Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebuah Basikal

Aku sebuah basikal. Nama aku BMX. Badan aku berwarna merah. Aku
diperbuat daripada besi. Aku dilahirkan di sebuah kilang.
Setelah siap dipasang, aku dihantar ke sebuah kedai
basikal. Aku dipamerkan di kedai basikal itu. Aku berharga RM350.
Pada suatu hari, seorang pemuda datang ke kedai basikal.
Dia suka akan rekaan bentuk badan aku. Setelah mencuba aku, dia
telah membeli aku. Aku berasa gembira kerana mempunyai tuan
baharu.
Tuan aku bernama Alex. Dia selalu mengayuh aku bersiar-
siar di taman rekreasi. Tuan aku menjaga aku dengan baik. Dia
mencuci badan aku setiap hujung minggu.
Aku berasa bersyukur kerana mempunyai seorang tuan
yang baik. Aku berjanji akan berkhidmat kepada tuan aku sehingga
akhir hayat aku.

Anda mungkin juga menyukai