Anda di halaman 1dari 2

Aku Sebuah Basikal

Aku ialah sebuah basikal. Namaku BMX. Aku diperbuat daripada besi dan keluli yang berkualiti. Badanku

berwarna merah dan hitam. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Selangor.

Setelah dilahirkan, aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah kedai basikal di Kuantan.

Pekedai itu mempamerkan kami di hadapan kedai. Setiap hari, ramai orang lalu-lalang di kedai itu.

Pada suatu hari, seorang lelaki dan anaknya singgah di kedai basikal. Mereka tertarik dengan

kecantikan aku. Selepas tawar-menawar hargaku dengan pekedai itu, mereka pun membeli aku dengan

harga RM 450.00 lalu membawa aku pulang ke rumah. Hatiku girang sekali kerana telah bertuan.

Tuan aku bernama Fazli. Dia ialah murid tahun lima. Setiap hari, tuan mengayuh aku ke sekolah.

Pada sebelah petang, dia mengayuh aku ke taman permainan bersama-sama kawannya. Tuan sentiasa

mengayuh basikal dengan cermat.

Pada hari minggu, tuan akan mencuci badan aku dengan air sabun. Selepas itu, dia menggilap

badanku sehingga berkilat-kilat. Kawan-kawan tuan sering memuji kecantikanku. Pada sebelah malam,

tuan akan mengunci aku di dalam garaj kereta agar tidak dicuri orang.

Aku sangat berbesar hati kerana diriku dihargai. Aku akan berbakti kepada tuan aku sehingga

akhir hayatku.
AKU SEBUAH BASIKAL
Namaku Raleigh.Aku dilahirkan di sebuah kilang basikal di Butterwoth,Pulau
Pinang .Badanku berwarna hitam dan putih metalik.Aku sesuai ditunggang oleh orang
lelaki kerana ada palang di bahagian tengah badanku.

Pada suatu hari aku bersama rakan-rakan dinaikkan ke atas sebuah lori.Lori itu
bergerak ke serata pelosok negara.Rakan-rakanku diturunkan di beberapa
tempat.Akhirnya tibalah giliran aku diturunkan.Aku diturunkan di sebuah kedai bernama
Kedai Basikal Hock Kee Hing di sebuah pekan bernama Batu Kikir.

Aku dipamerkan di kedai basikal itu untuk beberapa lama sehinggalah pada
suatu hari aku dibelek-belek oleh seorang budak remaja bersama ayahnya.Setelah
berlaku tawar-menawar akhirnya aku dibeli dengan harga tiga ratus ringgit. Ayah budak
itu membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke rumahnya.

Tuan aku bernama Shuhud.Shuhud membawa aku ke sekolah dan bersiar-siar di


sekitar Batu Kikir pada setiap hari.Aku dijaga dengan rapi.Hampir setiap hari Shuhud
akan mencuci badanku walaupun tidaklah berapa kotor.Kawan-kawan Shuhud memuji
aku yang sentiasa kelihatan cantik dan berkilat. Aku berasa sangat bangga apabila
dipuji begitu,lebih-lebih lagi apabila kadang-kadang aku memenangi perlumbaan
bersama rakan-rakannya. Mungkin badanku lebih ringan menyebabkan aku lebih laju
berbanding basikal lain.

Setelah beberapa tahun berlalu, komponen-komponen besi di badanku mulai


berkarat. Cat yang dulunya berkilat,kini mulai pudar.Tayarku juga kerap pancit. Shuhud
juga sudah bersekolah di asrama penuh.Aku jarang-jarang digunakan.Aku sedar aku
tidak secantik dulu lagi.Aku diletakkan di bangsal kereta ayah Shuhud. Di sinilah aku
menghabiskan sisa-sisa hidupku sebagai sebuah basikal.

Anda mungkin juga menyukai