Anda di halaman 1dari 1

Sirih berlipat sirih pinang,

Sirih dari Kota Indah,


Pemanis kata selamat datang,
Salam sejahtera pembuka mudah.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru dan rakan-
rakan yang dikasihi sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.Berdirinya saya di sini untuk
menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk,"Hidup Muafakat, Membawa Berkat".
Hadirin sekalian,
Hidup muafakat dapat didefinisikan sebagai cara hidup berteraskan persefahaman bersama.
Manakala membawa berkat pula bermaksud memperoleh manfaat dan kebaikan. Oleh itu, dalam
kehidupan seharian, kita perlu mengamalkan sikap kerjasama dan persefahaman agar kehidupan kita
lebih bermanfaat.
Cara hidup bermuafakat wajar dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Amalan bantu-membantu
dalam melakukan sesuatu aktiviti seperti bergotong-royong, membuat kenduri-kendara merupakan
contoh semangat permuafakatan dalam sesebuah masyarakat. Amalan bekerjasama perlu dipupuk
sejak di bangku sekolah lagi. Apatah lagi rakyat di negara kita ini hidup berbilang bangsa. Dengan
adanya semangat permuafakatan dan saling bekerjasama, perpaduan dalam kalangan masyarakat
majmuk di negara kita semakin kukuh dan harmoni.
Hadirin sekalian
Kita mestilah mengamalkan ciri-ciri positif dalam kehidupan bermasyarakat. Ciri tersebut termasuklah
amalan ziarah-menziarahi sesama jiran tetangga. Amalan ini bertujuan untuk kita bertanya khabar dan
membantu jiran yang menghadapi masalah. Amalan seperti ini dapat mengeratkan hubungan sesama
penduduk.
Selain itu, setiap penduduk juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti seperti bergotong-royong,
menghadiri majlis kenduri perkahwinan dan menjayakan majlis rumah terbuka yang diadakan oleh
jiran tetangga.
Melalui amalan-amalan sebegini, para penduduk dapat berkenal-kenalan, bergaulan, bertukar-tukar
pendapat dan sebagainya. Sikap saling menghormati dapat disemaikan dalam diri setiap orang secara
tidak langsung dan seterusnya melahirkan masyarakat yang aman dan harmoni.
Sikap bantu-membantu dan kerjasama pastinya akan membawa banyak kebaikan kepada
masyarakat. Apabila negara aman, maka kerajaan dapat menumpukan perhatian kepada
pembangunan negara untuk kebaikan dan faedah rakyat.
Hadirin sekalian,
Akhir sekali,saya berharap agar ungkapan"Hidup Muafakat Membawa Berkat" wajar dihayati dan
diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat kerana ungkapan ini mendatangkan banyak kebaikan
kepada semua pihak yang mengamalkannya.
Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai