Anda di halaman 1dari 4

Aku Sepasang Kasut

Contoh Karangan Bahasa Malaysia SK dan SJK ©/(T)4,5,6 UPSR


Karangan jenis Autobiografi
Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Aku Sepasang Kasut”.
Jawapan

AKU SEPASANG KASUT

Aku dilahirkan di Malaysia. Aku diberi nama “ North Star “. Tubuhkku diperbuat
daripada getah dan kain. Reka bentuk badanku agak luar biasa, khas untuk menarik
perhatian para remaja.

Aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak dan dibalut dengan sehelai kertas putih.
Kemudian, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang lebih besar bersama-sama
kawan-kawanku yang lain. Aku seterusnya dibawa menaiki lori.

Lori itu telah menghantar kami ke sebuah pasar raya yang besar. Pemandu lori itu
lalu memindahkan aku dan kawan-kawanku yang lain ke bilik stor.

Selepas beberapa hari, aku dikeluarkan dan dipamerkan di atas sebuah rak kasut.
Sejurus kemudian, seorang remaja menghampiriku dan terus membelek-belek aku.
Setelah mencubai aku, dia pun membeli aku dengan harga RM 65.98.

Kumari merupakan nama tuan baru aku. Dia akan memakaiku pada setiap petang
sama ada untuk mengayuh basikal, bermain badminton, berjoging ataupun berjalan-
jalan pada waktu petang. Kawan-kawannya sering memuji akan kecantikan aku.

Aku bersyukur kerana mendapat tuan yang cermat dan pembersih. Setiap kali
selepas memakaiku, Kumari akan mencuci kakiku yang dilekati pasir. Kemudian, dia
akan menyusun aku di atas rak kasut bersama-sama dengan rakan-rakanku yang
lain. Sekiranya badanku kotor akibat terkena lumpur, dia akan mencuciku dengan
berhati-hati agar badanku tidak sakit. Selepas itu, Kumari akan menjemur aku di
bawah cahaya matahari agar badanku cepat kering.

Hari berganti hari dan bulan berganti bulan, getah pada tapak kakiku pun menjadi
haus. Pada suatu hari, tuanku tergelincir sewaktu berjalan dalam hujan lebat. Sejak
kejadian itu, tuanku tidak memakai aku lagi. Akhirnya, dia telah membuang aku ke
dalam tong sampah. Tamatlah riwayat hidupku.
AKU SEBUAH KERETA

Aku merupakan sebuah kereta yang diberi nama Aixia. Aku telah dihasilkan di salah
sebuah syarikat kereta, iaitu Syarikat Perodua. Badanku berwarna merah.
Aku akan dihantar ke salah sebuah kedai bersama-sama dengan sepuluh buah
rakanku yang lain untuk dijual. Antara kami, akulah yang tercantik dan termahal
kerana badanku dihiasi dengan pelbagai aksesori yang canggih dan terkini.
Setelah sebulan berada di kedai itu, maka datanglah seorang lelaki bersama
isterinya untuk membeli kereta. Setelah mereka melihat-lihat kereta yang ada di situ,
akhirnya mereka telah memilihku. Mereka berpuas hati dan ingin membeliku
walaupun hargaku mahal.
Aku dapat tahu bahawa bakal tuan aku itu merupakan seorang peguam. Aku amat
bangga kerana akan bertuankan seorang wanita yang bijak lagi cantik sepertinya.
Wanita itu menggunakan aku dengan cermat sekali. Dia akan memandikan aku
sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Dia juga akan sentiasa memastikan
anggota-anggota badanku sentiasa berada dalam keadaan sempurna dan dapat
berfungsi dengan baik. Jika keadaan sebaliknya berlaku, dia cepat-cepat
membawakanku ke bengkel untuk dirawat.
Masa berlalu begitu pantas. Aku telah berkhidmat kepada tuanku hampir 10 tahun.
Usiaku semakin tua dan badanku juga terasa lemah.
Pada suatu pagi, tuanku dan suaminya membawaku ke sebuah kedai kereta. Rupa-
rupanya tuan aku ingin membeli sebuah kereta baharu. Dia ingin jual balik aku
dengan kereta baharu. Walaupun berasa sedih, namun aku gembira kerana dapat
berkhidmat dengan cemerlang kepada tuanku. Sepanjang hayat dia menggunakan
aku, tidak pernahpun kami terlibat dalam kemalangan. Lagipun, kereta yang bakal
menggantikan aku itu merupakan kereta keluaran Malaysia juga.
Kini, tinggallah aku bersama rakan-rakan yang lain di sebua kedai kereta terpakai.
Aku sentiasa berdoa agar mendapat tuan yang baik dan cermat seperti tuan aku
dahulu.
Karangan jenis Autobiografi

4 Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Basikal”.

AKU SEBUAH BASIKAL

Hai, Unibike adalah nama aku. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang besar dan
termashyur di
Singapura. Aku diperbuat daripada aluminium dan disaluti plastik agar tidak
berkarat. Badanku dicat dengan warna merah, iaitu warna kesukaan ramai. Selepas
siap dipasang, aku dan kawan-kawanku dibawa ke sebuah kedai basikal.
Sesampai di kedai itu, kami pun dibawa turun. Aku dipamerkan di depan kedai.
Menurut tuan punya kedai, aku ialah model yang terbaharu dan dapat menarik
perhatian orang rami. Aku merupakan jenis basikal “mendaki gunung” yang digemari
oleh pemuda-pemudi. Aku mempunyai 18 gear dengan sistem brek cakera. Semua
orang yang melihatku pasti akan memuji akan kekuatan dan kegagahanku. Selain
itu, warna badanku juga menarik. Aku berasa begitu bangga. Pada suatu hari, ada
seorang lelaki yang berpakaian kemas mengunjung kedai itu. Setelah melihat-lihat
dan membelek-belek aku dan rakan-rakan yang lain, akhirnya dia memilihku.
Selepas membayar hargaku, beliau pun membawa aku balik ke rumahnya. Aku
dihadiahkan kepada anaknya, Peter.
Setiap hari, aku ditunggangi oleh Peter untuk bersiar-siar dengan kawan-kawannya .
Kadang-kadang , Peter menunggangku ke sekolah pada waktu petang untuk
menghadiri aktiviti luar darjah. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang tuan yang
baik. Aku dijaga olehnya dengan sempurna. Walaupun Peter mempunyai orang gaji,
dia tidak menyuruh orang gajinya mencuciku, sebaliknya, dia membasuhku dan
mengelapku sendiri. Aku kagum dengan sikap rajin dan tanggungjawabnya itu.
Untuk memastikan aku tidak terkena sinaran cahaya matahari atau hujan, Peter telah
meletakkan saya di dalam rumah dan memberikan aku satu tempat khas untuk
berehat. Aku amat gembira dan sentisa bersyukur kerana mendapat tuan yang
begitu baik.
Walaupun sudah dua tahun aku berkhidmat untuk Peter, namun aku masih
disayanginya, malahan dia tidak pernah terfikir untuk mencari penggantiku. Aku
berjanji dengan diriku sendiri bahawa aku akan berkhidmat dengan baik kepada
Peter sehingga ke akhir hayatku.

Anda mungkin juga menyukai