Anda di halaman 1dari 1

Kamu ada seorang rakan karib. Ceritakan tentang rakan baik kamu itu.

Kawan baik adalah orang yang rapat dengan kita. Tidak kiralah sama ada di sekolah atau di
luar. Kawan baik juga merupakan orang yang boleh dipercayai. Kita boleh saling berkongsi
masalah atau rahsia dengan kawan baik .Dengan itu, kita akan berasa lega selepas berkongsi
masalah atau rahsia yang ada.

Saya juga mempunyai kawan baik.Nama kawan baik saya ialah Nur Aishah Sulliely bt
Mohd Lee atau lebih mesra dipanggil Sullie.Saya dan Sullie berkongsi umur dan tarikh lahir
yang sama iaitu berumur 12 tahun dan lahir pada 14 September 2007. .Sullie merupakan anak
sulung dari 4 orang adik-beradik.Dia merupakan seorang kakak yang baik hati,prihatin dan
bertanggungjawab.Dia dan keluarga tinggal di Taman Seri Indah,Damansara dan berasal dari
Seoul,Korea Selatan.

Sullie yang berdarah kacukan Malaysia dan Korea ialah seorang pendengar yang
setia.Dia juga merupakan seorang murid yang pandai.Walaupun kerap mendapat tempat
pertama dalam peperiksaan,Sullie tidak pernah sombong atau berlagak.Malah dia sering
membantu rakan-rakan yang lemah dalam pelajaran termasuk saya.

Sullie amat cemerlang dalam matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.Oleh itu,saya
sering berkunjung ke rumahnya untuk mempelajari Sains dan Bahasa Inggeris,manakala dia
pula akan datang ke rumah saya untuk belajar Matematik dan Bahasa Melayu dari saya.Sullie
tidak pernah mementingkan diri.Sebelum membuat apa-apa,dia akan memikirkan kesan
terhadap dirinya dan orang lain.Oleh sebab itulah dia dipilih sebagai Ketua Murid.

Rekod disiplin Sullie bersih sejak mula masuk ke sekolah lagi.Begitu juga dengan
rekod kehadirannya.Jarang sekali Sullie tidak hadir ke sekolah.Dalam setahun,dia cuma tidak
pernah hadir ke sekolah kira-kira sekali hingga lima kali sahaja.Maka,tidak hairanlah dia sering
dipuji oleh guru-guru dan menjadi idola para pelajar.

Sullie juga aktif dalam sukan.Dia telah menyandang gelaran Olahragawati Sekolah
bagi tahun 2017 pada temasya sukan yang lalu .Saya amat berbangga dan kagum akan sikap
yang dimiliki Sullie yang sentiasa berusaha dan tidak mudah berputus asa.Saya berharap agar
saya dan Sullie akan menjadi kawan baik buat selama-lamanya.Saya berdoa agar Sullie akan
dipanjangkan umur dan tidak berubah sikap.

Anda mungkin juga menyukai