Anda di halaman 1dari 2

Anda akan menyertai pertandingan syarahan yang diadakan pada peringkat sekolah.

Tajuk syarahan
yang dipilih ialah Pembentukan Disiplin Anak-anak bermula dari Rumah.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, delegasi kehakiman terhormat, penjaga masa
yang patuh akan setiap detik waktunya,seterusnya hadirin-hadirat warga dewan
berdedikasi sekalian, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.Tegaknya angsana di
dalm rimba keran pautan akar yang utuh, tegaknya saya pada hari ini adalah untuk
mengupas,menghuraikan dan menyajikan kepada semua mengenai rajah pembentukan
disiplin anak-anak bermula dari rumah.

Hadirin-hadirat warga budiman sekalian,

Frasa rumah sememangnya lazim dalam usaha membentuk jati diri dan integriti
sesuatu bangsa yang khususnya terdiri daripada anak-anak yang juga merupakan belia
negara yang bakal menggerakkan nadi pentadbiran negara suatu masa kelak.Masing-
masing antara kita sudah terdedah dengan senario ini dan saya pasti ramai antara kita
yang acapkali mendengar bahawa ibu bapa merupakan faktor dominan dalam
pembentukan keperibadian anak-anak.

Pertama,ibu bapa yang juga bertindak sebagai katalis yang terpenting perlulah
menunjukkan teladan yang baik dan mulia kepada anak-anak mereka,itulah,saya
menyeru penerimaan anda semua akan kata-kata seorang pujangga kita pada
marcapada ini 'anak yang baik lahirnya daripada baka yang berkualiti'. Jika ibu bapa itu
sendiri berani menerapkan budaya-budaya kamil terhadap anak-anak,mungkin sekaligus
mendorong jauh pelajar tersebut daripada menghampiri gejala yang melibatkan
penerapan budaya kuning dan cara hidup yang terlalu bebas atau secara hedonisme
tanpa mengira baik buruknya yang akhirnya dapat meruntuhkan dan mencacatkan
disiplin pelajar tersebut.Tamsilnya, sekarang ini masalah melepak dalam kalangan
remaja kian meniti dari bibir ke bibir setiap masyarakat di negara kita,maka apabila ibu
bapa langsung tidak mengekang anak mereka daripada menghampiri gejala sakit
tersebut, maka tidak menjadi sebarang masalah untuk turut serta menjerumuskan diri
mereka ke dalam lembah kerugian sekaligus sedikit demi sedikit menghakis disiplin
pelajar tersebut.

Perspektif saya yang kedua pula,dalam usaha menongkah era pascamerdeka dan
modenisasi serta abad liberalisasi kita yang terlampau sekarang ini, keteguhan iman
seseorang pelajar tersebut itu mampu goyah dan tercabar, maka apbila kekangan ini
disangkut pautkan dengan peranan mendalam oleh ibu bapa dan akibat tusukan kuat
daripadan masalah ini, ibu bapa perlu memperkasakan lagi nilai keimanan dalam diri
anak-anak dengan cara menghantar anak-anak ke kelas agama atau kelas
bertunjangkan penerapan akhlak islamiah yang holistik. Sememangnya,apabila kita
terjah dari satu sudut, peranan mendalam ibu bapa sudah memadai untuk mengiring
pelajar tersebut bagi meningkatkan disiplin dalam diri mereka, tetapi jika diperhatikan
daripada perspektif yang lain,penerapan daripada pengaruh lain juga amat diperlukan
dan dimestikan bagi mencapai keteguhan iman dalam diri yang sememangnya mantap.
Analoginya iaitu satu peristiwa hitam yang sudah sebati dalam diri masyarakat dan
mengaburi mata banyak pihak serta sedikit sebanyak menghakis ketamadunan melayu,
tidak lain tidak bukan kes pembuangan bayi yang semakin popular dan kian menular
dalam diri pelajar yang bergelar belia sekarang ini. Bedasarkan statistik yang
dikeluarkan kerajaan baru-baru ini, kes salah laku ini banyak datangnya daripada
kurangnya keimanan dan kurang penerapan aspek agama bagi mengenal dosa pahala
melakukan perkara terkutuk tersebut sehingga melahirkan kain-kain putih yang
bersihyang tidak berdosa.

Hadirin yang saya hormati sekalian,
Ibu bapa hendaklah menyuruh anak-anak mereka bersifat dengan sifat yang mulia dan
murni iaitu sifat-sifat mahmudah. Mereka juga mesti melarang anak-anak dari
melakukan perkara-perkara keji dan tidak elok iaitu sifat-sifat mazmumah. Oleh yang
yang demikian, ibu bapa mestilah terlebih dahulu memiliki sifat-sifat mahmudah dan
kemudian hendaklah diterapkan kepada anak-anak mereka. Setelah remaja, ajaran-
ajaran agama Islam yang berkaitan dalam bidang syariah, aqidah dan akhlak perlu
diajar secara terperinci kepada anak-anak di peringkat umur begini supaya mereka
mengetahui, memahami dan dapat menghayatinya. Seterusnya perkara-perkara baik
dan betul tersebut dapat diimplementasikan dalam kehidupan mereka sehari-hari.
Dengan demikian mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang
menyeleweng, amal ibadat dan akhlak mereka akan terpandu dengan betul.
Natijahnya, setelah diteliti hingga ke akar umbi, dapat saya simpulkan peranan orang
rumah tersebut ditambah dengan prakarsa yang lain mampu untuk menjana dan
membentuk anak-anak yang berdisiplin diibaratkan anak sebagai sebatang pohon yang
utuh menggenggam tanah dirimbuni dedaunan hijau dan diwarnai buah lebat, tatkala
dibaling batu maka dibalas dengan buah, sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai