah di tepi Pantai Merdeka. Kami
bertolak pada pukul 8 pagi.
Kami tiba di Pantai Merdeka pada pukul 11 pagi. Saya dan adik membantu ayah dan
ibu membawa barang-barang. Kemudian, saya dan adik terus berenang menggunakan
pelampung. Ayah dan ibu menyediakan makanan di bawah pokok.
Setelah penat berenang dan bermain air, kami duduk di bawah pokok. Kami
sekeluarga makan dan minum bersama. Selepas itu, kami mengambil gambar sebagai
kenang-kenangan.
Lebih kurang pukul 4 petang, kami pun berkemas untuk pulang ke rumah. Walaupun
penat, tetapi kami berasa seronok.
Kebaikan Aktiviti Bersukan
Pada waktu lapang, saya suka bersukan. Bersukan merupakan aktiviti yang sihat.
Bersukan dapat menyihatkan badan. Kita perlu banyak bersukan agar badan kita sentiasa
sihat dan cergas.
Bersukan dapat mengelakkan rasa bosan. Dengan itu, kita boleh mengisi masa
lapang kita dengan bersukan.
Aktiviti bersukan juga dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat. Semangat
bermasyarakat dapat dipupuk dalam perlawanan persahabatan.
Tidak dapat dinafikan bahawa bersukan memberi banyak manfaat kepada kita. Oleh
itu, kita haruslah banyak bersukan.
Pengalaman Yang Tidak Dapat Dilupakan
Pada hujung minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendirian di rumah kerana ibu bapa
saya pergi ke tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa jemu, saya membaca
sebuah buku cerita.
Ketika saya leka membaca , tiba-tiba saya terdengar suara riuh-rendah meminta
tolong. Saya segera menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya apabila saya dapati asap
berkepul-kepul keluar dari rumah jiran saya. Suatu kebakaran telah berlaku.
Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan kebakaran dan
ada yang menolong memunggahkan barang-barang. Saya mulai berasa bimbang kalaukalau api itu merebak ke rumah saya.
Tanpa berlengah-lengah lagi , saya terus menelefon pihak bomba. Sepuluh minit
kemudian, anggota bomba pun tiba di situ.
Ahli-ahli bomba telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya
kebakaran itu dapat dikawal daripada merebak. Saya berasa gembira kerana rumah saya
terselamat daripada kebakaran tersebut.

Anda mungkin juga menyukai