Anda di halaman 1dari 4

 

Amalan rumah terbuka sudah menjadi lumrah dalam kalangan masyarakat


Malaysia.

Sebenarnya, amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak memberikan


kemaslahatan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam
kalangan anggota masyarakat di negara kita. Perpaduan yang terjalin sekali gus
dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha
untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa. Selain itu, amalan rumah
terbuka memberikan makna besar kepada anggota masyarakat mengenai
perpaduan yang harus wujud untuk mengelakkan sebarang unsur prejudis
terhadap keharmonian kaum.

 Dari perspektif yang lain , amalan rumah terbuka dapat membantu rakyat
Malaysia memahami budaya kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan
itu bersama-sama walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan agama.
Amalan ini juga membolehkan setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain
selain didedahkan kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka
sendiri.

 Amalan rumah terbuka juga dapat merapatkan hubungan silaturahim


dalam hubungan kekeluargaan. Hal ini dikatakan demikian kerana
simboliknya amalan rumah terbuka merupakan medan pertemuan yang paling
sesuai untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara ahli keluarga.
Fenomena seperti ini amat dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan
sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu dan pudar.

  Dari kaca mata yang berbeza, penganjuran rumah terbuka juga


merupakan daya tarikan kepada pelancong asing yang melancong di negara
kita. Mereka bukan sahaja datang ke Malaysia untuk melancong dan menikmati
keindahan negara tetapi mereka juga dapat mengalami dan menghayati sendiri
keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini semasa menyambut
perayaan kaum masing-masing.

   Setelah menghalusi hujah-hujah di atas, bayang kian jelas bahawa amalan


rumah terbuka memang banyak membawa  manfaat kepada masyarakat dan
negara. Oleh itu, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh
semua pihak. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, kemungkinan
amalan ini akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk
menganjurkannya. Kita tidak mahu menjadi seperti rumah sudah siap pahat
berbunyi  apabila menganjurkan rumah terbuka. Jika amalan murni ini
dibudayakan, sudah pasti hasrat negara untuk mencapai Gagasan
1Malaysia akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin.
 
Perpaduan merupakan antara elemen terpenting dalam pembentukan sesebuah negara
 

yangharmoni. Perpaduan ini dapat dipupuk dengan semangat kejiranan yang utuh.


Sememangnya tidakdapat disangkal bahawa masyarakat yang bersatu padu bermula
dengan adanya semangat kejirananyang tersemai dalam jiwa. Oleh itu,setiap individu haruslah
memiliki semangat kejiranan yang tinggidemi mengekalkan keharmonian dan kemakmuran
negara yang berbilang kaum. Namunbegitu,semangat kejiranan semakin luntur
dalam kalangan masyarakat kini. Justeru,senario ini haruslahdisusuli dengan langkah
yang efektif supaya dapat dibendung sebelum masalah seumpama ini terusmenular
menjadi barah yang akan menjejaskan keharmonian negara.

Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha memupuk semangat kejiranan


termasuklahmengamalkan amalan ziarah-menziarahi. Amalan ini dapat mengeratkan
hubungan silaturahim sesama jiran. Malah,amalan ziarah-menziarahi ini sangat
digalakkan dalam Islam. Misalnya,apabila jiranbertandang ke rumah,sudah semestinya kita
akan menyambut baik kedatangan mereka dan melayanmereka dengan penuh adab sopan. Hal
ini seterusnya akan melahirkan rasa hormat dan kasih sayangsesama individu. Oleh
itu,amalan ziarah-menziarahi wajar dibudayakan dalam masyarakat.

Selain itu,semangat kejiranan dapat turut dipupuk melalui amalan gotong-royong.


Amalangotong-royong sememangnya membawa banyak manfaat kepada masyarakat.
Hal ini kerana apabilasegolongan masyarakat bersatu menjalankan aktiviti gotong-
royong membersihkan kawasanperumahan, mereka bukan sahaja dapat memelihara
kebersihan tempat kediaman mereka malah dapatmengeratkan hubungan sekaligus
memupuk semangat kerjasama. Di samping itu, nilai kerjasama danmasyarakat yang prihatin
juga dapat diwujudkan. Justeru,masyarakat mestilah melibatkan diri dalamaktiviti
seumpama ini untuk kebaikan bersama

Tambahan pula,rumah-rumah terbuka yang lazimnya diadakan ketika musim perayaan


wajardilihat sebagai satu langkah yang efektif dalam usaha memupuk semangat
kejiranan. Negara kita yangmempunyai masyarakat yang berbilang kaum membolehkan
kita melihat pelbagai jenis adat danbudaya. Apabila rumah terbuka
diadakan,masyarakat akan dapat mengenali adat dan budaya kaum lain.Hal ini
akan dapat mewujudkan persefahaman dan sekali gus mengelakkan perselisihan
faham yangboleh menjejaskan perpaduan kaum. Oleh itu,amalan rumah terbuka ini
wajar diteruskan dalam masyarakat

Akhir sekali, semangat kejiranan yang semakin luntur tidak wajar dipandang


enteng. Sebaliknya,perlulah dianggap sebagai satu perkara yang sangat penting
dalam masyarakat. Kerajaan haruslah terusmelakukan usaha-usaha yang boleh
mengukuhkan lagi perpaduan dalam masyarakat di negara kita
ISI 1:
AI – menubuhkan persatuan / pertubuhan
AH:
- membentuk persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur
- melibatkan semua penduduk sebagai ahli tanpa mengira kaum
- Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung
(JKKK), Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya
AC:
- Pertubuhan Rukun Tetangga – bergilir-gilir mengawasi keselamatan setempat
untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini
- mengadakan rondaan bergilir-gilir – memaparkan sikap kerjasama bagai aur
dengan tebing
AKI:
- Penubuhan persatuan / pertubuhan dapat mengeratkan hubungan antara jiran

ISI 2:
AI – mengadakan aktiviti gotong-royong
AH:
- jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang untuk menjayakan
aktiviti tersebut - dapat berkenal-kenalan dan dapat mengenali hati budi jiran
dengan lebih dekat kerana tak kenal maka tak cinta
AC:
- membersihkan kawasan taman perumahan, mengadakan kenduri-kendara dan
sebagainya
AKI:
- Aktiviti serampang dua mata – hubungan silaturahim antara jiran terjalin dan
kebersihan terjamin

ISI 3:
AI – mengadakan majlis rumah terbuka
AH:
- dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan
- jiran dapat bertanya khabar dan berkongsi pengalaman
- berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang
disediakan oleh tuan rumah
AC:
- Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan sebagainya dijadikan
acara tahunan
AKI:
- mampu merapatkan hubungan antara jiran

ISI 6:
AI – Kerajaan mengadakan kempen kesedaran
AH:
- menyampaikan mesej tentang kepentingan semangat kejiranan
- menggunakan wadah media massa untuk menyampaikan mesej
- masyarakat akan mula mempersoalkan semangat kejiranan mereka dan berusaha untuk
meninggalkan semangat itu
- kempen perlu berterusan atau berketiak ular dan bukannya hangat-hangat tahi ayam
AC:
- menyiarkan iklan yang menarik
AKI:
- peranan kerajaan juga penting untuk memupuk semangat kejiranan
sikap mementingkan diri sendiri bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing dan sikap apati pada era ini perlu dikikis dalam setiap
sanubari anggota masyarakat

berusaha dan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk


memastikan semangat kejiranan terpelihara demi memastikan
keamanan dan keharmonian negara terpelihara

Anda mungkin juga menyukai