Anda di halaman 1dari 3

Ulasan 2 - Keluarga Bahagia

Cara-cara untuk memupuk keluarga bahagia ialah setiap anggota keluarga


seyogianya menjalankan peranan masing-masing. Hal ini dapat memastikan sesebuah
keluarga itu berfungsi. Sebagai contoh, isteri menjaga hal ehwal rumah, manakala
suami bekerja dan anak-anak pula bersekolah. Sementelahan, ibu bapa juga patut
menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak. Hal ini merupakan satu peluang
keemasan bagi anak-anak untuk meluahkan masalah, berbincang masalah dan
akhirnya bersama-sama menyelesaikannya. Sebagai tamsilan, sekiranya anak-anak
menghadapi masalah dalam pelajaran, ibu bapa boleh mendengar luahan anak-anak
dan seterusnya mencari jalan penyelesaian untuk membantu anak-anak.
(85 patah perkataan)
Isi Tersurat Isi Tersirat
1

5
Cara memupuk semangat kejiranan

Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita. Jiran memberi kesan baik atau
buruk kepada kita dan keluarga. Ini kerana jiran yang baik akan mengembirakan kita, manakala
jiran yang sebaliknya akan menyebabkan kita sengsara seperti pergaduhan dan sebagainya. Oleh
itu, sewajarnyalah kita sentiasa memupuk semangat kejiranan.

Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling tegur-menegur dan kunjung-
mengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa perayaan, jiran sakit, kelahiran
anak, kenduri dan lain-lain lagi. Ini akan mengeratkan hubungan kejiranan kerana kita saling
mengambil berat antara satu sama lain.

Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan gotong-royong. Melalui aktiviti
ini, kita dapat berkenalan, bertanya khabar berbual-bual dan sebagainya. Justeru, kita dapat
mengenali jiran dengan lebih rapat lalu mengeratkan hubungan sesama jiran.

Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap masalah jiran. Apabila jiran
kita mengalami kesusahan seperti kereta rosak dan sebagainya, kita mestilah bersedia
menghulurkan bantuan sekadar mampu jika diperlukan. Dengan itu, lahirlah sikap hormat-
menghormati dan kasih sayang sesama jiran.

Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga. Pelbagai cara boleh kita
lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti mengada aktiviti hari keluarga sesama jiran
terdekat. Pupuklah semangat kejiranan agar hubungan kita dengan jiran tetangga sentiasa aman
dan harmoni.

Anda mungkin juga menyukai