Anda di halaman 1dari 2

Aku Sebuah Basikal

Aku sebuah basikal berjenama BMX. Aku dilahirkan di sebuah kilang basikal yang terletak di Shah Alam,Selangor. Aku merupakan basikal yang digemari oleh anakanak muda zaman ini. Mereka menggunakan aku untuk aktiviti lasak. Badanku diperbuat daripada besi yang berkualiti tinggi.Tempat dudukku diperbuat daripada besi yang sudah dibalut dengan span dan helaian getah. Setelah siap dipasang, aku dibalut dengan plastik lalu dinasukkan ke dalam lori. Semasa di dalam lori, aku berasa sangat panas dan sesak nafas. Aku dan rakan-rakanku terpaksa menanggung kepayahan itu selama tiga jam untuk sampai ke Teluk Intan, Perak. Aku dan rakan-rakanku ditempatkan di sebuah kedai menjual basikal di bandar Teluk Intan. Di sini, aku disusun dengan rapi. Tauke kedai meletakkan tanda harga pada badanku. Aku dapat mengenali rakan-rakanku yang lain seperti Rally dan banyak lagi. Pada suatu petang, seorang lelaki dewasa begitu asyik membelekku. Dia berkenan akan bentuk dan kualiti yang aku miliki. Dia telah membeliku dengan harga RM650. Aku sangat gembira kerana lelaki itu sudi membeliku.Dia menghadiahkan aku kepada anak lelakinya yang bernama Aiman. Aku sangat gembira kerana mendapat tuan baharu. Pada setiap hari, tuanku akan menuggang aku ke sekolah.Kawan-kawan tuanku selalu memujiku. Walaupun aku cantik, tetapi aku tidak angkuh kerana bagiku kecantikan bersifat sementara. Selain ke sekolah, tuanku juga akan menuggang aku ke taman rekreasi. Dia akan menghabiskan masa lapangnya bersama-sama rakan-rakannya. Tuanku juga menjaga aku dengan baik. Dia selalu mengelap badanku supaya nampak bersih dan berkilat. Aku bersyukur kerana mendapat tuan yang cermat dan berhemah. Sehingga kini, hampir tiga tahun aku berkhidmat dengan tuanku. Meskipun tayarku pernah pancit, namun dia masih setia menggunakan khidmatku. Aku berasa sangat gembira kerana dapat berkhidmat kepada tuanku.

pada cuti sekolah yang lalu,saya dan keluarga pulang ke kampung.kami pergi menaiki kerete.kami membawa bekalan untuk mengalas perut dalam perjalanan nanti. perjalanan ke kampung mengambil masa kira-kira 4 jam.keseronokkan dikampung tidak dapat saya bayangkan.sudah lama kami tidak melawat atuk dan nenek di kampung.saya tidak sabar untuk memeluk atuk dan nenek yang berada di kampung. kami berhenti di sebuah kedai cenderamata untuk membeli buah tangan .Disitu, pelbagai cenderamata dijual seperti jam, buah, baju, beg ,topi dan lain -lain.ibu membeli baju sebagai buah tangan untuk atuk dan nenek.ibu juga membeli buah tangan untuk kenalan di kampung. kami sampai di kampung pada pukul 12 tengah hari.saya turun dari kereta dan terus memeluk auk dan nenek yang sedang menuggu kepulangan kami sekeluarga.nenek menghidangkan makanan diatas meja untuk makan tengah hari bersama-sama.selepas makan,ibu dan ayah berbual bersama saudara-mara. keesokan harinya,kami pergi ke kebun selepas makan tengah hari.kami pergi ke kebun untuk memetik buah rambutan.kami membawa pengait.atuk dan adik mengait buah rambutan sementara saya mengutip buah rambutan lalu memasukkannya ke dalam bakul.kami pulang ke rumah setelah penat memetik buah rambutan. akhir sekali,kami pulang ke rumah.saya berharap agar dapat pulang ke kampung lagi pada cuti akan datang.

Anda mungkin juga menyukai