Anda di halaman 1dari 1

Hidup Sepakat Membawa Berkat

Yang Dihormati Saudara Peneraju Agenda, yang berusaha tuan Guru Besar, barisan
Penolong Kanan, para hakim penentu juara, guru-guru, serta rakan-rakan yang saya
hormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. “Hidup Sepakat Membawa Berkat”. Begitulah
bunyi tajuk syarahan saya pada pagi ini.

“Hidup Sepakat Membawa Berkat”. Merujuk kamus dewan edisi ketiga, hidup
sepakat membawa maksud hidup saling bekerjasama manakala membawa berkat pula
bermaksud mendatangkan kebaikan dan faedah. Huraian ini serasi dan sinonim dengan
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama, dan keturunan.

Hadirin yang saya hormati,

Amalan bermuafakat dan ringan tulang perlu dipraktikkan dalam kehidupan kita.
Bergotong-royong melakukan sesuatu kerja adalah contoh semangat permuafakatan
dalam masyarakat.

Amalan sebegini mampu memupuk nilai murni sejagat. Rakyat negara kita terdiri
daripada pelbagai kaum. Namun begitu, mereka hidup dalam keadaan yang harmoni
kerana saling bekerjasama. Semangat kerjasama perlu dipupuk sejak daripada kanak-
kanak lagi, seperti kata pepatah, kalau hendak melentur buluh, biarlah daripada
rebungnya.

Hadirin sekalian,

Amalan bantu-membantu dan bekerjasama juga berupaya menjana semangat


kejiranan. Kehidupan berjiran akan lebih bermakna, aman, dan damai. Pembangunan
dapat dilaksanakan oleh kerajaan untuk faedah semua rakyat.

Oleh sebab itu, ungkapan “Hidup Sepakat Membawa Berkat” wajarlah dihayati
dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat kerana mendatangkan banyak kebaikan.
Sekian sahaja syarahan saya. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai