Anda di halaman 1dari 2

Jati diri bermaksud sifat atau ciri yang menjadi teras dan lambing keperibadian

seseorang individu. Jati diri sesuatu bangsa yang terdiri daripada anak-anak yang juga
merupakan belia negara yang bakal menggerakkan nadi pentadbiran negara suatu masa kelak.
Menurut peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya yang bermaksud bagi
membentuk sesuatu hendaklah bermula sebelum mencapai umurnya mencapai kematangan.
Oleh sebab itu, jati diri hendaklah bermula dari rumah.

Antara cara yang sepatutnya perlu diamalkan bagi membentuk jati diri murid adalah
ibu bapa harus menunjukkan teladan yang baik dan mulia kepada anak-anak mereka. Ibu
bapa perlulah menjadi teladan dari segi mengamalkan adab dan sopan, gaya hidup sihat dan
tidak terkecuali sentiasa berbuat kebaikan. Namun kini, ramai dalam kalangan ibu bapa yang
menunjukkan perlakuan buruk yang boleh mempengaruhi pemikiran dan tumbesaran anak-
anak seperti menghisap rokok, meminum minuman keras, menagih dadah, bersikap ganas,
malas dan sebagainya. Justeru, ibu bapa perlulah menjadi teladan yang baik kepada anak-
anak mereka supaya dapat membentuk insan yang mulia.

Di samping itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting bagi memastikan
pembentukan sahsiah anak-anak dengan memberikan didikan agama yang sempurna dalam
diri anak-anak. Pendidikan agama perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi agar
anak-anak dapat membuka minda serta mengelakkan diri daripada terjebak dalam perlakuan
negatif . Penerapan nilai agama dapat membantu anak-anak untuk membezakan antara baik
dan buruk perlakuan yang akan dilakukan. Jelaslah bahawa pendidikan agama yang
secukupnya sangat penting untuk membentuk sahsiah anak-anak.

Selain itu, ibu bapa juga perlulah melatih anak-anak agar saling bekerjasama dan
berkasih sayang bagi melahirkan anak-anak yang bersahsiah mulia. Dalam hal ini, ibu bapa
perlulah memberikan sepenuh kasih sayang kepada diri anak-anak agar anak-anak dapat
menghargai hidup untuk saling berkasih sayang. Budaya terima kasih juga perlu diajarkan
kepada anak-anak supaya wujud rasa penghargaan terhadap orang lain setiap kali menerima
bantuan.  Ibu bapa juga hendaklah melatih anak-anak bekerjasama dalam melakukan sesuatu
perkara dan kerja rumah agar anak-anak membesar dalam suasana yang saling bekerjasama .
Perbuatan seperti ini akan terbawa-bawa apabila anak-anak sudah dewasa dan mempunyai
keluarga sendiri. Jelasnya, ibu bapa yang berperanan untuk mewujudkan kerjasama dan kasih
sayang dalam kalangan ahli keluarga akan dapat melahirkan warga yang bersatu-padu dan
saling menghormati.

Seterusnya, ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi gerak geri anak-anak
khususnya anak-anak yang sudah meningkat remaja. Dalam hal ini , ibu bapa perlu
mengetahui aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka serta mengetahui latar belakang
rakan sebaya anak-anak.  Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh
yang besar terhadap masa depan anak-anak kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh
rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuannya. Jelasnya, ibu bapa perlulah memantau
serta mengawasi gerak-geri anak-anak agar dapat melahirkan anak yang berperibadi mulia .

Konklusinya, setelah diteliti hingga ke akar umbi, dapat simpulkan bahawa peranan
ibu bapa sangan berperanan dalam membentuk jatidiri para murid. Pembentukan jati diri
adalah penting supaya pesonaliti terbaik dapat dihasilkan dalam kalangan generasi muda
yang akan memacu negara di masa hadapan. Penglibatan dalam gejala sosial yang semakin
merunsing dapat membanteras dengan pembentukkan jati diri. Tegasnya, rumah tangga
merupakan kebun yang subur untuk melahirkan insan yang berjiwa luhur.

Anda mungkin juga menyukai