Anda di halaman 1dari 3

Kepentingan Semangat Kejiranan

Malaysia terkenal dengan kaum rakyatnya yang penuh diversiti, bangsa, pakaian
tradisi dan makanannya. Namun, semangat kejiranan kurang dipraktikkan di negara
kita, khususnya di bandar. Hal ini kerana rakyat masing-masing mempunyai pekerjaan
dan sentiasa sibuk sehingga tiada masa menghiraukan jiran sebelah mereka. Hal ini
menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur dipraktikkan dan hubungan yang
longgar sesama jiran. Walakin pihak kerajaan telah menggiatkan pelbagai usaha untuk
memupuk semangat ini dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, namun inisiatif
ini tidak kelihatan memberi impak positif yang ketara. Menurut Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Karim, beliau
mengatakan rasa kecewanya tentang semangat kejiranan di Malaysia. Masyarakat
sepatutnya sedar betapa pentingnya semangat kejiranan di negara kita.

Semangat kejiranan dapat membenarkan masyarakat untuk memupuk semangat


bekerjasama. Dengan ini, masyarakat dapat berganding bahu dan sama-sama
mengendalikan sesuatu majlis seperti kenduri, perkahwinan dan kenduri kesyukuran.
Tugas dapat dibahagikan kepada mereka dan akan menjimatkan masa, kos dan tenaga
secara tidak langsung. Bertitik tolak daripada itu, mereka akan berbual-bual dan
mengenali jiran mereka masing-masing. Masyarakat juga dapat menghulurkan
bantuan kepada jiran yang memerlukan dan perkara ini dapat dilakukan secara
gotong-royong. Selain itu, masyarakat akan menggembleng kudrat sekiranya
berlakunya kecemasan dan bersatu padu supaya mudah menangani masalah yang
dihadapi. Oleh itu, dengan adanya semangat kejiranan masyarakat dapat memupuk
persefahaman sesama sendiri dan bersatu padu.

Seterusnya, kita dapat menyaksikan betapa pentingnya semangat kejiranan untuk


melahirkan semangat kekitaan. Perpaduan amat penting bagi sesebuah negara agar
keadaan aman dan stabil. Sekiranya masyarakat mengenali jiran pelbagai kaum, maka
mereka akan berinteraksi dan memupuk hubungan silaturahim yang erat dengan
menyelami pantang larang, cara hidup, adat dan tradisi kaum lain. Rakyat akan saling
membantu untuk menjayakan perayaan dan menghormati identiti kaum jiran. Dalam
konteks ini, masyarakat tidak akan menimbulkan masalah perkauman atau isu sensitif
yang menggugat hubungan dan keamanan negara serta mengakibatkan huru-hara.
Masyarakat tentu tidak menginginkan negara lain memandang serong terhadap negara
kita. Maka, dengan bertunjangkan kesahihan fakta, hakikatnya dapatlah kita
simpulkan bahawa semangat kejiranan mempunyai kepentingannya dalam aspek ini.
Sebagaimana yang kita maklumi, semangat kejiranan mampu melahirkan masyarakat
yang harmoni. Sebagai analoginya, jikalau masyarakat tidak mengenali antara satu
sama lain, dan berlakunya perselisihan faham antara mereka. Satu pihak tidak
bertoleransi dan bertengkar dengan jiran sebelah. Hal ini adalah disebabkan oleh
kurangnya bergaul sesama sendiri dan tiada persefahaman. Mereka akan saling
berprasangka buruk dan bersifat individualistik sehingga menganggu keharmonian.
Oleh itu, masyarakat harus mendekati jiran dan mengenali mereka dengan lebih
mendalam. Mereka boleh mengambil inisiatif dengan menyertai Rukun Tetangga
yang merupakan kumpulan yang terdiri daripada penduduk sesebuah kawasan
petempatan. Mereka akan ditugaskan untuk meronda pada waktu malam untuk
mengawasi rumah di samping mengurangkan kegiatan jenayah. Dengan ini, mereka
akan menggabung tenaga dengan memainkan peranan dan seterusnya hidup secara
harmoni.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa semangat kejiranan dapat
memudahkan kerajaan melaksanakan program pembangunan. Masyarakat yang hidup
bersama secara aman dapat membenarkan kerajaan melakukan pembinaan tanpa
tentangan daripada masyarakat. Mereka akan bertoleransi dan menerima tindakan
kerajaan secara terbuka. Masyarakat akan bekerjasama dan menyokong usaha
kerajaan. Sekiranya tiada kerjasama daripada rakyat, maka tidak hairanlah program
yang dijalankan oleh kerajaan akan gagal. Keadaan ini akan menundakan proses
pembangunan sebagai negara maju dan memberi impak buruk kepada kita. Adakah
kita ingin melihat tanah air musnah di tangan kita sendiri? Oleh hal yang demikian,
masyarakat perlulah mengamalkan semangat kejiranan untuk kebaikan semua.

Walhasil, setiap anggota masyarakat hendaklah menggembleng tenaga bagai aur


dengan tebingdan janganlah sesekali bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing. Sinergi daripada semua pihak perlu dipupuk
umpama sakit sama mengaduh dan luka sama menyiuk bagi membentuk suatu
anjakan aradigma yang mementingkan semangat kejiranan. Kita tidak seyogianya
bersikap tutup sebelah mata, sebaliknya buka mata, buka minda, buka hati dan kenali
diri. Semangat kejiranan wajib disemarakkan dalam kalangan masyarakat dan
dimantapkan lagi. Guru-guru, ibu bapa dan pihak kerajaan juga memainkan peranan
vital dalam menggiatkan lagi prakarsa dengan memberi didikan, menjadi suri teladan
dan mengadakan kempen yang melibatkan masyarakat pelbagai usia dan kaum.
Dengan ini, masyarakat dapat menyedari akan kepentingan semangat kejiranan dan
bertindak secara glokal.

Anda mungkin juga menyukai