Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN PERBINCANGAN

Oleh: Yajna A/P Kalaiventhan

MANFAAT SEMANGAT KEJIRANAN

Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang dua
puluh-dua puluh. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan
yang bakal menghambat. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai
permasalahan yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Sejak dua dan tiga tahun
kebelangkangan ini memang kita dapat menyaksikan semangat kejiranan semakin luntur
diamalkan dalam kalangan masyarakat. Semangat kejirananmerupakan aspek yang pemting
dalam kehidupan. Kita perlu memelihara semangat kejiranan kerana ianya dapat
mengukuhkan ukhuwwah dalam sesebuah masyarakat. Jiran sepakat membawa berkat, kata –
kata ini menunjukkan bahawa kesepakatan dalam masyarat dapat menghasilkan sesuatu yang
baik. Tiada ubat yang tiada penawarnya, sistem dan pragmatik harus dijalankan untuk
mengekalkan semangat ini hingga generasi muda yang akan datang.

Lazimnya dalam keadaan ini, semangat kejiranan dapat menjaminkan keselmatan


tempat tinggal kita. Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik sering berlaku dalam
kawasan perumahan. Masyarakat boleh menubuhkan persatuan jiran tetangga dengan
membuat roadaan pada waktu malam secara bergilir-gilir. Dengan itu, keselamatan penduduk
di setempat akan lebih terjamin. Ibu bapa akan berasa lebih senang melepaskan anak-anak
mereka untuk bermain di luar rumah. Hal ini kerana, organ dalaman kanak-kanak sangat
mahal jika dijual. Kejadian seperti ini dapat dikurangkan dengan kesepakatan masyarakat
setempat seperti bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Selain itu, masyarat juga boleh memupuk semangat perpaduan. Semangat kejiranan
yang mantap dapat dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang
teguh. Masyarakat di Malaysia memerlukan perpaduan yang sangat teguh. Hal yang
demikian, terdapat pelbagai kaum seperti melayu, India, Cina dan lain-lain lagi. Setiap kaum
dapat mengenali adat dan tradisi kaum lain. Contohnya, sesuatu majlis disertai olh pelbagai
kaum untuk memeriahkan lagi majlis itu.Semangat kejiranan yang mantap dapat
menggelakkan pergaduhan berlaku kerana hubungan yang erat antara kaum.

Di samping itu, kesepakatan dalam kalangan masyarakat dapat memudahkan


penduduk di setempat untuk meminta bantuan kecemasan. Sekiranya kecemasan berlaku
seperti kesesakan nafas atau selain itu dapat meminta bantuan jiran untuk menghantar ke
hospital. Hal ini disebabakan kita tidak sepatutnya bergaduh dengan jiranm sebelah di rumah
kita kerana merekalah yang akan membantu kita semasa kecemasan. Kita juga dapat
menolong mereka sekirannya mereka memerlukan. Bak kata pepatah berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing.

Bukan itu sahaja, semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat dapat menarik minat
pelancong untuk datang melancong bercuti di Malaysia. Malaysia yang mempunyai
perpaduan yang teguh ini yang menarik pelancong dan mempunyai pelbagai seni budaya yang
unik dan hidup secara harmoni dan komuniti. Sebagai contoh pelancong suka akan majlis-
majlis besar yang diadakan seperti Hari Kemerdekan. Selain itu, pelancong memerhati sikap
masyarakat Malaysia yang baik dan mempunyai hubungan yang erat antara kaum. Maka, ini
dapat meningkatkan lagi ekonomi Maalysia dengan kedatangan pelancong.

Akhir sekali, sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam


kalangan anggota masyarakat di sesuatu tempat. Kerjasama ini dapat dipupuk dengan
penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan seperti gotong-royong,
majlis sambutan perayaan atau lain-lain lagi. Dengan aktiviti yang dijalankan seperti ini,
semangat kejiranan dapat dipupuk dan hubungan mereka bagai aur dengan tebing tanpa
membezakan warna kulit,bangsa mahupun kepercayaan.

Sebagai menggulungkan segala yang diperkatakan di atas, terdapat banyak


kepentingan yang diperoleh melalui semangat kejiranan. Semangat kejiranan amat penting
dalam melahirkan perpaduan yang teguh dan suasana yang harmoni. Kepentingan semangat
kejiranan membawa banyak kebaikan kepada diri sendiri dan negara untuk mencapai
wawasan dua puluh- dua puluh. Kerjasama daripada semua masyarakat diperlukan supaya
dapat merealisikan perkara sebegini. Semangat kejiranan yang tidak teguh akan menyebabkan
sesebuah negara tidak aman. Maka, semangat kejiranan amat penting dalam kehidupan
bermasyarakat.

Anda mungkin juga menyukai