Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum warahmatullahi wabara katuh,

Salam sejahtera, selamat pagi

Yang saya muliakan tuan peneraju agenda Yang arif lagi berdiri di pasak

kebenaran, para hakim yang budiman, Yang dikasihi tuan-tuan, puan-puan sidang dewan alam

maya yang dirahmati sekalian. Tampilnya saya dalam arena pidato ini untuk mengajak anda

semua untuk sama – sama kita percaya bahawa “Pembentukan Sahsiah Bermula Dari

Rumah”

Frasa rumah sememangnya lazim dalam usaha membentuk jati diri dan integriti sesuatu

bangsa yang khususnya terdiri daripada anak-anak yang juga merupakan belia negara yang

bakal menggerakkan nadi pentadbiran negara suatu masa kelak. Masing-masing antara kita

sudah terdedah dengan senario ini dan saya pasti ramai antara kita yang acapkali mendengar

bahawa ibu bapa merupakan faktor dominan dalam pembentukan keperibadian dan sahsiah

anak-anak.

Pertama, ibu bapa yang juga bertindak sebagai katalis yang terpenting perlulah menunjukkan

teladan yang baik dan mulia kepada anak-anak mereka,itulah,saya menyeru penerimaan anda

semua akan kata-kata seorang pujangga kita pada marcapada ini “anak yang baik lahirnya

daripada baka yang berkualiti”. Jika ibu bapa itu sendiri berani menerapkan budaya-budaya

kamil terhadap anak-anak, mungkin sekaligus mendorong jauh pelajar tersebut daripada

menghampiri gejala yang melibatkan penerapan budaya kuning dan cara hidup yang terlalu

bebas atau secara hedonisme tanpa mengira baik buruknya yang akhirnya dapat meruntuhkan

dan mencacatkan sahsiah anak tersebut.


Tamsilnya, sekarang ini masalah melepak dalam kalangan remaja kian meniti dari bibir ke bibir

setiap masyarakat di negara kita, maka apabila ibu bapa langsung tidak mengekang anak

mereka daripada menghampiri gejala sakit tersebut, maka tidak menjadi sebarang masalah

untuk turut serta menjerumuskan diri mereka ke dalam lembah kerugian sekaligus sedikit demi

sedikit menghakis disiplin pelajar tersebut.

Perspektif saya yang kedua pula, dalam usaha menongkah era pascamerdeka dan modenisasi

serta abad liberalisasi kita yang terlampau sekarang ini, keteguhan iman seseorang pelajar

tersebut itu mampu goyah dan tercabar, maka apabila kekangan ini disangkut pautkan dengan

peranan mendalam oleh ibu bapa dan akibat tusukan kuat daripadan masalah ini, ibu bapa

perlu memperkasakan lagi nilai keimanan dalam diri anak-anak dengan cara menghantar anak-

anak ke kelas agama atau kelas bertunjangkan penerapan akhlak islamiah yang holistik.

Sememangnya, apabila kita terjah dari satu sudut, peranan mendalam ibu bapa sudah

memadai untuk mengiring pelajar tersebut bagi pembentukan sahsiah dalam diri mereka, tetapi

jika diperhatikan daripada perspektif yang lain, penerapan daripada pengaruh lain juga amat

diperlukan dan dimestikan bagi mencapai keteguhan iman dalam diri yang sememangnya

mantap.

Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan

hendaklah kau baguskan akhlaknya.” Apabila anak mempunyai akhlak yang baik, mereka akan

disayangi dan dihormati oleh masyarakat. Namun begitu, jika akhlak anak adalah sebaliknya,

mereka akan dihina dan dipandang enteng oleh masyarakat. Rasulullah SAW bersabda

bahawa “akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.” Oleh yang

demikian, jelaslah bahawa ibu bapa hendaklah mendidik anak dari kecil lagi dengan akhlak

yang baik, memberikan pendidikan agama kepada anak agar mereka menjadi individu yang

cemerlang di mayapada, lebih-lebih lagi di akhirat.


Warga alam maya yang dekat dihati,

Ibu bapa hendaklah membimbing anak-anak mereka dengan sifat yang mulia dan murni iaitu

sifat-sifat mahmudah. Mereka juga mesti melarang anak-anak dari melakukan perkara-perkara

keji dan tidak elok iaitu sifat-sifat mazmumah. Oleh yang yang demikian, ibu bapa mestilah

terlebih dahulu memiliki sifat-sifat mahmudah dan kemudian hendaklah diterapkan kepada

anak-anak mereka. Setelah remaja, ajaran-ajaran agama Islam yang berkaitan dalam bidang

syariah, aqidah dan akhlak perlu diajar secara terperinci kepada anak-anak di peringkat umur

begini supaya mereka mengetahui, memahami dan dapat menghayatinya.

Ibu bapa seharusnya menjadi entiti mithali kepada anak sejak mereka kecil lagi. Hal ini

dikatakan demikian kerana apabila ibu bapa melakukan perkara yang baik, sudah semestinya

anak turut melakukan perkara yang baik, seperti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka bak kata

pepatah “bagaimana acuan, begitulah kuihnya”. Oleh itu, amat penting untuk ibu bapa

menunjukkan contoh yang baik kepada anak mereka sejak kecil lagi. Profesor Diraja Ungku

Aziz berkata, “Rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa merupakan

profesor pertama bagi mereka”.

Seterusnya perkara-perkara baik dan betul tersebut dapat diimplementasikan dalam kehidupan

mereka sehari-hari. Dengan demikian mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan ajaran-

ajaran yang menyeleweng, amal ibadat dan akhlak mereka akan terpandu dengan betul.

Natijahnya, setelah diteliti hingga ke akar umbi, dapat saya simpulkan peranan orang rumah

tersebut ditambah dengan prakarsa yang lain mampu untuk menjana dan membentuk anak-

anak yang berdisiplin diibaratkan anak sebagai sebatang pohon yang utuh menggenggam
tanah dirimbuni dedaunan hijau dan diwarnai buah lebat, tatkala dibaling batu maka dibalas

dengan buah.

Oleh itu, jelaslah bahawa pembentukan sahsiah anak-anak yang sempurna adalah bermulanya

daripada rumah. Oleh itu, ibu bapa merupakan orang yang memainkan peranan yang signifikan

dalam kehidupan anak. Peranan ibu bapalah yang mampu membentuk anak menjadi insan

yang mempunyai sahsiah yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Remaja yang berakhlak mulia merupakan tonggak kepimpinan negara yang berkualiti dan

generasi pelapis bakal pemimpin akan menerajui negara ke mercu kejayaan pada masa depan.

Sesungguhnnya, generasi yang berakhlak mulia merupakan penjana kemakmuran negara.

Oleh itu, semua pihak harus sehilir semudik dan melangkah sederap untuk membentuk sahsiah

anak-anak muda supaya kita boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara

lain, semoga usaha yang gigih dapat membimbing anak-anak muda ke hala yang positif kerana

pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai