Anda di halaman 1dari 2

Salam Perpaduan dan Salam Malaysia Madani.

Yang dihormati barisan panel hakim


yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan sekalian.
Salam sejahtera, pembuka bicara,
“Kasih sayang dan perhatian ibu bapa” tajuk saya;
Mari renungi sedalam-dalamnya,
Semoga menjadi teladan kepada kita semua.
Kemenjadian murid harus bermula di peringkat institusi keluarga dengan ibu bapa perlu
mempunyai pengetahuan, kemahiran dan asas ilmu penting tentang anak-anak bagi
mendidik mereka dengan sempurna. Bak kata pepatah, ‘di mana cendawan tumbuh,
di situ tembilang terentak’ mengungkapkan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam
menjalankan amanah untuk mendidik dan membentuk akhlak yang mulia dalam sanubari
anak-anak. ‘Anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya’. Ungkapan
ini membawa maksud anak-anak yang dilahirkan di dunia ini tidak tahu apa-apa, bahkan
mereka juga tidak tahu membezakan baik dan buruk sesuatu perlakuan ataupun tindakan
yang mereka yang buat. Oleh itu, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk membentuk
keperibadian anak mereka.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyemai kesedaran tentang pentingnya
kehidupan beretika. Antara caranya ialah mencurahkan kasih sayang dan memberikan
perhatian kepada anak sejak kecil lagi. Ibu bapa perlu mengambil berat seperti
meluangkan masa bersama-sama dengan anak untuk memahami mereka dan
mengetahui tentang kehidupan anak mereka khususnya pembelajaran mereka dan hobi
mereka. Di samping itu, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menyediakan
persekitaran yang kondusif. Hal ini demikian kerana persekitaran yang membina ialah
wadah yang berguna untuk mendorong sikap yang positif dan sekali gus membentuk jati
diri mereka. Bagi merealisasikan matlamat ini, ibu bapa perlu memastikan kehidupan
anak-anak bebas daripada anasir-anasir jahat. Ibu bapa perlu mengenali rakan sebaya
anak-anak mereka memandangkan rakan sebaya yang bersikap negatif diibaratkan
sebagai racun dan hempedu manakala yang positif dianggap penawar dan ubat.
Selain itu, ibu bapa patut menjaga anak masing-masing ‘bagai menatang minyak yang
penuh’. Misalnya, bercerita kepada anak-anak yang masih kecil serta bergembira
sesama anak semasa sambutan hari jadi mereka atau semasa mereka memperoleh
kejayaan. Lantaran itu, anak-anak akan membesar dan menjadi manusia yang beradab
sopan, ceria serta berkeyakinan diri. Mereka tidak akan melibatkan diri dengan masalah
sosial kerana sedar bahawa perbuatan tersebut akan menyakiti hati ibu bapa.
Sebaliknya, mereka akan menjadi orang yang mempunyai sahsiah yang baik, yakni
menghormati ibu bapa, bersopan santun dan mendengar nasihat ibu bapa.
Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlu memberi teladan kepada anak mereka. Contohnya,
ibu bapa haruslah menjadi contoh kepada anak-anak kerana anak-anak ini akan melihat
dan ingat apa yang berlaku. Anak-anak seterusnya akan meneliti dan mencontohi apa
yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka. Selain itu komunikasi merupakan perkara
penting yang menjadi pengikat hubungan kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak
dan komunikasi yang berkesan juga akan mendatangkan hasil yang baik kepada kedua-
dua belah pihak. Sebaliknya mungkin jurang antara ibu dan anak-anak semakin renggang
dan tidak mesra dan dalam mendidik anak-anak, ibu bapa harus peka terhadap perilaku
dan respons anak-anak mereka dalam membentuk personaliti mereka.

Anda mungkin juga menyukai