Anda di halaman 1dari 4

Membuat Ulasan

Gambarajah dibawah menunjukkan cara-cara memupuk perpaduan kaum.Tulis ulasan anda tentang cara-
cara memupuk perpaduan kaum tersebut dalam bentuk perenggan. Panjangnya ulasan kamu hendaklah 50
hingga 80 patah perkataan.
_______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________
CONTOH SOALAN ULASAN

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis
ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Keperluan jawapan:
1. Ulasan hendaklah mempunyai perenggan pendahuluan, isi dan penutup.
2. Isi ulasan hendaklah terdiri daripada isi tersurat dan isi tersirat. (Sekurang-kurangnya dua isi tersurat
dan dua isi tersirat)
3. Patuhi jumlah perkataan yang diminta dalam arahan.

Langkah-langkah menulis ulasan:


1. Kenal pasti isi tersurat dan isi tersurat yang terdapat dalam bahan grafik yang diberi.
Isi tersurat Isi tersirat
Amalan menziarahi dapat dilakukan tanpa mengira masa, agama dan
Menziarahi jiran tetangga
kaum.
Bertegur sapa dengan
Masyarakat Malaysia terkenal dengan sikap yang ramah.
jiran
Menolong jiran yang Kita dapat mewujudkan masyarakat yang bekerjasama pada setiap
ingin berpindah masa.
Melawat jiran yang sakit Sering bertanya perkhabaran orang yang berada di sekeliling kita.
2. Tulis ulasan seperti menulis karangan biasa.

Contoh Jawapan Lengkap

Jiran merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Amalan kejiranan perlu disuburkan demi
menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Salah satu amalan kejiranan yang telah sebati dalam
kehidupan masyarakat Malaysia ialah amalan menziarahi jiran tetangga. Amalan tersebut amat mudah
dipraktikkan kerana dapat dilakukan tanpa mengira masa, agama dan kaum. Selain itu, masyarakat di negara
ini juga sudah terkenal dengan sikap peramah. Oleh itu, amalan bertegur sapa sudah menjadi lumrah bagi
kebanyakan kita. Setiap kali bertemu orang yang dikenali, pasti tangan akan dihulur untuk bersalaman sambil
bertanya khabar. Konklusinya, amalan kejiranan yang menjadi sebahagian daripada rutin harian rakyat
Malaysia telah menjadikan hubungan antara mereka bagai isi dengan kuku.

( 105 patah perkataan )


Barangan buatan Malaysia ialah barangan yang dihasilkan di negara kita
sendiri. Banyak kebaikan yang kita peroleh dengan membeli barangan buatan
Malaysia. Antaranya, kita dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga kerana harga
barangan tempatan lebih muroh berbanding barangan import. Selain itu, kita dapat
menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat. Di samping itu, industri
tempatan juga dapat dimajukan dan membantu rakyat menambah pendapatan supaya dapat
hidup dengan lebih selesa. Seterusnya, penghasilan barangan tempatan yang mendapat
sokongan rakyat akan meningkatkan imej negara pada pandangan pelancong dan dunia
luar.

Kesimpulannya, belilah barangan buatan Malaysia kerana "Produk Malaysia


Kebanggaan Kita".

Gambar rajah menunjukkan cara-cara memupuk perpaduan kaum. Antara cara


memupuk perpaduan kaum adalah mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan taman
perumahan. Selain itu, kita hendaklah mengamalkan kunjung-mengunjung sempena
hari-hari perayaan. Di samping itu, sambutan hari keluarga boleh diadakan di
taman perumahan. Seterusnya, penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum
di sekolah juga dapat memupuk perpaduan kaum kerana mereka sentiasa berinteraksi
antara satu sama lain.

Kesimpulannya, kita wajarlah membina semangat kejiranan di


kawasan kejiranan kita yang terdiri daripada pelbagai kaum supaya kita dapat
hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

Anda mungkin juga menyukai