Anda di halaman 1dari 2

Pembentukan Disiplin Anak-Anak Bermula Dari Rumah

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, delegasi kehakiman terhormat, penjaga masa
yang patuh akan setiap detik waktunya,seterusnya hadirin-hadirat warga dewan
berdedikasi sekalian, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.Tegaknya angsana
di dalm rimba keran pautan akar yang utuh, tegaknya saya pada hari ini adalah
untuk mengupas,menghuraikan dan menyajikan kepada semua mengenai rajah
pembentukan disiplin anak-anak bermula dari rumah.
Hadirin-hadirat warga budiman sekalian,
Frasa rumah sememangnya lazim dalam usaha membentuk jati diri dan integriti
sesuatu bangsa yang khususnya terdiri daripada anak-anak yang juga
merupakan belia negara yang bakal menggerakkan nadi pentadbiran negara
suatu masa kelak.Masing-masing antara kita sudah terdedah dengan senario ini
dan saya pasti ramai antara kita yang acapkali mendengar bahawa ibu bapa
merupakan faktor dominan dalam pembentukan keperibadian anak-anak.
Pertama,ibu bapa yang juga bertindak sebagai katalis yang terpenting perlulah
menunjukkan teladan yang baik dan mulia kepada anak-anak mereka,itulah,saya
menyeru penerimaan anda semua akan kata-kata seorang pujangga kita pada
marcapada ini 'anak yang baik lahirnya daripada baka yang berkualiti'. Jika ibu
bapa itu sendiri berani menerapkan budaya-budaya kamil terhadap anakanak,mungkin sekaligus mendorong jauh pelajar tersebut daripada menghampiri
gejala yang melibatkan penerapan budaya kuning dan cara hidup yang terlalu
bebas atau secara hedonisme tanpa mengira baik buruknya yang akhirnya dapat
meruntuhkan dan mencacatkan disiplin pelajar tersebut.Tamsilnya, sekarang ini
masalah melepak dalam kalangan remaja kian meniti dari bibir ke bibir setiap
masyarakat di negara kita,maka apabila ibu bapa langsung tidak mengekang
anak mereka daripada menghampiri gejala sakit tersebut, maka tidak menjadi
sebarang masalah untuk turut serta menjerumuskan diri mereka ke dalam
lembah kerugian sekaligus sedikit demi sedikit menghakis disiplin pelajar
tersebut.
Perspektif saya yang kedua pula,dalam usaha menongkah era pascamerdeka dan
modenisasi serta abad liberalisasi kita yang terlampau sekarang ini, keteguhan
iman seseorang pelajar tersebut itu mampu goyah dan tercabar, maka apbila
kekangan ini disangkut pautkan dengan peranan mendalam oleh ibu bapa dan
akibat tusukan kuat daripadan masalah ini, ibu bapa perlu memperkasakan lagi
nilai keimanan dalam diri anak-anak dengan cara menghantar anak-anak ke kelas
agama atau kelas bertunjangkan penerapan akhlak islamiah yang holistik.
Sememangnya,apabila kita terjah dari satu sudut, peranan mendalam ibu bapa
sudah memadai untuk mengiring pelajar tersebut bagi meningkatkan disiplin
dalam diri mereka, tetapi jika diperhatikan daripada perspektif yang
lain,penerapan daripada pengaruh lain juga amat diperlukan dan dimestikan bagi
mencapai keteguhan iman dalam diri yang sememangnya mantap. Analoginya
iaitu satu peristiwa hitam yang sudah sebati dalam diri masyarakat dan
mengaburi mata banyak pihak serta sedikit sebanyak menghakis ketamadunan
melayu, tidak lain tidak bukan kes pembuangan bayi yang semakin popular dan
kian menular dalam diri pelajar yang bergelar belia sekarang ini. Bedasarkan
statistik yang dikeluarkan kerajaan baru-baru ini, kes salah laku ini banyak
datangnya daripada kurangnya keimanan dan kurang penerapan aspek agama
bagi mengenal dosa pahala melakukan perkara terkutuk tersebut sehingga
melahirkan kain-kain putih yang bersih yang tidak berdosa.

Hadirin yang saya hormati sekalian,


Ibu bapa hendaklah menyuruh anak-anak mereka bersifat dengan sifat yang
mulia dan murni iaitu sifat-sifat mahmudah. Mereka juga mesti melarang anakanak dari melakukan perkara-perkara keji dan tidak elok iaitu sifat-sifat
mazmumah. Oleh yang yang demikian, ibu bapa mestilah terlebih dahulu
memiliki sifat-sifat mahmudah dan kemudian hendaklah diterapkan kepada anakanak mereka. Setelah remaja, ajaran-ajaran agama Islam yang berkaitan dalam
bidang syariah, aqidah dan akhlak perlu diajar secara terperinci kepada anakanak di peringkat umur begini supaya mereka mengetahui, memahami dan dapat
menghayatinya. Seterusnya perkara-perkara baik dan betul tersebut dapat
diimplementasikan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Dengan demikian
mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menyeleweng,
amal ibadat dan akhlak mereka akan terpandu dengan betul.
Natijahnya, setelah diteliti hingga ke akar umbi, dapat saya simpulkan peranan
orang rumah tersebut ditambah dengan prakarsa yang lain mampu untuk
menjana dan membentuk anak-anak yang berdisiplin diibaratkan anak sebagai
sebatang pohon yang utuh menggenggam tanah dirimbuni dedaunan hijau dan
diwarnai buah lebat, tatkala dibaling batu maka dibalas dengan buah, sekian
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai