Anda di halaman 1dari 1

Faedah mengadakan majlis rumah terbuka

Amalan rumah terbuka sudah menjadi lumrah dalam kalangan


masyarakat Malaysia. Apabila tiba sahaja musim perayaan seperti
Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina dan sebagainya.
Masyarakat Malaysia akan mengambil kesempatan untuk mengunjungi
rumah terbuka yang diadakan oleh jiran tetangga.

Antaranya ,kita dapat memahami budaya kaum-kaum


lain.Amalan rumah terbuka membolehkan masyarakat mengenali
budaya, adat resam dan agama kaum-kaum lain.Hal ini juga dapat
mewujudkan perasaan muhibah dan hormat-menghormati antara satu
sama lain.

Selain itu, kita juga dapat mengukuhkan perpaduan kaum.


Masyarakat berbilang kaum dapat hidup bersatu padu dan saling
bekerjasama untuk menjayakan majlis rumah terbuka. Dengan itu,
perpaduan kaum dapat membentuk negara yang harmoni dan aman
damai.

Akhir sekali, kita juga boleh memupuk semangat kejiranan.


Dengan mengadakan majlis rumah terbuka , kita dapat bergotong-
royong dan kunjung-mengunjungi sesama jiran tetangga.Kesannya ,
hubungan kejiranan akan bertambah erat dan mesra.

Kesimpulannya, amalan rumah terbuka semasa menyambut


perayaan pelbagai kaum di Malaysia seharusnya dijadikan suatu
tradisi kehidupan rakyat negara ini.

155p.p

Anda mungkin juga menyukai