Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum salam sejahtera,

Pembuka kata lidah bicara ,

Izinkan saya mulakan cerita ,

Semoga majlis disambutceria .

Terima kasih tuan pengerusi majlis, yang sayahormati barisan panel hakim

yang arif lagi bijaksana. Seterusnya,guru – guru dan hadirin hadirat sekalian .

Berdirinya saya disini adalah untuk menyampaikan sebuah kisah tauladan

bertajuk “ Empat Bersaudara ”

Pada masa dahulu, ada seorang petani yang miskin. Dia mempunyai empat

orang anak lelaki. Anak – anaklelakinya itu sering menyusahkannya . Pada suatu

hari , petani itu berkata kepada anak – anaknya , “ Sudah sampai masanya untuk

kamu semua keluar mengembara. Carilah harta kekayaan. Pulang semula apabila

kamu sudah kaya . ”

Empat bersaudara itu pun memulakan pengembaraan mereka. Mereka

sampai di tepi sebuah hutan . Di sana mereka bertemu dengan seorang lelaki tua. “

Jangan bimbang , cucu-cucuku , ” katanya . “Aku akan menolong kamu semua.”

Dia memberi setiapseorangdaripada mereka satu sumbu pelita . “ Di mana

sahaja sumbu inijatuh ,kamu mesti gali tempat itu . Kamu akanjumpa sesuatu di

situ.Ambil dan pulanglah ke rumah ,” terangnya .

Keempat -empat saudaraitu mengucapkan terima kasih kepadalelakitua

itu.Mereka meneruskan perjalanan dan sampai di tepi sebatang sungai. Tiba –

tiba,sumbu pelita pada saudarayang sulung jatuh. Dia berhenti dan mula menggali.

Dia berjaya menjumpai sebalang syiling tembaga .


Saudara sulung itu berasa sangat gembiradan mengajak adik – adiknya

pulang. “ Marilah kita balik sekarang .” Ketiga – tiga adiknya itu tidak berpuas hati

dengan syiling tembaga yang ditemui. Mereka mahu harta yang lebih bernilai . Maka

pulanglah abang merekaseorang diri .

Kemudian sumbu pelita kepunyaan anak kedua pula terjatuh .Dia terus

menggali dan menjumpai sebalang syiling perak . Dia berkata kepadadua adiknya ,”

Marilah kita bawa wang ini balik ke rumah .”

Kedua- dua adiknya itu tidak mahu akan syiling perak yang ditemui. Dia pun

baliklah seorang diri. Kedua- dua lagi saudara meneruskan perjalanan .Tidaklama

selepas itu , sumbu pelita saudara yang ketiga pula jatuh . Saudara yang ketiga

terus menggali sambal menyanyi – nyanyi .

Kalau aku kaya ,

Punya wang berjuta,

Hari-hari bergaya ,

Hidup riang ceria .

Selepas digali, dia menjumpaisebalang syiling emas .” Sekarangkita semua

akan menjadi kaya . Marilah kita pulang !” katanya .

Saudaranya yang bongsu segera berkata . “ Abang long dapat syiling

tembaga ,abang ngah dapat syiling perak dan abang chik pula dapat syiling emas .

Mungkin saya akan dapat intan berlian yang lebih berharga .” Jadi abang yang

ketiga pun pulang seorang diri .

Dia pun meneruskan perjalanan lalu berjumpa seorang lelaki muda . Badan

lelaki itu berlumur lumpur . Di atas kepalanya ada sebuah roda.


Saudara bongsu itu berjalanmenghampiri lelaki muda tersebut .”Mengapakah

kamu duduk di sini? Kenapa roda itu berada di atas kepalakamu ?” Tanyanya

kehairanan .

Sebaik dia habis bertanya , dia mendapati dirinya terduduk di atas tanah

dengan badannya berlumur lumpur . Sebuah roda terletak di atas kepalanya.

Lelaki yang ditegurnya tadi segera bangun ,” Saya juga tamak seperti kamu ,”

kata lelaki itu .” Saya telah dihukum . Sekarang kamu duduklah di sini sehingga ada

orang tamak lain yang dating dan menegur kamu .”

Saudara bongsu sangat sedih , dia menangis teresak-esak.”Malang sungguh

nasibku , kalua aku ikut abang – abangku , tentu aku tidak mendapat hukuman ini .”

Saudara bongsu menyesal dengan ketamakannya .Bak katapepatah , sesal

dahulu pendapatan, sesalkemudian tiada berguna .

Kawan -kawan , pengajaran dari cerita ini ialah kita mestilah bersyukur denga

napa yang dimiliki dan jangan iri hati dengan rezeki orang lain .

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita ,

Andai tersilap tutur bicara,

Jari disusun maaf dipinta .

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wasalamualaikum

warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai