Anda di halaman 1dari 42

Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur dalam kalangan

masyarakat. Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk


semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.         
           Dalam kehidupan sehari-hari, keluar dari rumah, sama ada
memandang ke kanan, ke kiri atau memandang ke hadapan atau ke belakang,
rumah yang kita lihat ialah rumah jiran. Bagaimanapun kita mengasihi adik-
beradik dan saudara-mara, namun jarak yang jauh menyebabkan
pergantungan kita pada jiran tetap ada. Jiran ialah tetangga atau mereka yang
tinggal di sekitar kita. Semangat kejiranan pula membawa pengertian jiran
tetangga yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur dan bekerjasama antara
satu sama lain. Dalam kehidupan kita, kita dilarang menyakiti hati jiran,
sebaliknya kita perlu bertolak ansur dan hidup berlandaskan kasih sayang
sesama individu tanpa mengira keturunan, usia, agama atau pangkat.
Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa muafakat membawa berkat. Jadi,
kita perlulah mengutamakan jiran kita dalam kehidupan dan mengukuhkan
semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu dalam kehidupan
seharian.  Walau bagaimanapun, pada era globalisasi yang dipenuhi
pancaroba moden, semangat kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat
semakin luntur Oleh itu, semua lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa
wajar mengambil langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang wajar
diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat?

Menyedari hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan oleh


masyarakat majmuk di negara ini, maka usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa
agar nilai yang berharga ini tidak hilang daripada amalan hidup masyarakat
kini. Ibu bapa haruslah menyertai aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh
komuniti atau masyarakat setempat. Dalam hal ini, ibu bapa boleh membawa
anak-anak menyertai aktiviti tersebut bersama-sama. Melalui aktiviti gotong-
royong, semua penduduk setempat dapat berkumpul untuk berbincang
tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang,
mereka akan dapat berbual-bual dan mengenali antara satu sama lain dan
sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka
dengan lebih baik dan dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah
Melayu yang mengatakan bahawa tak kenal makan tak cinta. Sebagai contoh,
aktiviti yang boleh dijalankan secara gotong-royong adalah seperti
1
membersihkan kawasan, mengadakan rumah terbuka, kenduri dan
sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara gotong-royong memerlukan
masyarakat bekerjasama bagai aur dengan tebing agar aktiviti tersebut dapat
dijalankan dengan lancar dan baik. Melalui cara ini, setiap ahli keluarga dapat
menjalinkan hubungan mesra sesama jiran tambahan pula mereka juga sedar
akan peranan masing-masing dalam sesuatu komuniti.  Apabila dewasa kelak,
anak-anak akan melakukan perkara yang sama untuk mengeratkan semangat
kejiranan. Konklusinya, ibu bapa haruslah mengadakan aktiviti gotong-royong
agar dapat memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat.

Selain itu, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau ‘role model’ yang baik
kepada anak-anak sekiranya mahu anak-anak mengamalkan semangat
kejiranan dalam diri sendiri. Ibu bapa perlulah mengamalkan cara hidup
seperti aur dengan tebing atau ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
dan hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk mencapai
keberkatan dalam hidup. Sebagai anggota dalam sesebuah masyarakat, ibu
bapa mesti mempunyai semangat kejiranan dan prihatin terhadap jiran
mereka. Apabila mengambil berat akan hal-hal jiran, bukanlah bermaksud kita
hendak menjaga tepi kain mereka atau mengambil tahu akan hal rumah
tangga mereka, tetapi kita mengambil tahu masalah-masalah yang dihadapi
oleh jiran dan cuba membantu mereka supaya dapat meringankan beban
yang dihadapi oleh jiran. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam kehidupan
berkeluarga, setiap keluarga pasti akan menghadapi masalah dan masalah itu
hanya boleh diatasi atau dikurangkan dengan bantuan orang lain.  Sebagai
analoginya, ketika ketua keluarga kurang sihat, maka ahli-ahli keluarga itu
memerlukan bantuan daripada jiran untuk menghantar ketua keluarga itu ke
hospital, memberitahu keluarganya yang tinggal jauh dari tempat tinggal
mereka, mendapatkan bantuan kecemasan ataupun kewangan dan
sebagainya. Sikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yang ditunjukkan
oleh ibu bapa terhadap jiran, akan menyebabkan anak-anak juga turut
mengambil berat tentang jiran mereka. Tegasnya, ibu bapa yang berjaya
menjadi iktibar yang baik, sudah pasti mampu memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat.

Di samping itu, ibu bapa juga mestilah mengadakan majlis-majlis rumah


terbuka bersempena dengan sesuatu sambutan perayaan. Amalan mulia ini
bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim dan menjalin ukhuwah, tetapi
juga mampu mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
2
Melalui majlis rumah terbuka, ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama-
sama. Dalam majlis tersebut,  masyarakat dapat berkumpul dan mengenali
antara satu sama lain dengan lebih dekat. Mereka juga berpeluang untuk
bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara dan bertanya khabar sambil
menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Dengan itu, masyarakat
akan lebih memahami adat resam, agama dan budaya masing-masing di
negara ini.  Sebagai contohnya, majlis-majlis rumah terbuka sempena
sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Hari Krismas dan Hari
Deepavali hendaklah dijadikan acara tahunan  Kehadiran ibu bapa bersama-
sama ahli keluarga dalam majlis rumah terbuka, bukan sahaja dapat
memperkenalkan anak-anak mengenali lebih dekat adat resam sesuatu
budaya malah dapat menanamkan semangat kekitaan dalam diri anak-anak
dan mengamalkan semangat kejiranan Tegasnya, majlis-majlis rumah terbuka
mestilah diadakan setiap tahun agar mampu mendekatkan ahli masyarakat
untuk bertemu muka dan membentuk masyarakat yang harmoni

Seterusnya, ibu bapa hendaklah menyemai budaya ziarah-menziarahi


dalam kalangan masyarakat sebagai langkah untuk mengukuhkan dan
meningkatkan semangat kejiranan dalam diri anak-anak. Dalam hidup
bermasyarakat, ibu bapa digalakkan membawa anak-anak-anak menziarahi
jiran tetangga pada masa-masa yang sesuai. Dengan menziarahi jiran, kita
akan mengetahui masalah dan keadaan yang dihadapi oleh jiran kita. Semua
masalah boleh diselesaikan bersama-sama dan hal ini akan menjadikan hidup
mereka lebih aman dan sentosa walaupun dalam keadaan yang serba
kekurangan. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak
berkunjung ke hospital jika kita mendapat tahu bahawa jiran kita telah
dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit . Amalan ini
dapat membentuk sifat kasih sayang dan sikap ambil berat serta membuang
sejauh-jauh sikap anani dan hidup seperti enau di dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing’. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa
berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran,
kita mestilah berpegang teguh pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa
juga. Jadi, melalui lawatan kita, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan
beban yang dialami oleh jiran kita dan secara tidak langsung, mereka dapat
hidup dengan lebih selesa, aman dan tenang. Anak-anak turut mengambil
berat tentang jiran yang ditimpa masalah sama seperti ibu bapa mereka.
Jelasnya, ibu bapa boleh mengamalkan budaya kunjung-mengunjungi dalam
diri anak-anak untuk memupuk semangat kejiranan. 
3
Akhir sekali, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak supaya
melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti Hari Keluarga. Setiap komuniti
sering mengadakan aktiviti seperti hari keluarga untuk merapatkan hubungan
dalam kalangan masyarakat setempat. Aktiviti kemasyarakatan ini kerap
diadakan sama ada di padang, taman rekreasi atau di tepi pantai. Ibu bapa
boleh membawa anak-anak bersama-sama dan setiap ahli keluarga boleh
menyertai permainan yang disediakan.  Selain itu, ibu bapa boleh
mendedahkan kepada anak-anak tentang kepentingan hidup bantu-membantu
dalam masyarakat setempat yang mempunyai satu sistem yang teratur. 
Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk
tempatan sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan
dalam masyarakat seperti pertubuhan rukun tetangga, Jawatankuasa
Keselamatan dan Kebajikan Kampung (JKKK) dan sebagainya. Sebagai
contoh, melalui pertubuhan seumpama ini, masyarakat setempat mengawasi
keselamatan kawasan tempat tinggal atau taman secara bergilir-gilir untuk
mengelakkan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini daripada
berlaku seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya. Hal ini dapat
kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang
mementingkan semangat kejiranan atau saling membantu antara satu sama
lain dalam kehidupan. Jelasnya, ibu bapa berperanan penting untuk
menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial sebagai
langkah untuk memupuk semangat kejiranan.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat saya simpulkan bahawa


semangat kejiranan dalam setiap individu amat penting untuk melahirkan
masyarakat yang penyayang dan membentuk perpaduan kaum.  Walau apa-
apa pun keadaan dan di mana-mana pun kita tinggal, kita perlulah mempunyai
jiran yang baik hati, iaitu jiran yang menjadi tempat untuk meminta bantuan
ketika kita dalam keadaan yang susah dan sentiasa menghulurkan bantuan
dengan senang hati dan menghiburkan ketika kita senang. Jadi, untuk
mempunyai jiran yang baik, maka kita perlu menonjolkan diri kita sebagai jiran
yang baik kepada jiran kita. Sekiranya kita berbaik-baik dengan jiran, maka
jiran juga akan berbaik-baik dengan kita. Jiran Sepakat Membawa Berkat
perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Jangan kita berasa
susah dalam usaha mengamalkan budaya yang terpuji ini. Amalkan dengan
hati yang tulus, barulah kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan. Oleh
itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan kaum akan
4
bertambah utuh.   Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha
untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa diamalkan supaya negara kita
sentiasa aman, harmoni, dan sentosa.

Jati diri rakyat Malaysia menjadi teras dan kekuatan dalam


menghadapi arus globalisasi.
Huraikan ciri-ciri remaja yang memiliki jati diri yang kukuh.

PENDAHULUAN
BIDANG Definisi jati diri menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
-sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari segi adat, bahasa,
budaya, agama sebagainya)
-menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu
serta sesuatu bangsa
-setiap warganegara mempunyai jati diri yang istimewa sebagai
lambang identiti sesuatu bangsa
TEMA Remaja di Malaysia
-haruslah memiliki jati diri yang kukuh
-tidak dilabelkan sebagai golongan “Mat Salleh” celup atau
orang putih celup
-mendepani onak cabaran dan duri dugaan pada zaman
pascamilenium
SOALAN Remaja harus memiliki ciri-ciri berikut agar dapat menjadi
warganegara membentengi ombak globalisasi dalam arus
modenisasi

ISI 1
CIRI-CIRI “Beri aku 1000 orang tua, nescaya akan kucabut
REMAJA semeru dari akarnya, beri aku 10 orang muda, nescaya
YANG akan kugoncang dunia”
BERJATI DIRI -bersemangat patriotik dan berjiwa nasionalis sejak kecil
demi membina bangsa yang bersemangat cinta akan
negara
SEBAB -penjajahan pernah berlaku di negara kita
-dijajah Portugis, Belanda, Jepun, dan Inggeris
-risiko penjajahan tetap ada pada zaman globalisasi

5
CONTOH -remaja harus mengamalkan semangat sedia berkorban
demi bangsa dan negara
KEPENTINGAN -memastikan keamanan dan kedaulatan di negara dapat
CIRI-CIRI dikekalkan
TERSEBUT -generasi akan datang dapat mendiami negara yang aman
damai dan saujana mata memandang
KESIMPULAN -remaja yang mempunyai jati diri kukuh harus dipupuk sejak
kecil keranameluntur buluh biarlah daripada rebungnya.

ISI 2
CIRI-CIRI -Dari segi adat, remaja tidak boleh melupakan adat resam
REMAJA -dicipta oleh nenek moyang dan harus diamalkan dari
YANG generasi ke generasi
BERJATI DIRI
SEBAB -adat resam ialah peraturan lama yang tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas
-mampu mendisiplinkan kita
-membentuk remaja yang ada jati diri
CONTOH -menghormati orang yang lebih tua
-berbudi bahasa kepada sesiapa sahaja
-mengekalkan keharmonian pada bila-bila masa dan di
mana-mana sahaja
KEPENTINGAN -membentuk kesopanan yang kukuh dalam diri remaja
CIRI-CIRI -mengelakkan kebiadaban dan kebobrokan yang kian
TERSEBUT membimbangkan
-melahirkan warganegara yang tidak mudah dipengaruhi
anasir jahat
KESIMPULAN -mampu menjadi suri teladan kepada remaja di seantero
jagatraya
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

6
ISI 3
CIRI-CIRI -menyanjung dan menghormati bahasa Melayu sebagai
REMAJA kebangsaan
YANG -menghayati inti pati dalam Perkara 152 Perlembagaan
BERJATI DIRI
Malaysia
-tidak boleh menganaktirikan bahasa Melayu dalam urusan
rasmi
SEBAB -rakyat Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang bangsa
dan agama
-mempunyai bahasa dan kepercayaan agama yang berbeza
-mudah bersilang sengketa dan berkonflik jika wujudnya
salah faham
CONTOH -perpaduan nasional mudah dicapai dengan kesefahaman
yang ada
-tidak ada sentimen perkauman di negara yang bebas
merdeka
KEPENTINGAN -menggunakan bahasa kebangsaan sesama rakyat untuk
CIRI-CIRI berkomunikasi
TERSEBUT -tidak melupakan bahasa ibunda
-mempelajari bahasa asing sebagai bonus dan persiapan
menuju ke institusi pengajian tinggi
KESIMPULAN -dapat menguasai pelbagai bahasa
-memiliki ciri-ciri remaja berjiwa globalisasi
-menghayati dan mengagungkan bahasa kebangsaan
sebagai remaja yang memiliki jati diri kukuh

ISI 4
CIRI-CIRI -mengekalkan ciri-ciri budaya Timur
REMAJA -akar budaya mesti diperkukuh walaupun ranting
YANG kemajuan menjalar di hutan batu
BERJATI DIRI
SEBAB -budaya orang di Timur berbeza daripada orang Barat
-mengekalkan tahap kesantunan dan kesopanan yang tinggi
-memiliki jati ciri mulia yang tidak mudah terpengaruh oleh
budaya asing
CONTOH -memakai pakaian yang kemas dan sopan kerana tidak
7
melupakanbusana tradisional
-makan dengan sopan dan santun
-menjaga imej baik keluarga
KEPENTINGAN -melambangkan kekreatifan leluhur kita
CIRI-CIRI -menghargai setiap unsur kebudayaan yang dikekalkan
TERSEBUT
KESIMPULAN -membentuk remaja yang terus unggul dari segi luaran dan
dalaman demi menghadapi arus globalisasi
-membenihkan nilai-nilai murni dalam diri untuk membaja
golongan muda menjadi tonggak utama negara pada masa
depan

PENUTUP

TEMA Remaja pada zaman ini


-diuji dengan pelbagai cabaran dalam arus globalisasi
-mampu menenggelamkan mereka ke dalam sungai
kebobrokan yang deras jika keimanan mereka senipis kulit
bawang
-mesti berjati diri unggul dan berjiwa kental pada setiap masa
BIDANG -jati diri orang timur tidak akan dilupakan
-menjadi kebanggaan dan keutamaan setiap penduduk,
terutamanya golongan remaja
-tidak segan dipanggil “Anak Malaysia” dan tidak sekali-kali
segan silu memberitahu orang asing bahawa kita bangga
menjadi anak jati Malaysia
HARAPA -remaja akan terus mempertahankan jati diri yang kukuh
N -memiliki perwatakan yang berkarisma dan berkewibawaan
-kualiti diri akan meningkat seiring kemodenan bangsa dan
negara
-pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

8
Tugasan – langkah-langkah untuk merapatkan hubungan kejiranan
dalam kalangan masyarakat

Kini hubungan kejiranan dalam kalangan masyarakat sama ada di


bandar atau di kampung semakin renggang. Jika disingkap kembali, masih
ada sebilangan masyarakat kita yang tidak mengenali jiran di sebelah rumah
mereka. Sikap individualistik seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing ini akan menghalang usaha kerajaan untuk mengukuhkan
perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Perpaduan yang kejap adalah bermula daripada hubungan kejiranan yang
kukuh. Oleh itu, pelbagai minhaj perlu dilakukan untuk merapatkan hubungan
kejiranan dalam kalangan masyarakat hari ini.

Amalan gotong-royong dalam kalangan masyarakat mampu merapatkan


hubungan antara jiran. Gotong-royong yang melibatkan semua lapisan dalam
masyarakat berbilang kaum di negara ini dapat mengeratkan  hubungan
sesama jiran. Kerja-kerja gotong-royong seperti membersihkan longkang yang
tersumbat, kawasan perkuburan dan padang permainan kanak-kanak pada
hujung minggu misalnya mampu mengukuhkan hubungan antara jiran. Hal ini
demikian kerana masyarakat dalam kawasan kejiranan sama-sama keluar
untuk melaksanakan tugas yang telah diagihkan. Mereka dapat bertemu,
bertegur sapa dan bercerita tentang kerjaya, keluarga dan isu-isu terkini
ketika  bergotong-royong. Peribahasa sambil menyelam minum air sangat
relevan dalam hal ini kerana selain dapat menyiapkan tugasan dengan cepat,
aktiviti seperti ini juga mampu merapatkan hubungan antara jiran kerana
mereka dapat mengenali antara satu sama lain. Oleh itu, amalan gotong-
royong dapat mengeratkan ikatan kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, rukun tetangga yang ditubuhkan di taman-taman perumahan


dan kampung-kampung juga dapat mengeratkan hubungan kejiranan dalam
kalangan masyarakat. Rukun Tetangga diwujudkan untuk menjaga
keselamatan dan keharmonian masyarakat sesuatu tempat. Penghuni taman-
taman perumahan dan kampung akan bertugas mengikut giliran yang telah
ditetapkan. Mereka akan meronda pada waktu malam dalam kumpulan yang
terdiri daripada 4 hingga 5 orang untuk memastikan kawasan kejiranan
mereka selamat daripada sebarang kejadian jenayah. Mereka bukan sahaja
meronda untuk memastikan keselamatan rumah sendiri tetapi juga rumah-
rumah jiran yang lain. Dengan kata lain, mereka akan menjaga rumah jiran
9
seperti menjaga rumah sendiri. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaludin Abd
Rahman semasa berucap dalam majlis bersama komuniti di Kota Bharu baru-
baru ini mengingatkan masyarakat supaya memantapkan Skim Rondaan
Sukarela (SRS) kerana program ini mampu mencegah jenayah sekali gus
hubungan kejiranan dapat ditautkan. Jadi, rukun tetangga juga mampu
merapatkan hubungan kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Seterusnya, amalan ziarah-menziarahi jiran juga dapat mengeratkan


ikatan kejiranan dalam kalangan masyarakat. Amalan ziarah-menziarahi jiran
yang sakit atau kematian misalnya dapat menjalin hubungan antara jiran.
Apabila kita menziarahi jiran yang ditimpa musibah, kita bukan sahaja dapat
mengetahui perkara yang berlaku kepada jiran kita, tetapi pada masa yang
sama juga dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka. Sebagai
contohnya, jika kita melawat jiran yang menderita sakit berpanjangan,  maka
kita dapat mencadangkan beberapa alternatif yang boleh diambil bagi
mengubat penyakit yang ditanggung. Jika selama ini mereka buntu untuk
menyelesaikan masalah, tetapi oleh sebab kita menziarahi mereka maka
penderitaan mereka dapat dikurangkan. Oleh itu, amalan ziarah-menziarahi
dapat mengeratkan hubungan sesama jiran.

Akhir sekali, hubungan kejiranan dapat dirapatkan jika aktiviti seperti


sukan komuniti dianjurkan di kawasan kejiranan. Sukan komuniti seperti
pertandingan bola sepak, sepak takraw, sukan rakyat dan sebagainya mampu
merapatkan hubungan antara jiran. Semua lapisan masyarakat sama ada
lelaki, perempuan, tua, muda atau kanak-kanak akan bersama-sama
melibatkan diri dalam sukan komuniti yang dianjurkan. Hubungan antara
mereka menjadi rapat kerana mereka dapat mengenali antara satu sama lain
dan bekerjasama merancang strategi bagi memenangi setiap pertandingan
yang disertai. Sebagai contoh, sukan komuniti seperti tarik tali yang dianjurkan
sempena program hari keluarga di kawasan kejiranan mampu mengukuhkan
hubungan kejiranan kerana disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa
mengira kaum.  Jadi, jelas menunjukkan bahawa sukan komuniti bukan sahaja
dapat mengeratkan ikatan kejiranan dalam kalangan masyarakat tetapi pada
masa yang sama mampu mengekalkan warisan kebudayaan negara agar tak
lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

10
Kesimpulannya, hubungan kejiranan perlu dirapatkan oleh masyarakat
Malaysia. Hal ini penting bagi mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita
selaras dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Abdul
Razak melalui Gagasan 1Malaysia beliau sebaik sahaja meneraju tampuk
pemerintahan negara. Sudah terang lagi bersuluh bahawa hubungan kejiranan
yang erat bukan sahaja dapat memastikan kawasan kejiranan selamat tetapi
pada masa yang sama mampu melahirkan masyarakat yang madani
walaupun negara kita terdiri daripada rakyat berbilang kaum.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa semangat patriotik semakin


luntur dalam kalangan rakyat negara ini.Huraikan usaha-usaha untuk
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara
kita.

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita


pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini demikian
kerana, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan
mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara
yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari
kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan
semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan
tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota
masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang
tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan


semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada
caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan
semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan
semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa
Melayu,“Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya
semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat
patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan
pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang
sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan
memburukkan nama negara.
11
Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian
dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam
kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini
dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik
kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan
perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji
dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian bak
kata pepatah, “Alah bias tegal biasa”. Oleh hal yang demikian, semangat
patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas
mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi
pengajian tinggi.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-


besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan
semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat
tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara
kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik
seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan
perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau
program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan
rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Hal ini juga dapat
menunjukkan bahawa masyarakat menghargai jasa pejuang-pejuang negara
bukanlah bagai kacang lupakan kulit. Selain itu media elektronik itu juga
hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-
drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan


aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat
ini.Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan
perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada
peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping
itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum
tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada
pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat
kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat
memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara
12
kaum di negara kita. Sesuai dengan peribahasa Melayu yang berbunyi, “Bulat
air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”, perpaduan kaum
akhirnya dapat menujudkan keamanan dalam negara.

Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada


pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira
bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat
akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat
patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan
menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil
perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan
menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan
yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila.
Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti
kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan
memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang. Para pemimpin tidak
harus bersengketa sesama sendiri sambil mencanangkan perpaduan dan
semangat patriotik kerana sikap ini tidak sesuai bak kata peribahasa lama
yang berbunyi  “Bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus”.

Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik


perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana,
semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan
negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa,
agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang
tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar
mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan
negara-negara maju yang lain umpana peribahasa duduk sama rendah, berdiri
sama tinggi. Sekiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan
remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan
menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah
berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat
patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

13
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEMALANGAN JALAN RAYA
Pada 22 Ogos yang lalu negara kita dikejutkan dengan berita
kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah bas awam dalam perjalanan
dari Genting Hinglands menuju ke pusat bandar raya. Dalam kemalangan
maut berkenaan, 37 orang penumpang maut, manakala 16 orang yang lain
cedera parah apabila bas berkenaan jatuh ke dalam gaung sedalam 60 meter.
Antara punca yang menjadi polemik perbualan sosial termasuklah kecuaian
pemandu, keadaan permukaan jalan dan sifat fizikal bas berkenaan yang
dikatakan uzur. Walaupun dikatakan malang tidak berbau, kita masih boleh
mengambil beberapa langkah yang proaktif dalam memastikan angka
kemalangan maut tidak terus meningkat.

Langkah utama dalam mengurangkan angka kemalangan jalan raya


sudah pastilah dengan mendidik para pemandu khususnya pemandu
pengangkutan awam supaya lebih berdisiplin ketika memandu. Peratusan
tinggi kemalangan dikatakan berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri
yang dikatakan cuai ketika berada di atas jalan raya. Sebagai contohnya,
banyak pemandu yang masih menggunakan telefon bimbit ketika memandu
yang secara tidak langsung menyebabkan mereka kehilangan fokus. Oleh itu,
kesedaran tentang kepentingan mengikut peraturan jalan raya perlu hadir dari
dalam diri kerana tanpa kesedaran dalam diri, peraturan yang digubal
umpama tidak bermakna.

Kemalangan jalan raya juga dapat dielakkan melalui pendidikan di


sekolah. Sejajar dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya,
begitulah juga halnya dalam usaha untuk mendidik pemandu agar lebih
berdisiplin ketika berada di atas jalan raya. Pihak kerajaan melalui
Kementerian Pendidikan Malaysia sememangnya maklum akan hal ini dan
telahpun memasukkan silibus keselamatan jalan raya dalam pendidikan di
sekolah. Secara tidak langsung, anak-anak yang belajar di sekolah boleh
mendapat pendidikan secara langsung tentang peraturan dan isu-isu
keselamatan ketika berada di jalan raya.

Langkah lain yang boleh diambil pula ialah dengan membaiki keadaan
jalan raya di negara kita. Jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik
sudah pasti mendatangkan bahaya kepada para pemandu dan juga
penunggang motosikal. Bukan itu sahaja, keadaan jalan raya yang gelap
tanpa sinaran cahaya lampu juga boleh membahayakan nyawa pengguna
14
jalan raya terutamanya pada waktu malam. Sebagai misalannya, kereta yang
dipandu laju di lebuh raya akan serta merta mengelak jalan yang berlubang
tanpa melihat cermin pandang sisi. Keadaan ini memungkinkan kemalangan
berlaku jika kenderaan di belakang mengikut terlalu dekat. Perkara
sebeginilah yang perlu dielakkan dalam usaha mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya.

Pihak-pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan masing-masing


dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara
kita.  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Di Raja Malaysia (PDRM),
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat Malaysia (SPAD) mahupun
organisasi berkaitan yang lain perlu berganding bahu dalam mengurangkan
kes kemalangan jalan raya ini. Sekatan-sekatan jalan raya serta rondaan
secara berkala mampu mengurangkan risiko kemalangan atau paling tidak
mendisiplinkan pemandu ketika berada di jalan raya. Namun demikian,
pemantauan yang dibuat perlulah secara berterusan dan bukannya mengikut
musim kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Langkah terakhir dalam menangani isu yang kian membarah ini sudah
tentulah melalui penganjuran kempen-kempen kesedaran dalam hal yang
berkaitan keselamatan jalan raya. Pihak swasta dalam hal ini juga boleh
menjalankan tanggungjawab sosial mereka dalam menyampaikan kempen-
kempen tersebut melalui media massa seperti televisyen, radio, akhbar
mahupun Internet. Kempen-kempen yang dijalankan ini perlulah dibuat secara
berterusan dan bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam ataupun
melepaskan batok di tangga. Secara tidak langsung masyarakat akan tahu
pihak kerajaan mahupun penganjur kempen ini bersungguh-sungguh dalam
usaha mengurangkan kecelakaan jalan raya.

Sebagai penutup bicara, banyak langkah yang boleh diambil oleh


individu, masyarakat mahupun negara dalam mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya. Semua pihak ini perlulah berganding bahu bagai aur
dengan tebing supaya setiap langkah yang diambil mendatangkan kesan yang
positif. Jika segala langkah telah diambil dan dijalankan dengan sewajarnya,
tidak mustahil kita dapat melihat negara yang dicintai ini berkembang menuju
ke arah status negara maju setanding dengan negara-negara maju yang lain.
Kadar kemalangan jalan raya yang berkurang juga boleh menggalakkan

15
pelaburan asing ke negara kita yang secara tidak langsung dapat
meningkatkan ekonomi negara.

Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu,kita perlulah


menjaga kesihatan agar berada dalam keadaan yang baik. Berikan
pendapat anda tentang langkah-langkah untuk menjaga kesihatan diri.
Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Dengan
memiliki tubuh badan yang sihat, seseorang dapat melaksanakan aktiviti
harian tanpa halangan. Anak-anak dapat ke sekolah menimba ilmu dan ibu
bapa dapat mencari rezeki untuk keluarga. Bagi sesetengah orang, nikmat
kesihatan hanya disedari apabila mereka diserang penyakit. Mereka sanggup
menghabiskan wang membeli ubat dan makanan kesihatan untuk mengubati
penyakit yang dihadapi. Tambahan pula, pelbagai ubat dan produk makanan
kesihatan wujud di pasaran sekarang seperti “Cendawan tumbuh selepas
hujan”. Oleh sebab peri pentingnya nikmat ini dalam kehidupan, beberapa
langkah perlu diambil agar kesihatan kita terjamin. (90 pk)
Salah satu langkah yang perlu kita beri perhatian untuk menjaga
kesihatan adalah dengan menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal.
Keadaan di dalam dan di luar rumah hendaklah bersih daripada sampah sarap
dan tempat-tempat air bertakung. Perkara ini akan dapat menghapuskan
tempat pembiakan agen-agen penyakit seperti lalat, tikus, nyamuk dan lain-
lain. Kita perlulah menyahut seruan kempen yang dilancarkan oleh Majlis
Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam iaitu kempen “Jumpa Sampah
Kutip” dan kempen “Memerangi LILATI (lipas,lalat dan tikus).” Oleh itu,
sampah perlu dibakar, dikambus atau dibuang di tempat khas. Pasu-pasu
bunga dan longkang perlu diperiksa agar air tidak bertakung dan menjadi
tempat pembiakan nyamuk. Dengan demikian, penyakit-penyakit bawaan
vektor seperti taun, malaria, dan denggi dapat dielakkan. Tegasnya, menjaga
kebersihan persekitaran merupakan langkah asas untuk kita semua ke arah
mencapai tahap kesihatan yang optimum. (131pk)
Selain itu, pemeriksaan kesihatan amat wajar dilakukan untuk
memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan baik. Mengikut saranan
pakar perubatan, seseorang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan
sekurang-kurangnya dua kali setahun atau enam bulan sekali. Pemeriksaan
ini meliputi tekanan darah, paras gula dalam darah, tahap kolesterol dan lain-
lain lagi. Tujuan pemeriksaan dibuat untuk memastikan tahap kesiahatan kita
16
berada dalam keadaan sihat dan dapat mengesan penyakit kronik dengan
lebih awal seperti penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Hal ini
bertepatan dengan peribahasa, “Mencegah lebih baik daripada
mengubatinya”. Bagi pesakit yang telah diserang penyakit ini, keadaannya
akan boleh dikawal sebelum menjadi serius seperti peribahasa,“Cegah
sebelum parah”. Pendek kata, kesihatan seseorang akan berada dalam
keadaan baik jika kita secara berdisiplin menjalani pemeriksaan kesihatan diri
di hospital-hospital secara berjadual. (123 pk)
Mengamalkan pemakanan seimbang tidak kurang pentingnya sebagai
langkah menjaga kesihatan kita. Amalan pemakanan berkait rapat dengan
kesihatan seseorang. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Inggeris tentang
amalan pemakanan iaitu “What you are, is what you eat”. Boleh dikatakan
seseorang yang mengamalkan pemakanan yang seimbang akan memperoleh
kesihatan yang baik. Mengamalkan pemakanan seimbang bermakna
seseorang mengambil makanan yang berkhasiat dan berzat sesuai dengan
keperluan tubuh badan seseorang. Seseorang individu memerlukan makanan
yang sesuai berdasarkan usia, pekerjaan dan keperluan-keperluan lain.
Sebagai contohnya, seorang bayi memerlukan lebih kalsium berbanding orang
dewasa yang memerlukan lebih protein. Untuk lebih jelas, seseorang perlu
merujuk kepada piramid makanan sebagai panduan untuk mendapatkan gizi
seimbang. Sehubungan dengan itu, makanan ringan dan minuman bergas
perlu dielakkan kerana boleh memudaratkan kesihatan kita. Pendek kata,
langkah terbaik untuk mencapai tahap kesihatan adalah dengan
mengamalkan diet makanan seimbang. (135pk)
Seterusnya, kesihatan kita akan lebih terjamin jika kita melakukan
kegiatan riadah. Amalan riadah seperti berenang, jogging, menunggang
basikal dan kegiatan sukan lain adalah baik untuk kesihatan. Pensyarah Sains
Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr. Zulkifli Abdul
Kadir, menyarankan setiap individu melakukan kegiatan riadah selama 30
minit dua kali seminggu bagi mendapatkan tahap kesihatan yang optimum.
Kegiatan riadah ini akan menjadi kebiasaan jika setiap hari kita melakukannya
dengan penuh disiplin dan istiqamah sesuai dengan peribahasa, “Alah bisa
tegal biasa.” Dengan melakukan kegiatan riadah, otot-otot tubuh akan lebih
bertenaga dan kecergasan badan akan bertambah baik. Di samping itu,
seseorang dapat menghirup udara segar semasa melakukan senaman di
taman-taman permainan serta dapat mengurangkan tekanan atau stress
selepas seharian penat bekerja di pejabat. Seyogia disarankan agar kita dapat
17
melakukan kegiatan senaman secara untuk memperoleh kesihatan yang baik.
(134 pk)
Amalan gaya hidup sihat merupakan langkah yang tidak kurang
pentingnya untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Kini, kita dikejutkan
dengan bermacam-macam amalan hidup yang negatif telah menular dalam
masyarakat kita. Antara gaya hidup yang negatif ialah amalan seks rambang
dan bebas, melanggani pelacur, penagihan dadah dan pil-pil khayal, ketagihan
arak serta lain-lainnya. Begitu juga amalan merokok yang masih menjadi
sebahagian cara hidup muda-mudi dan remaja dalam masyarakat kita seolah-
olah kempen “Katakan Tak Nak Pada Rokok” giat dijalankan. Sudah tentu,
gaya hidup tidak sihat akan mengundang penyakit seperti Sindrom Kurang
Daya Tahan Penyakit (AIDS), siflis dan lain-lain. Amalan-amalan sebegini
perlu dijauhkan seterusnya mengamalkan cara hidup sihat berdasarkan
norma-norma agama dan budaya timur kita. Lantaran itu, beralihlah kepada
cara hidup sihat bagi mendapatkan kesihatan yang baik sebagaimana kempen
“Gaya Hidup Sihat” yang diuar-uarkan oleh kerajaan. (132pk)
Sebagai kesimpulannya, penjagaan kesihatan perlu menjadi agenda dan
keutamaan dalam hidup kita seharian. Pelbagai langkah boleh diambil untuk
memperoleh kesihatan yang baik. Antaranya, menjaga kebersihan diri dan
persekitaran, mengambil pemakanan seimbang dan melakukan kegiatan
riadah. Kita haruslah lebih prihatin dan mengambil berat tentang kesihatan diri
agar dapat menjalani kehidupan yang berkualiti. Individu yang sihat akan
mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran negara
selaras dengan slogan, “Rakyat Sihat Negara Sejahtera”. (70pk)

Kebaikan sukan kepada individu, masyarakat dan negara

Sukan merupakan satu aktiviti riadah yang paling sesuai dilakukan oleh
pelbagai lapisan masyarakat negara ini. Antara jenis sukan itu meliputi bola
sepak, acara larian, badminton, hoki, dan bola tampar yang menjadi pilihan
utama rakyat Malaysia tersebut. Media massa di negara ini juga sering
menyiarkan siaran langsung sebarang acara sukan yang menarik perhatian
masyarakat untuk ditonton itu. Sebenarnya, sukan ini membawa banyak
faedah kepada individu, masyarakat, dan negara secara tersirat.

18
Impak positif penglibatan sukan kepada individu ini ialah diri mereka akan
berasa puas dapat melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Kepuasan ini tercapai
kerana sebarang aktiviti sukan itu memerlukan tumpuan tenaga yang banyak
lalu menjadikan individu tersebut menikmati suasana kehidupan yang
bermakna selepas selesai melakukan sukan tertentu itu. Lama-kelamaan
kepuasaan ini membawa keyakinan diri seseorang itu menjadi lebih tinggi
sehingga mampu menyelesaikan pelbagai cabaran hidupnya dengan mudah.
Ringkasnya, acara sukan membawa kehidupan manusia itu lebih bermatlamat
dan fokus untuk meneruskan kehidupan harian mereka.

Selain itu, golongan yang sering bersukan boleh memperoleh kebaikan


daripada aspek kesihatan diri mereka  pula. Sebarang aktiviti sukan pasti akan
membawa seseorang itu berpeluh lalu banyak toksik badan akan dilepaskan
dengan lancar. Apabila semua toksik badan dibuang secara baik sudah pasti
sistem badan akan berjalan dengan tersusun sehingga menyukarkan
sebarang penyakit berbahaya berlaku. Akibatnya, masyarakat di negara ini
tidak akan menghabiskan wang mereka untuk kos rawatan di hospital itu
kerana tidak mengalami penyakit kronik seperti diabetes, jantung, dan
kerosakan buah pinggang. 

Kajian juga membuktikan bahawa perpaduan masyarakat boleh dipupuk


menerusi acara sukan yang diadakan tersebut. Konsep perpaduan ini dicapai
kerana kejayaan atau kegagalan pasukan kebangsaan dalam sebarang acara
sukan turut dirasai oleh masyarakat tanpa mengira keturunan itu. Situasi ini
mendidik masyarakat erti menikmati sesuatu baik dalam bentuk positif atau
negatif secara bersama-sama sehingga tercetusnya perpaduan antara kaum
tersebut. Lantaran itu, semua cabaran negara akan lebih mudah diharungi
kerana rakyat memiliki rasa kekitaan yang mendalam hasil daripada aktiviti
sukan yang murni itu.

Tambahan pula, sebarang acara sukan yang diadakan atau dianjurkan


oleh sesebuah negara itu bakal menjana pertumbuhan ekonomi negara juga.
Usaha menganjurkan acara sukan bertaraf dunia seperti Sukan Olimpik dan
Piala Dunia bola sepak memerlukan pembinaan stadium serta kemudahan
awam lainnya terutamanya pengangkutan awam. Aktiviti sebegini memerlukan
sejumlah modal yang besar untuk membawa semua projek ini berjalan lancar
sehingga menjadikan perniagaan sampingan turut berkembang.

19
Sesungguhnya, aktiviti sukan yang diadakan apabila dirancang dengan teliti
boleh memajukan sektor ekonomi negara dengan begitu mudah.

Kesimpulannya, semua kebaikan sukan tadi memang boleh terserlah


apabila sukan dimajukan dengan sebaik mungkin. Semua pihak terutama ibu
bapa perlulah memberikan sokongan apabila anak mereka ingin terlibat dalam
sesuatu acara sukan itu. Tanpa disedari sukan itu boleh menghasilkan
pelbagai kebaikan yang berguna untuk individu, masyarakat, dan negara.
Slogan majulah sukan untuk negara harus dipegang oleh setiap lapisan insan
Malaysia jika kita mahu acara sukan ini terus mendat tempat dalam jiwa
rakyat.

TEMA PENCEMARAN ALAM SEKITAR


Dalam kerancakan manusia mengejar kemajuan alaf milenium kini, nilai-
nilai material semakin memberkas dalam masyarakat madani sehingga
menyongsong kewarasan akal dan kemurnian nilai-nilai integriti. Kemajuan
yang berorientasikan keuntungan semata-mata seakan-akan mengikis
sehingga tandusnya pertimbangan manusia terhadap alam sekitar yang
menjadi warisan yang tidak ternilai harganya kepada anak watan penggerak
masa hadapan. Sedar tidak sedar, alam sekitar yang dahulunya merimbun
memayungi lapisan bumi semakin lenyap dek kerakusan manusia yang
bersultan di mata beraja di hati. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan
oleh pencemaran udara. Bilangan tersebut tiga kali lebih tinggi daripada
jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan. Di Malaysia,
kerajaan telah mengimplementasikan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah, menghapus, mengawal
pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling dan daripada
pencemaran meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut, namun
pencemaran masih berlaku secara berleluasa. Atas faktor apakah yang
menyebabkan berlakunya masalah pencemaran ini? Siapakah dalang yang
terlibat dalam kemelut yang semakin pincang ini? Kupasan teliti akan
dihuraikan bagi menjawab segala persoalan ini.

Masalah pencemaran alam sekitar ini dikenal pasti berpunca daripada


tangan-tangan kotor individu yang tidak bertanggungjawab dalam kalangan
masyarakat. Hal ini terjadi kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka dan
mereka sering memandang enteng tentang isu alam sekitar yang kini menjadi
20
hidangan wajib dalam berita-berita yang dipaparkan dalam media massa arus
perdana. Bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya
membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran.
Walhal, jika direnungkan andai ada seratus orang individu yang bersikap
sedemikian sudah semestinya alam sekitar akan menjadi kotor dan dipenuhi
dengan sampah-sarap. Sikap nafsi individu-individu ini semakin memburukkan
fenomena alam sekitar. Perbuatan tidak bertanggungjawab seperti membuang
sampah ke dalam sungai dan longkang telah menyebabkan berlakunya
pencemaran air sedangkan air merupakan medium utama dalam melestarikan
kelangsungan hidup. Ada juga antara individu yang membuang puntung-
puntung rokok dan melakukan pembakaran secara terbuka sehingga
menyebabkan kebakaran yang serius lantas menyebabkan pencemaran
udara. Kempen berkongsi kereta yang menguar-uarkan pronya dalam aspek
kesesakan jalan raya dan kontranya dalam aspek pencemaran udara juga
tidak mendapat sambutan hangat daripada pengguna jalan raya, ibarat
mencurah air ke daun keladi. Gas-gas karbon dioksida yang dilepaskan ke
udara oleh kenderaan bermotor seperti kereta, lori, bas, dan motosikal secara
berlebihan akibat kedegilan sikap individu yang menjadi pengguna jalan raya
telah menyebabkan indeks udara berada pada tahap yang membimbangkan
bagi kesihatan marhaen dewasa ini.

Selain individu, organisasi seperti pemilik kilang juga turut menjadi agen
penyumbang kepada masalah pencemaran alam sekitar. Terdapat kilang-
kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik
dalam pengeluaran mereka dan pada kebiasaannya kilang-kilang tersebut
akan mengambil jalan mudah dengan membuang sisa toksik tersebut terus ke
dalam laut dan sungai yang berdekatan dengan kawasan tersebut. Kebiasaan
yang melanggar lumrah alam ini sudah pasti akan mengakibatkan
pencemaran air. Ekosistem hidupan akuatik pasti terjejas akibat daripada
sikap tidak bertanggungjawab pihak-pihak ini. Dalam pada itu, terdapat juga
kilang-kilang yang melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara
seterusnya menyebabkan terjadinya pencemaran udara. Walaupun sudah
acap kali didenda, namun masih ada pemilik kilang yang dihentak tak masuk,
diumpil tak bergerak. Ada juga segelintir pemilik premis-premis kilang tersebut
yang mengelakkan diri daripada memberi penjelasan dan menyelesaikan
masalah yang dicipta oleh mereka tidak ubah seperti enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing sama sekali tidak dapat menyelesaikan
kemelut yang semakin meruncing ini. Kemelut ini jika dibiarkan sudah pasti
21
akan memberi dampak yang malang kepada kondisi udara dan air lantas
menyebarkan pelbagai wabak penyakit yang akan menyerang kesihatan
marhaen. Bagaimana mungkin kemelut ini terus meruncing tanpa adanya
prakarsa yang pragmatik dan efisien daripada pihak-pihak yang terbabit  atau
penantian ini hanya sekadar menantikan putih gagak hitam? Tepuk dada
tanya selera.

Pembangunan secara tidak sistematik yang dijalankan oleh pihak


kerajaan atau pihak swasta tanpa memikirkan secara terperinci kesan-kesan
negatif yang akan timbul terutama yang melibatkan alam sekitar juga
merupakan faktor berlakunya pencemaran air, tanah, udara dan bunyi. Lebih
teruk lagi, jika hal ini dibiarkan berleluasa akan menyebabkan bencana alam
seperti tanah runtuh dan banjir. Bermula dengan pembinasaan kawasan
tadahan hujan akan menyebabkan hujan yang turun tidak dapat diserap ke
dalam tanah akibat tiadanya akar pokok yang berfungsi menyerap lebihan air
yang mengalir. Hal ini akan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar
sehingga menyebabkan berlakunya tanah runtuh. Tanah yang dihanyutkan
bersama-sama air hujan ini seterusnya menyebabkan pencemaran sungai dan
mendapan lumpur yang di bawa menyebabkan air sungai menjadi semakin
cetek. Penggunaan jentera yang terlalu banyak dalam proses pembangunan
sesuatu kawasan juga akan menghasilkan pencemaran bunyi dan
pencemaran udara jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut
mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada projek-projek
pembangunan yang menolak natijah alam maka terciptalah kemusnahan alam
akibat corak yang dilukiskan oleh manusia yang tiada pertimbangan dalam
setiap keputusan yang diizharkan. Jika keduniaan dan keuntungan bernoktah
di hati, sudah pasti kewarasan dalam pertimbangan ditolak ke tepi. Walau
bagaimanapun, setiap sakit ada ubatnya. Dalam mencari penyelesaian
kepada permasalahan ini, setiap pihak perlu berhampar lapis, berlicin daun.

Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda. Kurangnya bukti-
bukti yang boleh mengheret individu yang terbabit dalam pencemaran dan
pemantauan yang tidak konsisten oleh pihak berkuasa juga dilihat sebagai
faktor penyumbang kepada pencemaran yang kini berleluasa tanpa mampu
dikekang. Peranan pihak berkuasa dilihat semakin kurang menyebabkan
ramai individu yang tidak bertanggungjawab membuat onar seperti tiada takut
akan antah. Undang-undang yang diimplementasikan dilihat sekadar hiasan
perlembagaan tanpa adanya penguatkuasaan. Pihak-pihak berkuasa
22
khususnya pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka
terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil
kira masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan
yang menjadi ukur tara kemajuan negara tersebut dan bukan hanya melihat
kepada peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting
untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi,
hasil daripada pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku
sesetengah organisasi dan individu yang semakin nafsi dan kurang kesedaran
sivik. Pihak kerajaan juga seharusnya mengambil tindakan drastik dengan
membuat serbuan ke tempat-tempat yang disyaki menjadi punca pencemaran
dengan segera kerana jika kerajaan kurang memainkan peranan dalam
menilai aspek-aspek kemaslahatan rakyat maka masalah pencemaran pasti
berada di tahap yang semakin membimbangkan. Perlukah sudah patah baru
hendak melantai?

Natijahnya, jika setiap pihak mengambil langkah sederap ibarat ke bukit


sama di daki, ke lurah sama dituruni, sudah pasti kemelut ini dapat diatasi.
Kupasan demi kupasan berkaitan punca-punca pencemaran yang telah
dikenal pasti ini harus diambil serius oleh semua pihak dan organisasi agar
belenggu yang merantai permasalahan pencemaran alam sekitar seperti
pencemaran air, udara, tanah dan bunyi ini dapat dirungkai dan diselesaikan
hingga ke akar cerucuknya. Hal ini penting untuk memastikan kelestarian dan
kehijauan flora dan fauna yang bebas daripada pencemaran dapat dikekalkan
dan diwariskan sebagai tatapan generasi masa hadapan yang akan
mendepani realiti dunia yang pantas berubah dan berkembang.

Sebagai seorang remaja, anda juga merupakan seorang belia yang


mempunyai peranan penting dalam membangunkan dan memajukan
negara ini. Ulaskan penyataan di atas.

      Lebih separuh abad kita menghela nafas kemerdekaan, namun remaja
yang merupakan bakal tunjang negara masih terbelenggu oleh pelbagai
kemelut sosial. Ternyata mentaliti generasi muda di negara kita belum lagi
mengalami anjakan paradigma selaras dengan arus pembangunan negara
kita. Menurut kata mutiara sarjana, “Jika ingin melihat masa hadapan
sesebuah negara, lihatlah generasi mudanya pada hari ini.” Mantan Presiden
Indonesia, Soekarno pernah mengungkap,  “Jika diberikan aku seratus orang
23
tua, nescaya aku mampu menterbalikkan perahu yang tertangkup tetapi, jika
aku diberikan sepuluh orang muda, nescaya aku dapat mengegarkan dunia”.
Bait-bait susunan retorik yang penuh puitis ini telah menjadi satu menifestasi
dalam usaha membangunkan golongan belia dan generasi muda. Ternyatalah
di sini bahawa remaja mahupun golongan belia yang berkualiti dapat
memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa. Oleh itu, saya perlu
memainkan peranan saya dengan penuh tanggungjawab untuk merencanakan
pembangunan negara.

      Peranan saya yang signifikan ialah saya perlu belajar bersungguh-
sungguh untuk mencapai kecemerlangan dari aspek akademik.
Kecemerlangan akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk
melahirkan yang pemimpin negara yang berkualiti demi menjamin masa
hadapan negar yang cerah terutamanya dalam aspek pembangunan negara.
Intelek merupakan faktor perdana untuk menjana kecemerlangan tamadun
bangsa. Sehubungan dengan itu, saya perlu proaktif menimba ilmu bukan
sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya
ilmu Sains dan Matematik melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku,
melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya. Ketekunan dan
inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan
akan menjauhi gelaran katak di bawah tempurung. Saya juga tidak harus
terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia
hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, ikut hati mati,
ikut rasa binasa.  Seorang tokoh cendekiawan Islam pernah berkata bahawa
petanda runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa tersebut
amat  mencintai hiburan Tegasnya, tanpa remaja dan golongan yang bijak
pandai maka pembangunan negara akan terbantut. 

      Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik semata-mata tidak dapat


menjamin pembangunan negara jika generasi muda kita seperti saya tidak
memiliki kesihatan fizikal dan mental yang seimbang. Generasi muda yang
ingin membangunkan negara perlu memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk
menempuhi segala kekangan. Pada alaf baharu yang penuh dengan
kompetitif, muda-mudi negara perlu memiliki kecergasan fizikal dan
bersemangat waja diri tanpa mengenal istilah putus asa supaya dapat berdiri
sama tinggi, duduk sama rendah dengan generasi muda di negara maju.
Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental, saya patut mengamalkan
pemakanan seimbang, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, bersenam,
24
bersukan, beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial seperti
minum arak, merokok, kegiatan maksiat, najis dadah dan lain-lain lagi kerana
terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku buruk padahnya. Remaja mahupun
golongan belia harus sedar bahawa kesihatan merupakan aset yang tidak
ternilai. Tanpa kesihatan, segala-galanya tidak lagi membawa makna. Hal ini
sangat bertepatan dengan slogan rakyat sihat, negara maju. Jadi, muda-mudi
negara yang sihat dan mempunyai jati diri yang mapan baru dapat
melaksanakan pembangunan negara.

      Selain itu, saya juga mestilah memiliki etika atau personaliti yang luhur.
Golongan muda harus disuntikkan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil
lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lantaran itu, saya haruslah
mengamalkan segala suruhan agama dan meninggalkan semua larangan
agama. Remaja yang dangkal imannya sudah pasti akan terjerumus ke dalam
kebejatan sosial. Saya mestilah sentiasa mendekatkan diri kepada Tuhan dan
menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang mungkar seperti menagih
dadah, berzina dan mencuri.  Selain menitikberatkan ajaran agama dan
pendidikan moral, golongan muda juga harus dibimbing supaya melakukan
kerja amal dan memberikan khidmat sosial, misalnya bergotong-royong,
menziarahi rumah kebajikan orang-orang tua dan kanak-kanak yatim,
mengutip derma untuk membantu mangsa bencana alam serta terlibat dalam
pelbagai aktiviti sukarela. Dalam konteks ini, saya dapat membantu
pembangunan negara dengan memastikan negara bebas daripada ancamana
masalah sosial. Dengan kata lain, golongan remaja dan belia negara harus
bersahsiah mulia, berinsaniah, berbudi bahasa dan berkasih sayang agar
dapat melahirkan negara yang maju sama ada secara luarannya dan
dalamannya pada suatu hari nanti.
      Seperkara lagi, saya juga perlu kreatif dan inovatif untuk memacu
pembangunan negara yang gemilang. Hal ini terjadi demikian kerana hanya
mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baharu
dapat mengecapi kejayaan yang terbilang. Dalam industri teknologi
komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba
sesuatu yang baharu akan menikmati buah kejayaan yang manis. Rentetan
daripada itu, golongan remaja dan belia kita harus dilatih supaya berani
berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu
bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak
terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian,
impian itu bukan rekaan Mat Jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong
25
dengan praktikalnya. Dalam konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai
bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan
berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi remaja. Pendek kata,
pembangunan negara akan tercapai jika negara kita mempunyai barisan
pelapis negara yang kreatif dan inovatif.

    Akhir sekali, saya juga dapat memainkan peranan saya untuk
membangunkan negara dengan memiliki sikap keterbukaan. Hal ini kerana
apabila kita mempunyai sifat sedemikian, kita lazimnya dapat menerima
teguran dan pandangan orang lain. Dalam nada yang serupa, kita dapat
memberi kesan kepada negara kita. Kita dapat menjamin kestabilan politik,
ekonomi dan sosial negara. Kitalah yang akan menjadi pendukung untuk
mencapai perpaduan negara atau integrasi nasional demi mewujudkan
kesejahteraan sosial. Sebagai contohnya, saya mestilah sentiasa
mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur untuk mencapai misi dan visi
negara iaitu semua rakyat perlu bersatu padu di bawah satu bumbung yakni,
satu bangsa satu bahasa dan satu negara. Hal ini bermakna saya perlu
mengamalkan perpaduan sama ada di sekolah atau di tempat-tempat lain.
Dengan ini, keharmonian negara dapat dipelihara dan pembangunan negara
dapat dijalankan dengan lancar dalam suasana negara yang aman harmoni.
Maka, sifat keterbukaan golongan muda yang belum keras ubun-ubunnya
sudah pasti dapat memudahkan mereka menjadi pemimpin yang mampu
membangunkan negaranya dengan penuh komited dengan dipayungi
perpaduan antara rakyatnya.

      Secara intihanya, semua remaja dan belia negara termasuklah saya
mempunyai tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk menjanakan
pembangunan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Pemusa-pemudi negara merupakan tunjang yang bakal menerajui kepimpinan
negara kita haruslah merdeka daripada belenggu angkara sosial. Hanya
remaja dan belia yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara.
Jika mereka tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak mustahil
segala aspirasi negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan tidak dapat
menjadi realiti. Oleh itu, generasi yang merupakan aset negara ini perlu
terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri
yang mulia supaya dapat menempatkan diri sebagai modal insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga negara kita dapat berdiri dengan

26
gah di pentas antarabangsa bergandingan dengan negara maju yang lain dan
terkenal di seantero dunia.
Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Rakyat Dan Negara
Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada
tahun 1990, usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan
perhatian yang serius kepada industri pelancongan kerana langkah ini
berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun bilangan pelancong
yang datang ke Malaysia semakin meningkatbak cendawan tumbuh selepas
hujan. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keistimewaan
tersendiri. Banyak pelancong sama ada dari luar ataupun tempatan memilih
negara kita sebagai destinasi pelancongan. Persoalannya, apakah
kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara kita?
Antara kepentingan sektor pelancongan ialah kita dapat mempromosikan
tempat pelancongan yang menarik di Malaysia. Malaysia mempunyai banyak
tempat bersejarah yang boleh dilawati seperti Bandar Bersejarah yang terletak
di negeri Melaka. Tempat-tempat bersejarah ini dapat mengembangkan ilmu
pengetahuan seseorang. Di negara kita, pelancong juga dapat bermain sambil
melawat tempat-tempat  bersejarah ini kerana kita mengetahui bahawa
sekiranya cuma melihat barangan bersejarah amat membosan bagi
sesetengah pelancong. Jadi, untuk memanfaatkan pelbagai pihak, selain
barangan bersejarah persembahan turut diadakan seperti di Kota A’Famosa.
Di Kota A’Famosa pelancong bukan sahaja dapat menambahkan ilmu sejarah
tetapi juga beriadah pada masa yang sama Hal ini dikatakan demikian kerana
tempat beriadah seperti Bandar Cowboy, Dunia Binatang Safari dan Dunia Air
turut disediakan. Tempat-tempat ini sesuai untuk semua golongan masyarakat
sama ada kanak-kanak ataupun dewasa. Jelasnya, sektor pelancongan dapat
mempromosikan tempat pelancongan yang menarik di negara kita. Jelaslah
kepada kita bahawa Malaysia mempunyai lebih banyak tempat pelancongan
yang menarik daripada luar negara kerana hujan emas di negeri orang, hujan
batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Selain itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan makanan
setempat di negara kita. Malaysia mempunyai beraneka jenis makanan yang
digemari oleh pelancong. Negara kita yang mempunyai pelbagai kaum yang
berlainan dan masakan yang berbeza seperti masakan Melayu, masakan Cina
dan masakan India. Negara-negara Barat seperti England cuma mempunyai
satu jenis kaedah masakan seperti kentang goreng, stik dan salad. Negara
Itali pula mempunyai masakan seperti spageti, pizza dan telur dadar. Negara
kita tidak seperti negara lain yang cuma mempunyai satu kaedah masakan.
27
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mengetahui pelbagai jenis makanan
dari serata dunia seperti nasi ayam, pau dan kuetiao goreng daripada kaum
Cina, rendang, ketupat dan nasi lemak daripada kaum Melayu, capati, tosai
dan idli daripada kaum India serta tidak kurangnya masakan Barat dan
masakan enak daripada kaum yang berlainan. Masakan yang tidak pernah
dirasai oleh pelancong ini memberikan mereka rasa baharu maka menarik
minat mereka untuk mengunjungi Malaysia. Tegasnya, makanan setempat
dapat dipromosikan melalui sektor pelancongan kerana di mana ada
kemahuan, di situ ada jalannya. 
Di samping itu, sektor pelancongan dapat memperkenalkan dan
mengembangkan industri kraf tangan di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian
kerana tak kenal maka tak cinta. Barangan kraf tangan buatan rakyat
tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat
berpatutan. Barangan kraf tangan buatan rakyat Malaysia yang diperbuat
daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat cantik dari segi
reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong. Pelancong
pasti membeli-belah barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti batik, kain
songket, wau dan lain-lain sebagai buah tangan atau ole-ole buat keluarga
atau rakan mereka. Kedatangan pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja
memajukan industri kraf tangan ke luar negara kita bahkan menjadi periuk
nasi kepada pengusaha kraf tangan tempatan. Jelasnya, industri kraf tangan
dapat dimajukan melalui sektor pelancongan.
Sementara itu, sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya
Malaysia yang unik lagi istimewa kepada dunia luar. Hal ini dikatakan
demikian kerana Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan
etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain. Kaum-
kaum di negara kita yang mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan yang
berbeza dan istimewa mampu menarik minat pelancong asing. Sektor
pelancongan dapat mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan
dan tak lekang dek panas ke serata dunia. Pelancong yang datang ke suatu
destinasi pelancongan boleh dihidangkan dengan persembahan kesenian
tradisional misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat, ronggeng dan kuda
kepang. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba permainan tradisional
seperti sepak raga, galah panjang, congkak, batu seremban dan lain-lain
yang tak lekang dek panas, tak basah dek hujan. Pakaian tradisional seperti
baju kurung yang diperbuat daripada kain batik dan sari yang diperbuat
daripada kain sutera boleh cuba dipakai oleh pelancong asing. Keseronokan
pengalaman yang dibawa pulang ke negara asal pelancong akan menjadi
28
memori indah yang akan menggamit mereka untuk datang semula ke negara
kita. Tegasnya, keunikan budaya masyarakat Malaysia yang berjaya
dipromosi melalui sektor pelancongan sebenarnya memberi imej yang sangat
baik kepada negara Malaysia.
Kesimpulannya, sektor pelancongan merupakan salah satu sumber
ekonomi yang amat penting dalam negara kita. Oleh itu, kita harus
menggunakan kelebihan yang ada pada negara kita dengan sepenuhnya
supaya negara kita dapat menjadi pusat pelancongan yang terkenal di dunia
dan seterusnya membangunkan ekonomi negara kita. Walaupun
masyararakat kita terdiri daripada berbilang kaum, kita harus bersatu padu
demi menjaga kepentingan tanah air tecinta kita. Tegasnya, kita perlulah
bersatu padu bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat.

PERANAN ANAK-ANAK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA


          Pada era pascaglobalisasi ini, isu keruntuhan institusi keluarga semakin
hangat dibicara semua rakyat Malaysia tidak kira tua mahupun muda.
Walaupun berbagai-bagai prakarsa telah dimainkan oleh para ibu bapa untuk
mengekalkan keharmonian keluarga, namun hal ini seolah-olah tiada nokhtah
pengakhiran. Adakah peranan yang dimainkan oleh Kementerian Wanita,
Keluarga dan Masyarakat tidak cukup bersepadu untuk membawa paradigma
baru ke dalam institusi kekeluargaan? Adakah peranan yang digerakkan oleh
institusi keluarga dalam memacu keluarga mereka di bawah payung
keharmonian gagal. Hal ini mungkin berpunca daripada prakarsa yang
dimainkan oleh anak-anak yang tidak cukup mapan untuk membantu
menyelesaikan masalah yang menunjangi keluarga mereka. Oleh itu, sudah
menjadi amanah yang perlu dipikul anak-anak dalam merangka uslub terbaik
untuk sama-sama memikul amanah kerana berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing supaya usaha membentuk keluarga yang cemerlang dalam segenap
aspek kehidupan berjaya. Jadi, kerana hendak seribu daya tak hendak seribu
dalih, prakarsa ini hendaklah dimulakan dari sekarang kerana kita perlu
menyediakan payung sebelum hujan. Jadi, anak-anak hendaklah
menggerakkan kembali jentera yang lebih bersepadu bagi membahagiakan
ibu bapa dan sekali gus membentuk keluarga yang bahagia.
          Sebenarnya, banyak prakarsa yang boleh dimainkan oleh anak-anak
untuk membahagiakan ibu bapa mereka antaranya adalah dengan
memberikan kejayaan dan kecemerlangan kepada mereka. Tidakkah semua
29
orang melihat, saban tahun apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia
diumumkan pasti ada yang berduka dan bergembira. Tetapi tidakkah mereka
menyedari bahawa seorang insan yang bergelar ibu bapa pasti akan
mengalirkan air mata kegembiraan apabila melihat keputusan cemerlang yang
diraih oleh anak-anak mereka? Sudah pastinya terselit seribu kepuasan dalam
diri ibu bapa kerana keperitan dan penderitaan mendidik dan membesarkan
anak-anak telah terbalas dengan kejayaan anak-anak mereka. Oleh itu, anak-
anak hendaklah belajar bersungguh-sungguh dan membesar mengikut acuan
yang telah dibentuk oleh ibu bapa mereka. Orang tua-tua ada menyatakan
bahawa usaha tangga kejayaan, jadi usaha yang gigih tanpa mengenal erti
putus asa akan membuahkan kejayaan yang manis untuk dikecapi. Kegigihan
anak-anak semata-mata untuk mencapai kejayaan bagi dihadiahkan kepada
ibu bapa mereka akan dapat direalisasikan sekiranya mereka berjaya
menangkis segala ancaman yang masuk ke tingkap globalisasi kehidupan
mereka. Tuntasnya, sudah jelaslah bahawa kejayaan dan kecemerlangan
dalam pelajaran merupakan salah satu tunjang utama untuk membahagiakan
ibu bapa.

          Sedasawarsa ini, anak-anak yang mempunyai akhlak dan budi pekerti


mulia juga merupakan salah satu elemen utama dalam memberikan
kebahagiaan kepada orang tua mereka. Pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara merupakan kata-kata hikmat yang acap kali ditujukan khas
kepada generasi muda tetapi tidak melampaukah jika semua orang
mengatakan bahawa anak-anak merupakan tonggak utama keluarga, jantung
hati, permata bernilai buat ibu bapa? Bagi segelintir pihak, anggapan ini
dipandang sinis tetapi itulah realiti sebenar bahawa anak merupakan tunjang
utama keluarga dalam memacu ke arah kebahagiaan keluarga. Selama
bertahun-tahun anak-anak dididik dengan kebanyakan ibu bapa yang
mengamalkan konsep melentur buluh biarlah dari rebungnya dan hasilnya,
anak-anak telah berjaya menjadi insan yang berguna dan mampu menangkis
segala hedonisme serta panji-panji kejahatan yang berleluasa kini. Jadi, hati
ibu mana yang tidak sejuk melihat anak yang dipelihara mereka mempunyai
keperibadian yang unggul. Oleh itu, anak-anak seharusnya berusaha menjaga
akhlak dan budi pekerti mereka walaupun di mana-mana mereka berada
kerana imej dan maruah keluarga bersandarkan tingkah laku mereka malah
itulah juga yang menjadi kunci kebahagiaan buat ibu bapa mereka.
          Sementelahan pula, ibu bapa juga akan bahagia jika anak-anak mereka
menghormati mereka. Dalam menyoroti hal ini, aspek jasmani, emosi,
30
intelektual dan sosial yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan negara
sebenarnya mampu menjadi platform utama untuk anak-anak
membahagiakan ibu bapa mereka. Bagi menyingkap hal ini, aspek jasmani
yang boleh dipraktikkan anak-anak adalah dengan menghormati orang tua
mereka sama ada dalam bentuk perbuatan mahupun perkataan. Sebagai
contoh terdekat yang sangat ketara dengan semua pihak ialah seorang anak
hendaklah bersalaman dengan ibu bapa mereka sebelum pergi ke mana-
mana dan mereka hendaklah menundukkan badan sedikit apabila berjalan di
hadapan orang tua. Dalam aspek emosi pula, anak-anak hendaklah menjaga
perasaan ibu bapa mereka dan tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh
menguris hati mereka. Dalam menghayati peribahasa yang berbunyi kerana
mulut santan binasa dan sudah terhantuk baru nak tengadah, anak-anak
hendaklah sentiasa menjaga segala tutur bicara mereka supaya perkataan
yang diucapkan tidak menyinggung perasaan ibu bapa mereka. Dalam
memperincikan aspek intelektual pula, anak-anak hendaklah mendengar
nasihat yang diberikan ibu bapa bagi membolehkan mereka memperoleh
keberkatan ketika mereka belajar. Hal ini sekali gus membolehkan segala ilmu
yang dipelajari mampu diserap dengan mudah tidak seperti masuk telinga kiri,
keluar telinga kanan. Eksplisitnya, memang benarlah bahawa sifat hormat
seseorang anak terhadap kedua-dua orang tua mereka mampu
membahagiakan mereka.
          Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing merupakan
peribahasa yang sering berlegar-legar dan bermain-main di segenap
kehidupan harian rakyat Malaysia. Jadi, dalam mempraktikkan hal ini, anak-
anak hendaklah mengaplikasikan sikap ringan tulang dengan membantu ibu
bapa menguruskan kerja-kerja rumah. Perkara ini bukan sahaja memudahkan
urusan ibu bapa mereka malah dapat mengeratkan hubungan ukhwah
kekeluargaan yang tersimpul rapi. Dalam menyingkap hal ini, konsep
muafakat membawa berkat boleh diamalkan oleh ibu bapa dan anak-anak
dengan saling membantu mengemaskan rumah. Bertitik tolak daripada aktiviti
melakukan kerja-kerja rumah, rumah bukan sahaja cantik malah dapat
menghindari diri daripada segala wabak penyakit akibat tidak mengutamakan
kebersihan persekitaran. Lanjutan daripada hal ini, beban yang digalas oleh
ibu bapa akan menjadi ringan malah mampu melestarikan warna-warni
kebahagiaan dan keharmonian keluarga tersebut. Senario ini sekali gus
mengurangkan jurang perpecahan sesebuah institusi keluarga seperti statistik
sahih yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada
31
tahun 2007 hingga 2008 yang menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh
pasangan di Malaysia bercerai setiap hari. Tuntasnya, memang benarlah
bahawa peranan anak-anak dalam membantu meringankan beban ibu bapa
mereka menguruskan kerja-kerja rumah amat signifikan untuk mewujudkan
kebahagiaan buat mereka.

          Selain itu, prakarsa lain yang boleh dilakukan untuk membahagiakan ibu
bapa adalah mendengar nasihat mereka. Bagi menghuraikan perspektif ini,
semua orang dapat menyaksikan bahawa hampir saban hari ada sahaja kes-
kes yang membabitkan ibu bapa dan anak-anak menghiasi muka-muka depan
akhbar di Malaysia sama ada kes pembuangan ibu bapa atau pergaduhan
antara anak dengan kedua-dua ibu bapa mereka. Cuba kita renungkan
kembali peristiwa yang berlaku pada 27 Oktober 2010 di akhbar Harian Metro
bertajuk, ‘Trajedi pilu 9 anak membuang ibu mereka yang sudah tua’.
Wajarkah 9 orang anak bertindak sedemikian rupa? Pastinya peristiwa dan
tragedi hitam ini tidak akan berlaku jika seorang anak tidak mengamalkan
peribahasa seperti kacang lupakan kulit dan mendengar nasihat. Anak-anak
yang mendengar nasihat sudah pasti akan menjaga kebajikan ibu bapa
mereka terutama ketika umur senja mereka. Janganlah anak-anak
membiarkan nasihat ibu bapa mereka umpama mencurah air ke daun keladi
kerana segala nasihat itu tidak lebih untuk kebahagiaan anak-anak itu juga.
Deduksinya, memang izharlah bahawa jika seseorang anak mendengar
nasihat ibu bapa maka perkara inilah yang menjadi kunci kebahagiaan kepada
ibu bapa mereka.

          Tambahan lagi, mendoakan kesejahteraan ibu bapa juga adalah antara


prakarsa yang boleh dilakukan untuk membahagiakan ibu bapa. Dalam
menghayati hal ini, boleh dilihat dari dua perspektif yang berbeza. Perspektif
pertama, mendoakan kesejahteraan ibu bapa ketika mereka masih hidup dan
yang keduanya, mendoakan kesejahteraan mereka setelah mereka meninggal
dunia. Oleh hal yang demikian, seseorang anak hendaklah menjadikan doa
sebagai budaya yang sinonim dengan diri mereka. Bagi merealisasikan hal ini,
kekerapan berdoa kepada ibu bapa hendaklah dilakukan sebagai aktiviti rutin
selepas solat kerana alah bisa tegal biasa. Tidak mustahil rasanya langkah ini
dipraktikkan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian kerana di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan. Jadi, anak-anak hendaklah mendoakan
kesejahteraan, keselamatan, kesihatan dan kemurahan rezeki untuk pihak ibu
bapa mereka. Hal ini bukan sahaja bakal memudahkan urusan ibu bapa
32
mereka di akhirat kelak malah akan membawa kebahagiaan di dunia lagi. Bagi
merungkai kehidupan selepas mati, ibu bapa pastinya berasa bahagia dan
tenang apabila berada di alam barzakh berkat doa seorang anak yang soleh.
Konklusinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa doa merupakan senjata
yag penting dan utama untuk membahagiakan ibu bapa.
          Tuntasnya, memang terdapat banyak peranan yang boleh dimainkan
oleh anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa. Oleh itu, anak-anak
hendaklah selalu berusaha membahagiakan ibu bapa mereka secara
istiqamah bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam mahupun bersikap
melepaskan batuk di tepi tangga. Hal ini juga mampu membawa kebahagiaan
kepada ibu bapa mereka malah menjadi kayu ukur falah anak-anak dalam
meniti kehidupan yang serba mencabar di alam fana ini. Seterusnya, anak-
anak akan menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bersama-
sama berganding bahu, selangkah sederap dengan pihak kerajaan dalam
menjalankan tranformasi besar-besaran untuk memastikan keluarga sakinah
dapat dilahirkan. Perkara ini sekali gus mampu membawa evolusi bermakna
dalam institusi kekeluargaan dan seterusnya merealisasikan aspirasi kerajaan
dalam mencapai visi kudsi Wawasan 2020. Jadi, kejayaan seseorang anak
membahagiakan ibu bapa mereka sebenarnya mampu menjadi khazanah
berharga untuk memajukan nusa dan bangsa

USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL

Bertepatan dengan peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan,


Malaysia kini berhadapan dengan arus globalisasi dan modenisasi yang
membawa kepada  pembangunan yang pesat.  Berkait rapat dengan
perkembangan tersebut, generasi muda hari ini lebih terdedah kepada alam
siber dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional
yang merupakan warisan pusaka sejak duhulu lagi. Lantaran itu, permainan
tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih  daripada arus perdana
kehidupan masyarakat. Sebagai individu, adakah kita sanggup membiarkan
khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek peredaran zaman
yang berlaku? Mahukah  kita membiarkan anak watan berterusan
meminggirkan budaya mereka? Dalam hal ini, sebelum nasi menjadi bubur,
semua pihak  perlu mencari pendekatan yang pragmatik bagi meninggikan
martabat permainan tradisional di negara kita bersesuaian dengan kata
peribahasa  di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Prakarsa yang berkesan
33
untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut diusahakan secara
bersungguh-sungguh bagi mengangkat status permainan tradisional di nusa
tercinta ini.

Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan


memperkenalkan serta  mempopularkan permainan tradisional kepada
generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana
kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang
membesar. Ibu bapa perlu  mendedahkan permainan tradisional kepada anak-
anak mereka sejak kecil bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah
dari rebungnya bagi tujuan memupuk minat  bermain permainan tradisional.
Mereka boleh membelikan anak-anak mereka permainan tradisional sebagai
hadiah sempena hari ulang tahun  ataupun sebagai hadiah kerana pencapaian
cemerlang dalam akademik di sekolah.  Ibu bapa juga boleh menganjurkan
pertandingan permainan tradisional melalui Hari Keluarga yang diadakan
sama ada dilakukan secara bersendirian atau bersama dengan rakan-rakan
sekerja. Inisiatif ini dapat memberikan peluang kepada seluruh ahli keluarga
yang mengambil bahagian untuk mencuba bermain permainan tradisional
seperti congkak, menaikkan layang-layang dan bermain gasing. Jelas bahawa
melalui usaha tersebut secara tidak langsung akan mempopularkan sesuatu
permainan tradisional serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama
ahli keluarga, bak kata peribahasa sambil menyelam minum air.

Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah


menjadikan permainan tradisional sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum
di sekolah.  Rentetan daripada itu, pihak sekolah hendaklah digalakkan
menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional.
Dengan berpayungkan kelab atau persatuan permainan tradisional seperti
Kelab Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara
bermain dan mengetahui syarat-syarat bermain sesuatu permainan
tradisional.  Setelah mengetahui secara mendalam sesuatu permainan itu,
pelajar akan berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional
tersebut. Usaha menanam minat terhadap generasi muda penting kerana
mereka merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa
serta mewarnai masyarakat masa hadapan, justeru, penglibatan pelajar
secara langsung dalam permainan tradisional nescaya dapat mempopularkan
permainan tersebut di Malaysia daripada pupus dan lenyap begitu sahaja.
Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta, maka iltizam
34
pihak sekolah amat dituntut agar putera-puteri yang sedang berjuang di
medan ilmu dapat bergiat aktif mempopularkan permainan tradisional di
samping mengurangkan sedikit tekanan menghadapi peperiksaan.

Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional


merupakan  satu kaedah yang ampuh untuk mempopularkan permainan
tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan dengan
kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan
televisyen. Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari
untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita seperti wau,
gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara
bermain, pihak media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan
kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan negara. Pelbagai
aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan
mengarang, pameran,  peraduan melukius poster dan lain-lain lagi. Melalui
proses tersebut, permainan tradisional boleh menjadi lebih popular di merata-
rata tempat bersesuaian dengan kata peribahasa seperti pegaga tumbuh
melata. Jelas bahawa dengan kerjasama padu yang dilakukan tanpa
mengenal rasa jemu sudah pasti permainan tradisional menjadi semakin
popular khususnya kepada generasi baru.

Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh
dilakukan bagi mempopularkan permainan tradisional. Apabila program
tersebut dilaksanakan maka pelajar dari luar negara yang datang ke Malaysia
akan berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional di sini. Apabila
mereka pulang ke negara mereka kelak, mereka akan mengajar rakan-rakan
dan ahli keluarga permainan yang pernah mereka mainkan di sini. Usaha ini
secara tidak langsung membolehkan nama Malaysia akan masyhur di persada
antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh berbangga kerana Malaysia masih
mempunyai permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas. Perkara yang sama boleh dilakukan oleh agensi pelancongan yang
bertindak sebagai medium penyebar maklumat untuk memperkenalkan
permainan tradisional kepada pelancong asing.  Lantaran itu, agensi
pelancongan boleh mengurus aktiviti seperti bermain gasing, galah panjang
dan teng-teng di tempat penginapan pelancong asing. Diharapkan langkah ini
akan membuatkan para pelancong  terhibur sekali gus berminat dengan
acara-acara yang disediakan dan ingin datang kembali ke Malaysia. Jelas
35
bahawa, pertukaran budaya antara negara dan peranan agensi pelancongan
mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan permainan
tradisional kepada masyarakat luar.

Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandingan


merupakan inisiatif yang agak praktikal untuk mempopularkan permainan
tradisional kepada masyarakat di Malaysia. Melalui pertandingan yang
diadakan semua pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar
pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka. Hal ini demikian
kerana sebagai fitrah manusia,  segelintir masyarakat  memang suka
bertanding untuk mendapatkan sesuatu. Agensi-agensi kerajaan dengan
kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh bergabung dengan
sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan pertandingan
permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah
ke peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini, contoh yang terbaik ialah
penganjuran Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor
oleh kerajaan negeri Johor dengan kerjasama pelbagai badan korporat.
Berdasarkan rekod yang ada, pertandingan layang-layang tersebut  berjaya
menarik peminat-peminat permainan layang-layang dari seluruh dunia untuk
turut mengambil bahagian. Terbukti di sini, penganjuran pelbagai pertandingan
berjaya memperkenalkan permainan tradisional sekali gus mempromosikan
industri pelancongan kepada pelancong dalam dan luar negara.

Konklusinya, semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya


mereka termasuk permainan tradisional terus lenyap di muka bumi kerana
warisan tersebut ialah  khazanah dunia yang tidak ternilai harganya.
Walaupun Malaysia  sedang mengorak langkah serta bersedia melakukan
pecutan akhir  ke arah negara maju pada tahun  2020, kita tidak seharusnya
menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usul dengan
mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap
semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa
kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang
mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Suka ditegaskan di sini
bahawa setiap anak watan Malaysia perlu menyahut cabaran dan menghadapi
semangat habis kapak berganti beliung untuk merealisasikan impian negara
tercinta ke arah Menjana Transformasi Rakyat Cemerlang. Malaysia Boleh!

36
PERANAN KELUARGA DALAM MENGATASI MASALAH PERLUMBAAN
HARAM DALAM KALANGAN REMAJA/MAT REMPIT

Mat Rempit merupakan mereka yang terlibat dalam perlumbaan haram di


jalan-jalan raya dengan menunggang motosikal. Kebanyakan mereka berusia
antara 15 hingga 30 tahun. Sesetengah daripada mereka masih berada di
alam persekolahan. Mereka gemar menunggang motosikal secara sendirian
dan ada juga yang  melakukannya secara berkumpulan. Terdapat sesetengah
daripada mereka yang tidak memiliki lesen memandu. Mereka menjadikan
jalan raya sebagai gelanggang tempat berlumba motosikal. Sekiranya tidak
ditangani, masalah ini sangat membahayakan pengguna-pengguna jalan raya.
Oleh itu, keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam mengatasi
masalah perlumbaan haram ini.
             
Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak mereka dengan memberikan didikan
agama dan moral. Hal ini demikian kerana semua agama seperti Islam,
Buddha, Keristian dan Hindu meminta penganutnya sentiasa melakukan
kebaikan. Menurut ajaran Islam, setiap perbuatan yang baik itu akan dibalas
dengan kebaikan, iaitu diberikan pahala, manakala perbuatan yang jahat pula
akan dibalas dengan kejahatan juga, iaitu dosa. Dengan ajaran yang
demikian, anak-anak remaja tidak akan mudah terpengaruh dengan rakan-
rakan yang mengajak mereka melibatkan diri dengan perlumbaan haram.
Natijahnya, ajaran agama merupakan senjata yang paling ampuh untuk
mengatasi masalah perlumbaan haram dalam kalangan remaja.
             
Selain itu, ibu bapa mestilah sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak
mereka. Antara lain, ibu bapa hendaklah sentiasa mengambil tahu tentang
rakan anak-anak dan tempat mereka berada. Anak-anak tidak seharusnya
diberikan keizinan untuk keluar rumah tanpa sebarang tujuan. Hal ini demikian
kerana mereka selalu berlumba haram pada malam minggu atau cuti umum.
Jika ibu bapa membiarkan anak-anak keluar rumah sesuka hati, mereka boleh
terlibat dengan perlumbaan haram. Oleh itu, ibu bapa hendaklah sentiasa
mengetahui tempat anak-anak mereka pergi dan kawan-kawan mereka. Lebih
jauh lagi, ibu bapa juga hendaklah mengenali rakan anak-anak mereka.
             
Di samping itu, ibu bapa juga tidak sewajarnya membenarkan anak-anak di
bawah umur menunggung motosikal. Demikian juga halnya dengan anak-anak
yang tidak memiliki lesen memandu, mereka hendaklah dilarang sama sekali
37
untuk menunggang motosikal. Perbuatan tersebut adalah salah di sisi undang-
undang. Sekiranya ditahan atau ditangkap oleh pihak polis atau pegawai
Jabatan Pengangkutan Jalan, mereka boleh didenda. Sekiranya mereka
terlibat dalam kemalangan jalan raya, kejadian tersebut akan mendatangkan
kesusahan kepada mereka, termasuk juga pihak ibu bapa. Masalah yang
dialami oleh ibu bapa akan bertimpa-timpa, bagai sudah jatuh ditimpa tangga.
             
Setiap ahli keluarga hendaklah sayang-menyayangi antara satu sama lain.
Perasaan  dan nilai kasih sayang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Perasaan tersebut boleh menyebabkan setiap ahli keluarga merasakan diri
masing-masing amat dihargai. Perkara yang lebih penting lagi ialah kasih
sayang tersebut dapat mengelakkan anak-anak remaja daripada terlibat
dengan perlumbaan haram. Dengan hal yang demikian, anak-anak akan
berasa disayangi dan tidak dibenci oleh ahli keluarga masing-masing. Mereka
akan berasa bahagia kerana keluarga memberikan kasih sayang yang tidak
berbelah bahagi, bertepatan dengan kata peribahasa bagai menatang minyak
yang penuh.
             
Dari sudut yang lain pula, abang dan kakak mestilah membantu mengawasi
tingkah laku adik-adik mereka. Abang dan kakak perlu menjadi mata dan
telinga kepada ibu bapa. Jika ada perkara yang negatif berlaku pada adik-
beradik, abang dan kakak hendaklah mengambil tahu dan menasihati mereka.
Abang dan kakak juga tidak sewajarnya merahsiakan perkara yang negatif
tersebut daripada pengetahuan ibu bapa. Dalam hal ini, mereka hendaklah
berkongsi masalah dengan ibu bapa, termasuklah penglibatan adik-adik
mereka dengan masalah perlumbaan haram. Dengan hal yang demikian,
masalah perlumbaan motosikal haram dalam kalangan remaja dapat diatasi.
             
Kesimpulannya, peranan keluarga sangat penting dalam mengatasi masalah
perlumbaan haram dalam kalangan anak-anak muda. Anak-anak hendaklah
mendengar nasihat ibu bapa supaya mereka tidak terlibat dengan perlumbaan
haram. Orang yang berlumba haram, banyak yang cedera parah dan
meninggal dunia. Oleh itu, kita hendaklah bertindak mengatasi masalah ini,
seperti yang terungkap dalam peribahasa cegah sebelum parah.

38
Kebanyakan remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia mengimpikan
kerjaya yang dapat menjamin masa hadapan mereka. Huraikan faktor-
faktor pemilihan kerjaya bagi seseorang remaja.
Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan
minda kita telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi pesat yang
menjana pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia. Dalam sistem pendidikan di
Malaysia, kita menghabiskan masa selama enam tahun di sekolah rendah dan
lima tahun di sekolah menengah. Selama sebelas tahun ini, pelajar sentiasa
disoal oleh guru-guru, “apakah kerjaya yang anda inginkan?”   Semasa dalam
tingkatan empat, pelajar perlu memilih gabungan mata pelajaran yang sesuai
berdasarkan minat mereka untuk mengejar kerjaya impian. Menurut Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka, kerjaya merujuk kepada profesion atau
pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah hidup. Kerjaya merupakan
panduan dalam kehidupan kita. Pada masa ini, pelajar sepatutnya telah
menetapkan matlamat tentang kursus dan kerjaya yang diingini mereka
supaya mereka ada hala tuju dalam hidup tidaklah seperti layang- layang
yang terputus tali dan tidak menyesal dengan keputusan yang diambil
dikemudian hari. Antara kerjaya yang menjadi pilihan ialah doktor, juruterbang,
jurutera, ahli kimia dan sebagainya. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi dalam pemilihan sesuatu bidang kerjaya dalam kalangan
pelajar SPM?  
Fokus perbincangan pertama saya berkaitan faktor minat dan cita-cita
pelajar semasa di bangku sekolah terutama dalam kalangan pelajar SPM.
Minat dan cita-cita merupakan dua perkara saling berkait dan merupakan
faktor paling dominan mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang pelajar
terutama pelajar yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).   
Oleh sebab itu, ketika mereka berada di tingkatan empat, pelajar perlu
menentukan aliran yang mereka pilih, sama ada aliran sains atau sastera.
Bertitik tolak daripada itu, pelajar akan belajar dengan tekun untuk meraih
kejayaan cemerlang ke semua pakej mata pelajaran yang ditawarkan dalam
jurusan yang diambil. Hal ini kerana kecemerlangan mereka tersebut
membolehkan mereka meneruskan pengajian di menara gading untuk
menggapai cita-cita mereka. Di Menara gading jugalah tepat mereka menimba
ilmu berdasarkan kerjaya yang mereka cita-citakan, sama ada untuk menjadi
golongan pekerja profesional seperti doktor, peguam, pendidik, pentadbir dan
sebagainya. Jikalau pelajar berusaha sudah pasti mereka akan menggapai
kerjaya yang mereka impikan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada

39
jalan. Tegasnya, faktor minat dan cita-cita merupakan dua aspek penentu
utama kejayaan pelajar untuk merealisasikan kerjaya mereka cita-citakan.
Selain faktor minat dan cita-cita, pelajar juga perlu memilih mata
pelajaran yang ada kaitan dengan kerjaya yang mereka pilih. Umumnya kita
mengetahui bahawa semasa di alam persekolahan lagi pelajar harus memilih
subjek yang berkaitan dengan kerjaya yang akan diceburi oleh mereka. Hal ini
secara tidak langsung akan menyebabkan mereka lebih mahir dalam
menguruskan kerjaya yang akan diceburi kerana sudah mengetahui dan
membuat persediaan yang rapi umpama sediakan payung sebelum hujan.
Dengan perkataan yang lain, pelajar seharusnya mengambil subjek yang
berkaitan dengan cita-cita masing-masing semasa mengambil Peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia. Pada zaman yang serba canggih ini, bukan sahaja
kemahiran yang dilihat oleh majikan tetapi keputusan yang cemerlang dalam
subjek yang dipilih itu bersesuaian dengan kerjaya turut diberi keutamaan
kerana hanya jauhari sahaja yang mengenali manikam. Contohnya, jika
pelajar  memilih kerjaya sebagai seorang jurutera, subjek yang mereka mesti
pilih ialah Lukisan kejuruteraan. Jikalau pelajar berjaya menguasai mata
pelajaran berkenaan sudah pasti mereka ada kelebihan untuk menggapai
kerjaya yang diidam-idamkan. Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh,
pemilihan mata pelajaran juga penting untuk menentukan kejayaan pelajar
merealisasikan kerjaya yang mereka minati.
          Bahkan juga, pelajar yang mengidamkan kerjaya yang diminati perlu
mempunyai tokoh atau idola sebagai motivasi untuk berjaya. Kebiasaaanya,
idola yang dipilih perlulah seorang yang unik, seorang yang tabah, dan berjaya
dalam bidang kerjayanya. Sebagai contoh Hijjaz Kasturi, seorang arkitek luar
biasa negara, mendapat pendidikan di  Adelaide University dan seterusnya ke
Melbourne University, Australia. Sekembalinya ke Malaysia tahun 1967, beliau
telah memiliki kemahiran tersendiri dan menerajui bidang arkitek negara.
Beliau telah memenangi pertandingan rekebentuk menara Maybank,
bangunan Tabung Haji dan menara Telekom. Setiap rekabentuk bangunannya
menerapkan ciri-ciri keIslaman hingga ke hari ini sehingga namanya tersohor
di Persada dunia. Sekiranya pelajar mempunyai idola sendiri, sudah pasti
kerjaya pilihan mereka sebagai seorang arkitek akan dapat direalisasikan
kerana setiap sejarah kejayaan serta teladan seperti ketekunan, kegigihan dan
kekreatifan idola mereka memotivasikan mereka untuk berjaya bukan sahaja
di Malaysia malah keseluruh dunia. Tegasnya, seseorang pelajar yang ingin
berjaya menggapai kerjaya idamannya memerlukan idola agar dapat
mempengaruhi minda dan semangat mereka untuk berjaya.
40
      Selain itu, sokongan dan doa ibu bapa amat perlu untuk
memastikan kerjaya idaman remaja dapat direalisasinan. Ironisnya, jika minat
seseorang itu tidak mendapat sokongan daripada kedua-dua ibu bapa, sudah
tentulah punah harapan mereka.  Hal ini bermakna, seseorang yang hanya
mempunyai minat tetapi tidak mendapat restu daripada kedua-dua ibu bapa
mereka tentang pemilihan kerjayanya, sudah pasti mereka akan kecundang di
peringkat awal lagi.  Oleh hal yang demikian, ibu bapa sewajarnya menyokong
minat anak-anak walaupun pemilihan kerjaya mereka bertentangan dengan
harapan kedua-dua ibu bapa.  Bagi menyokong pemilihan kerjaya anak-anak
mereka, ibu bapa boleh memperlengkapkan segala keperluan anak-anak
dalam memenuhi kriteria yang diperlukan.  Sebagai buktinya, ibu bapa
bolehlah memberikan dorongan, semangat dan motivasi kepada anak-anak
sama ada dalam bentuk material mahupun spiritual. Sekiranya, ibu bapa tidak
turut serta membantu usaha anak mereka untuk menggapai kerjaya idaman
mereka sudah pasti usaha berkenaan tidak akan kesampaian. Izharlah
bahawa ibu bapa juga berperanan menyokong minat anak-anak mereka
dalam merealisasikan kerjaya masa depan  anak-anak mereka.
Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai
akhirulkalam, minat menjadi prioriti utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya.
Dalam konteks ini, ibu bapa memainkan peranan penting dalam pemilihan
kerjaya anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana anak-anak mereka
memerlukan sokongan dan dorongan daripada mereka sama ada dari aspek
mental, spiritual mahupun fizikal. Contoh ketara dari aspek sokongan mental
dan spiritual ialah ibu bapa perlu memberikan motivasi kepada anak-anak,
manakala sokongan dari aspek fizikal pula ialah mereka perlu menyediakan
kelengkapan belajar anak-anak seperti buku rujukan dan menghantar mereka
ke pusat tuisyen. Sekiranya hal ini dapat dilaksanakan maka tidak ada lagi
orang yang akan sesat di perjalanan untuk memilih kerjaya kerana mereka
menetapkan sasaran dari awal lagi. Walaupun demikian, jika seseorang
mempunyai minat dan hala tuju yang jelas, tetapi mereka bersikap genggam-
genggam bara, terasa panas dilepaskan dan tidak ada semangat kegigihan,
ketabahan, keiltizaman dan kecekalan, sudah pasti segala hasrat termasuk
kerjaya yang menjadi idaman akan hancur lebur umpama kubur tanpa
nisan. Tuntasnya, perkara-perkara yang dinyatakan di atas hendaklah
dilaksanakan secara efektif dan janganlah bersikap keras-keras kerak
nasi yang mudah putus asa supaya pemilihan bidang kerjaya impian akan
menjadi lebih jelas lagi. 

41
42

Anda mungkin juga menyukai