Anda di halaman 1dari 4

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan

anak-anak. Oleh itu, pendidikan anak-anak sebenarnya bermula dari rumah.

Berikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

FORMAT

Tidak berformat

RANGKA KARANGAN

1. Pendahuluan:

- ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak di rumah mereka
bertanggungjawab mencorakkan kehidupan anak-anak sejak kecil.

2. Isi-isi penting :

2.1. ibu bapa bertanggungjawab memberikan kasih sayang - memberikan tumpuan dan meluangkan masa
bersama-sama dengan anak-anak - dapat mengeratkan hubungan silaturahim

2.2. ibu bapa memberikan didikan awal kepada anak-anak - mendidik anak-anak sejak kecil lagi -
anak-anak dapat terdedah dengan ilmu pengetahuan lebih awal dan akan memahami ilmu pengetahuan
dengan lebih mapan

2.3. ibu bapa perlu menjadi suri teladan - menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak - anak-anak
gemar meniru perkara-perkara yang dilihat oleh mereka

2.4. ibu bapa memberikan nasihat kepada anak-anak - motivator dalam keluarga - memberikan nasihat,
motivasi dan kata-kata semangat kepada anak-anak setiap masa

2.5. ibu bapa perlu mengawasi pergerakan anak-anak - di rumah ataupun di sekolah

3. Penutup:

- ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan sahsiah diri anak- anak - tenaga
orang muda diperlukan untuk meraih kemajuan negara

Ayat ayat

Profesor Di raja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah merupakan universiti pertama bagi
anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka .

Anak-anak merupakan anugerah dan amanah Tuhan yang tidak ternilai .

Anak-anak ibarat sehelai kain putih , ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut.

pendidikan agama perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi agar anak-anak dapat
membuka minda serta mengelakkan diri daripada terjebak dalam perlakuan negatif . Penerapan nilai
agama dapat membantu anak-anak untuk membezakan antara baik dan buruk perlakuan yang akan
dilakukan .

Didikan agama yang sempurna merupakan benteng yang ampuh untuk mengelakkan anak-anak
terjebak dalam kancah gejala sosial.
anak-anak yang berusia setahun jagung memang mudah mencontohi sebarang bentuk perlakuan orang
yang lebih dewasa daripadanya.

sekiranya ahli keluarga yang lebih tua memiliki sahsiah yang baik, sudah tentu perbuatan ini dapat
dicontohi oleh anak-anak kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ke mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi .

Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi
pulau , terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar.

Anak anak yang sering mencontohi perbuatan ibu bapa yang baik , tidak akan sesekali cuba
melakukan sesuatu yang boleh menconteng arang atau menjatuhkan maruah keluarga.

Perbuatan seperti ini akan terbawa-bawa apabila anak-anak sudah dewasa dan mempunyai keluarga
sendiri.

ibu bapa perlulah mengenal pasti perubahan yang berlaku terhadap anak-anak pada setiap masa agar
ibu bapa boleh bertindak lebih awal, bak kata pepatah , beringat sebelum kena , berjimat sebelum habis

KARANGAN LENGKAP

Pada zaman pascakemerdekaan ini, gejala sosial semakin berleluasa di


negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja semakin bebas bergaul dan
mudah terpengaruh dengan ajakan orang. Remaja akan bergiat dalam aktiviti-aktiviti
kebobrokan sosial seperti berlumba haram, mengambil dadah dan lain-lain. Perdana
Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak menjelaskan
bahawa gejala sosial ini akan mendatangkan masalah yang banyak kepada negara
kerana remaja merupakan aset penting dalam pembangunan negara. Pendidikan
remaja yang dangkal kini menyebabkan mereka mudah terpengaruh. Ibu bapa
memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak kerana
pendidikan anak-anak sebenarnya bermula dari rumah. Oleh itu, terdapat pelbagai
peranan ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

Salah satu peranan yang boleh diambil ialah ibu bapa hendaklah
memberikan kasih sayang. Kasih sayang yang secukupnya perlu diberikan kepada
anak-anak agar mereka berasa dihargai dan disayangi. Ibu bapa harus memberikan
tumpuan dan meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak. Ahli keluarga
boleh meluangkan masa bersama dengan melakukan aktiviti beriadah atau
permainan dalaman. Ahli keluarga bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan
silaturahim malah dapat mengisi masa lapang selaras dengan peribahasa menyelam
sambil minum air. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan kerjaya
semata-mata. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak yang menghadapi
masalah hubungan dengan ibu bapa pastinya akan mengalami masalah sahsiah diri
dan sering terlibat dengan gejala sosial. Anak-anak yang tidak mendapat kasih
sayang yang cukup ini akan bertindak dalam melakukan perkara-perkara negatif
sebagai penunjuk perasaan. Namun begitu, jika ibu bapa terlalu memanjakan
anak-anak, mereka juga akan berani melakukan aktiviti-aktiviti itu. Mereka akan
merasakan mereka bebas dalam menjalani kehidupan. Jadi, ibu bapa perlu
berhati-hati dan sentiasa mengambil tindakan yang berbeza dalam memberikan
kasih sayang kepada anak-anak supaya anak-anak akan lebih selesa.

Selain itu, ibu bapa mestilah memberikan didikan awal kepada anak-anak. Ibu
bapa perlu mendidik anak-anak sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Hal ini disebabkan oleh anak-anak dapat terdedah dengan
ilmu pengetahuan lebih awal dan akan memahami ilmu pengetahuan dengan lebih
mapan apabila mereka meningkat dewasa kelak. Misalnya, ibu bapa mesti
mendedahkan ilmu ukhrawi kepada anak-anak terlebih dahulu sebelum ilmu duniawi.
Dengan ilmu ukhrawi,iaitu ilmu agama, ibu bapa dapat mencorakkan anak-anak
dengan sahsiah yang lebih utuh. Anak-anak akan dapat membezakan perkara yang
buruk dengan yang baik bahkan dapat mengenal pasti dosa sert apahala. Ilmu
duniawi pula sebagai tambahan bagi memantapkan sahsiah anak-anak. Nilai-nilai
murni hendaklah diterapkan dalam diri anak-anak. Contoh nilai murni ialah rasional.
Dengan nilai tersebut, anak-anak dapat berfikir secara matang dan tidak mengambil
keputusan serta jalan yang mudah dalam memilih haluan hidup. Pasti semua sudah
tahu, kita bukan sahaja mengejar kejayaan di dunia malahan di akhirat juga. Jelaslah,
ilmu sangat penting dalam usaha melahirkan individu yang terampil dan berakhlak
mulia.

Di samping itu, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan yang unggul. Ibu
bapa patut menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak kerana anak-anak akan
mengikut jejak ibu bapa ibarat peribahasa bapa borek anak rintik. Sementelahan lagi,
sikap anak-anak yang gemar meniru perkara-perkara yang dilihat oleh mereka
membuatkan mereka mudah terpengaruh tanpa memikirkan baik mahupun buruk.
Tamsilnya, apabila ibu bapa bergiat dalam salah laku seperti merokok, minum air
alkohol dan sebagainya, anak-anak juga akan terikut-ikut sama. Bagi mereka, perkara
yang dilakukan oleh ibu bapa, pastinya perkara yang baik-baik belaka. Lebih-lebih
lagi anak-anak belajar daripada perkara yang dilihat. Jika ibu bapa menunjukkan sifat
egoistik, individualistik, materialistik dan sifat-sifat buruk lain, sudah tentu ibu bapa
akan mencanai generasi muda yang tidak berakhlak dan berbudaya sumbang.
Ringkasnya, semua ahli keluarga harus menjadi yang terbaik untuk melahirkan
individu yang berakhlak mulia.

Seterusnya, peranan ibu bapa dalam memberikan nasihat kepada


anak-anak juga penting bagi mencorak sahsiah mereka. Ibu bapa harus menjadi
motivator dalam keluarga. Ibu bapa boleh memberikan nasihat, motivasi dan
kata-kata semangat kepada anak-anak pada setiap masa agar anak-anak tidak akan
lupa. Contohnya, ibu bapa boleh berpesan kepada anak-anak agar belajar
bersungguh-sungguh sebelum mereka ke sekolah atau pun turun dari kenderaan
yang dinaiki. Kata-kata yang diberikan oleh ibu bapa perlulah mengandungi
unsur-unsur semangat. Hal ini bersangkut-paut dengan diri anak-anak sebagai
remaja. Kata-kata itu juga mampu menjadi penyuntik semangat dan pendorong
kepada anak-anak supaya terus berusaha dan menjadi seorang yang
berketerampilan tinggi. Tegasnya, setiap individu memerlukan motivator untuk
memberikan kata-kata semangat seperti yang dikatakan oleh Davey John Schwartz,
yang paling kita perlukan dalam hidup ialah adanya seseorang yang selalu
memberikan semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan.

Seperkara lagi, pemantauan dan pengawasan hendaklah dilakukan oleh ibu


bapa. Ibu bapa perlu mengawasi pergerakan anak-anak dalam semua situasi dan
keadaan. Tingkah laku anak-anak harus dipantau sama ada di rumah ataupun di
sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana pengaruh luar seperti pengaruh media
massa, pengaruh rakan sebaya dan sebagainya dapat mengancam diri anak-anak
untuk lebih cenderung dalam mencuba gejala yang buruk. Contoh gejala sosial ialah
anak-anak terlibat dalam perlumbaan haram, pengambilan dadah, melepak dan
lain-lain. Ibu bapa seharusnya arif tentang aktiviti seharian anak-anak serta
mengetahui latar belakang rakan-rakan mereka. Hal ini sebagai langkah berhati-hati
agar anak-anak tidak salah memilih kawan dan mengenal pasti aktiviti yang kurang
sihat untuk anak-anak. Dengan cara ini, ibu bapa dapat membentuk sahsiah
anak-anak dengan lebih baik.

Akhirulkalam, sudah tentu keluarga memainkan peranan penting dalam


mencorakkan sahsiah diri anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana tenaga orang
muda diperlukan untuk meraih kemajuan negara apatah lagi orang muda merupakan
aset penting bagi merealisasikan hasrat Perdana Menteri iaitu dapat mencapai
Wawasan 2020. Jadi, ahli keluarga terutamanya ibu bapa perlu berganding bahu
dalam melaksanakan langkah-langkah yang pragmatik untuk melahirkan individu
yang cemerlang sert atidak melibatkan diri dalam gejala sosial. Jika keluarga tidak
memainkan peranan mereka, anak-anak akan terpengaruh dan memilih gejala sosial
sebagai haluan hidup. Oleh itu, ibu bapa perlu mengamalkan peribahasa seperti aur
dengan tebing agar masalah sosial dapat dibanteras.

Anda mungkin juga menyukai