Anda di halaman 1dari 8

Jalan Lan Lan,

Sungai Sadit,
96000 Sibu,
Sarawak.
5 Mei 2012

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di
hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di satu taman atau di
sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita.
Jiran sangat signifiken kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang
yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah
Melayu ada mengatakan bahawa"Jiran sepakat membawa berkat".Jadi, kita
perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam
melakukan sesuatu perkara. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang
dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada
banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini
berterusan kerana memang ada kepentingannya.Persoalannya apakah kepentingan
semangat hidup kejiranan dalam kalangan masyarakat?
Kepentingan semangat hidup kejiranan dalam kalangan masyarakat adalah akan
dapat memupuk hubungan silaturaham antara jiran. Hal ini dikatakan
demikian kerana, memupuk hubungan yang baik antara jiran amat penting bagi
mewujudkan sebuah kehidupan yang harmoni dan aman antara jiran. Hubungan
baik antara jiran dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong, ziarah-menziarahi
serta sukan komuniti. Amalan gotong-royong akan dapat menyatukan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum. Hal ini bertepatan dengan peribahasa seperti aur
dengan tebing. Selain itu, hubungan baik melalui amalan gotong-royong ini, setiap
komuniti akan saling bertanya khabar dan dapat dilakukan dengan cara membersih
taman-taman di kawasan kediaman. Sebagai contoh, amalan gotong-royong ini
boleh dilakukan di kawasan pembiakan nyamuk aedes dan dapat menghalang
masyarakat kejiranan daripada dijangkiti demam denggi. Sekiranya semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak dapat direalisasikan, sudah pasti
hubungan baik antara jiran tidak dapat dipupuk. Jelaslah bahawa semangat
kejiranan dapat diwujudkan melalui hubungan baik antara jiran.

Selain itu, melalui masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan juga akan
menjamin keselamatan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, jiran
yang baik akan bersama-sama menjaga kawasan kediaman mereka daripada
berlaku kejadian yang tidak diingini, seperti kejadian pecah rumah. Masyarakat
sebegini boleh membuat rondaan pada waktu malam bagi memastikan kawasan
kediaman mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat. mereka juga akan
melaporkan kejadian tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab apabila
kawasan kediaman mereka dimasuki orang yang mencurigakan. Sekiranya
masyarakat di negara ini tidak mengamalkan cogan kata jiran sepakat membawa
berkat dengan sebaiknya bersama jiran tertangga mereka sudah pasti keselamatan
masyarakat tidak mendapat jaminan yang sepenuhnya. Tegasnya masyarakat yang
mempunyai semangat kejiranan ini dapat menjamin keselamatan masyarakat
setempat.
Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya,
kedatangan pelancong asing ke negara ini banyak disebabkan kehidupan
masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik
dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan
masyarakat banyak membantu menarik kehadiran pelancong terutamanya ketika
musim perayaan besar. Sebagai contohnya pada sambutan Hari Kemerdekaan,
Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan
masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat disukai oleh para pelancong
asing tersebut . Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti Program
Homestay atau Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan
semangat hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya . Maka sememangnya
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan
membawa pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara.

Saya berharap rakyat Malaysia perlu mempunyai kesedaran untuk berubah.


Dalam mencipta satu resipi makanan misalnya, kita memerlukan bahan yang
benar-benar berkualiti bagi hasil yang memberangsangkan. Begitu juga dengan
semangat kejiranan yang ingin dibentuk. Kita memerlukan unit masyarakat yang
syumul dan mahukan perubahan. Nescaya, kerjasama dan sinergi yang ampuh
antara ahli masyarakat amat diperlukan bagi memanifestasikan sebuah komuniti

yang bersatu. Janganlah menjadi seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing. Malah, hasil kajian Jabatan Perpaduan Malaysia menunjukkan
sikap mementingkan diri merupakan faktor utama kelunturan semangat kejiranan.
Lantaran itulah, sesebuah organisasi masyarakat itu perlu bersedia melakukan
anjakan paradigma demi kebaikan bersama.

Saya berharap rakyat Malaysia mestilah perlu merancang mencari jalan


untuk memupuk semangat kejiranan.Amalan berbudi bahasa turut menyambung ke
arah menyuburkan hidup kerajinan. itu. Kita harus menggalakkan rakyat supaya
melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk
setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem
organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua
penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam
masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan
Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai
contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilirgilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang
tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu
ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau
saling membantu dalam kehidupan.

Saya berharap rakyat Malaysia harus menyedari hakikat ini dan menggembleng
tenaga untuk mencari penyelesaian bagi masalah ini kerana semangat kejiranan
menjadi teras perpaduan masyarakat. Perlu ingatlah bahawa bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh. alam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu
berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu
perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah
diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat.
Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus
mekar dalam masyarakat kita.Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan
semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua
harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?

Intihanya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana


harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar
terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing
pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan
modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah
kegemilangan di puncak jagat.Semua pihak hendaklah memainkan peranan dalam
mengamalkan semangat kejiranan kerana bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat. Oleh itu, saya berharap negara kita akan sentiasa
terpelihara untuk memastikan aman, harmoni dan sejahtera negara.
Rakyat Malaysia,
Ngui Miew Ling

Ibu bapa adalah pendidik terbaik untuk anak-anak

Keluarga bahagia tunjang kemakmuran Negara.Penyataan ini jelas


menunjukkan bahawa keluarga memang memainkan peranan yang sangat penting
dalam membentuk keperibadian mulia dalam sanubari anak-anak.Remaja kini
sering melibat diri dalam masalah sosial yang telah mencentuskan isu polemik
dalam kalangan media massa yang saban hari meniti dari bibir ke bibir umat
manusia di segenap empat penjuru dunia ini.Hal ini dikatakan demikian kerana
peningkatan masalah social bagai cendawan tumbuh selepas hujan telah
membimbangkan ramai orang.Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?
Sudah tentu,sesuatu perkara berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya
kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin.Pembentukan
keperibadian mulia anak-anak perlu bermula daripada institusi keluarga sejak kecil
lagi.Anak ibarat kain putih,ibu bapalah yang insan yang bertanggungjawab
mecorakkannya.Jika merah,merahkah ia,jika biru,birulah ia.Pembentukan
keperibadian mulia anak-anak bermula dalam institusi keluarga. Ibu bapa
merupakan pendidik terbaik untuk anak-anak.
Ibu bapa merupakan pendidik terbaik untuk anak-anak dengan menunjukkan
contoh yang baik serta menjadikan diri sebagai teladan yang terpenting dalam
pembelajaran dan kehidupan bagi anak-anak .ibu bapa ialah orang yang paling
hampir dengan anak kerana mereka tinggal sebumbung.Anak-anak yang berfikiran
suci akan mencontohi tingkah laku ibu bapa mereka,bak kata orang tua ibarat
bapa borek ,anak rintik. .Ibu bapa perlu berobligasi dengan mendidik anak-anak
dengan amalan-amalan yang positif kerana berlaku masalah sosial dalam kalangan
remaja kini semakin meningkat,bak kata orang tua,cendawan tumbuh selepas
hujan.Remaja kini yang baru berumur setahun jagung,darah baru setampuk
pinang juga akan mudah terjebak dalam kancah negatif.Hal ini dikatakan demikian
kerana masalah ini telah membimbangkan ramai orang .Ibu bapa jangangan seperti
ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul.Melalui nasihat dan ajaran yang
baik,sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara membezakan intan dan kaca kerana
sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna lagi.Anak-anak juga akan
sentiasa bersikap penyayang dan prihatin serta sentiasa berbudi mulia dalam
pergaulan seharian.Tegasnya,institusi keluarga merupakan salah satu langkah yang
signifikan dalam membentuk keperibadi anak yang baik dan berdikari.
Selain itu, ibu bapa haruslah memberi pendidikan dan asuhan yang baik sejak

kecil lagi,bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya.Anak-anak dapat


mengimplimentasikan nilai-nilai murni dan sikap positif ini dalam kehidupan
seharian,seterusnya dapat membentuk sanubari yang baik.Ibu bapa janganlah
hanya sibuk mengejar tuntutan material atau kebendaan berbanding meluangkan
secangkir masa untuk melihat proses perkembangan anak-anak mereka.Janganlah
melepaskan tanggungjawab mejaga dan mengasuh anak-anak mereka kepada ibu
yang sudah tua dan orang gaji yang diupah.Ibu bapa merupakan uswah hasanah
kepada anak-anak di rumah.Oleh hal yang demikian,mereka mestilah sentiasa
bersikap penyayang dan berbudi pererkti mulia dan jangan sekali dijadikan ketam
mengajar anaknya berjalan lurus ,sedangkan diri sendiri berjalan mengirim.Sudah
terang lagi bersuluh bahawa jati diri anak-anak dapat di bentuk melalui institusi
keluarga khususnya ibu bapa yang memainkan peranan yang penting.Tegasnya,ibu
bapa bereranan penting untuk memberi pendidikan yang baik dengan melahirkan
anak-anak yang menpunyai jati diri yang kukuh.
Sejajar dengan perkara yang diketengahkan,,ibu bapa merupakan pendidik
terbaik kepada anak-anak dengan memberi perhatian dan sepenuh kasih sayang
yang penuh bagai menantang minyak dengan penuh.Menurut Mahatma
Gandhi,kasih sayang adalah seperti pokok bunga yang erlu disiram setiap
hari.Peranan ibu bapa bukan hanya melahirkan anak-anak dan menghantar mereka
kepada pengasuh atau diserahkan kepada pembantu sahaja.Kasih sayang
diibaratkan inti kepada keluarga bahagia.Anak-anak diumpamakan sebagai sebuah
jentera memerlukan minyak pelincir untuk melancarkn pengerakan .Ibu bapalah
yang bertanggungjawab melancarkan pengerakan jentera.Ibu bapa juga harus
memantau dan mengawasi perlakuan kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang
berumur baru setahun jagung,darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah
negatif.Ibu bapa perlu memberi pendidikan dan nasihat yang baik serta
mengadakan perbincangan dan bukannya marah terhadap anak yang membuat
kesalahan.Ibu bapa perlu berbincang dengan anak bukannya memarahi.Ibu bapa
boleh menyelami hati dan keinginan anak-anak serta memberikan keperluan dari
segi kebendaan dan rohani Anak yana dilimpahi dengan kasih sayang akan
membesarkan dengan sihat manakala anak yang kurang mendapat erhatian
daripada ibu bapa cenderung melibatkan diri dalam kancah yang tidak sihat.Anakanak umpama sebagai sepohon bunga di tanah,ibu bapa ialah baja dan tanah.
Tegasnya,anak-anak dapat membezakan antara intan dan pemata.
Serentak dengan senario yang dibincangkan, ibu bapa merupakan pendidik
terbaik dengan menimbulkan minat membaca terhadap anak dengan membuat
diskusi apabila terdapat sesuatu isu yang menarik di dalam buku atau media massa
sejal kecil lagi. Perbincangan ini sudah pasti menimbulkan minat kerana ibu bapa

dan anak akan cuba berhujah untuk menentukan hujah mereka lebih baik. Suasana
yang mesra ini bukan sahaja merapatkan hubungan malah boleh memberi satu
peluang untuk anak membaca lebih meluas. Ibu bapa boleh
menjadikan
membaca satu rutin dalam keluarga seperti hari ahad masa membaca atau sebelum
tidur membaca mungkin anak mereka akan mengikuti teladan ini. Lama kelamaan
mereka sendiri akan berminat untuk membaca apabila sudah dewasa pula. Oleh itu,
teladan ibu bapa memberi satu peringatan kepada anak untuk menirunya secara
semula jadi.Koleksi buku yang sesuai mengikut peringkat umur anak juga harus
disediakan supaya semua boleh menikmati keseronokan membaca. Oleh itu, ruang
membaca di rumah memupuk sikap membaca dalam diri remaja..Sesungguhnya,
ibu bapa yang mampu berbincang dengan anak membuka satu perasaan ingin tahu
yang mampu dipuaskan melalui pembacaan
Bukan itu sahaja,ibu bapa harus menerapkan didikan agama yang secukupnya
dan sempurna dalam diri anak-anak sejak kecil lagi bagai melentur buluh biarlah
dari rebungnya.Pendidikan agama merupakan benteng dan pedoman dalam
menempuh kehidupan remaja yang penuh ranjau dan dapat menangkis segala
cabaran di alam fana.Tanpa adunan pasir dan simen,kayu dan batu,sudah
semestinya sebuah rumah tidak akan jadi utuh.Agama juga kukuh dalam
menangani masalah social.Ibu baa perlu melengkakan anak-anak mereka dengan
ilmu agama dan moral suaya agama dan moral menjadinakhoda kapalmereka
supaya hidup anak mereka tidak terumbang-ambing tanpa sebarang pegangan di
dunia ini, Tambahan pula,anak-anak yang cetek pengetahuan agama mudah
terpesona kerana tidak data membuat keputusan yang wajar.Ibu bapa boleh
membawa anak-anaknya bersembayang di gereja.Dengan ajaran agama,anak-anak
akan menpunyai jati diri dan mengamalkan nilai-nilai positif dalam kehidupan
seharian seperti menghormati ibu bapa,bak kata peribahasa,yang baik dijadikan
teladan,yang buruk dijadikan sempanan..Masalah anak terjebak dalam kancah
sosial seperti merempit ,melepak ,mengunjungi pusat beli-belah akan
berkurangan.Tegasnya,pendidikan agama yang bertunjangkan pendidikan agama
membolehkan seseorang membuat pertimbangan yang wajar dan menjauhi
kemulut social.
Kesimpulannya,komitmen yang jitu dan padu daripada ibu bapa adalah
penentu kepada utuh dan kukuhnya hubungan antara ibu bapa dengan
anak.Masyarakat juga perlu diberikan kesedaran tentang keperluan pendidikan
amat penting terhadap anak.keluarga merupakan mercu tanda kemakmuran dan
ketenteraman negara.Kita perlu menjangkau sehabis tangan dan menggembleng
tenaga antara satu sama lain bagai aur dengan tebing untuk membentuk keluarga
yang bahagia.Semua pihak juga perlu bersinergi supaya Malaysia bukan sahaja

sebuah Negara yang aman ,makmur malah tidak muflis dari segi norma-norma
hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dengan anak.Ibu bapa mesti menjalankan
peranan masing-masing agar tidak menjadi seperti hangat-hangat tahi ayam atau
melepaskan batuk di atas tangga.Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk
keperibadian yang mulia,sudah tentu anak remaja yang merupakan pemuda
harapan bangsa,pemudi tiang negara ini dapat menjadi pemimpin yang berkaliber
kelak.Impian perdana Menteri untuk membentuk sebuah negara yang
cermelang,gemilang dan terbilangdapat dicapai dalam tahun 2020 sebagai tarikh
penanda aras untuk merealisikan impian untuk menjadi Negara maju..

http://azman-duniaku.blogspot.com/2008/11/karangan-peranan-ibu-bapa-dalammemupuk.html

Anda mungkin juga menyukai