Anda di halaman 1dari 2

Jati diri anak-anak bermula dirumah

AVENESAN SRIE A/L M. SIVANANTHAN


Berdasarkan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, jati diri boleh dimaksudkan sebagai
sifat atau ciri unik dan istimewa yang menjadi teras dan lambang keperibadian sesorang
individu. Dalam konteks hidup, jati diri merupakan tulang belakang untuk membentuk
masyarakat yang kukuh. Pada zaman dahulu, pemupukan jati diri dalam diri anak-anak diberi
penekanan dengan pelbagai aktiviti. Walaubagaimanapun , pada zaman kini masyarakat
tenggelam dalam dunia maya yang bernama media sosial dan berdiri menhilangkan jati diri.
Persoalannya, adakah jati diri anak-anak perlu dipupuk bermula di rumah?

Anak –anak boleh dibahkan sebagai kain putih dan ibu bapa merupakan dakwat. Para
ibu bapa harus memikul tugas mulia untuk memupuk jati diri dalam diri anak-ank sejak kecil
lagi. Oleh itu, ibu bapa harus menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik dalam diri
anak-anak. Ibu bapa harus menjadi contoh yang baik kepada anak. Hal ini kerana, anak- anak
akan membesar menjadikan kelakuan dan nilai-nilai yang ada pada ibu bapa sebagai
panduan. Ibu bapa harus menunjukkan kelakuan dan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian supaya mereka dapat menerapkan dan membiasakan nilai-nilai yang baik dalam diri
anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa tidak harus menggunakan kata-kata kesat semasa
menasihati anak- anak dan tidak membandingkan anak-anak dengan orang lain. Ibu bapa
harus membentuk satu hubungan yang rapat dengan anak-anak dan merekalah yang harus
menjadi teman baik pertama kepada anak-anak.

Dalam konteks ini, ibu bapa juga harus memberikan didikan agama kepada anak-anak.
Hal ini kerana, didikan agama menjadi ramuan utama dalam pembentukan jati diri anak-anak.
Didikan agama akan menjadi dayung untuk menentukan jalan yang betul dalam menghadapi
pergolakan dunia. Seperti yang kita tahu, dunia ini penuh dengan yang baik dan buruk,
seorang anak-anak yang mempunyai jati diri yang kukuh akan mengadaptasikan diri untuk
menghadapi perkara yang negatif dengan jati diri yang kukuh. Hal ini kerana, ibu bapa hanya
akan menjadi penunjuk arah malah anak-anak yang menjadi nakhoda kapal. Jelaslah bahawa,
jati diri boleh dibentuk melalui didikan agama sejak kecil bah kata pepatah melentur buluh
biarlah dari rebungnya.

Selanjutnya, setiap anak-anak harus diberi pendidikan yang sepatutnya. Seorang raja
akan disanjung tinggi di negaranya sahaja malah seorang yang berpendidikan tinggi akan
disanjung dimana-mana sahaja mereka berada. Pendidikan yang sempurna menjadikan
manusia lebih berjati diri dan Berjaya -dalam kehidupan. Misalnya, Pendidikan Moral yang
diajar di sekolah mendedahkan anak- anak mempelajari nilai-nilai murni dan membentuk
akhlak yang baik. Anak –anak yang berpendidikan akan mempunyai pendirian yang kukuh
terhadap pilihan yang perlu dibuat dalam kehidupan dan mereka tidak sering melakukan
keputusan yang menjejaskan maruah diri dan keluarga. Pendidikan yang memupukkan jati
diri juga akan membolehkan anak-anak tidak terjebak dalam kancah gejala sosial seperti
merokok, vandalisme dan mencuri. Jelaslah bahawa ,pendidikan memainkan peranan penting
dalam pembentukan jati diri yang kukuh dalam jiwa anak-anak.
Akhirulkalam, rumah menjadi tempat pemupukan jati diri anak-anak merupakan
pernyataan yang paling tepat. Semua pihak harus berganding bahu untuk menerapkan elemen
penting ini dalam diri anak-anak bah kata pepatah bagai aur dengan tebing. Hal ini kerana,
anak- anak merupakan permata yang tidak bernilai dan akan menjadi peneraju kemajuan
sesebuah negara seperti pernyataan mantan Perdana Menteri bahawa pemuda pemudi
merupakan pemimpin negara masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai