Anda di halaman 1dari 2

Aku Sebuah Basikal

Aku ialah sebuah basikal. Namaku BMX. Aku


diperbuat daripada besi dan keluli yang berkualiti.
Badanku berwarna merah dan hitam. Aku dilahirkan di
sebuah kilang yang terletak di Selangor.

Setelah dilahirkan, aku dan kawan-


kawanku dihantar ke sebuah kedai basikal di Kuantan.
Pekedai itu mempamerkan kami di hadapan kedai. Setiap
hari, ramai orang lalu-lalang di kedai itu.

Pada suatu hari, seorang lelaki dan anaknya


singgah di kedai basikal. Mereka tertarik dengan
kecantikan aku. Selepas tawar-menawar hargaku dengan
pekedai itu, mereka pun membeli aku dengan harga
RM 450.00 lalu membawa aku pulang ke rumah. Hatiku
girang sekali kerana telah bertuan.

Tuan aku bernama Fazli. Dia ialah murid tahun


lima. Setiap hari, tuan mengayuh aku ke sekolah. Pada
sebelah petang, dia mengayuh aku ke taman permainan
bersama-sama kawannya. Tuan sentiasa mengayuh
basikal dengan cermat.

Pada hari minggu, tuan akan mencuci badan


aku dengan air sabun. Selepas itu, dia menggilap
badanku sehingga berkilat-kilat. Kawan-kawan tuan sering
memuji kecantikanku. Pada sebelah malam, tuan akan
mengunci aku di dalam garaj kereta agar tidak dicuri
orang.
Aku sangat berbesar hati kerana diriku dihargai.
Aku akan berbakti kepada tuan aku sehingga akhir
hayatku.

Anda mungkin juga menyukai