Anda di halaman 1dari 21

Apakah Peribahasa?

Gambar rajah di bawah ini menunjukkan jenis-jenis peribahasa yang sering digunakan.
SIMPULAN BAHASA PEPATAH

PERIBAHASA
PERUMPAMAAN BIDALAN

PERIBAHASA
merupakan susunan kata-kata yang teratur, bermakna dan adalah warisan kebudayaan Melayu lama diperturunkan dan diperkembangkan secara lisan dicipta berdasarkan pandangan teliti dan perbandingan tajam terhadap alam sekeliling. digunakan sebagai kiasan, teladan dan pengajaran. Memperindahkan bahasa.

DUNIA MELAYU

Arahan: Halaman yang anda bakal lihat menunjukkan senarai peribahasa.


Untuk melihat maknanya, anda perlu menekan butang ikon.Untuk ke senarai peribahasa, tekan butang ikon. Berikan perhatian terhadap senarai peribahasa ini kerana pemahaman anda akan diuji di akhir pelajaran.

SENARAI PERIBAHASA
1) Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. 2) Hujan emas di negeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik negeri sendiri 3) Biar putih tulang jangan putih mata.

4) Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tahu, berkata dengan yang pandai.
5) Ayam terlepas tangan bau tahi.

6) Hangat-hangat tahi ayam. 7) Air tenang jangan disangka tiada buaya. 8) Air pun ada pasang surutnya.

9) Burung terbang dipipiskan lada.


10) Nasi sudah menjadi bubur.

Maknanya: Hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya dan habis harta dengan percuma. Contoh: Ahmad telah dinasihati oleh ibunya supaya ingat sebelum kena, jimat sebelum habis dengan menyimpan lebihan duit sekolahnya di dalam tabung agar boleh digunakan apabila dia ingin membeli perkakas sekolahnya kerana mereka bukanlah orang kaya.

Maknanya: Betapa senang pun di negeri orang, negeri sendiri juga yang lebih baik.
Contoh: Walaupun Amin telah bermastautin di Amerika selama 10 tahun namun dia berpendapat hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.

USA
SPURA

Maknanya: Mempertahankan sesuatu yang menjadi hak kita walaupun nyawa kita terancam.
Contoh: Wan Derus rela biar putih tulang jangan putih mata daripada membiarkan tunangannya dirampas oleh ketua penyamun itu.

Maknanya: Sesuatu pekerjaan besar yang hendak dilakukan eloklah dikenal pelaksanaannya oleh orang yang memang ahli dalam perkara itu supaya selamat. Contoh: Sebagai seorang yang baru bekerja. Mahadi telah diberikan projek yang besar untuk dilaksanakan. Dia telah dinasihatkan oleh pengurus untuk mendapatkan bantuan Pak Naim yang berpengalaman kerana belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tahu, berkata dengan yang pandai agar usahanya tidak sia-sia.

Maknanya: Orang yang membuat pekerjaan yang ditegah, akhirnya mendapat malu.
Contoh: Penangkapan Salleh, anak orang kaya yang sombong itu kerana menjual dadah, telah membuat keluarganya mendapat malu bak ayam terlepas tangan bau tahi.

Maknanya: Bersungguh-sungguh membuat sesuatu pekerjaan pada mulanya sahaja.


Contoh: Hasrat Hamzah untuk belajar silat hanya hangat-hangat tahi ayam kerana semangatnya selalu putus ditengah jalan.

Maknanya: orang yang pendiam jangan disangka baik,bodoh atau penakut. Contoh: Mazwan nampak pendiam dan selenge namun dia bagaikan air yang tenang jangan disangka tiada buaya kerana sebenarnya dia ada banyak rekod jenayah.

Maknanya: Keadaan kehidupan seseorang tidak tetap, ada kalanya senang dan ada kalanya susah. Contoh: Perniagaannya yang maju telah membuatnya sombong sehinggalah dia jatuh muflis dan sakit kerana air pun ada pasang surutnya.

Maknanya: Merancang sesuatu yang belum pasti diperolehi.

Contoh: Manusia hanya merancang tetapi tuhan yang menentukan. Oleh itu janganlah kita mengamalkan sikap burung terbang dipipiskan lada.

Maknanya: Sesuatu perbuatan salah yang sudah terlanjur dan tidak dapat diperbaiki lagi.
Contoh: Sikap Razlan yang malas belajar telah menyebabkan dia gagal dalam peperiksaan tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa lagi kerana nasi sudah menjadi bubur.

Susun semula perkataan-perkataan di bawah ini agar menjadi satu peribahasa yang lengkap. Tuliskan jawapan kamu di kertas yang telah disediakan.
1) bubur nasi menjadi sudah

2) tiada buaya tenang jangan air disangka


3) sebelum habis kena jimat ingat sebelum

4) berjalan belayar, berkata dengan yang tahu, pandai dengan yang bernakhoda
5) tangan ayam terlepas bau tahi.

Arahan: Baca petikan di bawah ini dan kemudian pilih peribahasa yang sesuai daripada senarai peribahasa tadi dan kemudian isikan ditempat kosong dalam kertas jawapan.

Setelah pihak Kompeni Inggeris mula menjajah Negeri Pahang, maka ramailah pembesar Melayu yang tidak bersetuju dengan tindak-tanduk pihak Inggeris yang dianggap sebagai tidak menghormati adat-budaya tempatan. Mereka sanggup berjuang bermati-matian (1)________ untuk memastikan bumi Pahang tetap merdeka. Para pembesar Melayu telah bersepakat untuk memberontak terhadap penjajahan Inggeris. Anak-anak muda dikumpulkan untuk diajar bersilat dan berlawan kepada Mat Kilau, anak Datok Bahaman, yang telah terkenal kependekarannya ibarat kata (2)_____________.

Para penduduk kampung juga telah diingatkan supaya jangan membazirkan makanan dan bersedia akan kepayahan hidup yang bakal mendatang apabila pemberontakan bermula kerana adalah lebih baik (3)_______________. Anak-anak muda juga diingatkan supaya belajar silat bersungguh-sungguh jangan setakat (4)__________ kerana mereka adalah tunggak kekuatan untuk membela pertuanan bangsa Melayu di Pahang.

Pembesar-pembesar Melayu percaya bahawa pihak Kompeni Inggeris tidak akan senantiasa berada di pihak yang menang kerana (5)__________ dan lambat-laun mereka akan lemah juga jika perlawanan dilakukan secara perang gerila.

Bina ayat daripada sepuluh peribahasa yang tertera di bawah ini. Tuliskan jawapan kamu di dalam kertas yang disediakan.
1) Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. 2) Nasi sudah menjadi bubur. 3) Biar putih tulang jangan putih mata. 4) Burung terbang dipipiskan lada. 5) Ayam terlepas tangan bau tahi. 6) Hangat-hangat tahi ayam. 7) Air tenang jangan disangka tiada buaya. 8) Air pun ada pasang surutnya. 9) Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tahu, berkata dengan yang pandai. 10) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.

Rujukan:
Buku Pancaran Bahasa Menengah 3 Ekspres Abdullah Hassan & Ainon Mohd. Tesaurus Peribahasa Melayu Moden Utusan Utusan Publications & Distriutors Sdn. Bhd. 1994 Kamus Dewan Bahasa, Edisi Ketiga. Dewan Bahasa Dan Pustaka 1998.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai